You are on page 1of 6

WATAK DAN PERWATAKAN

Pengenalan:

Watak ialah pelaku yang memainkan peranan dalam sesebuah cerita. Watak diceritakan
oleh pengarang secara luaran dan dalaman. Watak berfungsi untuk menggerakkan dan
mengembangkan jalan cerita. Biasanya, watak terdiri daripada manusia. Adakalanya pengarang
memaparkan watak binatang atau objek lain untuk menggerakkan cerita. Tetapi watak-watak
tersebut diberi sifat manusia. Misalnya, Novel Perlumbaan Kedua memaparkan watak haiwan
antarnya kura-kura, arnab, kancil, harimau, dan haiwan lain.

Perwatakan pula menggambarkan ciri dalaman watak (perwatakan dalaman) dan


luaran watak (perwatakan luaran).

Ciri dalaman watak meliputi aspek kejiwaan watak yang positif dan negatif.
Perwatakan positif seperti rajin, berani, penyabar, berdedikasi. Perwatakan negatif pula seperti
pemalas, pendendam, pemarah, bakhil, dan iri hati.

Manakala, ciri luaran watak pula dapat dilihat dengan mata kasar, seperti berambut ikal,
berbadan gemuk, berkulit hitam, gagah dan tampan.

JENIS WATAK

Dalam sesebuah novel banyak watak yang dipaparkan oleh pengarang. Watak-watak tersebut
berperanan untuk menghidupkan dan mengembangkan cerita. Pada umumnya, terdapat dua jenis
watak yang diketengahkan dalam novel, iaitu watak utama dan watak sampingan. Watak utama
dan watak sampingan itu pula boleh dikelaskan kepada beberapa jenis, berdasarkan peranan yang
dimainkan oleh watak-watak tersebut dalam cerita.
1. Watak Utama:

watak yang memainkan peranan utama dalam cerita. Dalam sesebuah cerita, pengarang banyak
menumpukan penceritaannya terhadap watak utama kerana watak inilah menjadi fokus dalam
cerita dan menjadi penggerak utama cerita. Watak utama biasanya diberi peranan oleh pengarang
sebagai watak protagonis atau antagonis.

 Watak Protagonis:

Watak utama yang menonjolkan sifat-sifat baik. Biasanya watak ini menggerakan cerita ke arah
keadaan yang positif. Contohnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.

 Watak antagonis:

Watak utama yang sering menimbulkan konflik dan menentang watak protagonis. Contohnya,
watak Pak Soh dalam Novel Mereka Yang Tertewas.

 Watak bulat/bundar:

Watak utama yang dibangunkan secara keseluruhannya. Dia digambarkan memiliki sifat
manusia biasa dalam kehidupan harian, iaitu tidak sepenuhnya jahat dan tidak pula sepenuhnya
baik. Sifat-sifat yang dimilikinya berubah-ubah dan tidak dapat diramal oleh pembaca.

Kadangkala pembaca akan terperanjat dengan tindakan yang tidak disangka-sangka, dilakukan
oleh watak berkenaan. Misalnya, watak A, digambarkan baik atau sebaliknya (jahat) pada
peringkat awal cerita. Tetapi, tanpa diduga oleh pembaca tindakan watak tersebut berubah.
Misalnya, watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.
 Watak Dinamik:

Watak dinamik sinonim dengan watak bulat. Tingkah lakunya boleh berubah-ubah sama ada
dalam situasi yang kurang baik kepada yang lebih baik atau sebaliknya. Watak ini digambarkan
penuh bertenaga dan biasanya mengalami perubahan mengikut perkembangan cerita. Contohnya,
watak Rimpa dalam Novel Terminal Tiga.

 Watak Pipih:

Watak yang tidak dibangunkan secara keseluruhannya sebagaimana watak bulat. Watak ini
diperkenalkan oleh pengarang melalui sesuatu aspek peribadinya sahaja. Misalnya, kalau
seseorang watak itu diberi peranan jahat, kita hanya berhadapan dengan tindak-tanduknya yang
negatif sahaja di sepanjang cerita.

Jelasnya, Pembaca tidak lagi terkejut dengan tindak-tanduk watak tersebut kerana pembaca telah
dapat mengagak sebarang kemungkinan yang akan dilakukannya berdasarkan sifat peribadi yang
dimilikinya. Biasanya, terdapat dua kategori watak pipih yang dipaparkan oleh pengarang cerita,
iaitu:

(a) Watak pipih yang berpihak kepada protagonis.


Contohnya, Watak Jemilah, Pudin, Mat Yassin dan Uda Puat dalam Novel Mereka
Yang Tertewas, berpihak kepada Lebai Pa.

(b) Watak pipih yang berpihak kepada antagonis.


Watak-watak ini cenderung berpihak kepada antagonis. Contohnya, Watak Khatijah
dan Kidam dalam Novel Mereka Yang Tertewas, berpihak kepada Pak Soh.

 Watak Statik:
Watak yang tidak mengalami sebarang perubahan mengikut arus perkembangan cerita. Ia
digambarkan terus dengan pendiriannya atau tingkah laku yang ditonjolkannya dari awal hingga
akhir cerita. Contohnya, Watak Mat Yassin dalam Mereka Yang Tertewas.

2. Watak Sampingan:

Watak-watak pembantu yang ditimbulkan oleh pengarang dalam cerita untuk menyokong tindak-
tanduk watak utama. Watak-watak ini diwujudkan sebagai pelengkap cerita. Watak ini
kadangkala bergerak seiring dengan watak utama dalam cerita.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN PANTARAN

Haji Zaki

Haji Zaki ialah seorang nelayan yang tinggal di Kampung Ayer. Badannya gemuk, beratnya
sekitar 120 kilogram. Dia tinggal di rumah sendiri berhampiran dengan rumah Ahmad. Haji Zaki
mempunyai isteri isteri bernama Normah dan seorang anak bernama Hashim.

Haji Zaki adalah berfikiran panjang dan bersabar menempuh dugaan hidup. Dia sentiasa
menyokong pembangunan kampung. Dia bersetuju apabila pantaran rumahnya terkena tapak
untuk membina jambatan pail untuk menyertai penubuhan persatuan nelayan dan kedai syarikat
di kampungnya. Aktiviti hariannya adalah menangkap ikan. Punca rezeki inilah yang
menampung hidup mereka sekeluarga. Dengan hasil jualan ikan itu juga dia dapat mendirikan
rumahnya sendiri.

Dalam urusan bermasyarakat, ia melibatkan diri dengan pembangunan jambatan hingga sanggup
meninggalkan kerja hariannya. Dalam apa juga keadaan dia sentiasa taatkan ketua dan sentiasa
berunding sesama orang kampung.

Ahmad
Ahmad sudah beristeri dan mempunyai seorang anak bernama Roslan yang berumur 17 tahun.
Dia tinggal berdekatan dengan rumah Haji Zaki. Hubungannya dengan Haji Zaki adalah
bersaudara. Secara zahir hubungan antara Ahmad dengan Haji Zaki nampaknya biasa saja.
Tetapi dilubuk hati Ahmad, ternyata dia mahu menyingkirkan Haji Zaki dari kampung itu kerana
Ahmad beria-ia hendak mengmbil tapak rumah Haji Zaki itu.

Ahmad bersikap tidak inginkan kemajuan. Ini dapat dilihat semasa penduduk kampung
menubuhkan persatuan nelayan dan kedai syarikat. Ahamd tidak setuju. Sikap keras kepalanya
itu dapat dilihat apabila reban ayamnya terpaksa diroboh untuk tapak jambatan pail. Dia tidak
senang dengan cadangan tersebut. Umumnya Ahmad bersikap suka mementingkan diri sendiri.

Aspeknya kemasyarakatannya tidak begitu memuaskan. Sebab dalam apa juga kerja-kerja
kebajikan sering ditentangnya. Tetapi jika perkara itu menguntungkan dirinya, maka dia setuju.
Jika sebaliknya dia membantah.

Normah

Normah adalah isteri Haji Zaki. Dia selalu menunjukkan sikap marah-marah dan bersedih bila
berlaku sesuatu perkara yang tidak menyenangkan. Ini dapat dilihat semasa pantaran rumah
mereka diroboh oleh Ahmad.

Fikirannya tidak boleh terganggu oleh perkara-perkara yang tidak baik. Dia seringkali
mengeluarkan air mata jika bermasalah. Ini dapat dilihat dari kenyataan yang disebutkan oleh
Haji Zaki bahawa dia tidak seperti Normah puah air mata.

Datuk Penghulu Basir

Datuk Penghulu ini merupakan penghulu di kampung itu. Bentuk badannya pendek dan gemuk.
Ini dapat dilihat semasa dia pergi ke rumah Haji Zaki berjalan dengan terkiut-kiut. Pandangannya
agak kurang. Ini menandakan umurnya sudah tua.
Dia mempunyai fikiran yang terbuka dan bertanggungjawab. Dia inginkan penduduk kampung
dalam keadaan harmoni. Sebab itu jika berlaku sesuatu masalah akan diselesaikannya dengan
cara muzakarah.
Selain berperanan sebagai Penghulu di kampung itu, dia juga sebagai wakil kampung untuk
memata-matai pembinaan jambatan pail di kampung mereka. Ia mempunyai hubungan baik
dengan orang-orang kampung. Sebab itu semasa pantaran Haji Zaki diroboh, dia dan orang-
orang kampung bergotong-royong membaiki semula pantaran tersebut.

Wakil Pegawai Daerah

Wakil Pegawai Daerah ini merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memata-matai
pembinaan jambatan pail di kampung Haji Zaki. Beliau merupakan wakil kerajaan untuk
berunding dengan orang kampung. Jika ada masalah yang bersangkutan dengan pembinaan
jambatan, maka dialah yang akan dapat memutuskannya.

Roslan
Roslan adalah anak kepada Ahmad. Dia adalah satu-satunya anak Ahmad dan berumur 17 tahun.

Hashim

Hashim merupakan anak kepada Haji Zaki dan Normah. Wataknya di sini Cuma disebut saja dan
peranannya pun tidak ada.

You might also like