You are on page 1of 27

Mariam

Naadhirah
Rufihaza
M2/S6/5A/C09
Muqaddimah
• Name penuh:
‘Uthmaan Ibn ‘Affaan Ibn Abi Al-’Aas Ibn Ummayyah Ibn
‘Abd Shams Ibn ‘Abd Manaaf

• ‘Uthmaan dikenali sebagai Dhun-Noorayn

• ‘Uthmaan di lantik sebagai khalifah setelah wafatnya


khalifah Umar.

• Khalifah ‘Uthmaan dilantik sebagai khalifah selama 12


tahun, dimana 6 tahun yang pertama adalah tahap aman
dan 6 tahun terakhir dianggap zaman “Fitnatul-Kubra”.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
1. Perkara pertama yang dilakukan setelah dilantik
khalifah adalah memeriksa perkara ‘Ubaydullah
Ibn ‘Umar yang telah membunuh al-Hurmudhaan,
Jufaynah dan anak perempuan Abu Lu’lu’ah.

– ‘Ubaydullah telah berbuat demikian kerana amat


marah dengan apa yang terjadi kepada ayahnya.

– Akan tetepi, kelakuannya dengan membunuh anak


perempuan Abu Lu’lu’ah amat terlampau kerana anak
perempuan tersebut tidak bersalah langsung.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Ramai dikalangan kaum Muslimin berbeza


pendapat akan hukuman ‘Ubaydullah.

– Ada yang berpendapat ‘Ubaydullah patut


dihukum mati.

– Ada yang berpendapat ‘Ubaydullah tidak patut


dihukum mati oleh kerana hari kelmarin
ayahnya, Khalifah ‘Umar telah terbunuh, dan
hari ini pula, anaknya akan dibunuh.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Khalifah ‘Uthmaan yang sangat bijaksana dapat


mengatasi masalah tersebut.

– Beliau menghukumkan bahawa pembayaran


diyah diberi kepada waris dari orang-orang
yang terbunuh itu, dan diyah tersebut telah
dipikul oleh beliau sendiri dimana beliau
membayar dengan hartanya.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
2. Pembukuan al-Quran

– Perluasan kuasa menyebabkan penyebaran Islam


terjadi secara meluas.

– Apabila berbagai wilayah memeluk Islam, adanya


banyak perbezaan antara sesuatu wilayah dengan
wilayah yang lain dari segi mereka mempelajari Islam.

– Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah


mereka mempelajari al-Quran.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang


membawa kepada salah bacaan antara satu
tempat dengan tempat yang lain.

– Dengan keadaan ini banyak terjadinya salah


faham dan saling tuduh menuduh sesama
orang Islam dalam menyatakan siapakah yang
betul pembacaannya.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Oleh itu Khalifah Uthman telah memerintah


empat orang sahabat untuk menyalin semula
al-Quran dalam bentuk sempurna dan
mengadakan satu naskhah al-Quran yang baru
yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk
seluruh umat Islam.

– Khalifah Uthman telah menggunakan lahjah


Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang
berbeza telah dibakar.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang


mana ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani.

– Langkah-langkah ini bertujuan untuk menjamin


kesucian al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
3. Angkatan Tentera Laut (Navy)

– Khalifah ‘Uthmaan adalah diantara pertama yang


menubuhkan Angkatan Tentera Laut.

– Angkatan Tentera Laut tersebut telah diketuai oleh


Mu’awiyah .
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
4. Menumpas penderhakaan dan pemberontakan
yang terjadi di beberapa negeri yang telah masuk
Islam dibawah kekuasaan Islam di zaman ‘Umar.

– Banyak daerah telah ditakluk ketika zaman khalifah


‘Umar.

– Setelah wafatnya ‘Umar, penderhakaan dari daerah-


daerah tersebut timbul terhadap kerajaan Islam.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Ini ditimbulkan oleh pendukung-pendukung


pemerintahan yang lama atau pembangkang
pemerintahan lama dan ada sementara
pamong peraja dari pemerintahan lama yang
ingin kekuasaannya dikembalikan.

– Pemberontakan di Azerbaijan diadakan oleh


pendukung-pendukung pemerintahan lama
dan di kota Armenia pula, ada kota-kota yang
diserang kembali oleh bangsa Rum.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Khalifah ‘Uthmaan mengarah al-Waleed Ibn


‘Uqbah, gabernor Kufah di waktu itu, untuk
menumpas pemberontakan tersebut dan ini
berlaku pada tahun 26H.

– Di waktu yang sama, Mu’awiyah menghantar


tenteranya ke Armenia untuk menentang
pasukan Byzantine dan tentera ini diketuai
oleh Habeeb Ibn Maslamah al-Fihri.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Walau mereka dapat menakluki beberapa


tempat, Constans II telah menghantar tentera
seramai 80, 000.

– Dengan itu Mu’awiyah menulis kepada Khalifah


‘Uthmaan untuk menghantar peneguhan
tentera, dimana beliau menyuruh al-Waleed
Ibn ‘Uqbah.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Al-Waleed yang baru pulang dari Azerbaijan menerima


perintah tersebut dan segera menghantar tentera
seramai 8000 dibawah tangan Salmaan Ibn Rabee’ah
ke Armenia.

– Kedua tentera tersebut menakluki seluruh Armenia


setelah memenangi pasukan Rum dan juga menakluki
beberapa daerah Asia kecil termasuk Aran dan
Garjastan.

– Di akhir 26H, daerah sehingga ke Gunung-gunung


Caucasus dipimpin oleh kerajaan Islam.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
5. Penaklukan Khurusan dan Tabrastan

– Pada tahun 30H Sa’eed Ibn al-’Aas, baru dilantik


sebagai gabernor al-Kufah, menuju ke Khurusan
dengan tentera yang juga dianggotai oleh al-Hasan, al-
Husayn, ‘Abdullaah Ibn ‘Umar, az-Zubayr, Hudhayfah
Ibn al-Yamaan dan bersamaan gabernor Basrah iaitu
‘Abdullaah Ibn ‘Aamir.

– Sebelum ‘Abdullaah Ibn ‘Aamir sampai, Sa’eed Ibn


al-’Aas telah menakluki beberapa tempat termasuk
Tabrastan dan Jarjan.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
6. Penaklukan Africa Utara

– Untuk mengadakan pertahanan kukuh bagi Mesir, ia


adalah penting untuk menghalau pasukan Byzantine
dari Afrika Utara.

– Apabila ‘Abdullaah Ibn Sarh dilantik sebagai gabernor


Mesir, dia meminta izin daripada Khalifah ‘Uthmaan
into memasuki daerah tersebut.

– Permintaan ini telah ditolak sewaktu zaman Khalifah


‘Umar dahulu.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Khalifah ‘Uthmaan telah menghantar al-Hasan, al-


Husayn, ‘Abdullaah Ibn ‘Umar, ‘Abdullaah Ibn az-Zubayr,
‘Abdullaah Ibn ‘Amr Ibn al-’Aas dan ‘Abdur-Rahmaan Ibn
Abi Bakar sebagai peneguhan dari Madeenah.

– Oleh kerana percanggahan, penduduk Tripoli telah


setuju untuk mengadakan perdamaian dan berjanji
untuk membayar Jizyah setiap tahun.

– Kemenangan ini telah menyenangkan jalan untuk


tentera Islam memasuki Afrika Utara dan dapat juga
menakluki Tunisia, Morocco dan sebahagian Algeria.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
7. Penaklukan Cyprus

– Penakluki Cyprus telah diuruskan oleh Mu’awiyah Ibn Abi Sufyaan


dengan tenteranya yang dianggotai beberapa sahabat Rasulullah
saw.

– Antara-antara sahabat tersebut adalah Abu Dharr, ‘Ubaadah Ibn


as-Saamit dan isterinya Um Haram, Abu ad-Dard’ dan Shadaad
Ibn Qays.

– Sebelum ini, Mu’awiyah telah meminta izin dari Khalifah ‘Umar


bagi memerangi tentera Byzantine dengan merentasi lautan
berdekatan tetapi permintaan ini telah ditolak sewaktu zaman
Khalifah ‘Umar dahulu.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Ini adalah kerana orang Arab takut kepada apa-apa


yang berkenaan dengan laut kerana mereka tidak
pernah mengadakan peperangan dilaut (dangers of the
sea).

– Khalifah ‘Uthmaan telah membenarkan permintaan


tersebut tetapi tidak membuat ia wajib bagi sesiapa
untuk menyertai tentera laut tersebut.

– Dengan keizinan Allah, tentera Islam dapat menawan


tentera Byzantine di Cyprus.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
8. Peperangan Dhaat as-Sawaari (31H)

– 3 tahun setelah tentera Islam menakluki Cyprus, tentera


Byzantine membariskan armada sebanyak 500 kapal, 200 kapal
dari Mesir dan juga tentera tanah untuk memerang tentera yang
dibawah perintah ‘Abdullaah Ibn Sa’ad Ibn Abi Sarh.

– Kedua pihak tidak mulakan peperangan sehingga mereka


berdekatan dengan satu sama lain dan waktu inilah apabila ada
angin kencang yang membawa dua pihak berperang ke pesisir.

– Walaupun ramai yang syahid, tentera Islam akhirnya berjaya


menumpas tentera Byzantine.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
9. Penanaman
– Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk
memberi rakyatnya petak-petak tanah untuk
menanam tanaman.

10. Takbir
– Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk
merendahkan suaranya apabila mengatakan
takbir.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
11. Pewangian masjid
– Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk
memastikan masjid sering diwangikan.

12. Pengumuman Adhaan


– Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk
mengumumkan adhaan pertama sebelum solat
jemaah.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
13. Gaji bagi mu’aadhin
– Khalifah ‘Uthmaan adalah yang pertama untuk
mula memberi gaji kepada mu’aadhin

14. Pembesaran Masjid Nabawi


– Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana
dipenuhi dengan jemaah yang semakin ramai,
oleh itu Khalifah ‘Uthmaan telah membesarkan
masjid tersebut dengan membeli tanah bagi
memperluaskan kawasan tersebut pada tahun
29 Hijrah.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan
15. Menyebarkan Dakwah Islam
– Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara
dan beliau berjaya mengislamkan ramai
banduan.

– Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum


Islam kepada rakyatnya. Ramai pendakwah
telah dihantar keserata negeri bagi
memperluaskan ajaran Islam.
Pencapaian Khalifah ‘Uthmaan

– Beliau juga telah melantik ramai pengajar


hukum Islam dan juga melantik petugas khas
yang membetulkan saf-saf sembahyang.

– Beliau juga banyak menggunakan al-Quran dan


as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.
Rujukan

1. Sejarah dan Kebudayaan Islam


- Prof. Dr. Ahmad Shalaby
2. Tamadun Islam
- Mahayudin Hj. Yahaya
3. Biographies of the Rightly-Guided Caliphs
- Ibn Kathir

You might also like