You are on page 1of 4

SUHAKAM (SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA

Fungsi SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif "hak asasi manusia" sebagai merujuk kepada "kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan". Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah: 1. Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia; 2. Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil; 3. Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia; 4. Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia. Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan. Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan manamana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.

Kuasa Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa: 1. Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil

mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar penyelidikan itu; 2. Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil; 3. Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini; 4. Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undangundang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu; 5. Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan 6. Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undangundang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.

IAGAM SURUHANJAYA HAK ASASI MANUSIA MALAYSIA (SUHAKAM) MUKADIMAH SUHAKAM Institusi Hak Asasi Manusia Negara ini telah ditubuhkan oleh Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 (Akta 597), dengan mematuhi Principles Relating to the Status of National Institutions Paris 1993,

MEMPERTEGASKAN mandatnya untuk memupuk dan mempertahan hak asasi manusia di Malaysia.

BERPEGANG kepada Universal Declaration of Human Rights (UDHR) 1948, selagi ianya tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

MENGIKTIRAF wujudnya kepelbagaian budaya,agama dan nilai moral di dalam sebuah MENGIKTIRAF bahawa pembangunan DENGAN INI hak masyarakat asasi manusia akan terus menerus majmuk. melalui sejagat.. MENGISTIHAR:

Tanggungjawab berkanun SUHAKAM adalah:


Untuk memupuk kesedaran dan memberi pendidikan mengenai hak asasi manusia. Untuk menasihat dan membantu Kerajaan dalam membentuk perundangan dan prosedur dan mencadangkan tindakan yang perlu diambil. Mengemukakan cadangan kepada Kerajaan untuk menerimapakai atau memperolehi perjanjian-perjanjian dan lain-lain bahan antarabangsa dalam bidang hak asasi manusia.

Untuk menyiasat aduan berkenaan pelanggaran hak asasi manusia. SUHAKAM akan memenuhi tanggungjawab ini melalui :

Memupuk

kesedaran

mengenai

hak

asasi

manusia

serta

menjalankan

penyelidikan dan mengendalikan program, seminar serta bengkel dan untuk menyebarkan hasil-hasil kajian tersebut;

Menasihatkan Kerajaan dan/atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan-aduan ke atas mereka dan mencadangkan tindakan-tindakan yang sesuai diambil;

Menyiasat dan mengesahkan sebarang pelanggaran ke atas hak asasi manusia; Bekerjasama dengan pertubuhan persatuan awam dan pembela hak asasi manusia bagi mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia; Menjalankan Siasatan Awam ke atas pelanggaran hak asasi manusia yang besar; Melawat tempat-tempat tahanan mengikut peraturan-peraturan yang di tetapkan oleh undang-undang berkaitan dengan tempat-tempat tahanan dan membuat saranan-saranan yang bersesuaian;

Mengeluarkan kenyataan-kenyataan awam berkaitan hak asasi manusia bila dan di mana perlu; Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang didapati sesuai dan perlu. Pembangunan pelan tindakan strategik tahunan ke atas bidang-bidang teras yang perlu perhatian:

Menerapkan nilai-nilai hak asasi manusia kepada setiap rakyat Malaysia; Mempromosi dan mempertahan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya serta Hak Awam serta Politik; Menyokong dan mengawasi sebarang perakuan, kemasukan dan perlaksanaan perjanjian hak asasi manusia antarabangsa oleh Negara; Menyokong dan mengesyorkan untuk meminda atau memansuh undang-undang yang bercanggah dengan prinsip hak asasi manusia. Rangkakerja operasi SUHAKAM akan berpandu kepada nilai-nilai asas berikut:

Hormat Menghormati adanya perbezaan budaya, agama dan sensitifiti sosial dengan mengiktiraf hak dan tanggungjawab Negara seperti di dalam Fasal 29 UDHR.

Kebebasan Menekankan kebebasan dalam menjalankan fungsi-fungsinya berkaitan dengan cawangan-cawangan perundangan, kehakiman dan eksekutif Kerajaan.

Integriti Memastikan Suruhanjaya dan ahli-ahlinya beroperasi di tahap integriti dan pertangungjawaban tanggungjawabnya. yang tertinggi dalam menjalankan tugas-tugas dan

Perhubungan Meningkatkan Kerajaan, perhubungan dengan semua stakeholder', dan termasuk pihak dan pertubuhan awam, jaringan serantau antarabangsa

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), badan-badan serta mekanisme hak asasi manusia.

Kecekapan Bertindak serta-merta ke atas aduan awam melalui bantuan aktif untuk menyelesaikan kesusahan di dalam kerangka undang-undang dan peraturan semasa.

Keterbukaan Memelihara ketelusan and menyediakan pelbagai cara untuk mendapatkan Kapasiti maklumbalas dan pandangan orang ramai.

Pembangunan

Dengan mengiktiraf nilai sumber manusia dan peri pentingnya pembangunan keupayaan yang berterusan kepada ahli-ahli Suruhanjaya, kakitangan dan lainlain stakeholder.

http://www.suhakam.org.my/charter

You might also like