You are on page 1of 3

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI ENTEBU SARATOK

MINIT MESYUARAT LINUS KETIGA 2013 Tarikh Masa Tempat Pengerusi Kehadiran (Bilangan) Turut Hadir (Jika ada) : 7 OKTOBER 2013 (Khamis) : 2.00 petang : Bilik Gunasama : Encik Awel@Kilat Ak. Seli (Guru Besar) : Dilampirkan :-

1. PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah dapat hadir. Tindakan: Semua guru 2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Dicadangkan oleh : Encik Abang Madehi Bin Abang Spawi Disahkan oleh : Encik Desmond Bin Muroh 3. PERKARA PERKARA BERBANGKIT TIADA 4. FOKUS MESYUARAT 4.1 Bilik Pemulihan Khas 4.1.1 Keadaan persekitaran di dalam bilik pemulihan hendaklah dikemaskini dan sesuai untuk pembelajaran murid-murid. Ini adalah selaras dengan arahan Pegawai Fasilinus yang telah datang untuk pemantauan sebelum ini. 4.1.2 Perabot yang tidak diperlukan dan tidak sesuai hendaklah dikeluarkan dari Bilik Pemulihan. Tindakan:

Encik Mohammad Kahlik 4.2 Didik Hibur 4.2.1 Didik hibur hendaklah diaplikasikan di dalam sesi PDP. 4.2.2 Guru hendaklah memberikan latih tubi kepada murid-murid untuk meningkatkan prestasi murid-murid. Matematik diberi dalam bentuk pengiraan dan Literasi dalam bentuk bacaan. 4.2.3 Jangan beri murid Tahun Satu kebenaran ke bilik air kerana mereka terlalu kerap keluar dari kelas dan suka membuang masa di luar kelas. Tindakan: Semua guru 4.3 Maritza Ibah dan Cehirel Mishalina Nasa(Tahun 1) Untuk makluman semua guru: 4.3.1 Setakat ini kedua-dua murid di atas kurang pergaulan dengan murid lain dan juga kurang mahu bercakap dan berinteraksi dengan orang lain. Mereka berdua hanya berinteraksi sesam sendiri sahaja. Tindakan: Semua guru 4.4 Program Bersama Ibubapa Murid LINUS 4.4.1 Cik Elizabeth juga meminta membuat program untuk bersama ibubapa murid LINUS untuk penerangan tentang LINUS dan kelemahan anak-anak mereka. Tindakan: Penyelaras dan semua guru LINUS 4.4.2 Ada ibubapa yang tidak dapat terima anak mereka LINUS. Bagi ibubapa yang tidak dapat terima anak mereka LINUS, buat surat akuan tidak membenarkan anak mereka untuk membuat pemeriksaan doktor. Tindakan: Penyelaras dan semua guru LINUS 4.4.3 Puan Catherine juga meminta guru mengadakan program untuk meminta ibubapa membantu anak-anak mereka dalam pembelajaran. Tindakan: Penyelaras dan semua guru LINUS

4.5 Pengiraan Peratus Murid Menguasai dan Tidak Menguasai 4.5.1 Pengiraan peratus bagi murid menguasai dan tidak menguasai akan ada perubahan iaitu murid ponteng akan dikira di dalam bilangan murid. Tindakan: Penyelaras dan semua guru LINUS serta makluman Guru Besar dan GPK1 4.8.2 Encik Nur Rahman juga menyatakan bahawa ini adalah sebahagian dalam E-Prestasi, dimana apa yang perlu guru ambil tindakan jika ponteng berterusan. Tindakan: Penyelaras dan semua guru LINUS serta makluman GPK HEM 4.6 E-Prestasi 4.9.1 Sahsiah dan kehadiran murid di dalam bidang ko-kurikulum juga dikira di dalam prestasi guru. 5. PENUTUP 5.1 Ucapan penangguhan oleh pengerusi. 5.2 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.00 petang

Disediakan oleh, ______________________ (Nur Rahman Bin Jahar) Penyelaras LINUS SK SG Entebu, Saratok

Disahkan oleh, ________________________ (Awel@Kilat Ak Seli) Guru Besar SK SG Entebu, Saratok

Sk. GPK 1 Fail S/U Peperiksaan Fail Pengurusan Mesyuarat Fail Induk LINUS 2.0

You might also like