You are on page 1of 31

BML 3063

SINTAKSIS BAHASA MELAYU

FRASA
Frasa ialah satu binaan atau unsur ayat yang terdiri daripada sekurangkurangnya dua perkataan.
Sekiranya frasa terdiri daripada satu perkataan, ia berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih.

Frasa (samb.)
Frasa tidak boleh dipecahkan kepada subjek dan predikat.
Contoh: Bakul sampah (FN) di halaman (FSN) membasuh kain (FK) sungguh halus (FA)

Jenis-jenis Frasa
4 jenis frasa: Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK) Frasa Adjektif (FA) Frasa Sendi Nama (FSN)

Frasa (samb)
Frasa Nama (FN) Frasa nama (FN) boleh terdiri daripada satu perkataan atau lebih dan boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat.

Frasa (samb.)
Frasa nama boleh berfungsi sebagai subjek dan objek dalam ayat. Contoh: Hasni mengusap kucing yang comel itu. FN FN (subjek) (objek)

Binaan Frasa
Konstituen Frasa Nama

Kata Nama sebagai unsur intinya. Boleh wujud sendirian atau dengan sederet penerang yang hadir sebelum atau selepas. 1. Pertandingan itu sudah bermula.
2. Pembangunan ekonomi memerlukan sumbangan daripada semua rakyat. 3. Senaman menyihatkan badan.

Frasa Nama (samb.)


Pendapat 1 Unsur-unsur bukan nama boleh juga menjadi pengisi frasa nama jika unsur-unsur itu boleh saling berganti dengan unsur-unsur nama. KN senaman sebagai pengisi FN boleh diganti oleh kata kerja bersenam: Bersenam menyihatkan badan.

Merokok kebiasaan ayah. Berolahraga menjadi kegemaran remaja. Putih melambangkan kesucian.

Konstituen Frasa Nama (samb.)


Pendapat 2 Unsur yang menduduki tempat subjek frasa nama dalam ayat bukan merupakan pengisi sejati, tetapi hakikatnya penerang kepada unsur inti yang telah dihilangkan. (Kegiatan) bersenam menyihatkan badan. (Tabiat) merokok kebiasaan ayah. (Aktiviti) berolahraga menjadi kegemaran remaja. (Warna) putih melambangkan kesucian.

Frasa Nama (samb.)


Kesimpulan frasa nama pada hakikatnya dibentuk oleh kata nama, tetapi di peringkat kewujudannya inti frasa nama dapat juga dibentuk oleh kata kerja & kata adjektif.

Binaan Frasa Nama


Binaan frasa nama boleh terbentuk daripada satu perkataan sahaja ataupun sedereten perkataan. Jenis frasa nama: Terdiri daripada satu perkataan inti mewakili seluruh frasa nama dan perkataan-perkataan lain sebagai penerang.

Inti ialah unsur yang diberi penumpuan makna dan mewakili seluruh frasa itu. Penerang merupakan unsur yang menerangkan makna dalam inti itu.

Binaan Frasa Nama : Inti & Penerang


Frasa nama yang mengandungi unsurunsur inti + penerang boleh terdiri daripada bentuk:
(i) (ii) Inti + penerang nama Inti + penerang bukan nama

(i) Inti + penerang kata nama


Kedua-dua inti dan penerang terdiri daripada kata nama. Kata nama penerang boleh terdiri daripada: (a) (c) (e) (g) (i) (k) (m) keturunan penyambut kelamin nama hal/perkara milik arah (b) (d) (f) (h) (j) (l) jenis kegunaan tempat anggota badan tenaga penggerak panggilan/gelaran

Binaan Frasa Nama


(keturunan) (kegunaan) (penyambut) (jenis) (kelamin) (tempat) (arah) (anggota badan) (tenaga pgerak) (perihal/perkara) (milik) (nama khas)
Inti + Penerang orang + Melayu alat + pemadam pengarang + cerpen harimau + bintang ayam + jantan penduduk + bandar kawasan + barat rantai + leher seterika + elektrik lesen + perniagaan rumah + saya planet + Marikh

(ii) Inti + penerang bukan kata nama Penerang dibentuk oleh perkataan yang bukan daripada kelas kata nama, iaitu: (a) (b) (c) (d) (e) penentu kata kerja kata adjektif frasa sendi nama bilangan ordinal

Inti + penerang bukan kata nama (samb)


lima orang askar penentu hadapan pemenang itu penentu belakang tuala mandi penerang kata kerja minyak wangi penerang kata adjektif hadiah untuk ibu penerang frasa sendi nama tingkat kesepuluh penentu bilangan ordinal

Binaan Frasa Nama: Inti + inti


Binaan frasa nama inti + inti tidak mempunyai unsur penerang kerana makna keseluruhan frasa nama itu didukung oleh kedua-dua frasa nama inti.

Golongan frasa nama inti + inti:


(i) (ii) Inti + inti maksud sama erti Inti + inti maksud berlawanan erti

Binaan Frasa Nama: Inti + inti


Inti + inti (sama erti): tubuh + badan kampung + halaman rakan + taulan hamba + abdi

Inti + inti (lawan erti):

kerusi + meja tuan + puan teruna + dara datuk + nenek

Binaan Frasa Nama (samb.)


Susunan Konstituen Frasa Nama (Hukum D-M) Terdapat peraturan tertentu yang mengatur susunan kedudukan konstituen-konstituen dahulu & kemudian. D diterangkan M (menerangkan)

Unsur yang diterangkan merupakan unsur inti yang hadir pada kedudukan pertama dan unsur yang menerangkan hadir pada kedudukan yang kedua.

Hukum DM (samb.)
D diterangkan Orang lelaki Guru bahasa M (menerangkan) kelapa sawit baju kemeja

*Aminah Restoran *Gigi Klinik *Pos pejabat *gunting rambut kedai * Inti terletak di belakang.

Binaan Frasa Nama (samb.)


Kekecualian dalam Hukum D-M Penerang mendahului unsur yang diterangkan berlaku akibat kebiasaan dalam penggunaan namanama jawatan: (M) (D) Perdana Menteri Pembantu Penyelidik Naib Presiden Timbalan Pengerusi

Hukum DM (samb.)
Bilangan dan Panggilan

Unsur penerang yang menunjukkan bilangan atau nama panggilan dan gelaran penerang boleh mendahului inti (di hadapan frasa nama). Contoh
(i) Bilangan dua orang menteri segelintir pesakit para jemputan sekuntum bunga sepuluh helai baju beberap ekor itik

Hukum DM (samb.)
(ii) Nama panggilan dan gelaran

Tengku Razali Kak Timah Sang Buana

Raja Munir Si Belang Puan Zanariah

PENANDA FRASA NAMA


1. Kepala (Kata Nama) diberi unsur penerang penentu sebagai penandanya. (i) Penerang penentu FN Pen KN KN FN Pen

Penentu hadapan: (Bil/Pen bil)) (a) Lima orang askar telah terkorban. (b) Beberapa pucuk senapang hilang. Penentu belakang: (KGN tunjuk) (a) Rumah ini bersih. (b) Anjing itu menggigit orang.

lima askar rumah orang

itu

Penanda Frasa Nama (samb.)


(ii) Kata nama sebagai penerang: (a) Murid sekolah sedang menyanyi. (b) Hati orang mana kita tahu. (iii) Kata Adjektif sebagai penerang: (a) Gadis miskin itu rajin. (b) Anjing garang itu menggigit orang.

Rajah Pohon Frasa Nama


FN KN (inti) FN (Pnrg) KN KN (inti) FN FA (Pnrg) Adj

murid

sekolah

gadis

miskin

Penanda Frasa Nama (samb.)


(iv) Kata kerja sebagai penerang. (a) Waktu makan pagi ialah pukul tujuh. (b) Dia tidak meneruskan lagi perbuatan menipu itu. (v) Kata/frasa depan sebagai penerang. (a) Dia melihat jam di dinding. (b) Keputusan untuk bersara sudah diambil. (vi) Kata hubung yang sebagai penerang. (a) Barang yang baik memang mahal harganya. (b) Tetamu yang dari Jepun itu sudah pulang.

Rajah Pohon Frasa Nama (samb.)


FN KN (inti) FK Pnrg) KK waktu makan jam di dinding KN (inti) FN FS (Pnrg)

FN
KN (inti) KH (Pnrg) Rel FA Adj

murid

yang

baik

~ SEKIAN ~

You might also like