• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Kajian menunjukkan 30 peratus murid sekolah rendah tidak mengambilsarapan pagi dengan alasan utamanya kesuntukan masa dan kurangselera makan pada waktu pagi.Mereka yang tidak bersarapan akan berasa lemah dan tidak bermayaterutama sekali menjelang lewat pagi. Ini disebabkan kadar kandungangula dalam darah menjadi terlalu rendah sehingga ia menjejas fungsiotak. Jika ini dibiarkan, ia akan menjejaskan kebolehan kanak-kanak untukmenumpukan pada pelajaran dengan berkesan.Setelah melalui malam yang panjang, kanak-kanak mahupun orangdewasa memerlukan tenaga yang mencukupi untuk menjalani rutinharian mereka. Jadi, sarapan pagi sememangnya tidak boleh diabaikankerana ia menyediakan khasiat yang diperlukan untuk tumbesaran dantenaga bagi memulakan hari.Menurut Pakar Runding Dietetik, Mary Easaw-John, sarapan pagimerupakan hidangan yang tidak boleh diabai oleh kanak-kanak keranadengan bersarapan, mereka akan mempunyai tenaga yang cukupuntuk menumpukan perhatian kepada pelajaran dan berseronokdengan aktiviti fizikal bersama rakan-rakan.‘‘Sakit kepala dan perut, mengantuk serta tidak dapat menumpukanperhatian terhadap pelajaran adalah berpunca daripada tabiat tidakmengambil sarapan pada awal pagi.“Kanak-kanak juga selalumengadu mereka tidak ada selera dan masa untuk bersarapan pagi.Sebenarnya, dengan pengurusan masa yang baik serta makanan yangringkas, berkhasiat dan sedap dapat mengatasi masalah tersebut.Perkara yang terbaik ialah:
 
‘‘Rancanglah dengan lebih awal pada malam sebelumnya sepertibantu anak-anak mengemaskan beg dan menyiapkan beg sekolahmereka supaya tidak terkejar-kejar pada waktu pagi.“Dengan cara ini pasti ibu bapa akan mempunyai banyak masa untukbersarapan dengan anak-anak. Inilah salah satu panduan praktikalkepada ibu bapa yang mahukan permulaan terbaik untuk anak-anakmereka pada setiap hari,’’ jelas Mary.Katanya, ibu bapa juga tidak perlu mengambil masa yang lama untukmenyediakan sarapan pagi bagi anak sekiranya tahu apa yang merekainginkan.Sebagai contoh, secawan air Milo dengan roti merupakan salah satusarapan pagi yang berkhasiat dan mudah.‘‘Mereka juga boleh menyediakan menu sarapan pagi untuk seminggudengan bertanya kepada anak sebelum mereka masuk tidur. Secaratidak langsung ini dapat menjimatkan masa dan mengawal corakpemakanan mereka sewaktu sarapan pagi,’’ ujarnya.Pelbagaikan menu sarapan dari semasa ke semasa kerana ia bolehmembantu untuk membina kemahiran pemakanan yang bijak danpenyediaan hidangan yang sihat.Dengan menyediakan sarapan pagi yang menyeronokkan bolehmeningkatkan selera anak untuk bersarapan.‘‘Libatkan anak-anak semasa menyediakan sarapan pagi sepertimembenarkan mereka memilih menu kegemaran atau menyediakanmeja dan dengan pinggan dan cawan kegemaran mereka,” katanya.Beliau juga berpendapat, cara yang paling baik untuk mendidik anak-anak ialah dengan memberi contoh yang baik. Ini bermakna, ibu bapa juga perlu bersarapan pagi, jika mahu anak-anak berbuat perkara yangsama.Menurut Mary, badan yang sihat memerlukan pemakanan yangsempurna. Untuk badan kanak-kanak membesar secara sihat, ibu bapamesti menyediakan anak-anak dengan pemakanan seimbang yangbetul dan cukup protein, lemak asas, karbohidrat, vitamin dan mineral.Kadang-kadang kanak-kanak tidak menggemari sayur-sayuran keranawarna dan rasanya yang pahit. Jadi, untuk menggalakkan merekamakan sarapan pagi yang berkhasiat, ambil hidangan yang sama
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...