Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more ➡
Download
Standard view
Full view
of .
Add note
Save to My Library
Sync to mobile
Look up keyword
Like this
8Activity
×
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
5.Kamus Dan Nahu Bm

5.Kamus Dan Nahu Bm

Ratings:

2.0

(1)
|Views: 2,588|Likes:
Published by Cikgu Hasrul

More info:

Published by: Cikgu Hasrul on Nov 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, DOC, TXT or read online from Scribd
See More
See less

08/02/2012

pdf

text

original

 
 
5.1 PENGENALAN
lam Melayu yang banyak mengeluarkan hasil hutan dan rempah-ratus, menjadi tumpuan orangEropah. Mereka menyedari bahawa untuk memudahkan perniagaan, bahasa anak negeri perlu difahami dandikuasai. Di samping itu pula orang Eropah sudah mulai ramai yang tinggal di ceruk rantau Nusantara inikerana berniaga, membuka ladang, atau ditugaskan oleh kerajaan mereka sebagai pegawai. Para mubalighKristian turut sama ke Kepulauan Melayu untuk mengajar agama Kristian kepada orang Eropah yang bertugas di sini dan juga kepada orang tempatan. Semua ini memerlukan kemahiran bahasa Melayu. Sejak itu, buku petunjuk sederhana dan kamus bahasa Melayu dianggap penting.
5.2 PENGKAJI BARAT
Frederick de Houtman (adik Cornelis de Houtman) menyusun perkataan dan ayat bahasa MelayuMadagaskar. Bahan ini disusunnya semasa ia ditawan oleh pemerintah Aceh dalam tahun 1599-1602 M.Kamus ini pertama kali dicetak di Amsterdam pada tahun 1604 M dan dicetak semula pada tahun 1673 M.Buku ini dicetak lagi di Batavia (kini Jakarta) pada tahun 1707 M.Gotardus Arthus menterjemah buku Frederick de Houtman di atas ke dalam bahasa Latin pada tahun 1608M. Buku ini dicetak untuk kali kedua pada tahun 1614 M, dan daripada bahasa Latin ia diterjemahkan pulake dalam bahasa Inggeris oleh Augustine Spalding yang diterbitkan di London pada tahun 1624 M. AlbertRuyl pula mengubah tajuk karya Frederick di atas, dan mengadakan sedikit pengubahsuaian yangkemudian dicetak di Amsterdam pada tahun 1650 M dan dicetak semula di Batavia pada tahun 1677 Msetelah diperbaiki oleh Frederick Gueynier. Sekali lagi kamus ini diterbitkan di Batavia juga pada tahun1708 M oleh Petrus van der Worm, dan beliau mengatakan bahawa inilah kamus Melayu - Belanda yangterbaik.Casper Wittens menyusun kamus bahasa Melayu - Belanda yang kemudian diperbaiki oleh SebastianDanckaerts dan diterbitkan oleh Gravenhaghe pada tahun 1623 M dan di Batavia pada tahun 1706 M.Kamus ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin oleh David Haex dan diterbitkan di Rom pada tahun1631 M.Thomas Bowerey menyusun kamus Inggeris - Melayu pada tahun 1701 M dengan mengemukakan sedikit peraturan nahu. Kamus ini ditulis oleh pedagang yang datang ke Nusantara, yang mencatat semua perkataan yang diingatinya (daripada bahasa lisan) sehingga berlaku banyak kesalahan ejaan. Contoh ayatyang dikemukakan juga banyak yang tidak berterima (tidak gramatis).Andreas Lambert Loderus mencetak semula kamus yang disusun oleh Casper Wittens dan SebastianDanckaerts. Ia juga mencetak semula kamus yang disusun oleh Tustus Heurnius dan kamus yang disusunoleh Frederick Gueynier di Batavia pada tahun 1708 M.George Henrik Werndly (Belanda) seorang sarjana bahasa Melayu menulis Nahu Melayu yang diterbitkandi Amsterdam pada tahun 1736 M, John Howison menyusun kamus Inggeris - Melayu pada tahun 1801 M,dan P. Farve menyusun kamus Perancis - Melayu pada tahun 1817 M.Sebelum P. Farve, William Marsden telah menulis A grammar of the Malayan language pada tahun 1812
 
M. Pendahuluan buku ini mengandungi 50 halaman. Banyak perkara yang dibincangkan oleh Marsdendalam Pendahuluan bukunya ini. Beberapa hal yang penting ialah:(a) Yang dimaksud dengan Kepulauan Melayu itu ialah Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera, Jawa,Kalimantan, Sulawesi, Maluku, dan beberapa buah pulau yang lain. Setiap pulau, masyarakatnya memiliki bahasa mereka sendiri tetapi dalam hal perniagaan terutama di bandar pelabuhan, mereka menggunakan bahasa Melayu. Di antara pelbagai dialek yang dituturkan di pasar semasa berhubungan, dialek Melayulahyang paling asas dan ia kemudian berkembang menjadi bahasa Melayu.(b) Bahasa Melayu itu indah, susunan ayatnya teratur, dan nahunya sederhana. Penyebutannya pula mudahsehingga perkataan pinjaman pun akan mereka selaraskan dengan pengucapan masyarakat setempat.(c) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Jawa, namun orang Jawa menggunakan bahasa Melayuuntuk tujuan pergaulan. Bahasa Melayu di Sumatera hampir sama dengan bahasa Melayu di Semenanjungdan perbezaan tersebut hanyalah vokal akhir sahaja.(d) Langkapura terletak di antara Palembang dan Jambi, bukan di Pulau Jawa kerana tidak ada kesankerajaan ini di sana.(e) Orang di atas angin bermaksud orang Arab manakala orang di bawah angin bermaksud orang Melayu.Orang di bawah angin lebih suka menyembelih kerbau daripada lembu.(f) Perkataan Jawi (tulisan) bukanlah berasal daripada perkataan Jawa, Jawi (lembu, atau pokok jawi-jawi)tetapi membawa maksud campuran tulisan Arab, Parsi, dan Melayu. Perkataan ini dikiaskan daripada anak Jawi yang bermaksud anak campuran.(g) Bahasa Melayu bukan berasal daripada bahasa Sanskrit tetapi bahasa Sanskrit memperkaya bahasaMelayu, sungguhpun ada persamaan bahasa Melayu dengan bahasa Tagalog, Bisaya, dan Pampanga tidak dapat dibuat sebagai alasan bahasa orang Melayu berasal dari Filipina kerana orang Melayu berkulitkekuning- kuningan dan berambut panjang manakala Filipina berkulit agak gelap dan berambut keriting.(h) Bangsa Melayu di Sumatera, Jawa, Sulawesi, dan di beberapa buah pulau yang lain telah lama memilikiabjadnya sendiri sebelum tulisan Arab diperkenalkan.(i) Menolak pendapat yang mengatakan bahawa bahasa Melayu serupa dengan bahasa yang dituturkan diIndo-China dengan alasan bahawa pengkaji tersebut (J.C. Leyden) tidak menyenaraikan perbendaharaankata dalam sifatnya yang asal. Jika seseorang pengkaji tidak mempunyai pengetahuan tentang budayamasyarakat yang menuturkan bahasa tersebut lazimnya ia akan menyampaikan sesuatu yang lain daripadayang sebenarnya dan ini akan menyebabkan sesuatu kajian tersebut tidak sempurna.(j) Pendengaran pengkaji yang tidak tepat, penyisipan bunyi atau huruf pada ejaan yang asal didapati berlaku. Untuk siapakah penyesuaian sebutan tersebut dilakukan? Bagi penutur Eropah yang sudahmahirkah? Penutur tempatan yang terpelajar, penyesuaian tersebut jelas tidak memanfaatkan mereka. Ini jelas menunjukkan bahawa ejaan Melayu bukan seperti yang mereka katakan tidak tepat atau tidak mempunyai peraturan tertentu.Dalam Pendahuluan itu juga Marsden banyak menyanggah beberapa pendapat penulis Barat tentang bangsadan bahasa Melayu yang menurutnya lebih mengutamakan kepentingan pemerintah yang menjajahdaripada kebenaran data dan fakta.Isi buku ini tidak dibahagikan pada bab melainkan pada beberapa tajuk kecil. Tajuk tersebut di antara lainialah: Abjad Jawi, Konsonan, dan Vokal, Tanda Bacaan Tulisan Jawi, Golongan Kata, Bahagian Ayat, Nama, Sifat, Perbandingan, Bilangan, Ganti Nama, Penunjuk, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan,Pengimbuhan, Binaan Ayat, Dialek, Prosodi, dan Praksis.Beberapa hal yang menarik dalam isi buku ini ialah, Marsden mengatakan bahawa orang Melayu telahmengambil 28 huruf Arab, iaitu £, [, \, ], Ð, a, b, d, e, f, g, i, j, k, l, m, n, o, p, q, r, u, v, w, x, z, y, å danmencipta enam huruf lagi dengan menambah titik tertentu pada bentuk yang sudah sedia ada, iaitu c, h, p, s,u, ].Marsden telah menggolongkan perkataan bahasa Melayu pada tujuh golongan, iaitu Ganti Nama Diri,Perbuatan, Keterangan, Sendi, Penghubung, Seruan, dan Partikel. Marsden memasukkan Adjektif ke dalamkata yang menerangkan Sifat Nama. Dalam bahasa Melayu bentuk perkataan tidak menunjukkan tunggalatau jamak tetapi Bilangan tersebut dinyatakan secara khusus, iaitu menggunakan Bilangan dan bila perludengan Penjodoh Bilangannya sekali.
 
Menurut Marsden, Kata Sendi sangat penting untuk membezakan makna, seperti ke rumah, dari rumah, dirumah, di luar rumah, di atas rumah, di bawah rumah, dan lain-lain. Dengan demikian, sesuatu Nama akanmudah diketahui sama ada Nama pada Objek atau Nama pada Kata Sendi.Beliau tidak setuju Kata Bilangan dimasukkan ke dalam golongan Adjektif kerana Kata Bilangan memilikiciri yang khusus. Oleh yang demikian, beliau mencadangkan agar digunakan Kata Bilangan Kardinal,Ordinal, dan Pecahan. Kata Bilangan ini pula sangat penting untuk menyatakan sesuatu Nama sama adatunggal atau jamak, kerana dalam bahasa Melayu Nama tunggal dan jamak tidak dicirikan oleh perubahan bentuk.Perkataan angkau berubah apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi vokal a seperti mana bagikelompok kata darimana angkau yang akan disebut menjadi darimanangkau. Begitu juga perubahantersebut berlaku apabila perkataan sebelumnya diakhiri dengan bunyi asal n seperti akan bagi kelompok kata akanangkau. Untuk mengelakkan bunyi seperti ini maka perkataan angkau diubah menjadi dikausehingga lahirlah perkataan darimana dikau dan akan dikau. Perkataan dikau kini jarang digunakan dankembali mengambil perkataan engkau atau disingkatkan menjadi kau.Perkataan iya atau inya juga mengalami hal yang sama. Apabila bunyi akhir perkataan sebelumnya bunyi hseperti suruh bagi kelompok kata suruhiya dan bunyi akhir sebelumnya vokal a seperti mana bagikelompok kata ke manaiya maka perkataan iya mendapat penambahan d sehingga menjadi diya. Dengandemikian, ada selang bunyi di antara perkataan sebelumnya dan sesudahnya, iaitu suruh diya atau ke manadiya. Perkataan diya kini dieja menjadi dia.Perkataan iya bagi milik atau kepunyaan biasa disebut niya seperti pada kelompok kata kapala niya ataurambut niya. Lama-kelamaan bunyi niya berubah menjadi nya sehingga kelompok kata di atas menjadikepalanya atau rambutnya. Inilah sebabnya nya dikatakan berasal daripada perkataan dia kerana dia berasaldaripada iya dan inya juga berasal daripada iya.Pembinaan Awalan dengan Kata Dasar ditentukan oleh huruf awal sesuatu Kata Dasar. Dengan demikian, beliau mengemukakan rumus seperti yang berikut ini:(a) Awalan
men-
mendahului perkataan yang bermula dengan huruf j, c, d.(b) Awalan
meng-
mendahului perkataan yang bermula dengan huruf a, e, i, o, u, h, g.(c) Awalan
mem-
mendahului perkataan yang bermula dengan huruf b, p.(d) Awalan
me-
mendahului perkataan yang bermula dengan huruf r, m, n, w, l.(e) Perkataan yang bermula dengan huruf t, s, p, k suku kata pertama Kata Dasar ini akan mengubahsuai bunyi bagi kelancaran pelafazan apabila digabungkan dengan Awalan.Perkataan tolong, huruf t gugur dan awalannya menjadi men- dan hasilnya menolong.Perkataan susu, huruf s gugur dan Awalannya menjadi meny- dan hasilnya menyusu.Perkataan palu, huruf p gugur dan Awalannya menjadi mem- dan hasilnya memalu.Perkataan kata, huruf k gugur dan Awalannya menjadi meng- dan hasilnya mengata.Di samping imbuhan di atas, Marsden juga mengemukakan Awalan
ber-, bel-
, dan
be-.
Menurut beliau lagiAwalan
be-
lebih umum digunakan dalam bahasa lisan, Awalan
ber-
untuk bertulis dan
bel-
 jarang berlaku,kecuali pada perkataan belajar.Di dalam buku tersebut, yang dimaksudkan dengan Kata Penunjuk itu ialah Penunjuk Kala yang terbahagitiga, iaitu(a) Kala Kini Contoh:
lagi, sambil, serta, seraya.
(b) Kala Lepas Contoh:
telah, sudah.
(c) Kala Akan Datang Contoh:
mahu, hendak, akan.
Dikatakan bahawa Awalan ter- apabila diimbuhkan pada Perbuatan, ia menghasilkan Imbuhan Pasif,seperti terpukul, teralah, tertulis yang beliau samakan dengan imbuhan Latin -tus, seperti amatus, doctus,loctus. Awalan ter- ini akan berubah menjadi te- apabila ia diimbuhkan dengan Kata Terbitan yang

Activity (8)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Muhammad Azizol liked this
raihanselamat liked this
Fatin Najwa liked this
ruzie_sktm25350 liked this
karisma33 liked this
karisma33 liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->