You are on page 1of 3

SKIM BANTUAN PENDIDIKAN Kerajaan telah memperkenalkan dasar 1 Malaysia, dalam usaha ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara

maju dan ekonomi pendapatan tinggi agar rakyat berpeluang menikmati sepenuhnya manfaat daripada transformasi Negara. Untuk perkara ini direalisasi, kerajaan sedar modal insan yang kompetitif dan berkualiti amatlah penting. Maka dengan itu, pendidikan adalah satu perkara yang kerajaan utamakan dalam usaha transformasi negara. Pelbagai perkara telah Kerajaan perkenalkan untuk memastikan pendidikan diberikan perhatian penuh oleh semua pihak dan rakyat Malaysia. Antara program yang telah dilaksanakan untuk membantu mencapai hasrat ini adalah kerajaan memperkenalkan satu lagi inisiatif, Skim Prihatin Pendidikan 1Malaysia (SPP1M) bagi membantu pelajar-pelajar di peringkat pengajian tinggi mendapat kemudahan pinjaman kewangan tambahan. Pelajar-pelajar yang sedang mengikuti program ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana dalam bidang yang telah dikenalpasti di institusi pengajian tinggi yang diiktiraf oleh kerajaan boleh memohon untuk mendapatkan pinjaman dari institusi kewangan yang mengambil bahagian dalam skim ini. Kerajaan sedar bahawa tempat di institusi pengajian tinggi awam adalah terhad dan terdapat ramai pelajar yang meneruskan pengajian di institusi pengajian tinggi swasta tempatan dan juga di luar negara. Yuran pengajian terutamanya bidang-bidang professional dan kritikal di institusi pengajian tinggi swasta tempatan dan juga institusi pengajian tinggi di luar negara adalah lebih tinggi. Walaupun dengan adanya pinjaman PTPTN, ramai pelajar terutama dari golongan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana perlu mempunyai dana sendiri untuk menampung yuran pengajian anak mereka. Begitu juga dengan mereka yang mengikuti pengajian di luar negara, ibubapa perlu mempunyai dana yang mencukupi kerana tiadanya pinjaman PTPTN. Melalui skim ini, kerajaan akan menjamin sehingga 10 peratus daripada jumlah pinjaman yang dikeluarkan agar institusi kewangan dapat memberikan terma pinjaman yang berpatutan untuk pelajar menyempurnakan pengajian mereka. Jaminan ini tidak bererti peminjam dikecualikan daripada membayar balik wang pinjaman sepenuhnya tetapi merupakan satu initiatif kerajaan untuk mengurangkan risiko institusi kewangan yang mengambil bahagian demi membantu pelajar mendapat sumber kewangan yang lain untuk membiayai yuran pengajian mereka.

Skim ini juga amat bertepatan dengan tuntutan yang digagaskan dalam konsep 1 Malaysia melalui lapan nilai yang telah diterapkan dan nilai tersebut adalah Budaya Ilmu iaitu sebuah negara yang mempunyai rakyat yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi. Budaya ilmu ini juga merupakan satu budaya yang berkecenderungan untuk sentiasa memburu pengetahuan yang terkini dan kesediaan untuk menimba ilmu sepanjang hayat. Usaha yang diperkenalkan oleh kerajaan ini adalah semata-mata untuk melahirkan masyarakat yang berilmu tanpa mengira status sosial atau kaum dan bangsa seseorang. Usaha ini adalah amat penting dalam melahirkan individu dalam kalangan masyarakat yang mampu bersaing di peringkat global dengan membawa negara Malaysia sebagai kebanggaannya. Selain daripada itu adalah sebagai satu usaha untuk melahirkan bangsa Malaysia yang mampu memberikan sumbangan kepada negara di samping mempunyai semangat kenegaraan yang tinggi yang sekali gus dapat mendokong segala usaha kerajaan untuk mewujudkan perpaduan kepada masyarakat yang pelbagai kaum ini. Selain daripada itu, kerajaan juga telah memperkenalkan bantuan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) bertujuan untuk mengurangkan beban pelajar untuk membeli buku pengajian di samping sebagai salah satu usaha kerajaan untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar. Pemilihan atau syarat kelayakan penerima bagi skim Baucer Buku 1 Malaysia ( BB1M ) adalah semua penuntut atau pelajar lepasa SPM yang menuntut di mana-mana Intitusi Pengajian Tinggi ( IPT ) yang diiktiraf oleh kerajaan. Oleh yang demikian, tidak timbul masalah yang melibatkan kaum dan bangsa yang pelbagai di Malaysia. Justeru, pelancaran dan pemberian skim Baucer Buku 1 Malaysia ini adalah juga merupakan satu lagi usaha kerajaan dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Hal ini dapat dilihat dengan sikap adil yang ditunjukkan oleh pihak kerajaan dalam pengagihan skim ini kepada semua penuntut IPT yang berdaftar tanpa mengira status ekonomi ataupun kaum dan bangsa seseorang. Hali ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan berusaha untuk menjaga kebajikan setiap daripada rakyat Malaysia tanpa melihat kepada bangsa mahupun kaum seseorang, tetapi perkara yang terpenting adalah usaha untuk mewujudkan persefahaman dalam kalangan

rakyat yang hidup dalam kepelbagaian budaya yang unik dan mempunyai perbezaan dari sudut adat resam dan kepercayaan. Maka dengan timbulnya persefahaman dalam kalangan masyrakat majmuk yang wujud di malaysia maka, kita akan mampu melihat hasrat kerajaan

untuk mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu dalam sebuah negara yang aman dan sejahtera ini. Keseimbangan yang wujud kini membuktikan bahawa hasrat kerajaan yang telah menjadikan asas perpaduan dalam gagasan 1 Malaysia ini sebagai tujuan utama adalah bukanlah retorik semata-mata tetapi adalah satu agenda yang sangat penting dalam memastikan negara Malaysia adalah dalam kalangan negara yang mempunyai semangat perpaduan yang tinggi walaupun hidup dalam kepelbagaian kaum. Kesejahteraan dan keamanan yang wujud hari ini adalah bukti kejayaan program yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dalam membuktikan kepada dunia bahawa kepelbagaian budaya dalam sesebuah negara tidak akan membantutkan usaha dalam mewujudkan semangat perpaduan seperti yang dikecapi oleh Malaysia hari ini. Usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan ini juga menunjukkan bahawa kerajaan komited dalam memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia ini walaupun berbeza dari segi fahaman politik, jurang ekonomi mahupun etnik dan kaum, namun tetap mendapat layanan yang sama. Perkara ini menunjukkan bahawa kerajaan sememangnya berusaha untuk menilai segala keperluan yang diperlukan oleh masyarakat Malaysia bagi golongan yang benar-benar memerlukan bantuan. Sebagai intihanya, kerajaan Malaysia melalui konsep gagasan 1 Malaysia adalah bertujuan untuk mewujudkan kesefahaman dalam kalangan rakyat dengan memberikan bantuan yang sepatutnya terutamanya dalam bidang ekonomi yang dilihat sebagai salah satu masalah yang boleh dilihat dalam negara Malaysia. Justeru, keadilan dan kesaksamaan yang ditunjukkan oleh kerajaan Malaysia dalam mengagihkan bantuan ini adalah usaha untuk menghilangkan perasaan iri hati yang mungkin wujud dalam kalangan rakyat.

You might also like