You are on page 1of 103

AIDATUL AMIRA BT MOHD SHARIF (D20121058010) FAZLUN FARAHANIM BT ABU SHAH (D20121058023) NORWANA BT SIRO (D20121058055) Nur rasyiqah

binti sapian (D20121058746)

Anugerah yang diberikan kepada individu yang banyak memberi sumbangan dalam bidang sastera Bahasa Melayu di Malaysia. 1981: Anugerah Sastera Negara yang pertama Urusetia Panel Anugerah Sastera Negara yang ditunjangi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka melalui seliaan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia.

11 orang penerima anugerah :


1. 2. 3.

4.
5. 6. 7. 8. 9. 10. 11.

Kamaludin Muhammad atau Keris Mas (1981), Shahnon Ahmad (1982), Usman Awang atau Tongkat Warrant (1983), A. Samad Said (1985), Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati (1987), Muhammad Haji Salleh (1991), Noordin Hassan (1993), Abdullah Hussain(1996), Syed Othman Syed Hassan atau S. Othman Kelantan (2003), Anwar Ridhwan (2009) Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala (2011).

Biodata

Nama sebenar Kamaluddin Muhammad(Keris Mas). Dilahirkan di Kampung Ketari, Bentong, Pahang pada 10 Jun 1922. Penerima anugerah Sasterawan Negara Malaysia yang pertama. Mendapat pendidikan dalam bidang keagamaan di Sumatera. Pengasas angkatan Sasterawan Tahun 50-an (ASAS 50) Meninggal dunia pada 9 Mac 1992 di Kuala Lumpur.

Karya cerpen
Cerpen yang terdapat dalam antologi Patah Tumbuh mewakili tiga zaman iaitu: ~ Sebelum merdeka (1946-1956) ~ Menjelang merdeka (1957) ~ Zaman mengisi kemerdekaan x Antara cerpennya ialah: a) Wasiat Orang Bangsawan ~Masyarakat Melayu yang dikongkong oleh golongan bangsawan atau feudal.

negara iaitu Sumatera dan Malaya untuk mencapai kemerdekaan. b) Darah dan Air Mata ~ Mengisahkan perjuangan seorang askar dari Tanah Melayu yang jatuh cinta dengan gadis jawa. ~ Mereka berhasrat menuntut kemerdekaan di bawah pembentukan Indonesia Raya ~ Berlakunya gejala penindasan seperti yang berlaku sebelum perang dunia dahulu. c) Cerita Sepanjang Jalan I (1950) ~ Mengisahkan tentang kesusahan yang dialami oleh orang Melayu kelas bawahan yang menjadi kuli di Harbour Board, Singapura.

~ Memperlihatkan perjuangan rakyat dari dua

d) Kejadian dalam Estet ~ Merupakan lambang Tanah Melayu ~ Pihak Ingeris mengeksploitasi kekayaan Tanah Melayu. ~ Hidup rakyat Tanah Melayu ditindas dari aspek ekonomi dan kebendaan beserta dengan aspek budaya dan unsur kerohanian e) Pemimpin Kecil dari Kuala Semantan ~ Perjuangan Muhammad hasan yang ingin bebas dari belenggu penjajahan ~ Pertentangan yang hebat seperi API dan PETA mengakibatkan ramai tokoh ditangkap. ~Akhirnya, mencapai kemerdekaan juga

KARYA NOVEL

Antara karya novelnya : ~ Usaha-usaha dalam membawa kemajuan kepada Melayu bangsa dan dan

a) Korban Kesucian (1949)

~ Kemajuan itu dapat dilihat dari pelajaran penghidupan begitu juga dalam peradaban kesopanan b) Anak Titiwangsa (1967)

~ Mengisahkan kehidupan anak muda dalam menghadapi perubahan zaman moden iaitu selepas mencapai kemerdekaan

~Novel ini membawa mesej betapa kentalnya semangat anak muda dari kampung yang berani menjelajah ke Kuala Lumpur untuk mengubah nasib mereka.

c) Rimba Harapan ~ Memperlihatkan maksud seperti tajuknya iaitu perjuangan meneroka hutan belantara untuk membawa satu harapan ke arah kejayaan hidup ~ Keris Mas telah menggambarkan betapa susahnya kehidupan rakyat sebelum Perang Dunia Kedua di kawasan Bandar Bentong, Pahang. d) Pahlawan Rimba Malaya (1954) ~ Penulis mempunyai semangat nasionalisme yang kuat dan tebal

BIODATA

Shahnon Ahmad dilahirkan pada 13 Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik, Kedah. Merupakan Sasterawan Negara Malaysia yang kedua(1982) Mendapat pendidikan menengah di Kolej Sultan abdul Hamid dengan mendapat kelulusan Senior Cambridge. Menjadi guru bahasa Inggeris di English Grammer School, Kuala Terengganu Menjadi askar di Port Dickson Melanjutkan pelajaran sambil bekerja di Canberra, Australia. Menjadi pensyarah dan tutor di Maktab Perguruan Sultan Idris

Sepanjang 50 tahun, Shahnon Ahmad telah memperlihatkan beberapa aliran, ciri atau aspek pemikirannya dalam hasil penulisannya iaitu: a) Pemikiran Kedesaan ~ Penulisan cerpen dan novel kedesaan Shahnon sememangnya menggarap dan menghayati kehidupan di desa yang penuh kemiskinan dan perjuangan untuk survival. ~ Contoh novel seperti Rentung, Ranjau Sepanjang Jalan, Srengenge dan lain-lain. ~ Novel Detik-detik Diri Dari Daerah Daif amat menarik kerana memperlihatkan gambaran zaman kecil Shahnon selama lebih kurang 60 tahun yang lalu.

b) Pemikiran Kesosioekonomian ~ Novel Kemelut dan Seluang Menodak Baung merupakan novel yang dihasilkan sebagai perjuangan semula tentang sosioekonomi rakyat selepas membawa persoalan seperti politik dan keagamaan. ~ Penerbitan novel Seluang Menodak Baung merupakan adaptasi daripada peristiwa demonstrasi Baling yang berlaku pada 21 November 1974. ~ Demonstrasi tercetus akibat daripada kejatuhan ekonomi negara disebabkan inflasi yang mengakibatkan golongan penoreh getah menerima kesan yang besar iaitu penurunan harga getah. ~ Hal ini membuktikan Shahnon Ahmad amat serius untuk menimbulkan kesedaran sosial yang berlaku ini

c) Pemikiran Keagamaan ~ Shahnon Ahmad berusaha menggunakan bakat kreatifnya untuk berdakwah dalam kalangan pembacanya tentang perkara-perkara tertentu dalam novel dan cerpennya. ~ Contoh melalui cerpennya iaitu Kemelut dan Riak ~ Contoh novelnya ialah Protes (1967), novel Al-Syiqaq (1985), Tuk Guru (1988) dan Ummi dan Abang Syeikhul (1992) ~ Cerpen dan novel yang dihasilkan adalah manifestasi dan amalan dalam Islam dan juga pengalamannya mengetuai Pergerakan Al-Arqam yang kemudiannya diharamkan oleh kerajaan Malaysia. d) Pemikiran Kepolitikan ~ Shahnon Ahmad memang berminat dengan bidang politik ~ Antara hasil penulisan yang berkaitan dengan politik ialah novel Shit . Peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada parti UMNO dan barisan kabinet kerajaan Malaysia di bawah pimpinan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 2 September 1998 telah mencetuskan ilham kepada Shahnon Ahmad untuk menulis novel Shit ini.

~ Dongeng Hujan dan Kuda memfokuskan persaingan antara dua ekor kuda iaitu Kuda Tua yang menjalankan pemerintahan sekular dengan Kuda Kacak yang lebih kepada unsur keislaman dalam merebut kuasa dan pengaruh di kawasan padang ragut. ~ Pergolakan parti UMNO pada tahun 1990-an telah menyaksikan perebutan jawatan dan persaingan antara pemimpin untuk merebut jawatab-jawatan penting dalam parti telah mencetuskan idea kepada Shahnon Ahmad untuk menhgasilkan novel ini. ~ Novel Patriach memfokus kepada kegemparan yang menimpa negara Kota Belantara akibat kematian seorang diktator bernama Patriach yang semasa hayatnya banyak melakukan kekejaman, kezaliman dan penyelewengan terhadap rakyat.

~ Cerpen Wan Empuk Kakak wan Malini memfokus kepada


keganasan tradisional. dan keruntuhan moral

pembesar-pembesar

Isu yang mencetuskan penghasilan cerpen ini ialah isu penghakiman imuniti(kekebalan) raja-raja Melayu yang tercetus antara UMNO yang mewakili kerajaan dengan raja-raja Melayu di Malaysia Barat.

e) Pemikiran Kemuhasabahan ~ Novel pararuhi bersifat keagamaan dan tasawuf dan mengisahkan tentang tiga golongan yang akan berdepan dengan Allah. Hal ini bertujuan untuk menimbulkan keinsafan. ~ Novel Tumbuh Lagi Tunggu Lagi merupakan lanjutan novel Pararuhi yang membawa tema azab alam roh yang sangat dahsyat.

Latar Belakang
i. ii.

iii.

Wan Osman Bin Wan Awang Kechik Lahir pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Pendidikan awal: Sekolah Melayu Kuala Sedili Sekolah Mersing Kanan Sekolah Bandar Tinggi Muar 1941: lulus dengan cemerlang dan melayakkan beliau dipilih sebagai guru pelatih. Pernah bekerja sebagai petani, budak pejabat dan pasukan polis Jepun. 1946: anggota polis

Anugerah Dan Pencapaian.

Pejuang Sastera pada tahun 1976, S.E.A Write Award pada tahun 1982, penerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya pada 1983, Anugerah Sasterawan Negara ketiga pada tahun 1983, anugerah darjah kebesaran Dato kerajaan Perak pada tahun 1991, anugerah Seniman Agung pada tahun 1999.

Pemikiran

Menurut Zurinah Hassan (2006:56), semua pengalaman yang pernah dilalui oleh beliau menjadikannya seorang perenung yang perasa, lalu beliau memimpikan suatu keadaan tanpa penderitaan dan kemiskinan, tanpa sengketa dan penindasan supaya rakyat dapat hidup dalam keselesaan dan berkasih sayang. Impian inilah yang dijelmakan dalam ratusan puisi, cerpen, drama dan novel.

Pemikiran mengenai penjajahan dan kemerdekaan

Pemikiran terhadap penjajahan dan kemerdekaan terbina daripada pengalaman dan penglibatan peribadinya yang pernah bertugas dalam pasukan polis. Namun, Usman mula sedar bahawa perjuangan mereka hanyalah untuk kepentingan bangsa penjajah walhal petanipetani miskin negaranya semakin didesak dengan penderitaan hidup. Perkara inilah yang diabadikan dalam novelnya Tulang-Tulang Berselerakan.

Korban Tanah Air: pembukaan terhadap persoalan berkenaan tanah air serta rakyat yang bakal muncul dalam karya-karya beliau yang seterusnya sajak ini mula menampakkan bibit-bibit keraguan penulis berkenaan erti kematian seorang pejuang di pihak kerajaan penjajah Dalam sajak Anjing Itu, beliau memberikan pandangan bahawa kematian untuk menjaga keselamatan penjajah hanyalah kematian yang sia-sia. beliau mendapati penjajah merupakan penghalang kepada kemajuan negeri.

Pemikiran mengenai Kemiskinan dan Penindasan


Kemiskinan telah menjadi tema bagi sebahagian karyanya Novel Tulang-Tulang Berselerakan: Usman menceritakan ketidakadilan terhadap peniaga-peniaga kecil yang dikenakan pelbagai peraturan dan undang-undang yang merumitkan mereka. Penjual Air Batu dan Penjual Pisang Di Kaki Lima: Usman melihat undang-undang yang dikuatkuasakan sentiasa menguntungkan pihak yang berkuasa ke atas undang-undang itu sendiri. Drama Uda dan Dara : Usman berpendapat undang-undang tidak bertulis menentukan pembahagian masyarakat antara yang berada dan yang tidak berada. penindasan golongan atasan jugayang menjadi punca bertambahnya kemiskinan rakyat bawahan

Pemikiran tentang Penyatuan Masyarakat antara Kaum

secara sederhana kerana baginya pembahagian masyarakat yang sebenarnya antara golongan berada dengan golongan tidak berada Uda dan Dara : faktor ekonomi merupakan sebagai penentu pembahagian sosialbermaksud golongan bawahan akan lebih dekat dengan golongan bawahan juga walaupun daripada keturunan lain. Melukis Rasa Melukis Cerita serta Pemuda dan Gadis Tionghoa: isu perkauman bukanlah satu masalah besar, tetapi dibesar-besarkan oleh para pemimpin untuk tujuan politik mereka.

Abdul Samad bin Mohamed Said

Latar Belakang

dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka

Pendidikan awal: i. 1941: Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura ii. Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura iii. Victoria Institution, Singapura iv. Beatty Secondary v. 1956: lulus Senior Cambridge
Kerjaya i. wartawan dan penulis di akhbar Mingguan, Fikiran Rakyat ii. menyambung tugasnya di Utusan Melayu iii. berpindah pula ke Berita Harian

Penghasilan karya i. karya, pengalaman hidup menjadi idea utama kepada beliau untuk menghasilkan sesuatu karya ii. berpendapat bahawa pengalaman hidup amat penting untuk menjadikan dirinya lebih matang dan mengenali makna kehidupan iii. Pengalaman hidup beliau ini telah diperihalkan dalam kebanyakan karya beliau yang berbentuk novel seperti novel Salina, Daerah Zeni, Hujan Pagi dan Sungai Mengalir Lesu. nama samaran lain seperti Manja, Hilmy, Mesra, Syamsir, Isa Dahmuri dan Jamil Kelana

Anugerah dan Pencapaian

Bermula dengan Anugerah Pejuang Sastera 1976 Anugerah Penulis Asia Tenggara (SEA WRITE AWARD) 1979. 1985, Sasterawan Negara Malaysia yang keempat. 2003, A. Samad Said dianugerahi Ijazah Kehormat Doktor Falsafah bidang Kesusasteraan Melayu Moden oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim. Pada peringkat Asean, beliau telah menerima anugerah bagi kategori sastera pada 10 Oktober 1993 di Bandar Seri Begawan, Brunei Anugerah Sasterawan Nusantara pada 1999. anugerah bintang kebesaran kerajaan Negeri Melaka pada tahun1996 dan anugerah tersebut telah membawa gelaran Datuk.

Pemikiran

cabang pemikiran sama ada melalui pengalaman sendiri, bahan bacaan serta kajian beliau dalam penghasilan karya.

Pemikiran Terhadap Kesan Peperangan

Kebanyakan novel-novel A. Samad Said berlatarbelakangkan suasana perang dan menunjukkan bahawa beliau amat membenci peperangan Sungai Mengalir Lesu (1967) : masyarakat yang tinggal di tebing sungai yang mengalir lesu hidup dalam ketakutan, kelaparan, perpecahan antara anggota keluarga serta kematian Salina (1961): peperangan meninggalkan kesan psikologi yang mendalam terhadap kehidupan Salina dan menyebabkan Salina terjebak ke dunia pelacuran untuk meneruskan sisa-sisa hidupnya.

Pemikiran Mengenai Nilai Kehidupan Manusia

Nilai kehidupan manusia merupakan nilai murni dan budi pekerti manusia dalam melalui sesebuah kehidupan Sungai Mengalir Lesu (1967) menggambarkan bahawa mereka tidak lagi peduli tentang harga diri dan mereka sanggup melakukan apa sahaja demi meneruskan kehidupan novel Salina (1961) pula mengisahkan masyarakat yang sering ditindas oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab

Pemikiran Mengenai Kemiskinan Hidup

Novel Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sileri (1996) menyerlahkan pemikirannya berkenaan kemiskinan yang mendorong manusia mempertaruhkan nyawa mereka untuk mencari rezeki. dapat dilihat melalui watak utama iaitu Rehman yang sanggup mempertaruhkan nyawanya terjun daripada menara tinggi demi mencari rezeki bagi menyara keluarganya.

Pemikiran Mengenai Aspek Politik

sering menceritakan kepincangan yang berlaku dalam sesebuah politik Cerpen M.P Gudu-Gudu : menceritakan tentang sikap wakil rakyat yang penuh dengan kepurapuraan dalam membela nasib rakyat perjuangan politik tersebut penuh dengan pembohongan, tipu daya, kepalsuan, fitnah dan nafsu serakah

dilahirkan di Kalumpang, Jeneponto, Makasar, Indonesia

seorang pelaut dan sering mengembara dari satu tempat ke tempat

Pengenalan

pendidikan di sekolah Belanda

menyambung pengajiannya di Badan Perguruan Indonesia dengan mendapat kelulusan Sekolah Menengah Pertama dan Atas

Timbalan Ketua Perencana dalam jawatan Angkutan Angkatan Darat Terrotorium VII Bahagian Pelabuhan penerbitan majalah Hiburan di Royal Press dan kemudian dengan Penerbit Harmy

Kursus Persiapan Akademi Dinas Luar Negeri untuk menjadi diplomat

Tidak serasi

Menulis novel Gelora, Lingkaran dan Sandera

menjadi sidang pengarang untuk majalah Kisah, Hiburan dan Hiburan Filem di Singapura

pengarang di Penerbitan Pustaka Antara di Kuala Lumpur novel Ganderia

karyawan tamu di Universiti Kebangsaan Malaysia

felo akademik di universiti-universiti yang terkenal di dunia - di Cornell University, USA

Projek Dunia Melayu kajian mengenai pembentukan dan perkembangan masyarakat Melayu Nusantara

meninggal dunia pada 2009 akibat komplikasi penyakit kanser paruparu

1971

novel Sandera telah memenangi hadiah ketiga dalam peraduan mengarang novel sempena menyambut 10 tahun kemerdekaan Malaysia Wisata terpilih untuk memenangi hadiah karya sastera

Anugerah dan Pencapaian

1972
1985 1988

Bukan Satu Jalan Ke Mekah dan Alun Menggulung Perlahan memenangi hadiah karya sastera

pemenang S.E.A. Write Award pada tahun 1985 penerima Anugerah Sastera Negara yang kelima pada 8 April 1988

Karya
isi utama dalam penghasilan karya ialah kehidupan manusia dengan laut dan alam iaitu berdasarkan pengalamannya sendiri novel Sukma Angin, mengisahkan cabaran yang dihadapi semasa belayar di sekitar Kepulauan Melayu dan Eropah untuk merakam keagungan bangsa. mempersoalkan kehidupan di bandar dan dapat dilihat dalam cerpen Muara Sebatang Lorong

mengisahkan kehidupan di darat iaitu negara-negara yang pernah dilawati

Ketika di Sabah, persoalan konflik budaya dan masalah pelarian digarap dalam novel Eno, Rontok dan Royan.

Kuntum Tulip Biru juga berlatarkan masyarakat Eropah Bunga Dari Kuburan berlatarkan kehidupan di Amerika Syarikat

Sakura Mengorak Kelompok berlatarkan masyarakat Jepun

Trilogi Bunga

Busa Sukma pula mengisahkan tentang pertentangan politik dan penolakan dalam aspek ekonomi yang berlaku di negeri Sarawak
Busa Hati mengisahkan masalah politik yang berlaku di Malaysia Busa Kalbu memaparkan ketegangan dalam politik yang berlaku di Semenanjung Malaysia

Trilogi Busa

meneruskan pengajian di peringkat PhD di Universiti Michigan, Amerika Syarikat pada tahun 1973

dilahirkan di Trong, Taiping, Perak pada 26 Mac 1942

pendidikan awal di High School Bukit Mertajam, Pulau Pinang

melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya, Singapura dan berjaya mendapat Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1970 kembali ke tanah air

Pengenala n
meneruskan pengajian di Malayan Teachers College Brinsford Lodge, England

menyambung pengajiannya di Maktab Melayu Kuala Kangsar

guru dan pensyarah di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan di Universiti Kebangsaan Malaysia dan menjadi ketua jabatan

dilantik sebagai Profesor Kesusasteraan pada tahun 1978

Pada tahun 1977, beliau menjadi Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat

1992-1993, beliau telah dipilih menjadi Fullbright Visiting Researcher di University of California, Berkeley

tahun 1993-1994, menyandang Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Netherlands

menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia dari tahun 1978 hingga 1982

banyak menterjemahkan puisipuisi dalam bahasa Melayu ke bahasa Inggeris

menjadi sidang editor bagi jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka serta anggota Panel Anugerah Sastera Negara

Anugerah dan Pencapaian


memenangi Hadiah Sastera Asean di Jakarta
1971, beberapa buah puisi ciptaannya telah memenangi Hadiah Karya Sastera
1977, kumpulan puisi beliau iaitu Perjalanan Si Tenggang II telah memenangi Hadiah Sastera Asean

2008, dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara

1997, memenangi Anugerah Penulis S.E.A.

1991, dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara

Karya
Setelah mula menulis kembali ke sajak dalam tanah, mula bahasa tertarik Inggeris dengan kerana bahasa sastera Inggeris sudah Melayu dan menjadi mula menulis sebahagian puisi dalam dari sistem bahasa bahasanya Melayu.
Ketika menuntut di University of meminati Michigan, Ann mempelajari puisi-puisi Arbor, Amerika kesusasteraan Syarikat dari Timur Chairil, ,beliau seperti dari Subagio, T.S. diperkenalkan China dan Eliot dan Jepun Pablo Neruda. dengan kesusasteraan Jawa, Bali dan Burma

Sajak Ceretera yang Keenam


menggunakan tema kemanusiaan yang berada di sekelilingnya
menggambarkan tema tidak mudah lupa diri biarpun disogokkan dengan suatu impian yang pasti

diadaptasi dari karya agung Sejarah Melayu, tetapi beliau memberi nafas baru kepada sajak ini
menerapkan unsur-unsur positif kepada persepsi audiens pembaca

seorang pencari dan pemikir , iaitu beliau mencari sesuatu yang tradisional dan beliau memikirkan cara untuk memasukkan elemen yang baru

bersyukur kepada Tuhan dengan anugerah yang telah diberi.

Antologi Aksara Usia


menggambarkan keadaan tempat yang dilawati puisi perjalanan, memerihalkan dengan terperinci pengembaraan lawatan beliau ke sehingga beliau ke sesuatu Tanah Suci membuatkan tempat Mekah pembaca berasa berada di tempat yang dimaksudkan

Esei Menyeberang Sejarah


bukan untuk memenangkan Hang Tuah kritikan semata-mata terhadap kesusasteraan tetapi menunjukkan Melayu dan kesusasteraan tentang bentuk Nusantara dan pemikiran Hikayat Hang mengenai perhambaan, Tuah kesetiaan, keadilan Hang Jebat penentangan membela Hang terhadap Tuah yang golongan difitnah oleh atasan kerana raja dan ini wujud menunjukkan ketidakadilan hubungan yang persahabatan dilakukan oleh dan golongan persaudaraan atasan

Lahir pada 18 Januari 1929 di Jalan Hatin, Georgetown, Pulau Pinang. Ayah Noordin-seorang tukang karang boria yang terkenal di Pulau Pinang. 1930- pendidikan awal di Sekolah Melayu Perak Road, Pulau Pinang. 1945 -1950, Sekolah Francis Light dan Sekolah Penang Free (layak menerima School Certificate). 1952- Kursus perguruan di Teachers Training College, Kirkby, United Kingdom.

1953-1958, mengajar di Sekolah Sultanah Asma, Alor Setar dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. 1959-1967, pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Alor Setar. 1976, pensyarah di Maktab Perguruan Jalan Northam, Pulau Pinang. 1977-1978, beliau bertukar menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Persekutuan, Gelugor, Pulau Pinang. 1979, berpindah ke Maktab Perguruan Bahasa, Lembah Pantai, Kuala Lumpur (dalam masa yang sama) pensyarah sambilan kursus Penulisan Kreatif di Universiti Malaya pada (1980-1981).

bersara pada tahun 1984, bertugas sebagai pegawai penerbitan rancangan di Bahagian Drama, Radio dan Televisyen Malaysia (1989). Banyak menyumbangkan tenaganya dalam bidang menyunting skrip drama televisyen penulis-penulis lain.

1972- Drama Bukan Lalang Ditiup Angin memenangi Hadiah Karya Sastera 1962- Anugerah Drama Terbaik untuk karyanya yang berjudul Hujan Panas di Bumi Melaka dalam Pesta Kesenian Pulau Pinang. 1974- Pestarama Drama Maktab-Maktab Perguruan Peringkat Kebangsaan, drama Tiang Seri Tegak Berlima meraih anugerah skrip dan pengarah terbaik. 1986 & 1990- Anak Tanjung dan Peran memenangi hadiah Sastera Malaysia.

1979- Anugerah pingat Ahli Mangku Negara (AMN). 1980- S.E.A Write Award. 1992- Anugerah Anak Tanjung oleh Y.B Menteri Kewangan Malaysia. 1993- Anugerah Sasterawan Negara. 1994- Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), gelaran Dato oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Mencipta drama yang pelbagai ragam dan berlapislapis dengan tujuan dapat memperluaskan tanggapan yang bersifat demokratik. Drama tidak boleh hidup pada akal khalayak sahaja, tetapi ia harus membangunkan sensasi pancaindera (emosi & psikologi) manusia yang kaya dan pelbagai. 1953- Mula terlibat dalam bidang drama. Menghasilkan kira-kira 20 buah naskhah & hampir kesemuanya telah dipentaskan.

Tahun 1953 1954 1962 1969 1973 1975 1982 1985 1987 1998 1999

Drama Tak Kunjung Kembali Surai Cambai Dalam Tiga Warna Bukan Lalang Ditiup Angin Tiang Seri Tegak Berlima Pintu Selendang Umi Jangan Bunuh Rama-Rama Anak Tanjung Sirih Bertepuk Pinang Menari Pelayaran Nur Atma

i. Keagamaan

Pintu (1975)- mengisahkan seorang pemuda yang

tersesat kerana pengaruh dadah sehingga tidak mempedulikan keluarga dan sanggup membunuh ibunya sendiri. Drama pendek ini berakhir dengan watak pemuda tersebut kembali ke Pintu Rahmat.

ii. Sosial

Anak Tanjung (1987)- penceritaan berbentuk

permasalahan dalam masyarakat majmuk Malaysia.

iii. Hubungan Raja dan Rakyat Drama Cindai & Sirih Bertepuk Pinang MenariMengisahkan persoalan yang berkaitan dengan istana dan hubungan antara rakyat dengan raja yang memerintah. iv. Kepimpinan Peran- drama Noordin yang menunjukkan kelainan dari segi cerita, watak dan latar masyarakat yang digambarkannya. Memperlihatkan seorang pencipta drama yang sentiasa memburu keilmuan tidak kira sumber kerana berkeyakinan dan mempunyai etika tersendiri. v. Hubungan Kemanusiaan Mana Setangginya? (1999)- berkisahkan hal manusia dengan manusia sejagat yang telah berlalu, yang sedang berlalu dan yang akan berlalu.(belum dipentaskan)

1. Menggabungkan Ciri Keislaman, Melayu dan Timur

Beliau bukan sahaja memikirkan nilai islam dan menyerapkan unsur dakwah semata-mata, malah beliau turut menggarapkan daya intelektual yang tinggi dalam menghasilkan karyanya. Tidak memisahkan diri daripada realiti kehidupan alam falsafah serta pemikiran Islam yang tradisional. 2. Ciri Perulangan Menunjukkan kejelasan dalam penyampaian mesejnya. Membentuk drama dalam drama, cerita dalam cerita, alam dalam alam, mimpi dalam mimpi menjadi falsafah dan konsep realiti agama dan tradisi yang digunakan dengan cara yang berkesan sekali sehingga ia menjadi nadi utama.

Noordin Hassan telah memberikan sumbangan yang sangat bermakna terhadap teater moden di Malaysia sejak tahun 1970-an. Melalui pencapaian yang diperoleh terbukti Noordin Hassan merupakan seorang pemikir dan seniman yang penuh daya cipta dan melakukan inovasi mengikut kehendak dan keperluan aliran, desakan masyarakat zamannya yang menuntutnya menjadi lebih berautoriti dan memiliki keaslian daya cipta yang tinggi. Karya-karyanya yang bermutu telah memperlihatkan keazaman seorang insan teater yang prihatin lagi profilik

Latar Belakang

Lahir pada 25 Mac 1920 di Sungai Limau Dalam, Yan, Kedah Darul Aman. 1926 - 1931, menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Sungai Limau, Yan (lulus darjah V). 1932-1933, menyambung pelajarannya di sekolah St. Michael, Alor Setar. 1935, Anglo Chinese School, Alor Setar (lulus darjah VII)-lulusan tertinggi Nama pena -A.A., Adiwijaya, A.H, Andi Jaya, Asly, Bintang Kecil, Iskandar Muda, Roslanny Ashikin, Suryakanta dan Zamroed.

Bidang Pekerjaan

1939, penjaga stor sebuah perusahaan lombong bijih timah di Pahang. 1940,pembantu akhbar Sahabat (pengarang Ahmad Noor Abdul Shukoor) di Pulau Pinang. 1940, Abdullah bertugas sebagai pembantu pengarang akhbar Saudara. Saudara tutup, Abdullah kemudiannya bertugas sebagai kerani tukang dobi di kem tentera Inggeris di Sungai Petani, Kedah. 1950, pengarang majalah Puspa di Medan.

Sambungan

1961, berjinak dalam dunia penulisan.


1961-1964, bertugas di Oxford University Press 1965-1968, Franklin Book Programme Dewan Bahasa dan Pustaka mulai 1 Mac 1968 hingga tarikh persaraannya pada tahun 1979.

Setelah bersara:

bertugas di Dewan Pustaka dan Bahasa Cawangan Sabah, menjadi Ahli Cipta di Universiti Sains Malaysia dan pegawai di Dewan Bahasa dan Pustaka Negara Brunei Darussalam.

Pencapaian Abdullah Hussain

1981, S.E.A Write Award di Bangkok, Sayembara Novel Nasional (Mengenang Pak Sako) yang menerima hadiah bernilai RM 30,000 dalam novel Imam Mihad. Tempat ke-3, Sayembara Mengarang Roman Sejarah di Acheh dengan judulnya Darah Pembalasan. Tempat ke-2,Sayembara Mengarang Cerpen di Acheh dengan cerpennya Manusia Baru.

Sambungan

Johan, Sayembara Mengarang Cerpen Sempena perayaan Hari Buruh di Medan, Sumatera dengan cerpennya berjudul Kario Buruh Kebun. 1995-Pingat Jasa Hukom Ngon Adat Lembaga Adat Kebudayaan Aceh. 1996- Anugerah Sasterawan Negara & Dato Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K)

Sumbangan Abdullah Hussain


1. Novel
Tahun 1941 1995 1964 1965 1967 1971 1973 1976 1980 1983 DiaKekasihku & Kasih Isteri Imam Terjebak Peristiwa & Rantau Selamat Aku Tidak Minta & Kuala Lumpir Kita Punya Interlok Intan Noni Buih di Atas Air & Konserto Terakhir Masuk ke Dalam Cahaya

2.Karya Terjemahan

Abdullah Hussain juga menyumbang dalam kegiatan penterjemahan karya-karya besar yang dikarang oleh novelis Barat dan Timur. Novel
Orang Tua dengan Laut Bumi Bertuah Mutiara Angin Timur Angin Barat Lorong Midaq

Karya
Ernest Hemingway (1961) Pearl S. Buck (1962) John Steinback (1962) Pearl S. Buck (1964) Naquib Mahfouz (1986) Maulana Mohamad Saeed (1987)

3. Autobiografi
1984 1973 1974 1982 Sebuah Perjalanan Biografi P.Ramlee Seniman Agung Pendeta Zaba Dalam Kenangan (Khalid Hussain ) Harun Aminurrashid: Pembangkit Semangat Kebangsaan Biografi Tun Datu Mustapha

4. Cerpen
Tahun 1977 Cerpen Kota Ke Kota Sebuah Pekan Bernama Semporna Dari Kota Cahaya Hadiah (Antologi Cerpen SPM) Jejak Langkah Penulisan Cerpen: Kaedah dan Pengalaman

1973 1975 1960

5.Drama Pentas
Tahun
1984

Drama
Di Atas Pentas (Antologi)

Pemikiran & Falsafah Abdullah Hussain Menurut Pandangan Tokoh Lain

Dr. Darwis Harahap Mohamad Karya Abdullah bersifat universal. Pendekatan membangkitkan watak-watak sebenar untuk menimbulkan unsur realisme dalam karya. Menekankan sifat keislaman-Isabella, Masuk ke Dalam Cahaya (1983), Antologi Cahaya Langit (1987), Imam (1995), Konserto Terakhir (1980)

Mohammad Saleeh Rahamad Abdullah Hussain berjaya mempertahankan bahasa Melayu. Seorang penulis perlu melengkapkan diri dengan ilmu bahasa. Penulis menjadi wadah untuk menyalurkan maklumat, idea, buah fikiran dan emosi kepada pembaca. Karya-karya Abdullah Hussain lebih menerapkan gaya penceritaan yang mudah, mengaplikasikan teknik bercerita dengan gaya penulisan yang menarik. teknik dialog, monolog, deskripsi mengikut peringkat umur.

Kesimpulan

Semangat perjuangan yang ditonjolkan oleh Sasterawan Negara Abdullah Hussain telah mengorak kejayaan bidang penulisan negara kita sehingga terus bersinar dan berkembang sehingga kini. Bakat kepengarangannya sangat luas iaitu meliputi genre novel dan cerpen, dan turut berkarya dengan menulis esei, kritikan, puisi, drama, terjemahan dan biografi serta autobiografi. Beliau dengan tegas menekankan budaya ilmu dan pengukuhan pemikiran Islam, memperjuangkan semangat nasionalisme Melayu, bahasa dan kesusasteraan Melayu. Sebagai generasi kini, kita perlu mencontohi usaha dan perjuangan beliau demi melahirkan lebih ramai pengkarya yang berwibawa.

Latar Belakang Tokoh

lahir pada 31 Disember 1938 di Tebing Tinggi, Kemumin, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim.

pendidikan awal di Sekolah Melayu Sabak hingga lulus darjah V pada tahun 1950.
Sekolah Melayu Rambutan Rendang hingga lulus darjah VI menjadi guru terlatih dengan kelulusan Sijil Perguruan TUOS pada tahun 1957.

1979, S. Othman berjaya memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera sebagai mahasiswa luar kampus Universiti Sains Malaysia dan mendapat ijazah Sarjana Sastera dalam tahun 1982 dari universiti yang sama dan Ph. D. Dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1995). Meninggal dunia pada 31 Julai 2008 ketika berusia 69 tahun

Karya Tokoh

S. Othman Kelantan menulis puisi, cerpen, novel, serta esei/kritikan. S. Othman Kelantan telah berhasil membentuk namanya sebagai cerpenis yang berjaya sesudah melahirkan sebuah cerpen bertajuk Pahlawan Lembu yang hingga kini cukup popular telah menghasilkan lebih 170 buah cerpen. Beliau beberapa kali memenangi hadiah RM100.00 untuk cerpen pilihan akhbar Berita Hariandan majalah Mastika. Panel Hadiah Karya Sastera juga telah memilih beberapa buah cerpen S. Othman sebagai antara cerpen yang terbaik untuk tahun 1972, 1973 dan 1975.

Novel

Pengertian, Machang: Penerbitan Pustaka Murni, 1966, 140 hlm. Edisi baru dengan judul Norbani,1980;- Pertentangan,Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Ant, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 276 hlm.; - Wajah Seorang Wanita, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 353 hlm.; - Ustaz, Bangi: Citra Publishing, 1991, 252 hlm.; - Nagogho Astana, Taman Melawati: Pustaka Nusa, 1997, 279 hlm. ara, 1967, 187 hlm.;-Angin Timur Laut, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1969, 138 hlm.; - Perjudian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 161 hlm.; - Juara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 159 hlm.; - Perwira, Pulau Pinang: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1980, 219 hlm.; - Ruang Perjalanan
Novel : Pengertian, Mach ang: Penerbitan Pustaka Murni, 1966, 140 hlm. Edisi baru dengan judul Norbani,198 0;Pertentangan,Ku ala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara, 1967, 187 hlm.;Angin Timur Laut, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1969, 138 hlm.; - Perjudian, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 161 hlm.; - Juara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1976, 159 hlm.; - Perwira, Pulau Pinang: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1980, 219 hlm.; - Ruang Perjalanan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, 276 hlm.; - Wajah Seorang Wanita, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 353 hlm.; - Ustaz, Bangi: Citra Publishing, 1991, 252 hlm.; - Nagogho Astana, Taman Melawati: Pustaka Nusa, 1997, 279 hlm.

Cerpen

: -10 Cerpen Masyarakat III (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1963, 138 hlm.;- Gelisah (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1967, 165 hlm.; 13 Cerpen, Kota Bharu: Syarikat Dian Sdn. Bhd., 1970, 120 hlm.; Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1977, 446 hlm.; - Surat, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 142 hlm.; - Ibu, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1980, 158 hlm.; - Minden, Senjamu Adalah Perubahan (antologi bersama), Pulau Pinang: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1981, 136 hlm.; - Menjunjung Titah Perintah (antologi bersama), Subang Jaya: Tra-Tra Publishing & Trading CO., 1984, 246 hlm.; - Menunggu Ratu Adil (antologi bersama), Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd., 1984, 218 hlm.; - Mimpi Paduka (antologi bersama), Kuala Lumpur: Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 172 hlm.; - Perkahwinan Rama-rama, Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1984, 276 hlm.; - Angin Pulau (antologi bersama), Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn. Bhd., 1985, 433 hlm., - Dongeng Merdeka (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1985, 339 hlm.;

Peranan & Sumbangan Tokoh

memberikan sumbangan terhadap sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu terutamnya dalam novel telah memperkaya dan memartabatkan Kesusasteraan Melayu Ini dapat dibuktikan apabila beberapa novel beliau telah diterjemahkan ke dalam pelbagai bahasa seperti bahasa Perancis, Jepun, Inggeris, Rusia, Vietnam dan Cina.

Ini menunujukkan bahawa karya yang dihasilkan oleh beliau bermutu sehingga berjaya dipasarkan ke dalam bahasa dunia yang lain menghasilkan banyak bukubuku berbentuk ilmiah atau akademik yang berkaitan dengan kesusasteraan.

Biodata Anwar Ridhwan


Merupakan Sasterawan Negara yang ke 10. Dato' Dr. Anuar bin Haji Rethwan dilahirkan di Sabak Bernam, Selangor pada 5 Ogos 1949. Lulusan Sarjana Muda Sastera (1973) dari Universiti Malaya. Kemudiannya memperolehi ijazah Sarjana Sastera (1983) dan Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D)(1998). Bekerja dan akhirnya bersara pada tahun 2005 dengan jawatan Pengarah Penerbitan DBP dan kini merupakan Dekan Fakulti Penulisan ASWARA.

Karya Anwar Ridhwan

memenangi Hadiah Novel Gapena-Yayasan Sabah, 1979. Sebuah lagi novelnya Arus (1985) memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985.Antara cerpen karyanya ialah Perjalanan Terakhir (1971), Dunia

Terakhir Seorang Seniman

Terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Novelnya yang pertama ialah Hari-hari

Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) (edisi


bahasa Rusia oleh Victor Pogadaev 1996) dan Dari Kiev ke Moskova (1992). Karya beliau yang diilham dan disiapkan di Jepun pada tahun 2001 berjudul Naratif Ogonshoto memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000/2001.

adalah Sebuah

ANUGERAH & PENCAPAIAN

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen "Perjalanan Terakhir (1971) Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Dunia Adalah Sebuah Apartmen (1973) Hadiah Karya Sastera Malaysia Cerpen Sesudah Perang (1976) Hadiah Karya Sastera Malaysia Cerpen Sasaran. Hadiah Karya Sastera

Hadiah Karya Sastera Malaysia - Cerpen Menjadi Tua (1983) Hadiah Pertama peraduan mengarang novel anjuran Yayasan Sabah dan GAPENA 1 Hari-hari Terakhir Seorang Seniman (1979) Hadiah Sastera Malaysia 1984/1985 dengan novel Arus Anugerah Sasterwan Negara ke-10 pada 20 Ogos 2009 oleh Tengku

Penulisan cerpen

Dunia Adalah Sebuah Apartmen, kumpulan cerpen Sasterawan Negara Anwar Ridhwan yang memuatkan 20 buah cerpen yang memaparkan pelbagai tema, persoalan, sejalur dengan gelora perjalanan sejarah tanah air. Tiga cerpen utama yang membicarakan persoalan psikologi Melayu yang terhimpit antara budaya, persekitaran dan pemikiran Barat dengan penekanan jati diri bangsa melalui penelitian cerpen Dalam Kabus, Sahabat dan Menjadi Tua.

Penulisan Novel

Hari- hari Terakhir Seorang Seniman Plot cerita yang pelbagai teknik Sinopsis HHTSS
HTSS merupakan sebuah novel yang mengisahkan berkenaan seorang lelaki tua yang lebih dikenali sebagai Pak Hassan, iaitu seorang penglipur lara di kala kehidupan zaman pendudukan British dan Jepun. Kehadirannya di beberapa buah daerah nyata sekali menghiburkan penduduk setempat kerana kebijaksanaan dan kepintaran beliau mengolah cerita yang nyata sekali menceriakan mereka untuk mendengarnya. Maklumlah, pada masa itu masih tidak dilengkapi dengan teknologi seperti sekarang. Radio pula mahal dan tidak mampu milik oleh semua orang (pada zaman itu). Maka, Pak Hassan menjadi tumpuan penduduk untuk berhibur. Namun di sebalik itu, kehidupan Pak Hassan dilingkari dengan kesedihan atas pemergian isteri kesayangan, Selemah setelah meninggal akibat sakit selepas bersalin. Nyata, pemergian isterinya membuatkan Pak Hassan kerinduan dan hanya ditemani dua orang anaknya yakni Senah dan Mat Jusuh yang terencat akal.

Penulisan Sajak

antologi Tunggal sajak bertajuk Tercipta dari Tanah. Memuatkan 50 kumpulan puisi Penulisan sajak beliau memperlihatkan pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan & kekreatifan

Penulisan Sajak
antologi Tunggal sajak bertajuk Tercipta dari Tanah. Memuatkan 50 kumpulan puisi Penulisan sajak beliau memperlihatkan pemikiran kerohanian, kebitaraan, kesaintifikan & kekreatifan

dilahirkan pada 30 Januari 1941 di Gombak, Selangor menuntut di Institut Dharma pada tahun 1956
lulus Sijil Persekolahan (1962) dan Sijil Tinggi Persekolahan (1974) secara persendirian

Ketika di MPSI, Kemala diberi kepercayaan untuk menjadi Pengerusi Pelajaran dan Persuratan bagi Persatuan Penuntut, Presiden Persatuan Bahasa Melayu, Ketua Pengarang Cenderamata dan Ketua Satu Perkumpulan Sastera 60
mengikuti pengajian luar kampus di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang sehingga memperoleh Ijazah Sarjana Muda dan diikuti dengan Sarjana Sastera (1985) dan Ijazah Doktor Falsafah (2000)

berpindah ke Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai penyelaras majalah Dewan Sastera, Dewan Budaya dan Majalah Perisa
menjadi Setiausaha Satu dalam GAPENA (19721974) dan menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja GAPENA (1974)

menuntut di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan menjadi guru

Ketua Satu Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) (19831984)

Pengasas dan Presiden Persatuan Sastera Bandingan Malaysia sejak tahun 1993

diundang ke Australia untuk meneliti kegiatan cendekiawan dan seniman dalam bidang sastera dan teater

diundang oleh Universiti Hankuk, Seoul, Korea pada tahun 1986 untuk membaca puisi dan memberi ceramah yang bertajuk Penyair Dunia Menjelang Abad 21

meninjau perkembangan organisasi penulis di Korea dan membina hubungan antara GAPENA dengan Persatuan Penulis Korea

Pengucapan Puisi Dunia Kemala mula diadakan dua tahun sekali sejak tahun 1986

Anugerah dan Pencapaian


1971, beliau memenangi Hadiah Utama Skrip terbaik Drama bagi drama Malam Perhitungan pada Majlis Drama Malaysia

1986, cerpen Masjid karya beliau pernah mendapat Hadiah Maal Hijrah Jabatan Perdana Menteri
1972 -1999, buku puisi Meditasi (1977), Ayn (1983), Titir Zikir (1995) dan MIM (1999) memenangi Hadiah Sastera Malaysia Anugerah Sastera Perdana 1986, menerima anugerah SEA Write Award dari Thailand

Anugerah dan Pencapaian


2005, Kemala mendapat Anugerah Tokoh Sasterawan Selangor

2006 pula, beliau mendapat Anugerah Abdul Rahman Auf sempena Maal Hijrah 1427 Hijrah

2011, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-11 dan membawa gelaran Sasterawan Negara Menjadi juri Hadiah Sastera Karya Sastera, Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera MASTERA dan juri peringkat kebangsaan Sayembara Deklamasi Gapena

Kumpulan puisi Ayn (1983)


diterjemahkan sebagai Poems of Faith iaitu sajak-sajak keimanan oleh Hafiz Arif dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (1991) dan Institut Terjemahan Negara Malaysia (2010)

pengalaman sajak Wujud, perjalanan ke sajak Tasbih, terdapat nama beberapa tempat mengungkapkan Sebutan yang tempat seperti dan benda yang diungkapkan satu Murray-Darling, menghubungkaitkan dijumpai di tempat persatu itu umpama Ciliwung dan Sungai tempat tersebut yang dikunjungi, satu tasbih yang Gombak dan benda dengan bendamisalnya pasir di diulang-ulang yang ditemukan benda yang terdapat Mildura dan harapan ialah pasir halus, di sepanjang di Kuala Lumpur camar dan laut perjalanan

sajak-sajak yang bersifat keagamaan dan ketuhanan serta mahmudah


sajak Before the Quran, ditujukan kepada anaknya Ainul Azam yang baru mempelajari bacaan Kitab Suci

sajak My Islam, sajak Ayn mengenang perjuangan (mata), Kemala menyatakan Nabi Muhammad kekagumannya melihat pintu s.a.w. dalam peperangan Gua Hira Uhud dan Badr

sajak-sajak yang berunsur kasih sayang terhadap isteri dan anakanak


Dalam sajak A Poem for Pon Mariam, sajak Waiting for Ainil Kemala menyatakan Umar adalah satu doa bahawa beliau Kemala agar kelahiran memperoleh keyakinan anaknya akan dalam penentuan nasib membawa kebahagiaan melalui lautan ilmu dan dan kesejahteraan mencari kasih sayang Allah melalui minda dan keimanan.

sajak yang bertemakan patriotisme dan nasionalisme


Dalam sajak sajak Jangan Menatap Sungai Berduka Melaka Malaysiaku menceritakan menceritakan sajak Malam tentang kenangan tentang negara sejarah negeri yang hilang menggambarkan kenangan Jebat dan Melaka dengan sejarahnya. Tuah tokohnya Misalnya, Bendahara Seri kehilangan wilayah Maharaja di mana utara seperti Pattani ianya penuh dengan dan wilayah selatan kecintaan seperti Singapura.

sajak yang bertemakan patriotisme dan nasionalisme


Dalam sajak sajak Jangan Menatap Sungai Berduka Melaka Malaysiaku menceritakan menceritakan sajak Malam tentang kenangan tentang negara sejarah negeri yang hilang menggambarkan kenangan Jebat dan Melaka dengan sejarahnya. Tuah tokohnya Misalnya, Bendahara Seri kehilangan wilayah Maharaja di mana utara seperti Pattani ianya penuh dengan dan wilayah selatan kecintaan seperti Singapura.

Sajak Cicak
terkejut apabila seekor cicak jatuh ke permaidani dan membuatkan beliau teringat kepada kekasihnya

Sajak Peradaban Luka dan Potret Asiaku


kejatuhan dan kebinasaan tamadun manusia, cara tamadun didirikan secara fizikal, para abdi yang membina tamadun dan menjadi mangsa kepada pemerintahan kejam serta kisah hamba abdi dari sudut yang berbeza pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

membandingkan penyair tempatan dengan penyair luar negara : Baha Zain dari Malaysia dengan Wole Soyinka dari Nigeria esei Puisi-puisi Usman Awang, Masuri S.N dan Sutardji Calzoum: Antara Kemelayuan dan Kesejagatan

Baha Zain mengisahkan tentang keperitan dan penentangan terhadap penjajah dan pengisian kemerdekaan serta perpaduan kaum perbandingan antara penyair Malaysia, Singapura dan Indonesia dari sudut sosiopolitikbudayanya

Wole Soyinka menggambarkan tentang isu-isu semasa dan perjuangan orang kulit hitam menentang penjajah Usman Awang dan Masuri S.N lebih kepada dunia luar berbanding Sutardji yang lebih kepada soal-soal perlembagaan tempatan

karya non-kreatif seperti esei ilmiah

KESIMPULAN

Setiap Sasterawan Negara telah memainkan peranan dalam memperkembang bidang kesusasteraan moden. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa sastera sesuatu zaman sebagai tanda tunjuk perkembangan intelek sesuatu zaman atau sekurang-kurangnya mencerminkan semangat, sikap dan aliran fikiran masyarakat pada waktu itu. Demikianlah sebelas orang Sasterawan Negara yang menjadi pencetus pemikiran dan etika tersendiri demi kepentingan negara, agama dan bangsa di Malaysia secara global dan universal.

Karya-karya mereka telah memperkasakan dan meniupkan nilai kemanusiaan dalam kehidupan manusia sejagat Sesungguhnya terdapat banyak ilmu yang diperoleh hasil daripada mendalami hasil karyakarya Sasterawan Negara Malaysia. Kita perlu sensitif kepada karya-karya terdahulu yang kaya dengan ilmu yang sukar kita perolehi kini. Tiada sesiapa yang mampu menggantikan tempat mereka yang banyak menabur bakti dalam bidang kesusasteraan bersama-sama hasil karya yang disumbangkan.

You might also like