Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
0Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
JURNAL MINGGU werewr2

JURNAL MINGGU werewr2

Ratings: (0)|Views: 0 |Likes:
Published by Muhammad Iftitah
dsfdsf
dsfdsf

More info:

Categories:Types, Legal forms
Published by: Muhammad Iftitah on Apr 29, 2014
Copyright:Traditional Copyright: All rights reserved

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/29/2014

pdf

text

original

 
 JURNAL MINGGU 2
1
 
Minggu praktikum : Kedua Tarikh : 7 April 2014 - 11 April 2014 Tajuk : Murid-murid prasekolah Melur suka membuat bising ketika sesi pengajaran dan pembelajaran.
1.0 Isu / Masalah
Isu ini merupakan satu isu yang amat penting dan perlu dikaji untuk menjadi seorang guru yang berjaya. Hal ini disebabkan dengan kawalan kelas yang teratur, barulah murid-murid mempunyai satu persekitaran pembelajaran yang kondusif tanpa sebarang gangguan. Praktikum saya berlangsung selama sebulan dan bertempat di Sekolah Kebangsaan Raja Chulan. Saya telah dipertanggungjawabkan untuk mengajar murid-murid yang berusia 5 tahun. Sebelum saya mengajar, saya telah membuat analisis tentang personaliti dan tingkah laku kanak-kanak. Dari segi tingkah laku pula, saya difahamkan oleh guru prasekolah, iaitu Cikgu Habibah bahawa terdapat beberapa murid-murid di Prasekolah Melur sememangnya mempunyai tingkah laku yang nakal dan suka berbuat bising. Melalui pemantauan saya pada minggu pertama, saya mendapati murid-murid bagi prasekolah Melur mempunyai masalah disiplin iaitu mereka suka membuat bising, suka bercakap, suka berjalan sana sini dan tidak menumpukan perhatian semasa pengajaran guru. Kadangkala mereka akan bergaduh demi perkara yang kecil seperti berebut untuk duduk di barisan paling hadapan. Bagi situasi-situasi tersebut, saya terpaksa mengambil masa untuk menyelesaikan masalah tersebut sebelum memulakan pengajaran yang seterusnya dan akan mengganggu rancangan pengajaran saya. Jadi, isu-isu disiplin tersebut telah menyebabkan saya terpaksa berhenti mengajar kerana kebisingan sesetengah murid ini di dalam kelas telah menganggu pengajaran sehingga murid-murid yang ingin belajar pun tidak dapat memberi perhatian kepada pengajaran saya. Saya percaya bahawa murid-murid ini masih kecil maka unsur kenakalan
 
 JURNAL MINGGU 2
2
 
masih wujud dalam kalangan mereka. Walau bagaimanapun sifat kenakalan ini tidak boleh dibiarkan berterusan kerana akan menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran. Disebabkan saya menghadapi masalah dalam sistem kawalan kelas, maka saya pun mengambil keputusan untuk membuat isu tersebut bagi jurnal saya.
2.0 Kemungkinan / Penyebab
Sebab yang menyebabkan berlakunya masalah bising dalam kalangan murid-murid prasekolah Melur murid-murid kekurangan motivasi untuk belajar. Menerusi pemerhatian saya, tidak semua murid-murid di prasekolah Melur suka mengikuti pengajaran baru. Proses pengajaran dan pembelajaran berlaku dengan aktif ketika guru memberikan gula-gula sebagai ganjaran. Selain itu, murid-murid hanya memberikan tumpuan di dalam kelas sewaktu pembelajaran subjek bertema Kreativiti. Di sini, dapatlah saya rumuskan bahawa kebanyakan murid-murid prasekolah Melur menyukai sesuatu yang berbentuk seni. Malah, murid-murid prasekolah Melur dapat menghasilkan seni yang kemas dan menarik. Contohnya, kolaj jus oren. Selain itu, daripada tinjauan awal yang yang telah saya lakukan melalui proses pemerhatian, beberapa dapatan telah dapat saya senaraikan: - Murid-murid ini adalah dari kumpulan sederhana dan lemah. - Murid-murid ini lemah dalam memahami bahasa Inggeris. - Kehadiran saya sebagai guru baru menyebabkan murid-murid tidak berasa takut. Disebabkan kelas adalah terdiri daripada murid-murid yang mempunyai tahap pembelajaran yang berlainan, maka terdapat murid yang dapat belajar dan faham dengan pantas. Bagi mereka yang lemah, mereka adalah lambat dalam belajar. Maka, bagi murid-murid yang lemah, mereka kurang berikan perhatian dan tidak minat dalam belajar sesuatu yang baru. Justeru, mereka akan berasa
 
 JURNAL MINGGU 2
3
 
bosan dan mula bercakap. Jadi, tahap pembelajaran murid-murid juga merupakan salah satu punca berlakunya masalah disiplin di dalam kelas.
3.0 Kelemahan
Kegagalan dalam mengawal murid-murid iaitu kawalan kelas akan membawa kepada beberapa kelemahan. Ia akan menyebabkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas. Seterusnya, matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran juga sukar tercapai. Hal ini disebabkan dengan kegagalan kawalan kelas, saya akan menghabiskan sebahagian masa saya dalam mengawal murid. Sebagai contoh, dalam masa 40 minit bagi satu masa subjek Pendidikan Luar, saya telah menghabiskan 10 minit dalam mengawal murid-murid, maka hanya tinggal 30 minit adalah agak susah untuk
menghabiskan satu “ Learning outcome”. Jadi, adalah agak susah untuk
mencapai matlamat dan hasil pembelajaran yang dirancang. Ia akan membawa kepada perkara yang agak serius sekiranya siilbus tidak dapat dihabiskan. Hal ini akan membawa juga kepada kemerosotan dalam pembelajaran murid-murid prasekolah. Selain itu, kegagalan kawalan kelas mungkin akan menjadi faktor murid-murid yang bertingkah laku baik menjadi tidak baik kerana terpengaruh dengan tingkah laku kawan-kawan mereka.
4.0 Kekuatan
Sebaliknya, sekiranya seorang guru dapat mengawal murid-murid tersebut dengan baik, beberapa kekuatan dapat diwujudkan. Matlamat pengajaran dan hasil pembelajaran akan lebih mudah tercapai kerana murid-murid menumpukan perhatian kepada apa yang telah guru ajar. Masa tidak akan disia-siakan untuk menyelesaikan masalah yang tidak bermakna dan dapat digunakan dengan maksimum. Sementelahan, disiplin murid-murid dapat dipertingkatkan. Murid-murid akan menghormati segala arahan daripada guru dan tidak membuat sesuatu yang tidak disenangi oleh guru mereka.

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->