Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
45Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Za'ba: Pendeta yang Retorik

Za'ba: Pendeta yang Retorik

Ratings: (0)|Views: 3,341 |Likes:
Published by mislizatik

More info:

Published by: mislizatik on Nov 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/12/2013

pdf

text

original

 
Za’ba: Pendeta yang Retorik
1.0 PENGENALAN
Za’ba adalah seorang sarjana dan ahli fikir Melayu. Za’ba ketika hidupnya menulis berkenaandengan berbagai-bagai tajuk iaitu bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu, agama,serta etika dan ekonomi orang Melayu. Namun demikian, perhatian dan minat beliau lebih besar dalam bidang bahasa lantas mendorong kesungguhan beliau dalam perjuanganmemartabatkan bahasa Melayu, iaitu memperluas dan mengekalkan darjat bahasa Melayu dimata masyarakat yang diperkukuhkan oleh kesedaran serta keyakinan mendalam.Za’ba dikenali, disanjung dan dikenang sebagai pejuang bangsa, ilmuan pendidikandan bahasa, tokoh agama dan politik. Za’ba merupakan tokoh intelektual ulung Melayu dalam pembinaan kemajuan pemikiran bangsa dan pembangunan dan pencetus kesedaran politik  Negara. Beliau diiktiraf sebagai pengasas paling dinamik dalam perkembangan Pengajian danPersuratan Melayu dan peningkatan keintelektualan Melayu. Beliau juga mempunyaikesedaran betapa pentingnya strategi penyelesaian masalah kepada perkembangan ekonomi,sosial dan budaya bangsa.Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim (2004) mengemukakan pandangan yang berikut:
Orang Melayu khususnya terhutang budi kepada Za’ba. Pendeta Za’ba ialah seorang tokoh Pendidikan, Bahasa, Persuratan, Sasterawan, Budayawan, dan Nasionalis. Di seluruhMalaysia dan Alam Melayu, beliau tersohor sebagai Bapa Bahasa Melayu Moden dan penulis yang sangat disegani. Himpunan ratusan karyanya, dari Pelita Bahasa Melayuhinggalah ke rencana-rencana dalam pelbagai penerbitan mengenai sejarah, kesusasteraan,kebudayaan, sosial dan politik, telah dan terus meniupkan semangat juang bangsa. 
1
 
Za’ba: Pendeta yang Retorik
2.0 LATAR BELAKANG
Za’ba atau nama penuhnya Tan Sri Dr. Zainal Abidin Bin Ahmad dilahirkan pada 16September 1895 di Kampung Kerdas, Jempol, Batu Kikir, Negeri Sembilan Darul Khusus.Mendapat pendidikan di Sek. Melayu Linggi dalam tahun 1907. Kemudian ke St. PaulInstitution, Seremban sehingga lulus Senior Cambridge.Beliau pernah bekerja sebagai Guru Bahasa Melayu di English College, Johor Bahru,sebagai penterjemah pengarang Berita Radio, penulis Setiausaha Agung UMNO, pensyarahBahasa Melayu di Universiti London dan terakhir sekali sebagai Ketua Jabatan PengajianMelayu, Universiti Malaya, Singapura.Di antara karya yang telah dihasilkan oleh beliau ialah
 Pelita Bahasa Melayu
,
 IlmuMengarang Melayu
dan
 Daftar Ejaan Melayu Jawi/Rumi
yang menjadi rujukan dalam penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu. Di antara rencana beliau yang terkenal ialah
Modern Developments of Malay Literature
dan
Malay Journalism in Malaya.
Di samping buku bahasa Melayu, beliau turut bergiat menterjemahkan buku-bukuasing ke Bahasa Melayu untuk mengisi kekosongan buku-buku pengetahuan dalam BahasaMelayu. Di antara nama pena yang digunakan oleh beliau ialah Anak Melayu Jati, Patriot;yang bermaksud, orang yang kasihkan bangsa dan tanah airnya, Za’ba, Z Penjelmaan, ZPenjelmaan c/o Patriot, Melayu yang beragama Islam, Z dan Melayu, Yang Hina Patriot.Jasa-jasa beliau sangat besar dan telah dikurniakan beberapa anugerah seperti
 Doktor  Persuratan
dari Universiti Malaya dan Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada tahun 1962, beliau telah dianugerahkan pingat PMN yang membawa gelaran
Tan Sri
oleh Yang DiPertuan Agong. Gelaran
 Pendeta
dikurniakan ketika berlangsungnya Kongres Bahasa Melayudan Persuratan Melayu Ketiga di Johor Bahru tahun 1956.Za’ba telah kembali ke rahmatullah pada 23 Oktober 1973.
2
 
Za’ba: Pendeta yang Retorik
3.0 DEFINISI BAHASA
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, bahasa bermaksud
 sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia, antara seorang individu dengan individu yang lain.
4.0 DEFINISI LINGUISTIK 
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, linguistik pula
diertikan sebagai kajian saintifik tentang bahasa; berkaitan dengan bahasa.
5.0 SUMBANGAN5.1 SISTEM EJAAN MELAYU
Minat beliau terhadap penulisan bermula dalam tahun 1918 lagi semasa menjadi guru BahasaMelayu merangkap penterjemah di Maktab Melayu Kuala Kangsar, beliau telah mulamengumpul senarai perkataan Melayu dalam tulisan Jawi. Dalam tahun 1924 pula, beliautelah menjemput sebilangan orang Melayu dari kalangan pegawai kerajaan yang berpendidikan Inggeris datang ke Kuala Lumpur untuk membantu menubuhkan sebuah
"Pan-Malayan Malay Literary Society" 
yang matlamat utamanya ialah untuk menyatukan pelbagaikelainan sistem ejaan Melayu, di samping memajukan perkembangan kesusasteraan MelayuModen. Nama Pendeta Za’ba juga terukir sebagai pencipta
Sistem Ejaan Baru Bahasa Melayu
yang disebut sebagai
Sistem Ejaan Za’ba
. Beliau menggubal sistem ejaan dalam tahun 1933dan menggantikan sistem ejaan oleh R.J. Wilkinson yang telah digunakan dalam tahun 1914.Oleh sebab
Sistem Ejaan Za’ba
digunakan di sekolah-sekolah sejak tarikh penggubalannyasehinggalah tahun 1972 dengan dilaksanakan
Sistem Ejaan Baharu
, maka sistem berkenaan juga dikenali sebagai
Sistem Ejaan Sekolah
.
3

Activity (45)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nor Ashikin liked this
osmanjanggut liked this
naima mora liked this
Ieta Mazieta liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->