HBAE2103- Membuat Corak dan Rekaant
Abg Hashim Abg Solhi – 580530135193-002
3. Jenis-Jenis Motif Pada Objek
Dalam penghasilan batik, unsur utama yang menjadi batik itu unik adalahdengan adanya motif-motif yang dipilih dan disusun dengan kreatif sertadiwarmakan dengan sempurna dengan kreatif. Motif-motif yang digunakanbiasanya yang berunsur alam semulajadi dan tradisional. Diantara unsur-unsur yang terdapat adalah bermotifkan fauna, flora dan geometri.Motif flora yang merupakan unsur tumbuhan yang amat digemari dandigunakan ialah pucuk rebung,bunga mangga, kenangga,cempaka,melur dansebagainya. Bunga,pucuk,kudup,putik,daun dan ranting digunakan dan diolahserta dipelbagaikan dalam corak yang pelbagai.Motif fauna pula menjurus kepada motif haiwan yang kerap digunakan ialahayam,itik, serangga dan unggas. Motif ini selalunya diolah dan digabungkandengan motif flora.Motif geometri selalunya lebih digemari dalam pembikinan batik kerana ianyalebih mudah dan ringkas untuk diolah. Antara motif geometri yang popular ialahsegi tiga pucuk rebung,segi empat,garisan lurus, swastika, gandaan huruf “S”,bulatan dan sebagainya.Namun dalam batik sarung yang kita pilih seperti Rajah A diatas, penggunaanmotif adalah merangkumi motif flora, fauna dan geometri. Motif flora sepertimotif bunga mangga diguna secara dominan pada badan kain yang berlatarkanwarna biru yang lebih gelap.Susunannya adalah secara menegak dan agaklonggar. Namun gabungan susunan dan kontras warnya menampakkannyaagak jelas dan menarik.Motif corak pada kaki kainnya agak mudah dengan adunan garisan dan motif pucuk rebung yang disusun dengan rapi secara menegak.
3
Leave a Comment
suezy_88fuyoo@yahoo.com