Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
173Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah dan Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Sejarah dan Sistem Ejaan Bahasa Melayu

Ratings: (0)|Views: 7,149|Likes:
Published by AyulAshrul
Satu kajian berkaitan sistem ejaan dan pembentukan bahasa Melayu telah dibuat oleh saya (Asrul), Gunalan, Nurul Izzati dan Normaizatul Akma pada tahun 2007. Kami melihat pengaruh beberapa sistem ejaan bahasa Melayu dan seterusnya membentuk Sistem ejaan yang kita gunakan sekarang ini.
Satu kajian berkaitan sistem ejaan dan pembentukan bahasa Melayu telah dibuat oleh saya (Asrul), Gunalan, Nurul Izzati dan Normaizatul Akma pada tahun 2007. Kami melihat pengaruh beberapa sistem ejaan bahasa Melayu dan seterusnya membentuk Sistem ejaan yang kita gunakan sekarang ini.

More info:

Published by: AyulAshrul on Nov 04, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/16/2013

pdf

text

original

 
SEJARAH PERKEMBANGAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSejarah kedatangan tulisan bahasa Melayu ke kepulauan Melayu
Sebelum kita mengkaji atau meneliti secara terperinci tentang sistem perkembangan ejaan bahasa melayu, kita seharusnya mencari dari mana datangnyatulisan bahasa Melayu yang menjadi asas kepada kewujudan ejaan bahasa melayu.Tulisan ini sebenarnya datang ke kepulauan melayu bersama-sama dengan kedatanganorang Eropah. Marco Polo adalah seorang pengembara dari itali yang menetap diSumatera selama lima bulan dalam tahun antara 1292 hingga 1293. Ketika beliau belayar untuk balik ke negara asalnya setelah melawat negara China dan diikuti oleh paderi- paderi franciscan dan pedagang-pedagang Itali yang lain, oleh itu dikatakan orangPortugislah yang mula-mula bertapak dan berkuasa di kawasan ini (Tate,1971:42).Kemunculan kuasa Portugis yang pertama bertapak di Tanah Melayu dapat dilihatapabila berjaya mengelilingi
Cape of Good Hope
 pada tahun 1487M, yang dipimpin olehBartholomew Diaz. Setelah itu, sepuluh tahun kemudian iaitu pada 1497M, kapal pelayaran Portugis buat pertama kalinya telah memasuki Lautan Hindi dan sampai kekawasan Timur. Dua belas tahun kemudian iaitu pada 1509M, kapal Portugis di bawah pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke pelabuhan Melaka (Tate,ibid,43-48). Dua puluhtahun kemudian, iaitu pada tahun 1511, kuasa Portugis dengan diketuai oleh Alfonso d’Albuquerque sekali lagi mengatasi ilmu pelayaran berbanding dengan negara-negaraEropah yang lain. Tetapi kali ini kuasa Portugis berjaya menawan dan menakluki kotaMelaka.Setelah kuasa Portugis berjaya menawan kota Melaka,ini menjadi pemangkin dan penaik semangat bagi kuasa-kuasa barat yang lain terutamanya Sepanyol. OrangSepanyol yang datang ke kepulauan Melayu yang diketuai oleh Megallen berserta lima buah kapal dari Seville pada tahun 1519M. Menurut Bausani, kedatangan Magellan inimenjadi titik tolak bermulanya sistem ejaan bahasa Melayu, dimana seorang ahli yangturut serta dalam pelayarannya iaitu Antonio Pigafetta telah membuat catatan pelayaran.Dalam catatannya telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti suku bangsa di1
 
Brazil ( lapan perkataan ), bahasa ’Petagonian’ (90 perkataan), dan suku bangsa dikepulauan Filipina (160 perkataan) (Hashim Musa,1997:378).
Sejarah perkembangan dan Proses Perubahan sistem Ejaan Bahasa Melayu
Sistem Ejaan Rumi mula diperkenalkan oleh pihak orientalis Inggeris yangmenyusun aturan ejaan Rumi berdasarkan kaedah transliterasi daripada ejaan Jawi pada pertengahan abad ke-19. Sistem transliterasi huruf Jawi kepada huruf Rumi menurutkaedah bahasa Inggeris yang diiktiraf sebagai sistem ejaan Rumi bagi kegunaan rasmidalam urusan kerajaan Malaya pada masa itu antaranya termasuklah Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (dilaksanakan pada tahun 1878), Ejaan Rumi Maxwell (dilaksanakan padatahun 1882) dan Ejaan Rumi Swettenham (1881).Ada dua jenis tulisan bagi bahasa Melayu, iaitu (i) Tulisan Jawi, dan (ii) TulisanRumi. Tulisan Jawi berasaskan huruf Arab alif-ba-ta, dan tulisan Rumi berasaskan huruf Roman a-b-c. Aturan ejaan bagi Tulisan Jawi yang digunakan dalam bahasa Melayusekarang ialah Sistem Ejaan Jawi Yang Disempurnakan yang disahkan penggunaannya bermula pada tahun 1996. Anda boleh melihat sistem ejaan Jawi tersebut dalam beberapadokumen rasmi yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Aturan ejaan bagi Tulisan Rumi yang digunakan dalam bahasa Melayu mutakhir pula ialah SistemEjaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia (selanjutnya disebut SERBBM) yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos 1972. Sistem ini merupakan aturan ejaan Rumi bersama bagi bahasa Melayu di Malaysia dan bahasa Indonesia, iaitu sistem yang berasaskanaturan ejaan yang dirumuskan oleh Jawatankuasa Ejaan (Rumi) Bersama pada tahun1967.Perkembangan dalam sistem ejaan adalah sebahagian daripada perkembangandalam bahasa Melayu di Tanah Melayu dan di Kepulauan Timur Belanda. Keperluankepada sistem ejaan Rumi menjadi penting pada awal abad ke- 20 kerana ejaan Jawi tidak dapat menggambarkan sistem bunyi bahasa Melayu yang sebenar bagi mereka yang tidak dapat memahaminya. Ianya menjadi lebih penting apabila bahasa Melayu dijadikan2
 
sebagai bahasa pengantar dalam sistem sekolah rendah atau sekolah dasar. Oleh itu, penyusunan satu sistem ejaan Rumi yang seragam dan lebih mudah diperlukan untuk menggantikan tulisan Jawi pada masa itu. Bagaimanapun, pengkajian tentang sistem bunyi bahasa Melayu sering dikelirukan dengan pengkajian tentang sistem tulisan dansistem ejaan. Grafem- grafem atau huruf- huruf yang berbagai- bagai yang digunakansebagai lambang bagi bunyi- bunyi dalam bahasa Melayu, termasuk bunyi- bunyi serapanatau pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Parsi yang digunakan dalam tulisan-tulisan oleh orang-orang Inggeris dalam abad ke-19 membuktikan wujudnyaketidakseragaman dalam ejaan.Pada tahun 1902, perancangan ejaan yang pertama di Tanah Melayu dimulakanapabila kerajaan Negeri- negeri Melayu Bersekutu mengambil inisiatif menubuhkansebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R.J. Wilkinson, Nazir Sekolah-sekolah pada masa itu. Sistem ejaan yang dikenal sebagai "Ejaan Wilkinson" itu dirumuskandengan nama
 Romanised Malay Spelling 
dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan. Ejaan Wilkinson digunakan di semua sekolah umum.Pakatan Belajar-Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolahdan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab GuruPerempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya diperkembang olehMaktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak tahun 1922.Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan itu. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang memperluas penggunaansistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkanoleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik di SITC. Di antaranya ialah : (i)
 Kitab Loghat Melayu
susunan R.O. Winstedt dan Ibrahim Dato’ Muda Linggi (1921), (ii)
Kitab Pelita Mengarang 
(Rumi) susunan O.T. Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii)
 Kitab Kumpulan Nama Melayu
susunan Ibrahim Dato’ Muda Linggi (1924)( AhmadHafiz Wahy et al,2005).3

Activity (173)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads
Ferraleny Doline liked this
Mohd Lutfi liked this
Halimatul Sadiah liked this
aifa_farihah liked this
Siti Misalin liked this

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->