You are on page 1of 17

SULIT

1 SOALAN KEFAHAMAN ( Tempoh menjawab: 60 Minit )

Jawab semua soalan.

Soalan 1 hingga 20

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. Ayam jantan peliharaan Pak Mail diberi nama . .

1.

A B C D

Si Galak Si Tompok Sang Bedal Sang Kancil

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah ini.

2.

Beg yang agak berat terpaksa . Syafiq ke sekolah setiap hari.

A B C D

dijinjing digalas dibimbit diangkat

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT

3.

Gadis itu tersipu-sipu apabila diusik oleh beberapa orang pemuda.

A B C D

marah geram malu sedih

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah ini.

4.

Hanisah sedang asyik menonton televisyen di ___________________ rumahnya.

A B C D

ruang keluarga ruang makan ruang dapur ruang tamu

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT 5.

3 Azira .. menjawab semua soalan Kuiz Sains itu dengan tepat.

A B C D

dapat belum masih sedang

6.

Nabila telah membeli 2 .. baju kurung baru daripada butik itu.

A B C D

helai pasang buah keping

7.

Taman Baiduri terletak tidak jauh dari .., kata Haikal.

A B C D

sini ini itu sana

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah ini.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT 8.

4 Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada ditanduk oleh kerbau.

A B C D

perlahan pantas cepat laju

9.

Khairul menoleh ke belakang .. terdengar namanya dipanggil.

A B C D

jika seraya apabila tatkala

10.

Tolong saya sepotong kuih, kata Cikgu Kadir kepada Azman.

A B C D

buatkan carikan hantarkan belikan

11.

Puan Diana berasa kesal kerana .anaknya tanpa usul periksa.

A B C D

kemarahan marahkan memarahi memarahkan

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT 12.

5 Anak bongsu Pak Leman .. terutama apabila memakai baju kebaya.

A B C D

tampan amat cantik sekali bagus sungguh kacak sekali

Soalan 13 berdasarkan gambar di bawah ini.

13.

Terdapat se anak sungai yang jernih airnya di belakang rumah saya.

A B C D

buah biji kaki batang

14.

Amirul terpijak kulit pisang .. terjatuh.

A B C D

lalu selagi sambil tetapi

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT 15.

6 ........................ jamah makanan yang dihidang di atas meja, kata Puan Zaleha kepada tetamunya.

A B C D

Minta Harap Tolong Jemput

16.

Kakak berminat untuk mengisi jawatan kosong sebagai . di syarikat itu.

A B C D

jawatankuasa warganegara setiausaha sukarela

17.

Guru yang akan mengadili pertandingan itu ......................... Cikgu Yusri.

A B C D

adalah ialah oleh demi

18.

. tayar motorsikal Ghazali itu patah ketika terbalik akibat terlanggar tunggul kayu.

A B C D

Sesiku Bebola Jejari Tetiang

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT Soalan 19

Pilih kata yang seerti bagi kata yang bergaris.

19.

Fauzi tergamam apabila dia dipaksa masuk ke dalam kereta oleh orang yang tidak dikenalinya.

A B C D

terjerit terkejut gugup tercekik

Soalan 20 Pilih kata yang berlawanan dengan perkataan bergaris.

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20.

Rumah usang itu sering menjadi buah mulut orang kampung kerana dipercayai berhantu. Perkataan berlawan bagi usang ialah

A B C D

tua buruk lama baru

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT

Soalan 21 Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.

21.

Saya mula menceburi bidang perniagaan sejak di bangku sekolah lagi.

A B C D

Mengapakah saudara meminati bidang perniagaan? Bilakah saudara akan menceburi bidang perniagaan? Adakah saudara berminat menceburi bidang perniagaan? Sejak bilakah saudara mula menceburi bidang perniagaan?

Soalan 22 Pilih jawapan yang sesuai untuk soalan yang diberikan.

Soalan 24 berdasarkan gambar di bawah.

22.

Apakah yang sedang dilakukan oleh anggota polis trafik itu?

A B C D

Anggota polis trafik itu sedang mengawal kesesakan lalu lintas. Anggota polis trafik itu sedang menahan pesalah-pesalah trafik. Anggota polis trafik itu sedang menyaman seorang pemandu kereta. Anggota polis trafik itu sedang berbual dengan pemandu kereta.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT Soalan 23 dan soalan 24.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan. Adik, Cikgu Yusri sedang menunggu kamu di bilik guru, kata Fadilah kepada Irwan.

23.

Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sedang menunggunya di bilik guru.

B C D

Fadilah memberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri sudah ada di bilik guru. Fadilah memberitahu Cikgu Yusri, Irwan sedang menunggu. Fadilah diberitahu Irwan bahawa Cikgu Yusri menunggunya.

24.

Ibu tidak suka akan perbuatan abang yang suka menghabiskan masanya dengan menonton televisyen sehingga larut malam.

Abang tidak disukai oleh ibu yang suka menonton televisyen sehingga larut malam.

B C

Sikap abang yang suka menonton televisyen tidak disenangi oleh ibu. Perbuatan abang yang suka menonton televisyen sehingga larut malam tidak disenangi oleh ibu.

Abang tidak menyukai sikap ibu yang suka menonton televisyen.

Soalan 25 hingga soalan 27. Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan bergaris dengan betul.

25

I II III IV

Pokok rambutan itu berbuah lebat kerana sering dibaja. Hujan turun dengan lebat pada petang itu. Rambut adik sangat lebat walaupun baru berusia dua tahun. Pendapatannya semakin lebat sejak dia berniaga sendiri.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT A B C D I sahaja I dan II sahaja I, II dan III sahaja I, II, III dan IV

10

26

I II III IV

Lepas kejadian itu, Ali tidak mahu ke sana lagi. Peristiwa yang lepas jangan dikenang. Semenjak minggu yang lepas, kecederaannya semakin pulih. Kami tidak lepas peluang menyaksikan perlawanan akhir itu.

A B C D

I dan II sahaja II dan III sahaja I dan III sahaja II dan IV sahaja

27

I II III

Bilik itu kacau sekali apabila diselongkar oleh adik. Keadaan kacau di pekan akibat amukan seorang lelaki gila. Fikiran Zaidi kacau apabila mengenangkan kegagalannya dalam peperiksaan. Kacau kuah kacang itu sehingga pekat, kata ibu.

IV

A B C D

I dan III sahaja II dan IV sahaja III dan IV sahaja I, II dan III sahaja.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT

11

Soalan 28 hingga soalan 30. Pilih ayat yang betul.

28

A B C D

Azman sukar memilih antara kedua-dua orang kawannya. Kamarul lebih tampan dari abangnya. Fendi memberi ibunya segelas air. Suria ialah adik kepada Mamat.

29

A B

Guru itu memarahkan muridnya kerana membuat bising. Sikap saling memahami dalam kalangan masyarakat dapat memupuk perpaduan.

C D

Udara di Kota Melati yang terletak di atas bukit itu sungguh tenang. Adik bukan terangkat kotak yang berat itu.

30

I II III IV

Majlis pernikahan Fauziah diadakan secara besar-besaran. Pemain cakera padat abang rosak kerana memasuki air. Cik Aisyah mula menetap di situ kira-kira sedekad yang lalu. Ustazah Roziah tercungap-cungap ketika memanjat tangga yang tinggi itu.

A B C D

I dan IV sahaja II dan III sahaja III dan IV sahaja I, III dan IV sahaja.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT Soalan 31 hingga soalan 35.

12

Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya. Pada suatu petang, Puan Nazli ke Pasar Segar Subang Jaya. Ketika beliau sedang memilih ikan, Cikgu Maria seorang guru di SK SS 19 Subang Jaya datang menegurnya. Cikgu Maria Puan Nazli Cikgu Maria Puan Nazli Cikgu Maria Puan Nazli : Puan Nazli, apa khabar? : Eh, Cikgu Maria! Khabar baik. : Wah! Nak masak apa hari ini? Banyak juga barang yang Puan Nazli beli ya? : Oh! Sebenarnya, saya ingin membawa anak-anak saya pergi berkelah di Ulu Yam esok. : Esok? Kalau begitu, Puan Nazli tidak hadirlah ke Hari Terbuka di sekolah ya? : Hari Terbuka? Saya tidak tahu-menahu hal ini. Tiada surat pemberitahuan pun yang saya dapat daripada pihak sekolah. : Begini puan. Pihak sekolah telah mengedarkan surat sejak 3 hari lalu. Semua murid sudah mendapat surat tersebut termasuklah Ikhwan. : Benarkah begitu, cikgu? Inilah yang membuat saya marah, cikgu. Anak saya itu memang cuai. Tak sangka pula Ikhwan tidak memaklumkan kepada saya Puan Nazli tentang hal ini. Nasib baiklah saya berjumpa dengan cikgu di sini. Kalau tidak, terlepas peluang saya untuk berbincang dengan guru-guru di sekolah tentang perkembangan anak saya. Cikgu Maria Puan Nazli Cikgu Maria 31 : Tak mengapalah Puan Nazli. : Terima kasih cikgu. Kita jumpa lagi esok, ya. Nampaknya terpaksalah ditunda perkelahan keluarga saya ke tarikh lain. : Baiklah. Jumpa nanti puan.

Cikgu Maria

Siapakah Cikgu Maria?

A B C D

Guru Besar Kawan Puan Nazli Guru Kelas Ikhwan Guru Disiplin Sekolah

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT 32

13 Pada pendapat anda, apakah tujuan Cikgu Maria ke Pasar Segar Subang Jaya?

A B C D

ingin berjumpa dengan Puan Nazli ingin membeli sayur-sayuran ingin pergi berkelah ingin minum kopi bersama rakannya

33

Pada hari apakah Cikgu Maria bertemu dengan Puan Nazli di Pasar Segar Subang Jaya?

A B C D

Jumaat Sabtu Isnin Khamis

34

Perkataan ditunda di dalam petikan di atas bermaksud ..........................

A B C D

dibatalkan. ditangguhkan. diedarkan. pergi.

35

Apakah yang sering membuatkan Puan Nazli marah kepada anaknya, Ikhwan?

A B C D

Cuai. Malas. Suka berkelah. Suka bermain.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT Soalan 36 hingga soalan 40.

14

Baca surat di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

1080, Taman Permai 2, 42700 Banting, Selangor Darul Ehsan.

15 JANUARI 2014

Menemui kakanda Aini yang kini berada di Kota Kinabalu, Sabah dengan selamatnya. Semoga kakanda beroleh kesejahteraan dan kebahagiaan. Adinda di sini sentiasa sihat dan gembira. Kakanda, Surat kakanda telah selamat adinda terima dua hari yang lalu. Ribuan terima kasih adinda ucapkan kerana kakanda sudi meluangkan masa untuk mengutuskan surat kepada adinda. Adinda sungguh tertarik apabila membaca cerita kakanda tentang keindahan Taman Negara Kinabalu. Kakanda sungguh bertuah kerana berpeluang untuk menikmati kehijauan dan keindahan alam di sana. Alangkah seronoknya jika adinda dapat bersamasama kakanda pada masa itu. Adinda juga mempunyai cerita menarik untuk dikongsi bersama kakanda. Pada minggu pertama cuti sekolah yang lepas adinda telah mengikuti satu perkhemahan di Hutan Lipur Galah. Aktiviti ini khas dianjurkan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid Tahun Enam berkaitan dengan perkhemahan. Pelbagai aktiviti yang menarik telah diadakan sepanjang perkhemahan ini antaranya ialah aktiviti pertolongan cemas, sukan dan rekreasi. Semua aktiviti ini adinda ikuti dengan penuh semangat. Pada hari terakhir, adinda dan rakan-rakan berpeluang meredah hutan. Aktiviti ini dijalankan untuk menguji ketahanan mental dan fizikal para peserta di dalam menempuh rintangan dan cabaran. Walaupun kepenatan, adinda berasa sungguh seronok mengikuti aktiviti perkhemahan ini. Adinda berharap agar program ini dapat diteruskan kerana banyak manfaat

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT

15

yang akan diperoleh oleh setiap peserta yang mengikuti perkhemahan ini. Adinda rasa cukuplah sampai di sini bicara adinda pada kali ini. Adinda akan menulis lagi untuk kakanda apabila ada kelapangan kelak. Akhir kata, sambutlah salam rindu daripada adinda, bonda dan ayahanda serta keluarga.

Adindamu, Suraya

36

Bilakah penulis menerima surat dari Kota Kinabalu?

A B C D

13 Januari 2014 14 Januari 2014 15 Januari 2014 16 Januari 2014

37

Apakah keistimewaan Taman Negara Kinabalu yang menarik perhatian penulis?

Kemudahan awam yang disediakan untuk menjamin keselesaan para pengunjung.

B C D

Jumlah pelancong asing yang mengunjunginya pada setiap tahun. Kedudukannya yang terletak di kawasan tanah tinggi. Keindahan dan kehijauan alam semulajadinya.

38

Siapakah yang telah menganjurkan perkhemahan di Hutan Lipur Galah?

A B C D

Pihak sekolah Setiausaha Sukan Persatuan Pengakap Murid-murid Tahun 6

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT 39

16 Penulis bercadang untuk mengirimkan berita kepada kakaknya

A B C D

apabila dia mempunyai masa terluang. apabila mendapat balasan daripada kakaknya. setelah selesai menduduki peperiksaan UPSR. setelah selesai mengikuti aktiviti perkhemahan.

40

Pernyataan berikut benar tentang tujuan perkhemahan itu dijalankan kecuali

A B C D

menjalinkan hubungan yang baik di antara guru dan murid-murid. menyemai sikap berdikari dalam kalangan pelajar. memupuk sikap cintakan alam sekitar. mencungkil kreativiti pelajar.

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

SULIT

17

SKEMA JAWAPAN SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2014 BAHASA MELAYU TAHUN 4

No. soalan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 Jawapan A B C D A B A B C D

No. soalan 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 Jawapan C B D A D C B C B D

No. soalan 21 22 23 24 25 26 27 28 29 30 Jawapan D C A C C B C D B D

No. soalan 31 32 33 34 35 36 37 38 39 40 Jawapan C B A B A A D A A D

2014 Hak cipta Panitia Bahasa Malaysia SK Sungai Udang, Melaka

SULIT

You might also like