You are on page 1of 2

ALBINO Keadaan di mana individu kekurangan pigmen (pewarna) pada rambut, kulit dan mata Dipercayai berpunca daripada

da baka/genetik

CIRI-CIRI: Kanak-kanak albino biasanya berambut putih, kulit cerah dan mata merah-muda (pink) dan senang dikenalpasti.

Kanak-kanak yang mengalami ocular albinism hanya mengalami kekurangan pigmen pada mata sahaja.

ALBINO (samb) IMPLIKASI: Individu mengalami photophobia, iaitu tidak selesa dan mungkin sakit apabila berada dalam cahaya terang. Boleh dibantu dengan memakai cermin mata hitam, topi. Mungkin tidak suka melibatkan diri dalam aktiviti luar. Mereka mengalami kesukaran melihat dalam cahaya kerana silau. Boleh ditempatkan jauh dari tingkap. Keamatan cahaya dalam bilik boleh diubahsuaikan dengan langsir atau tingkap tinted Mereka mungkin rabun dekat atau rabun jauh dan memerlukan kanta mata. Mungkin juga mengalami mata juling dan nystagmus sebagai keadaan sekunder. Untuk tugasan jarak dekat, misalnya membaca buku, mereka mungkin perlu dekatkan buku yang dibaca atau menggunakan buku cetakan besar atau alat bantu khas. Biasanya pigmennya akan bertambah sehingga umur remaja. Oleh itu, penglihatan jauhnya mungkin bertambah baik. Alat-alat low vision (kanta pembesar, dsb) mungkin diperlukan.

You might also like