You are on page 1of 8

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 145

UNIT 10 ISU-ISU DALAM PEMBENTUKAN SAHSIAH GURU

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir unit ini, anda diharap dapat: 1. Menyenaraikan isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru 2. Mengkategorikan isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru 3. Merumus isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang dipegang 4. Mengemukakan cadangan untuk mengatasi isu-isu semasa dalam konteks pembangunan sahsiah guru 10.1 PENGENALAN
Renung sejenak. Pada pandangan anda, apakah isu-isu yang membabitkan pembangunan sahsiah seorang guru?

nit ini membincangkan isu yang membabitkan pembangunan sahsiah guru. Pengertian sahsiah diberikan secara ringkas dan disusuli dengan isu-isu yang membabitkan sahsiah guru. Isu-isu ini dapat dikategorikan kepada dua kategori yang utama iaitu isu sahsiah yang positif dan isu sahsiah yang negatif. Daripada kedua-dua kategori ini, isu guru dapat dipecahkan kepada empat aspek yang utama iaitu isu sahsiah dari aspek diri guru, sekolah, rakan sebaya dan masyarakat. Setiap individu menampilkan sahsiah diri berdasarkan kepada pegangan, nilai dan etika yang menjadi prinsip dalam kehidupannya. Lantaran itu juga, kaedah yang digunakan oleh setiap individu adalah berbezai dalam menangani sesuatu masalah dalam menjalankan kewajipannya sebagai seorang guru. Persoalan yang perlu kita fikirkan adalah adakah apa yang dilakukan dan peribadi yang dipamerkan merupakan sesuatu yang mendatangkan kesan yang baik kepada anda sebagai seorang guru, murid dan juga negara?

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 146

10.2 APAKAH ISU-ISU TERKINI BERKAITAN PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU?

ahsiah sering dikaitkan dengan peribadi yang ditonjolkan oleh seseorang guru melalui tindakan atau perlakuannya. Tindakan yang dipilih oleh guru dapat dilihat sebagai tindakan yang boleh diterima atau tindakan positif yang merupakan tindakan sejajar dengan jangkaan masyarakat dan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia. Berita-berita menggembirakan yang menggambarkan sahsiah guru yang baik seperti guru bertindak berani untuk menyelamatkan anak muridnya dan ketabahan guru menghadapi harungan dan cabaran untuk mendidik anak bangsa merupakan perkhabaran yang membuatkan kita kagum dengan profesion perguruan. Namun, tindakan negatif yang tidak melambangkan sahsiah guru juga turut menjadi fokus utama media massa dan para penyelidik seperti kes khalwat, sumbang mahram, penderaan, rogol hinggalah kepada ketagihan dadah. Pendedahan tentang penglibatan guru di dalam fenomena ini menyedarkan kita tentang betapa tingginya harapan masyarakat dan negara terhadap peranan yang dimainkan oleh guru sebagai pendidik dan pembimbing kepada golongan muda yang merupakan generasi yang bakal menerajui negara kita. Melalui sahsiah diri yang ditonjolkan, seseorang guru akan dilihat kewibawaannya. Sahsiah diri yang baik akan menggambarkan diri seorang guru yang berkaliber, berjaya dan berwibawa. Sebaliknya, guru yang menampilkan peribadi yang tidak baik adalah guru yang gagal, tidak berkarisma dan tidak memenuhi aspirasi negara. Anda diminta merujuk laporan akhbar atau kajian yang memberi gambaran terkini tentang isu yang melanda sahsiah guru sekolah. Berikan ulasan tentang trend yang timbul daripada laporan yang diperolehi. Murid merupakan tanggungjawab guru bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai seperti mana yang dihasratkan oleh kerajaan. Dalam menjalankan tanggungjawab tersebut, guru secara tidak langsung akan menjadi role model atau contoh kepada muridnya dari segi perlakuan, pertuturan mahupun pemikiran. Berikut merupakan sebahagian daripada fenomena yang biasa dilihat di sekolah-sekolah yang melibatkan interaksi antara guru dan murid. Jawab soalan yang berikut. Guru: Hoi Abu, mari sini! Abu: Apa ni Cikgu panggil saya kuat-kuat macamlah saya pekak! Guru: Amboi ! Tu cara awak cakap dengan cikgu awak? Awak ingat saya ni apa? Adik awak? Ni.. tak reti nak hormat sikit. terjerit-jerit macam duk kat hutan jer Abu: Tak lah Cikgu Cikgu pun cakap dengan saya kuat-kuat. Cikgu pun sama macam mana saya nak cakap perlahan bila cakap pun cakap macam nak runtuh sekolah ni Guru: Kurang ajar awak Pergi jumpa guru disiplin sekarang! Fikirkan. Adakah cara yang digunakan oleh guru ini adalah cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu mesej? Adakah cara interaksi tersebut menggambarkan guru tersebut mempunyai sahsiah diri yang baik atau sebaliknya? Apakah cara yang anda selalu gunakan untuk berinteraksi dengan murid anda?

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 147

Sebagai seorang guru, anda tidak dapat lari daripada berinteraksi dengan murid semasa berada dalam kelas mahu pun di luar kelas. Apabila berada di sekolah dan berbincang atau berbual dengan rakan sejawat, anda juga akan menggunakan gaya interaksi yang tertentu. Gaya itu mungkin sama atau berbeza ketika anda menghadiri mesyuarat yang diadakan di sekolah mahupun di kawasan luar sekolah. Apabila ibu bapa datang menemui anda, gaya anda berinteraksi akan menggambarkan sahsiah diri anda. Cuba lihat diri anda? Adakah terdapat perbezaan cara anda berkomunikasi dengan murid anda, rakan sekerja, dan ibubapa murid anda? Apakah yang menyebabkan perbezaan tersebut? Adakah anda sedar bahawa apabila anda berinteraksi, sahsiah diri anda akan dapat digambarkan oleh orang lain? Seseorang akan berasa selesa untuk berbincang dengan individu tertentu. Kenapa ini berlaku? Keadaan ini disebabkan oleh sahsiah diri individu tersebut yang selalunya lebih bercirikan nilai positif seperti mesra, baik hati, bertolak ansur, menghormati, memahami dan penyayang. Oleh itu, gambaran yang kita lihat terhadapnya adalah baik sehingga ada yang membuatkan kita ingin mencontohi mereka. Sebaliknya, kita sering mengelak daripada berhubung dengan individu tertentu kerana apabila berurusan dengannya akan mendatangkan perasaan yang negatif seperti geram, marah, sedih, terkilan dan hiba. Sahsiah diri yang ada pada individu tersebut lebih menunjukkan nilai-nilai negatif seperti sombong, bongkak, angkuh, mementingkan diri sendiri, pemarah, panas baran, sikap tidak endah dan mementingkan diri sendiri. Sekarang giliran anda untuk memberikan satu contoh isu lain yang melibatkan sahsiah diri anda dan fikirkan cara terbaik untuk menangani isu tersebut agar anda dapat menjadi role model kepada murid di samping mengubah murid menjadi seorang insan yang mulia dan bersahsiah tinggi.

10.3 PENGKATEGORIAN ISU-ISU SEMASA SAHSIAH GURU

su-isu yang berkaitan dengan sahsiah guru ini dapat dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu isu yang positif dan isu yang negatif. Isu positif merupakan isu yang dapat meningkatkan profesion perguruan kerana melalui tindakan yang diambil oleh guru akan dapat memberi gambaran yang baik tentang guru tersebut. Sementara isu negatif pula ialah apa-apa tindakan yang akan menunjukkan seseorang guru itu mempunyai sahsiah diri yang tidak baik dan dirasakan tidak sesuai untuk memegang tanggungjawab sebagai seorang pendidik.

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 148

Kedua-dua isu positif dan negatif ini dapat dikategorikan kepada empat aspek utama seperti yang digambarkan dalam Rajah 10.1 di bawah.
Diri

Sekolah

Isu berkaitan sahsiah guru

Keluarga

Masyarakat

Rajah 10.1 Kategori isu disiplin Pertama, aspek diri guru merupakan aspek yang ada dalam dirinya yang menyebabkannya bertindak secara rasional ataupun sebaliknya. Antara ciri yang mendorong seseorang bertindak ialah dari segi emosinya, tingkah laku yang telah biasa digunakan untuk bertindak dalam situasi tertentu dan pemikirannya. Contoh isu positif sahsiah guru bagi kategori diri ialah guru yang amanah mendidik anak muridnya tanpa mengira masa dan ganjaran yang diperolehi. Contoh isu negatif sahsiah guru bagi kategori diri ialah guru yang enggan menjadi pembimbing dan penasihat bagi aktiviti ko-kurikulum muridmuridnya. Aspek kedua ialah aspek sekolah merupakan apa-apa tindakan yang berkaitan dengan tanggungjawab di sekolah seperti kehadirannya di sekolah, mengajar dan mendidik murid mengikut masa yang ditentukan serta mematuhi segala peraturan dan etika perguruan yang digariskan. Contoh isu negatif bagi kategori ini ialah guru yang berpakaian tidak kemas, tidak memakai tanda nama dan tidak datang ke sekolah tanpa sebarang alasan yang munasabah. Ketiga, aspek keluarga iaitu sama ada seseorang guru dapat menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami, bapa atau pun anak yang baik. Contoh isu sahsiah guru yang negatif bagi kategori keluarga ialah guru yang mendera isteri dan anak-anaknya. Keempat ialah aspek masyarakat iaitu tindakan guru yang menjurus kepada kesan yang timbul daripada masyarakat mahupun negara. Contoh isu sahsiah guru yang positif bagi kategori ini ialah guru yang membantu masyarakat dan bertindak sebagai penggerak dan pemangkin kepada pembangunan sesebuah kampung. Terdapat guru yang sanggup meluangkan masa dan tenaga untuk memberi ceramah dan aktiviti bagi menyedarkan

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 149

masyarakat tentang kepentingan menjaga kebersihan. Contoh bagi isu disiplin yang negatif ialah penglibatan guru dalam aktiviti tidak bermoral seperti ditangkap khalwat. Isikan rajah di bawah dengan isu-isu yang berkaitan dengan sahsiah guru mengikut kategori yang disenaraikan. KATEGORI Diri Sekolah Keluarga Masyarakat Contoh isu Rujukan

Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang dipegang

ahsiah diri seseorang banyak dipengaruhi oleh tiga faktor utama iaitu kefahaman dirinya, nilai dan etika yang menjadi pegangannya. Pertama, kefahaman tentang diri anda diperolehi melalui penelitian diri daripada konteks teori. Cuba rujuk kembali teori yang disentuh dalam Unit 3, 4, 5 dan 6 untuk memahami diri anda dengan lebih mendalam. Kedua, nilai yang menjadi pegangan anda pula ditentukan oleh nilai yang menjadi rujukan anda ketika anda menjadi guru pelatih. Contohnya, semasa anda mengambil kursus dan menjadi mahasiswa di Universiti Pendidikan Sultan Idris, nilai BITARA merupakan tonggak utama dalam mendidik diri untuk menjadi seorang guru yang berkaliber dan bersahsiah mulia. Nilai BITARA ini ada disentuh dalam Unit 7 dan 8 dalam modul ini. Ketiga, etika perguruan yang seharusnya dipegang sejak anda mula melangkah ke arena pendidikan. Etika perguruan merupakan landasan utama bagi seseorang guru untuk memilih tindakan yang paling tepat dan wajar dengan profesionnya. Etika perguruan telah disentuh dalam Unit 9 dalam modul ini. Seorang guru didapati terlibat dengan penagihan dadah. Apakah yang dapat anda rumuskan berkaitan isu tersebut berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang anda pegang? Sila catatkan rumusan anda dalam ruangan di bawah. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 150

Guru SK Balar bersemangat mengajar di pedalaman. Dimuat turun daripada laman web www.bharian.com.my/bharian/.../GuruSKBalarbersemangatmengajardipedalaman/. pada 15 Februari 2011.

Petikan laporan akhbar: Ramai guru dikatakan enggan bertugas di luar bandar dan pedalaman termasuk di penempatan Orang Asli. Bayangkan, untuk ke pekan terdekat mengambil masa berjam-jam. Namun, ramai lagi guru sanggup menerima cabaran berkhidmat di pedalaman meskipun serba kekurangan dari segi kemudahan prasarana. Apakah yang dapat anda rumuskan berkaitan isu tersebut berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang anda pegang? Sila catatkan rumusan anda dalam ruangan di bawah. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ Layari laman web www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt...Negara... tentang budaya menyaman membabitkan guru yang dilihat semakin menular dalam institusi pendidikan di negara ini. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

10.4 CADANGAN MENANGANI ISU-ISU SEMASA BERKAITAN PEMBANGUNAN SAHSIAH GURU

ahukah anda terdapat pelbagai cara digunakan untuk mengatasi isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru? Setiap langkah dan tindakan yang dikenakan ke atas guru yang menunjukkan sahsiah diri tertentu akan mendatangkan kesan tertentu terhadap diri murid tersebut, sekolah mahupun bidang pendidikan. Langkah-langkah yang diambil boleh mendatangkan kesan yang positif mahupun negatif.

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 151

Layari laman web perkhidmatanpelajaran.blogspot.com/2009_11_01_archive.html. Dapatkan isu yang berkaitan dengan sahsiah guru yang belum dibincangkan dalam unit ini dan senaraikan kesan yang mungkin timbul ekoran daripada isu tersebut. Berikan cadangan anda untuk mengatasinya. _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________

Ikut apa yang saya cakap, jangan ikut apa yang saya buat. Berikan pandangan anda tentang frasa yang sering dikeluarkan dalam dunia pendidikan. Adakah anda pernah berhadapan dengan situasi ini? Apakah kesan yang timbul daripada kenyataan tersebut kepada diri anda, murid dan juga rakan sekerja? Berikan cadangan untuk mengatasi isu ini? Kita selalu mendengar kenyataan dan pandangan bahawa mereka yang terlibat dengan kes disiplin merupakan kanak-kanak yang tidak dididik dengan baik dan dibesarkan dalam persekitaran yang tidak baik. Selain itu, ada juga berpandangan bahawa murid yang terbabit bertindak demikian akibat daripada pergaulan dan pengaruh daripada rakan-rakan. Media massa turut dipersalahkan kerana memaparkan cerita dan iklan yang tidak mengikut lunas agama dan adab ketimuran yang menjadi pegangan masyarakat negara ini. Sekolah dan guru juga tidak terkecuali daripada menerima tempias tomahan dan rungutan masyarakat yang meragui kewibawaan para pendidik yang telah terlatih.

RUMUSAN
1. Terdapat pelbagai isu semasa yang melibatkan sahsiah guru.

Isu ini merupakan isu yang menggambarkan sahsiah diri guru yang baik dan juga sahsiah diri guru yang tidak baik. 2. Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru ini dapat dikategorikan kepada empat bahagian yang utama iaitu diri, sekolah, keluarga dan masyarakat. 3. Isu-isu semasa yang melibatkan sahsiah guru dapat dilihat daripada pelbagai perspektif berdasarkan pertimbangan teori, nilai dan etika yang dipegang. Oleh yang demikian, setiap guru pasti mempunyai pandangan tersendiri tentang cara yang terbaik untuk mengatasi isu tersebut.

Isu-isu dalam Pembentukan Sahsiah Guru | 152

KATA KUNCI
1. 2. 3. 4. 5. Isu-isu semasa Isu sahsiah berkaitan sekolah Isu sahsiah berkaitan keluarga Isu sahsiah berkaitan diri Isu sahsiah berkaitan masyarakat

PENILAIAN KENDIRI
1. Senaraikan isu-isu terkini yang berkaitan dengan sahsiah diri anda. 2. Apakah perbezaan isu yang berkaitan sahsiah diri anda dalam aspek diri, sekolah, keluarga dan masyarakat? Adakah kategori isu ini sama antara diri anda dengan rakan sekerja anda? Adakah isu tersebut merupakan tindakan yang diharapkan oleh masyarakat dan merupakan hasrat yang dinyatakan oleh negara? 3. Adakah dengan membincangkan isu-isu dalam pembangunan sahsiah dapat memotivasikan anda untuk menjadi seorang guru yang unggul dan berkesan? 4. Adakah anda mempunyai sebarang perancangan untuk membangunkan sahsiah diri anda? Jika tidak, apakah perancangan anda sekarang? Jika ya, adakah perancangan tersebut berjaya dilaksanakan? Jika ya, apakah yang membuatkan perancangan itu berjaya dilaksanakan? Jika tidak, apakah halangan yang anda tempuhi dan bagaimanakah anda akan atasi halangan dan cabaran tersebut?

RUJUKAN
Burger, J. M. (2000). Personality. (5th ed). Belmont, CA: Wadsworth/Thomson Learning. Buss, D.M. & Larsen, R.J. (2008). Personality psychology: Domains of knowledge about human nature. (3rd ed). New York: McGraw Hill. Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia

You might also like