You are on page 1of 2

CERPEN ‘PANTARAN’ KARYA AMINAH HAJI JOHARI

SINOPSIS

Haji Zaki tidak nyenyak tidur kerana fikirannya berkecamuk. Ia teringat akan wakil Pegawai
Daerah yang mengatakan tiga keping lantai pantarannya terkena untuk membina jambatan pail di
kampung itu. Haji Zaki hairan mendengar Ahmad bersetuju atas pembinaan jembatan itu, walhal
dialah yang selalu menentang pembangunan seperti penubuhan persatuan nelayan dan kedai
syarikat. Reban Ayam Ahmad terpaksa diroboh kerana terkena tapak bagi pembinaan jambatan
pail. Ahmad dan orang kampung meroboh (lebih dari tiga keeping) lantai pantaran haji Zaki.
Waktu itu Haji Zaki dan Datuk Penghulu tidak ada di rumah. Bila Haji Zaki mengetahui
pantarannya diroboh, maka dia naik marah dan mengadu kepada datuk penghulu. Datuk
penghulu mengutuk perbuatan Ahmad itu. Keesokkan harinya, Datuk penghulu dan orang
kampung membaiki semula pantaran Haji Zaki yang diroboh itu.

WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN PANTARAN

Haji Zaki

Haji Zaki ialah seorang nelayan yang tinggal di Kampung Ayer. Badannya gemuk, beratnya
sekitar 120 kilogram. Dia tinggal di rumah sendiri berhampiran dengan rumah Ahmad. Haji Zaki
mempunyai isteri isteri bernama Normah dan seorang anak bernama Hashim.

Haji Zaki adalah berfikiran panjang dan bersabar menempuh dugaan hidup. Dia sentiasa
menyokong pembangunan kampung. Dia bersetuju apabila pantaran rumahnya terkena tapak
untuk membina jambatan pail untuk menyertai penubuhan persatuan nelayan dan kedai syarikat
di kampungnya. Aktiviti hariannya adalah menangkap ikan. Punca rezeki inilah yang
menampung hidup mereka sekeluarga. Dengan hasil jualan ikan itu juga dia dapat mendirikan
rumahnya sendiri.

Dalam urusan bermasyarakat, ia melibatkan diri dengan pembangunan jambatan hingga sanggup
meninggalkan kerja hariannya. Dalam apa juga keadaan dia sentiasa taatkan ketua dan sentiasa
berunding sesama orang kampung.

Ahmad

Ahmad sudah beristeri dan mempunyai seorang anak bernama Roslan yang berumur 17 tahun.
Dia tinggal berdekatan dengan rumah Haji Zaki. Hubungannya dengan Haji Zaki adalah
bersaudara. Secara zahir hubungan antara Ahmad dengan Haji Zaki nampaknya biasa saja.
Tetapi dilubuk hati Ahmad, ternyata dia mahu menyingkirkan Haji Zaki dari kampung itu kerana
Ahmad beria-ia hendak mengmbil tapak rumah Haji Zaki itu.

Ahmad bersikap tidak inginkan kemajuan. Ini dapat dilihat semasa penduduk kampung
menubuhkan persatuan nelayan dan kedai syarikat. Ahamd tidak setuju. Sikap keras kepalanya
itu dapat dilihat apabila reban ayamnya terpaksa diroboh untuk tapak jambatan pail. Dia tidak
senang dengan cadangan tersebut. Umumnya Ahmad bersikap suka mementingkan diri sendiri.
Aspeknya kemasyarakatannya tidak begitu memuaskan. Sebab dalam apa juga kerja-kerja
kebajikan sering ditentangnya. Tetapi jika perkara itu menguntungkan dirinya, maka dia setuju.
Jika sebaliknya dia membantah.

Normah

Normah adalah isteri Haji Zaki. Dia selalu menunjukkan sikap marah-marah dan bersedih bila
berlaku sesuatu perkara yang tidak menyenangkan. Ini dapat dilihat semasa pantaran rumah
mereka diroboh oleh Ahmad.

Fikirannya tidak boleh terganggu oleh perkara-perkara yang tidak baik. Dia seringkali
mengeluarkan air mata jika bermasalah. Ini dapat dilihat dari kenyataan yang disebutkan oleh
Haji Zaki bahawa dia tidak seperti Normah puah air mata.

Datuk Penghulu Basir

Datuk Penghulu ini merupakan penghulu di kampung itu. Bentuk badannya pendek dan gemuk.
Ini dapat dilihat semasa dia pergi ke rumah Haji Zaki berjalan dengan terkiut-kiut. Pandangannya
agak kurang. Ini menandakan umurnya sudah tua.

Dia mempunyai fikiran yang terbuka dan bertanggungjawab. Dia inginkan penduduk kampung
dalam keadaan harmoni. Sebab itu jika berlaku sesuatu masalah akan diselesaikannya dengan
cara muzakarah.

Selain berperanan sebagai Penghulu di kampung itu, dia juga sebagai wakil kampung untuk
memata-matai pembinaan jambatan pail di kampung mereka. Ia mempunyai hubungan baik
dengan orang-orang kampung. Sebab itu semasa pantaran Haji Zaki diroboh, dia dan orang-
orang kampung bergotong-royong membaiki semula pantaran tersebut.

Wakil Pegawai Daerah

Wakil Pegawai Daerah ini merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memata-matai
pembinaan jambatan pail di kampung Haji Zaki. Beliau merupakan wakil kerajaan untuk
berunding dengan orang kampung. Jika ada masalah yang bersangkutan dengan pembinaan
jambatan, maka dialah yang akan dapat memutuskannya.

Roslan
Roslan adalah anak kepada Ahmad. Dia adalah satu-satunya anak Ahmad dan berumur 17 tahun.

Hashim

Hashim merupakan anak kepada Haji Zaki dan Normah. Wataknya di sini Cuma disebut saja dan
peranannya pun tidak ada.

You might also like