You are on page 1of 20

PENGAJIAN PROFESIONAL

EDU 3107 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Pengumpulan Maklumat Murid

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI PEMBIMBING

1. Mereka selalu berada dalam situasi yang membolehkan wujudnya hubungan erat dan mesra dengan murid. 2. Berperanan penting dalam kegiatan bimbingan yang sebenarnya dalam kelas. 3. Perlu lebih banyak mempelajari murid, mengawasi tingkah laku dan kegiatannya. 4. Guru-guru sepatutnya berusaha mengarah minat dan semangat penuntut untuk belajar, menambah keyakinan diri penuntut yang malu dan sensitif, dan juga menolong murid mengatasi masalahnya. 5. Guru perlu mempunyai kemampuan dan peluang yang banyak untuk memahami murid sebagai seorang individu dan sebagai seorang ahli kelompok.

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI PEMBIMBING

Beberapa perkara yang boleh dilaksanakan oleh guru biasa. 1.Di dalam aktiviti bilik darjah yang formal. 2.Di dalam aktiviti kokurikulum yang sangat dititikberatkan sekarang ini. 3.Di dalam aktiviti-aktiviti lain di sekolah. 4.Semasa temubual dengan penuntut. (Sharifah, 1986)

PERANAN GURU BIASA SEBAGAI PEMBIMBING

Semasa di dalam bilik darjah, guru boleh menambah keberkesanan aktiviti bimbingan di sekolah jika dia mengamal dan mengawasi perkara-perkara yang dinyatakan di bawah ini.
1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Cubalah memahami dan mengawasi setiap penuntut. Berempati dengan penuntut. Berperasaan mesra terhadap setiap penuntut. Menerima kedatangan setiap penuntut tanpa syarat Cubalah wujudkan bilik darjah yang mesra dan terbuka. Berilah peluang kepada penuntut untuk menjadi dirinya sendiri. Cubalah mengetahui setiap peluang yang ada untuk memberi bimbingan kepada penuntut dalam aktiviti kokurikulum. 8. Galakkan perkembangan sikap positif di kalangan penuntut. 9. Bantulah setiap penuntut meningkatkan kemahirannya belajar.

Mengumpul Maklumat Murid

Guru bimbingan yang cekap selalu berusaha untuk mendapat gambaran yang jelas tentang klien. Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian ialah a. maklumat am klien, b. kesihatan, c. pencapaian, d. bakat, e. penyesuaian peribadi, f. minat, g. rancangan pada masa hadapan dan h. latar belakang keluarga.

Aspek-aspek yang perlu diperhatikan ialah suasana di rumah, keadaan fizikal, perhubungan sosial, bidang intelektual dan pertumbuhan emosi (Aquino dan Alviar, 1980).

Bagaimana maklumat dikumpul


Mizan (2003) 3 cara utama iaitu dengan 1.Pemerhatian 2.Membuat rujukan 3.Membuat tinjauan kehendak sama ada secara temubual atau secara soalselidik

1. Melalui Pemerhatian"
Pemerhatian merupakan satu teknik untuk mengamati apa yang sedang berlaku secara langsung atau tidak langsung.

Guru akan lebih memahami penuntut melalui pemerhatiannya ke atas penuntut.


Supaya pemerhatian itu berguna, guru atau guru bimbingan perlulah belajar apa dan bagaimana untuk memerhati (Aquino dan Alviar, 1980). Dia juga perlu mengelakkan dirinya daripada memberi perhatian lebih terhadap satu-satu tingkah laku. Menurut Abu Ahmad (1975), terdapat tiga jenis pemerhatian iaitu: a. Pemerhatian penyertaan b. Pemerhatian tidak penyertaan c. Penyertaan kuasi pemerhati seolah-olah melibatkan dirinya dalam kegiatan orang yang diperhatikan, tetapi dia berpura-pura sahaja mengambil bahagian yang aktif.

2. Rujukan
Melalui Rekod Himpunan rekod himpunan 001 (M) 77 mengandungi banyak maklumat yang berguna jika kad ini diisi dengan betul dan kemaskini. Kad ini mengandungi beberapa perkara mengenai penuntut.
Perkara 1 Mengandungi butir-butir mengenai penuntut seperti nama, tarikh lahir, tempat lahir, agama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan jarak rumah dari sekolah. Perkara 2 Butir-butir mengenai keluarga seperti nama, kad pengenalan dan pekerjaan ibu bapa atau penjaga, bilangan anak dan kedudukan penuntut dalam ahli keluarga. Perkara 3 Rekod kedatangan ke sekolah dan gerak kerja kokurikulum. Maklumat lain yang boleh didapati ialah tarikh masuk sekolah, nama sekolah terdahulu, kedatangan tahunan, jawatan di sekolah, minat dan cita-cita. Perkara 4 Keputusan ujian atau peperiksaan sekolah. Perkara 5 Keputusan peperiksaan awam seperti nama peperiksaan, tarikh diambil dan keputusannya. Perkara 6 Biasiswa, hadiah kewangan dan hadiah-hadiah akademik dan kokurikulum yang lain.

3. Membuat Tinjauan
1. Tinjauan pendapat guru besar sekolah 2. Tinjauan pendapat guru
Secara soalselidik atau temubual

3. Tinjauan pendapat pakar-pakar perancang pendidikan 4. Tinjauan pendapat ibubapa 5. Tinjauan pendapat pelajar

4.

Melalui Soal Selidik Soal selidik mengandungi satu borang yang mengandungi pertanyaan-pertanyaan yang perlu dijawab oleh responden. Jenis pertanyaan atau soalan bergantunglah kepada tujuan soal selidik itu dijalankan. Soal selidik ini mungkin mengandungi pertanyaan yang tertutup, pertanyaan atau soalan terbuka atau campuran kedua-duanya. Dalam soalan tertutup, responden memilih jawapan yang sudah disediakan. Soalan terbuka memberi kebebasan kepada responden untuk jawapan.

5. Laporan Guru-guru Guru-guru boleh memberi laporan tidak rasmi mengenai penuntut-penuntut berdasarkan pemerhatian mereka. Mereka boleh memerhati-kan tingkah laku murid di dalam dan di luar bilik darjah. Laporan ini boleh dibincangkan oleh jawatankuasa bimbingan sekolah. Satu borang yang boleh melaporkan insiden kritikal penuntut boleh diedarkan kepada guru-guru. Ini bertujuan untuk menyenangkan mereka membuat laporan.

6. Temuduga dengan murid dan Ibu Bapa atau Penjaga Ini adalah satu teknik pengumpulan data yang dapat dengan mengadakan komunikasi dengan sumber data. Komunikasi ini dilakukan melalui dialog secara lisan. Temuduga boleh dilakukan secara inseden-tal iaitu apabila ia diperlukan atau secara berencana iaitu dilakukan pada waktu-waktu yang telah dipersetujui (Djumhur dan Surya, 1975). Temuduga ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat iaitu merupakan peringkat penama dalam temuduga kaunseling. Pada peringkat ini, guru bimbingan mungkin ingin mendapatkan maklumat berkaitan dengan sejarah masa lalu klien, apa yang disukainya, apa yang tidak disukainya, sikapnya atau cita-citanya.

7.

Melalui Autobiografi
Autobiografi atau riwayat hidup dan catatan harian juga merupakan satu teknik yang boleh digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai penuntut atau klien. Murid boleh disuruh mencatat berbagai-bagai kejadian tentang dirinya yang telah dialami, sedang dialami atau yang dia fikir akan dialaminya.

Murid boleh diminta untuk membuat karangan mengenai tajuktajuk seperti keadaan keluargaku, orang yang paling aku sukai atau hobiku.
Guru bimbingan mestilah tahu membuat interpretasi maksud yang tersirat. Maklumat yang didapati adalah subjektif. Ketepatan dan kesempurnaannya bergantung kepada kebolehan individu untuk menyatakan perasaan dan pengalaman dengan orang lain (Aquino dan Alviar, 1980).

8. Melalui Ujian-ujian Piawai


Ujian bukan sahaja merupakan satu cara guru atau guru bimbingan untuk mengukur kebolehan penuntut, tetapi ia juga merupakan satu cara penuntut untuk memahami dirinya. Ujian sebagai satu metod penyelidikan telah mula digunakan oleh Binet pada tahun 1904 di Perancis (Abu Ahmadi, 1975). Sekarang ini terdapat banyak jenis ujian. Berdasar kepada ramainya subjek yang dikaji, ujian boleh dibahagikan kepada dua iaitu individu dan kelompok. Bentuk-bentuk ujian juga berjenis-jenis seperti berbentuk mainan, berbentuk soal jawab, berbentuk aneka pilihan, ada yang memerlukan pemeringkatan, dan ada yang meminta reaksi sahaja. Berdasarkan tugas yang dijalan-kan oleh penguji, ujian boleh dibahagikan kepada ujian lisan dan ujian bukan lisan.

9. Kaedah Sosiometri Sosiometri menunjukkan ukuran berteman. Melalui sosiometri dapat diperhatikan hubungan sosial seseorang. Sosiometri ialah kaedah untuk mendapatkan pola-pola perhubungan di kalangan satu-satu kumpulan, manakala sosiogram pula ialah penyusunan pola-pola hubungan dalam bentuk gambarajah. Baik atau tidaknya hubungan sosial seseorang dengan individu yang lain dapat dilihat daripada segi kekerapannya bergaul, rapat atau tidaknya pergaulan dan adakah dia popular atau tidak. Kaedah ini sesuai untuk menyelidiki kumpulan yang kecil.

Untuk mendapat bahan dalam sosiometri, soal selidik boleh digunakan.

10. Laporan daripada Pihak Tertentu


Pengumpulan maklumat penuntut juga boleh dilakukan oleh guru bimbingan melalui laporan daripada pihak yang tertentu. Laporan-laporan tersebut boleh digolongkan menurut fungsifungsinya yang tertentu seperti pendaftaran dan pengelasan penuntut, rekod kedatangan, surat-surat kebenaran, laporan kepada ibu bapa, rekod kesihatan dan latihan fizikal. Kad-kad khusus dan kad kumulatif, laporan-laporan kepada kementerian, surat-surat kepada waris dan sebagainya.

MENGENALPASTI MASALAH KANAK-KANAK

Guru bimbingan, penolong guru bimbingan dan kakitangan sekolah yang lain seharusnya dapat mengecam, siapakah yang memerlukan kaunseling di sekolah. secara umumnya, penuntut-penuntut yang mempunyai sifat-sifat berikut memerlukan khidmat kaunseling daripada guru bimbingan. a.Murid yang selalu mempunyai rekod pencapaian yang rendah. b.Murid yang menghadapi masalah kewangan. c.Murid yang selalu lambat ke sekolah atau selalu tidak hadir. d.Murid yang mengalami kesukaran mengambil bahagian dalam kelas e.Murid yang secara tiba-tiba ingin berhenti sekolah.

f.

Murid yang sukar menyesuaikan diri di sekolah.

g. Murid yang mempunyai bakat atau kebolehan yang luar biasa sama ada daripada segi intelek, seni dan sebagainya. h. Murid yang terlalu malu, menarik diri dan takut. i. j. k. l. Murid yang selalu ketinggalan menyelesaikan kerja-kerja sekolah atau terbantut membuat kerja-kerja sekolah. Murid yang selalu mencari jalan untuk pulang lebih awal daripada waktu sepatutnya. Murid yang terlalu aktif dalam kegiatan-kegiatan kokurikulum dan sebagainya. Murid yang mempunyai masalah tingkah laku seperti permusuhan, agresif, mencuri, cakap bohong dan seumpamanya.

You might also like