You are on page 1of 2

BML 3063 SINTAKSIS BAHASA MELAYU

TAJUK TUGASAN INDIVIDU Peringatan Setiap pelajar diwajibkan menyediakan satu tugasan individu. Sila laksanakan tugasan anda mengikut makluman dan arahan yang diberikan. Sila patuhi tarikh penghataran tugasan. Tugasan hendaklah ditaip menggunakan font Times New Roman bersaiz 12 atau Arial bersaiz 11 dan hendaklah dilangkau sebaris (double spacing). Tarikh akhir penghantaran tugasan kepada pensyarah ialah pada 3 Mei 2014 (perjumpaan bersemuka ke-5).Tugasan yang dihantar mesti disertakan dengan salinan artikel yang digunakan. Arahan: Pilih SATU [1sahaja daripada DUA [2] tajuk di bawah: 1. Pilih satu artikel (rencana/cerpen/vovel, dll.) dalam bahasa Melayu. Kenal pasti dan nyatakan perkara-perkara berikut yang terdapat dalam petikan dan berikan contoh-contoh yang sesuai (yang terdapat dalam artikel) bagi setiap satu: (1) 10 frasa nama (2) 10 frasa kerja (3) 10 frasa sendi nama (4) 10 frasa adjektif (5) 10 kata kerja dan kemudian bentukkannya menjadi kata nama (6) 10 kata nama dan bentukkannya menjadi kata kerja (7) 10 kata adjektif dan bentukkanya menjadi kata kerja (8) 10 kata adjektif dan bentukkanya menjadi kata nama (9) Pilih 4 ayat dalam artikel berdasarkan EMPAT [4] pola ayat dasar bahasa Melayu. Lukiskan SATU [1] rajah pohon bagi mewakili setiap pola ayat. 2. Pilih satu artikel (rencana/cerpen/vovel, dll.) dalam bahasa Melayu. Kenal pasti dan nyatakan perkara-perkara berikut yang terdapat dalam petikan tersebut dan berikan contoh-contoh yang sesuai bagi setiap satu: (1) 10 ayat penyata. (2) Bentukkan ayat penyata tersebut menjadi ayat tanya menggunakan tanda/kata tanya yang berlainan bentuk/jenis. (3) 10 frasa nama diikuti oleh unsur keterangan yang berlainan jenis. (4) 10 frasa adjektif diikuti unsur keterangan yang berlainan jenis. (5) 10 frasa kerja diikuti unsur keterangan yang berlainan jenis.

(6) (a) 4 ayat yang mengandungi predikat frasa kerja (b) 4 ayat yang mengandungi predikat frasa nama (c) 4 ayat yang mengandungi predikat frasa adjektif (d) 4 ayat yang mengandungi predikat frasa sendi nama (e) Lukiskan satu rajah bagi setiap struktur, iaitu 5(a) (d)

You might also like