You are on page 1of 25

PENGENALAN

Jika kita lihat tajuk perbincangan ini, ianya merupakan satu tajuk yang meluas dan
banyak aspek boleh dibincangkan . Tetapi jika kita renung dan teliti dengan sedalam-
dalamnya maka kita dapati satu perkara yang perlu diambil kira adalah pada perkataan
'memerlukan penelitian bersama' .Berdasarkan kepada isu yang hendak dibincangkan
'memerlukan penelitian bersama' membawa maksud bahawa , isu pencemaran yang
merupakan isu global ini perlu dibincangkan, difikirkan dan ditangani bersama-sama di
peringkat antarabangsa . Ini adalah kerana masalah pencemaran yang berlaku di
seluruh dunia ini pernah, sedang dan akan dialami oleh semua negara . Jadi langkah-
langkah bijak perlu dirancangkan bagi mengatasi masalah ini .Unit Pendidikan
Persatuan Pencinta Alam atau Malaysia Nature Society (MNS) sering menerima
pertanyaan tentang apakah cara-cara memulihara alam sekitar yang sepatutnya
dilakukan oleh semua pihak . Tidak kurang juga yang menanyakan adakah usaha
seorang individu dapat memulihara alam sedangkan masalah-masalah itu telah menjadi
semakin rumit .Jika kita meniliti punca-punca masalah alam sekitar, kita mendapati
bahawa kebanyakannya disebabkan oleh permintaan manusia terhadap hasil keluaran
industri . Ini membawa kepada masalah tekanan terhadap keupayaan bumi
membekalkan ruang dan sumber untuk permintaan ini .

Tekanan terhadap alam sekitar terdiri daripada dua bentuk .

 Pertamanya tekanan daripada permintaan terhadap sumber asli seperti bahan


api, air dan juga tanah .
 Keduanya, ialah sisa industri yang mencemarkan udara dan persekitaran .

Ini menyebabkan berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah
hijau, permusnahan ozon dan hujan asid .Bila kita fikirkan mengenai pencemaran
secara global ini, rasanya terlalu sukar untuk seseorang individu itu memperbaiki
keadaan . Kita mungkin tertanya-tanya, apakah tindakan seorang individu itu berupaya
untuk memberikan apa-apa kesan ? Namun begitu, kita harus sedar bahawa
pencemaran yang serius beginilah sebenarnya berpunca daripada tindakan individu
juga . Oleh yang demikian, tindakan individu jugalah yang dapat membantu
menyelamatkan bumi kita ini .

Kesan-kesan Pencemaran

 Mengancam Kesihatan Manusia

Akibat daripada pencemaran alam sekitar, kesihatan manusia turut terjejas . Di negara
kita misalnya penggunaan kereta masa kini telah bertambah dengan begitu pesat
berbanding tahun 1950an dan 1960an dahulu . Malangnya kecanggihan teknologi
pembuatan kenderaan bermotor telah menimbulkan banyak masalah misalnya
pencemaran udara, pencemaran bunyi, kerosakan alam dan hidupan semulajadi .
Pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya
terkumpul dalam kawasan yang tertutup . Sejenis lagi unsur yang boleh terhasil melalui
penggunaan kenderaan bermotor ialah plumbum iaitu sejenis bahan kimia yang sangat
beracun dan boleh menyebabkan kerosakan otak terutamanya di kalangan kanak-
kanak .Selain dari itu seperti yang berlaku di Teluk Minamata, Jepun, pencemaran
toksid yang masuk ke dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas, sakit kepala,
kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul .

Sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan ada yang menemui maut . Simptom
yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan beratus-ratus keluarga
nelayan . Ia dikenali sebagai penyakit Minamata .

 Mengancam tumbuhan dan binatang

Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan
turut memberi kesan kepada hidupan yang lain . Antara kesan pencemaran yang
banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan
minyak ke laut . Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran
persisiran pantai ia membentuk lapisan minyak yang mengancam kehidupan laut serta
burung . Tumpuhan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan
plankton .Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia, iaitu pembesaran tubuh
dan tingkahlaku yang tidak normal, serta kurang daya ketahanan badan kepada
penggunaan sumber air tersebut .Sebagai contoh yang lain kesan daripada keracun
raksa, kejadian yang aneh berlaku di Teluk Minamata, Jepun, yang mana burung-
burung yang sedang terbang tiba-tiba menjunam dari angkasa . Kucing berjalan
terhoyong-hayang dengan mulut yang berbuih, kemudian berlari tidak menentu lalu mati
.Kapal Showa Maru yang menumpahkan 7700 tan minyak di kepulauan Riau dalam
tahun 1975, menjejaskan beratus-ratus hektar tanaman tropika di perairan Indonesia .
Walaupun selepas empat tahun kejadian tersebut berlaku, kesan saki-baki minyak
masih kelihatan dan telah memusnahkan ekosistem laut di Asia Tenggara yang terkenal
sebagai akuakultur .

 Kerosakan Harta Benda

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi seperti letusan gunung berapi,
ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya, banyak memberi kesan kepada kerosakan
harta benda . Sebagai contoh kejadian letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia
iaitu Gunung Merapi telah menyebabkan berlakunya kerosakan harta benda . Ini
disebabkan oleh lahar panas yang dikeluarkan oleh gunung tersebut . Antara kerosakan
harta benda yang berlaku ialah kemusnahan kediaman penduduk dan kemudahan
infrastruktur di kawasan yang terlibat .

Jenis-jenis pencemaran

Terdapat pelbagai cara pencemaran ini boleh berlaku . Tetapi ianya terbahagi kepada
dua jenis iaitu :

 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor Semulajadi


Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi adalah pencemaran yang
berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan
gunung berapi, dilanda ribut taufan, gempa bumi dan sebagainya .

 Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia .

Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia adalah pencemaran yang


dilakukan oleh manusia samada sengaja atau tidak disengajakan . Antaranya
adalah:

Pencemaran Udara

Contohnya, gas-gas beracun, zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap


kenderaan, jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya .

Pencemaran Air

Contohnya, pembuangan air kumbahan, sisa-sisa kimia, haba, pembuangan sampah


dan sebagainya .

Pencemaran Tanah

Contohnya, pemusnahan hutan akibat pembalakan, pembuangan sisa-sisa kimia dan


sisa-sisa pepejal .
PENCEMARAN UDARA

Pencemaran udara boleh didefinasikan sebagai   terdapatnya gas, cecair atau zarah
yang terkandung di udara sehingga berlakunya perubahan dan menjejaskan kehidupan
atau bahan-bahan lain. Bahan-bahan tersebut terampai di udara dan memberi kesan
negatif kepada manusia, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Ini sebabkan bahan-bahan ini
akan masuk ke tubuh manusia melalui pernafasan dan berupaya menyekat pengaliran
oksigen ke dalam salur-salur darah.  Ini boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti
penyakit kekejangangan, barah, asma, kekejangan dan anemia.

Habuk, asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain yang boleh menghalang penglihatan
mata merupakan pelbagai bentuk pencemaran udara.

Klasifikasi Pencemaran Udara

Pencemaran udara dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu:

Pencemaran Udara Primer

Penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat daripada proses


pembakaran yang tidak lengkap adalah punca pencemaran udara primer. Proses ini
menyebabkan zarah-zarah yang halus terampai-ampai di udara dan memberi kesan
sampingan kepada kesihatan kita.Kebanyakan pencemaran udara primer ini
dilepaskan melalui ekzos kenderaan, kawasan industri dan penggunaan dapur
arang atau kayu.

Pencemaran Udara Sekunder

Pencemaran udara sekunder pula adalah tindak balas sulfur dioksida yang
bergabung dan membentuk dengan gas-gas yang tidak diperlukan oleh benda
hidup.Sulfur dioksida memerlukan gas seperti karbon monoksida dan sufur
monoksida (pencemar primer) untuk membentuk gas-gas lain. Sebagai contoh,
gabungan sulfur dioksida, sulfur monoksida dan wap air akan menghasilkan asid
sulfurik. Tindakbalas antara pencemar primer dengan gas-gas terampai di atmosfera
akan menghasilkan peroksid asetil nitrat (PAN).

 Jenis-jenis Bahan Pencemar

Antara jenis-jenis bahan pencemar adalah seperti berikut :

 Sulfur dioksida
 Karbon monoksida
 Nitrogen dioksida dan ozon
 Alergen
 Plumbum dan logam-logam lain

 Punca Pencemaran

Pencemaran udara boleh berpunca daripada :

 Pelepasan asap kenderaan


 Proses industri - penghasilan bahan pencemaran oleh kilang-kilang  asbestos/
simen/ bateri kereata
 Pembakaran di tempat pelupusan - pembakaran terbuka di bandar
 Pembakaran hutan
 Pelepasan habuk - pembakaran sisa kayu/ sekam padi
 Bahan-bahan sisa bandaran - sampah-sarap , sisa-sisa makanan
 Aktiviti Masyarakat - membakar sampah, memasak menggunakan arang/ kayu,
merokok

Kesan-kesan pencemaran udara.

Kesan terhadap Kesihatan Manusia


Di antara kesan utama yang menimpa manusia akibat daripada pencemaran udara
ialah terhadap sistem pernafasan. Udara dan bahan cemar yang terperangkap
didalamnya akan memasuki hidung atau mulut manusia dan memasuki paru-paru
melalui trakea. Karbon monoksida (CO) adalah antara gas yang dapat meracuni sistem
pengangkutan oksigen dalam darah dengan begitu berkesan sekali. Selain itu, bahan
cemar Nitrogen Oksida (NO2) boleh menyebabkan edema dan pendarahan pulmonari,
bahan cemar gas ozon (O3) boleh menimbulkan kerengsaan. Habuk,asap, kabus, wap
atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga menjejaskan mata
manusia.

Kesan Terhadap Tumbuh-tumbuhan

Pencemaran udara juga memberi kesan yang sangat buruk terhadap tumbuh-tumbuhan
di dunia ini.Tumbuh-tumbuhan mengalami kerosakan dengan tiga cara iaitu
Nekrosis(Keguguran daun), Klorosis (Pertukaran warna), dan perubahan pertumbuhan.
Alfalfa, barli, kapas, gandum dan epal adalah antara tumbuhan yang mudah mengalami
kerosakan dengan bahan cemar sulfur dioksida. Selain itu, tomato, kekacang, bayam
dan kentang juga mengalami kerosakan dengan adanya gas ozon di udara. Keadaan ini
menyebabkan bumi kekurangan sumber makanan dan ekonomi sebahagian daripada
penduduk dibumi juga terganggu.

Kesan Terhadap Haiwan.

Seterusnya, bahan cemar juga menyebabkan haiwan-haiwan terancam dan terbunuh.


Sebagai contoh, di Poza Rica, Mexico, sekumpulan burung kenari, ayam, itik, lembu,
khinzir angsa dan anjing telah mati akibat terdedah kepada sulfur dioksida (SO2) yang
dilepaskan ke udara oleh sebuah loji penapisan pada tahun 1950. Kematian haiwan itu
disebabkan oleh penghadaman makanan haiwan yang tercemar setelah terdedah
kepada bahan–bahan toksid yang terdapat di dalam udara. Contoh lain adalah
keracunan yang disebabkan oleh plumbum (Pb) yang telah membawa maut kepada
lembu dan kuda yang berlaku di Jerman. Haiwan-haiwan ini yang meragut kawasan
rumput sekitar 5 kilometer dari sebuah kawasan kilang plumbum dan zink telah
mengalami keracunan akibat daripada habuk plumbum yang dilepaskan oleh kilang
tersebut.

Kesan Terhadap Bahan

Bahan-bahan cemar di udara juga mengotorkan permukaan bahan terutamanya kepada


bangunan, pakaian, dan juga benda-benda lain. Pengotoran berlaku akibat dari
pengendapan asap atau zarah halus yang begaris pusat kira-kira 0.3 mikrometer.
Selepas beberapa lama, pengendapan ini dapat dilihat dan dipanggil kekotoran,
kelunturan, atau kehitaman permukaan. Selain itu, kakisan logam juga berlaku
disebabkan berlakunya kehadiran sulfur dioksida (SO2) di dalam udara. Bahan cemar
juga menyebabkan fabric-fabrik mudah rosak. Keadaan ini telah berlaku di Kanada dan
Florida dimana stoking wanita mudah terurai disebabkan oleh kabus halus asid sulfuric
yang terdapat di bandar-bandar tersebut.

Kesan Terhadap Lapisan Ozon

Pencemaran udara juga menyebabkan penyusutan lapisan ozon bumi yang melindungi
hidupan di bumi ini daripada sinaran terus matahari. Pembebasan gas
klorofluorocarbon atau CFC yang digunakan dalam alat-alat penyembur, alat penyaman
udara dan peti sejuk menipiskan lapisan ozon ini. Ini menyebabkan lebih banyak
sinaran matahari yang sampai ke bumi. Pendedahan secara terus kepada cahaya
matahari boleh menyebabkan kanser kulit yang amat berbahaya kepada manusia dan
juga hidupan lain. Pancaran matahari yang terik juga menyebabkan berlakunya
pencairaan kepada ais-ais di bahagian kutub-kutub bumi dan menyebabkan berlakunya
ketidakseimbangan ekosistem di dunia pada masa kini.
Kejadian Hujan Asid.

Seterusnya, pencemaran udara juga menyebabkan terbentuknya Hujan asid yang


disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air
hujan. Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen
(NOx) dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di
atmosfera dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini terkumpul di
dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain dan membawa asid-asid
tersebut. Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang
terdapat di dunia. Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air. Ia juga
boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan. Selain itu, asid tersebut
juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah berkurang dan
menjadikannya tidak subur.

Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga
dunia pada masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan
rumah hijau. Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada
pemanasan global ini yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi. Kenaikan
suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di
dalam udara. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi
terperangkap dan akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di
bumi ini dan juga menjejaskan kualiti udara.

Kesan Terhadap Atmosfera

Kesan terhadap atmosfera yang dibawa oleh pencemaran udara pula ialah
mengurangkan jarak penglihatan. Contoh yang paling jelas ialah kebakaran besar yang
berlaku di hutan Indonesia pada tahun 1997 telah menyebabkan beberapa buah
Negara di Asia Tenggara mengalami keadaan jerebu yang sangat teruk termasuk
Malaysia. Selain itu, pertambahan kepekatan karbon dioksida dalam atmosfera turut
meningkatkan suhu bumi yang telah mencetuskan perbincangan hebat di kalangan
para saintis di abad ini.

 PENCEMARAN AIR.

Pengenalan Kepada Pencemaran Air.

Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan, keadaan,
warna dan kualiti sehinnga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.
Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan fizik. Pencemaran air bukan
hanya berlaku di sungai sahaja,tetapi juga di laut,pantai dan lain-lain secara sengaja
atau tidak sengaja. Punca utama yang menghasilkan pencemaran ini lebih kepada
bahan pencemar dari kilang-kilang yang berdekatan dengan sumber air tersebut.
Keadaan atau tahap pencemaran sumber air boleh dinilai berdasarkan beberapa faktor
yang mempengaruhi kualiti air tersebut iaitu oksigen terlarut, keperluan oksigen
biokimia (BOD), zat terlarut dalam air, pH, dan suhu. Secara saintifik, pencemaran air
boleh diklasifikasikan kepada beberap jenis iaitu pencemaran fisika, kimiawi, fisiologis
dan biologi. Pencemaran fisika ini ditentukan oleh perubahan warna, suhu dan
kekeruhan sumber air tersebut.punca yang biasanya menyebabkan pencemaran jenis
ini ialah seperti pembuangan sampah dan daun-daun yang merupakan medium yang
terapung di atas air. Manakala pencemaran kimiawi biasanya disebabkan oleh zat
organik termasuk protein, karbohidrat dan lemak dan bahan buangan industri yang
mengandungi garam beracun serta tumphan minyak di laut. Selain itu, ia juga berpunca
daripada persenyawaan organoklor pada insektisida, fungisida dan herbisida.
Seterusnya pencemaran fisiologi dapat dikenalpasti daripada bau dan rasa yang tidak
menyenangkan pada sumber air. Pencemaran jenis ini disebabkan oleh persenyawaan
amina, fluol dan merkaptan. Pencemaran biologi pula disebabkan oleh mikroorganisma
dalam sumber air tersebut seperti bakteria patogen, virus, protozoa, parasit dan zat
toksin.

Kesan-Kesan Pencemaran Air.

Kesan Terhadap Kesihatan Manusia

Kesan-kesan daripada pencemaran air ini menimbulkan banyak masalah terhadap


hidupan-hidupan di dunia pada masa kini termasuklah manusia sendiri. Bahan-bahan
yang dibuang dalam sungai akan mengurangkan kandungan oksigen dalam air tersebut
mati apabila memakan bahan beracun dari sumber air yang telah tercemar ini. Manusia
juga akan mendapat penyakit yang serius jika mengambil sumber makanan daripada
hidupan air. Manusia juga boleh mendapat penyakit atau masalah kesihatan yang teruk
jika meminum atau menggunakan air yang tercemar. Selain itu, sampah-sarap dan najis
yang dibuang ke dalam air juga menggalakkan bakteria untuk terus membiak dan
menjadi masalah kepada kehidupan di dalam air mahupun kepada manusia sendiri.

Kesan Kepada Kualiti Air.

Penggunaan air laut juga terutamanya sebagai agen penyejuk bagi mesin dalam
sektor janakuasa elektrik merosakkan kualiti air. Air yang panas selepas digunakan
untuk menyejukkan mesin-mesin dalam sektor ini akan disalurkan semula ke laut. Ini
menyebabkan seluruh kawasan saliran laut itu akan menjadi panas dan mengakibatkan
hidupan di kawasan itu sukar untuk beradaptasi kerana keadaan suhu airnya yang
tinggi dan meningkat secara mendadak justeru mengganggu ekosistem hidupan di laut
secara perlahan-lahan.

Bahan-bahan toksid yang dibuang akan memberi kesan terhadap kitaran


makanan dengan mempengaruhi dan meracuni hidupan-hidupan di sungai dan tasik
seperti rumpair, burung, ikan dan hidupan lain. Bahan-bahan toksid yang bercampur
dengan air sungai atau tasik,secara langsung akan mempengaruhi kualiti air minuman.
Hal ini memberi kesan negatif terhadap kesihatan, seperti kehadiran nitrat yang
berlebihan dalam air minuman yang akan mengakibatkan keracunan darah kepada bayi
kecil dan barah kepada orang dewasa.

Mengurangkan Kandungan Oksigen Terlarut.

Proses yang dihasilkan oleh industri terutamanya industri pemprosesan makanan


biasanya kaya dengan nutrien inorganik contohnya nitrogen, fosforus dan kalium
disamping sebatian-sebatian organik terlarut. Oleh itu, nutrien ini menyebabkan risiko
pencemaran dilupuskan secara tidak langsung di dalam sungai atau tasik dan
menghasilkan keadaan eutrofikasi. Sebatian organik terlarut mengurangkan jumlah
kandungan oksigen terlarut(BOD).

Kemusnahan Hidupan Akuatik.

Di Malaysia, aktiviti perindustrian, urbanisasi, serta perladangan menyebabkan


pencemaran logam berat, racun makhluk perosak, pencemran organik serta
peningkatan keledak dalam air. Ia merupakan pencemaran utama yang memusnahkan
kehidupan akuatik. Laluan utama pencemaran dari darat ke lautan adalah melalui
sungai. Sungai-sungai yang tercemar seperti Sungai Juru, Sungai Pinang, Sungai
Sepang, Sungai Jejawi, Sungai Kelang, Sungai Perai, Sungai Buloh dan beberapa
sungai mengalirkan berbagai jenis racun, keledak bahan kumbahan dan najis haiwan
ke dalam lautan. Spesies yang sensitif akan lama kelamaan lenyap, samada
disebabkan oleh kematian individu atau kegagalan pembiakan. Bagi spesies yang
tahan lasak, pengumpulan bahan toksik dalam badan mereka boleh menyebabkan
risiko yang tinggi kepada haiwan-haiwan yang terletak di penghujung rantaian
makanan, termasuk manusia.

Menjejaskan Keindahan Alam

Seterusnya, pencemaran air juga menyebabkan keindahan dunia pada masa kini
terjejas. Pantai-pantai yang dipenuh dengan sampah sarap menjengkelkan dan tidak
indah untuk dipandang. Sampah sarap yang dibuang di laut menjadi punca hal tersebut
berlaku. Keadaan air laut ataupun sungai yang berbau busuk akibat daripada bakteria-
bakteria daripada bahan-bahan cemar yang dibuang ke dalam air laut atau sungai
mewujudkan keadaan yang tidak selesa kepada manusia dan juga hidupan lain di dunia
ini.

 PENCEMARAN BUNYI.

Pencemaran bunyi adalah keadaan dimana sesuatu bunyi itu tidak disukai kerana
memberi ketidakselesaan terhadap pendengaran. Secara saintifik, ia didefinisikan
sebagai signal yang tidak memberi apa-apa informasi dan kekuatannya berubah secara
mendadak dari semasa ke semasa. Pencemaran bunyi mungkin tidak diambil perhatian
secara serius namun ia juga memberi kesan buruk terhadap dunia pada masa kini.
Pencemaran bunyi berpunca daripada kenderaan, perindustrian, pembinaan,
persekitaran dan sebagainya Jenis bunyi bising adalah seperti Steady Wide Band
Noise yang meliputi bunyi dengan batas ulangan yang luas, contohnya mesin biasa,
keriuhan di Pasar, dan trafik Seterusnya Steady Narrow Band Noise iaitu tenaga bunyi
tertumpu kepada ulangan tertentu seperti mesin rumput, gergaji rantai, dan pengetam.
Selain itu, Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang pendek seperti letupan, tembakan,
senjatapi, Repeated Impact Noise iaitu bunyi tunggal yang berulangan seperti memaku,
memahat, dan akhir sekali Intermittent Noise iaitu seperti pengangkutan udara dan
lalulintas.

 Kesan-kesan pencemaran bunyi.

Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah


menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau.
Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persekitaran sangat bising dan menjadikan
kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan
berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebabkan
gangguan ekosistem dan memberi masalah kepada manusia juga.
Masalah Pendengaran Manusia.

Pencemaran bunyi menyebabkan kerosakan pada telinga manusia secara serta-merta


dan juga secara kronik. Sekiranya telinga menerima bunyi yang kuat iaitu lebih daripada
120 dB, selaput tympanum di dalam telinga akan pecah serta kerosakan tulang kecil
pada telinga dan ini menyebabkan kehilangan pendengaran kekal. Pendedahan
berpanjangan kepada bunyi kuat iaitu lebih 85 dB dalam masa 8 jam sehari, ia akan
merosakkan koklia dan menyebabkan pendengran menjadi tidak berkualiti dan
kemungkinan juga akan menjadi pekak secara perlahan-lahan.Kesan-kesan di luar
telinga pula adalah seperti kesan fisiologi iaitu meningkatkan tekanan darah,
meningkatkan pergerakan otot, meningkatkan pergerakan gastrik dan pembesaran
pupil. Seterusnya kesan psikomatik seperti sakit kepala, pening, loya, muntah,
pergerakan mata tak dapat dikawal, gangguan percakapan, dan juga memberi kesan
kepada tingkahlaku.

Menggangu Persekitaran.

Kesan-kesan pencemaran bunyi terhadap dunia pada masa kini termasuklah


menggangu persekitaran dengan keadaan bunyi yang bising dan melampau.
Pencemaran bunyi menyebabkan keadaan persikitaran sangat bising dan menjadikan
kehidupan manusia serta hidupan lain terganggu. Haiwan juga akan merasa takut dan
berasa terpaksa berhijrah ke habitat baru yang lebih senyap. Ini akan menyebabkan
gangguan ekosistem dan member masalah kepada manusia juga.

 Pencemaran Tanah

Sebagaimana udara dan air, tanah merupakan komponen penting dalam hidup kita.
Tanah berperan penting dalam pertumbuhan mahluk hidup, memelihara ekosistem, dan
memelihara siklus air. Kasus pencemaran tanah terutama disebabkan oleh
pembuangan sampah yang tidak memenuhi syarat (ilegal dumping), kebocoran limbah
cair dari industri atau fasilitas komersial, atau kecelakaan kendaraaan pengangkut
minyak, zat kimia, atau limbah, yang kemudian tumpah ke permukaan tanah.Ketika
suatu zat berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat
menguap, tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk
ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di
tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau
dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya. Pencemaran tanah bermaksud
perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran
warna, kesuburan dan hakisan. Ianya disebabkan oleh bahan buangan dalam bentuk
air atau pepejal. Bahan pencemar terdiri daripada pencemar organik, kimia atau fizik.
Seriusnya pencemaran tanah bergantung kepada kesuburan tanah. Pencemaran
menunjukkan tahap serius apabila kesuburan tanah sudah hilang. Tanah akan bertukar
warna menjadi kehitaman dan tumbuh-tumbuhan di kawasan tersebut akan menjadi
layu. Keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk dan merubah lingkungan
tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi karena: kebocoran limbah cair atau bahan
kimia industri atau fasilitas komersial; penggunaan pestisida; masuknya air permukaan
tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan; kecelakaan kendaraaan pengangkut
minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah serta limbah
industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat (illegal
dumping).Ketika suatu zat berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka
ia dapat menguap, tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang
masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat
beracun di tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika
bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya.

Punca- Punca Pencemaran Tanah

 Bahan buangan kilang - minyak, sisa toksik dan sisa-sisa kilang ( dibiarkan
begitu sahaja atau ditanam dalam tanah ).
 Masyarakat - pembuangan sampah merata-rata tempat dan pelupusan yang
tidak sistematik.
Kesan- kesan Pencemaran

Kesuburan tanah - tercemar dan tidak sesuai untuk tujuan pertanian.Pencemaran tanah
adalah keadaan di mana bahan kimia buatan manusia masuk dan merubah lingkungan
tanah alami. Pencemaran ini biasanya terjadi karena: kebocoran limbah cair atau bahan
kimia industri atau fasilitas komersial; penggunaan pestisida; masuknya air permukaan
tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan; kecelakaan kendaraaan pengangkut
minyak, zat kimia, atau limbah; air limbah dari tempat penimbunan sampah serta limbah
industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat (illegal
dumping).Ketika suatu zat berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah,
maka ia dapat menguap, tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah.
Pencemaran yang masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia
beracun di tanah. Zat beracun di tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada
manusia ketika bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya.

Impak Pencemaran Tanah Terhadap Kesihatan

Impak pencemaran tanah terhadap kesehatan tergantung pada tipe polutan, jalur
masuk ke dalam tubuh dan kerentanan populasi yang terkena. Kromium, berbagai
macam pestisida dan herbisida merupakan bahan karsinogenik untuk semua populasi.
Timbal sangat berbahaya pada anak-anak, karena dapat menyebabkan kerusakan
otak, serta kerusakan ginjal pada seluruh populasi.Paparan kronis (terus-menerus)
terhadap benzena pada konsentrasi tertentu dapat meningkatkan kemungkinan terkena
leukemia. Merkuri (air raksa) dan siklodiena dikenal dapat menyebabkan kerusakan
ginjal, beberapa bahkan tidak dapat diobati. PCB dan siklodiena terkait pada keracunan
hati. Organofosfat dan karmabat dapat menyebabkan ganguan pada saraf otot.
Berbagai pelarut yang mengandung klorin merangsang perubahan pada hati dan ginjal
serta penurunan sistem saraf pusat. Terdapat beberapa macam dampak kesehatan
yang tampak seperti sakit kepala, pusing, letih, iritasi mata dan ruam kulit untuk
paparan bahan kimia yang disebut di atas. Yang jelas, pada dosis yang besar,
pencemaran tanah dapat menyebabkan kematian.Pencemaran tanah juga dapat
memberikan dampak terhadap ekosistem Perubahan kimiawi tanah yang radikal dapat
timbul dari adanya bahan kimia beracun/berbahaya bahkan pada dosis yang rendah
sekalipun. Perubahan ini dapat menyebabkan perubahan metabolisme dari
mikroorganisme endemik dan antropoda yang hidup di lingkungan tanah tersebut.
Akibatnya bahkan dapat memusnahkan beberapa spesies primer dari rantai makanan,
yang dapat memberi akibat yang besar terhadap predator atau tingkatan lain dari rantai
makanan tersebut. Bahkan jika efek kimia pada bentuk kehidupan terbawah tersebut
rendah, bagian bawah piramida makanan dapat menelan bahan kimia asing yang lama-
kelamaan akan terkonsentrasi pada makhluk-makhluk penghuni piramida atas. Banyak
dari efek-efek ini terlihat pada saat ini, seperti konsentrasi DDT pada burung
menyebabkan rapuhnya cangkang telur, meningkatnya tingkat kematian anakan dan
kemungkinan hilangnya spesies tersebut.Impak pada pertanian terutama perubahan
metabolisme tanaman yang pada akhirnya dapat menyebabkan penurunan hasil
pertanian. Hal ini dapat menyebabkan dampak lanjutan pada konservasi tanaman di
mana tanaman tidak mampu menahan lapisan tanah dari erosi. Beberapa bahan
pencemar ini memiliki waktu paruh yang panjang dan pada kasus lain bahan-bahan
kimia derivatif akan terbentuk dari bahan pencemar tanah utama.

Cara- cara Menangani Pencemaran Tanah

Remediasi

Remediasi adalah kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah yang


tercemar. Ada dua jenis remediasi tanah, yaitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau
off-site). Kegiatan untuk membersihkan permukaan tanah dikenal dengan remediasi.
Sebelum melakukan remediasi, hal yang perlu diketahui:
1. Jenis pencemar (organic atau anorganik), terdegradasi/tidak, berbahaya/tidak,
2. Berapa banyak zat pencemar yang telah mencemari tanah tersebut,
3. Perbandingan karbon (C), nitrogen (N), dan Fosfat (P),
4. Jenis tanah,
5. Kondisi tanah (basah, kering),
6. Telah berapa lama zat pencemar terendapkan di lokasi tersebut,
7. Kondisi pencemaran (sangat penting untuk dibersihkan segera/bisa ditunda).
Remediasi On-site dan Off-site

Pembersihan on-site adalah pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah


dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi. Kegiatan
membersihkan permukaan tanah yang tercemar. Ada dua jenis remediasi tanah, yaitu
in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-site). Pembersihan on-site adalah
pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah dan lebih mudah, terdiri dari
pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi.

Pembersihan off-site meliputi penggalian tanah yang tercemar dan kemudian


dibawa ke daerah yang aman. Setelah itu di daerah aman, tanah tersebut dibersihkan
dari zat pencemar. Caranya yaitu, tanah tersebut disimpan di bak/tanki yang kedap,
kemudian zat pembersih dipompakan ke bak/tangki tersebut. Selanjutnya zat pencemar
dipompakan keluar dari bak yang kemudian diolah dengan instalasi pengolah air
limbah. Pembersihan off-site ini jauh lebih mahal dan rumit.

Ada dua jenis remediasi tanah, yaitu in-situ (atau on-site) dan ex-situ (atau off-
site). Pembersihan on-site adalah pembersihan di lokasi. Pembersihan ini lebih murah
dan lebih mudah, terdiri dari pembersihan, venting (injeksi), dan bioremediasi.

Pembersihan off-site meliputi penggalian tanah yang tercemar dan kemudian


dibawa ke daerah yang aman. Setelah itu di daerah aman, tanah tersebut dibersihkan
dari zat pencemar. Caranya yaitu, tanah tersebut disimpan di bak/tanki yang kedap,
kemudian zat pembersih dipompakan ke bak/tangki tersebut. Selanjutnya zat pencemar
dipompakan keluar dari bak yang kemudian diolah dengan instalasi pengolah air
limbah. Pembersihan off-site ini jauh lebih mahal dan rumit.
Bioremediasi

Bioremediasi adalah proses pembersihan pencemaran tanah dengan


menggunakan mikroorganisme (jamur, bakteri). Bioremediasi bertujuan untuk memecah
atau mendegradasi zat pencemar menjadi bahan yang kurang beracun atau tidak
beracun (karbon dioksida dan air).

Ada 4 teknik dasar yang biasa digunakan dalam bioremediasi :


1. stimulasi aktivitas mikroorganisme asli (di lokasi tercemar) dengan penambahan
nutrien, pengaturan kondisi redoks, optimasi pH, dsb
2. inokulasi (penanaman) mikroorganisme di lokasi tercemar, yaitu mikroorganisme
yang memiliki kemampuan biotransformasi khusus
3. penerapan immobilized enzymes
4. penggunaan tanaman (phytoremediation) untuk menghilangkan atau mengubah
pencemar.
Proses bioremediasi harus memperhatikan temperatur tanah, ketersediaan air, nutrien
(N, P, K), perbandingan C : N kurang dari 30:1, dan ketersediaan oksigen.

Kawalan Pencemaran Tanah

Langkah-langkah berikut telah dicadangkan untuk mengawal pencemaran tanah. Untuk


membantu mengelakkan hakisan tanah, kita boleh menyekat pembangunan di kawasan
sensitif. Secara umum kita akan memerlukan lebih sedikit baja dan racun perosak lebih
sedikit jika kita semua bisa menerapkan tiga R: Reduce, Reuse, dan Recycle. Ini akan
memberi kita kurang limbah padat. Mengurangkan baja dan racun perosak kimia
menggunakan Menerapkan pupuk hayati dan pupuk kandang dapat mengurangkan
baja kimia dan penggunaan racun perosak. Biologis kaedah kawalan perosak juga
boleh mengurangkan penggunaan racun perosak dan dengan demikian mengurangkan
pencemaran tanah.
Penggunaan Semula Bahan

Bahan-bahan seperti wadah gelas, plastik, kertas, kain dan lain-lain boleh digunakan
semula di peringkat domestik bukannya dibuang, mengurangkan pencemaran.Ini
adalah solusi yang masuk akal untuk mengurangkan pencemaran tanah. Bahan-bahan
seperti kertas, beberapa jenis plastik dan kaca dapat dan sedang dikitar semula. Hal ini
mengurangkan kelantangan sampah dan membantu dalam pemuliharaan sumber alam.
Sebagai contoh, pemulihan daripada satu tan kertas boleh menyelamatkan 17 pokok.

Penghijauan

Kehilangan penguasaan tanah dan hakisan tanah boleh diusahakan melalui pemulihan
hutan dan rumput penutup untuk menyemak tanah terbiar, tanah hakisan dan banjir.
Rotasi tanaman atau tanaman campuran boleh meningkatkan kesuburan tanah.
Kaedah yang tepat perlu diterapkan untuk pengurusan pembuangan sisa pepejal.
Limbah industri boleh diubati secara fizikal, kimia dan biologi sehingga mereka kurang
merbahaya. Asam dan basa limbah harus terlebih dahulu dinetralkan; yang tidak larut
biodegradable bahan jika perlu dibenarkan untuk menurunkan di bawah keadaan yang
terkawal sebelum dibuang. Sebagai usaha terakhir, daerah-daerah baru untuk
simpanan sisa berbahaya harus diselidiki seperti perigi injeksi dan lebih aman landfill.
Mengubur limbah di lokasi terletak jauh dari kawasan perumahan yang paling
sederhana dan paling banyak digunakan teknik pengurusan sisa pepejal. Persekitaran
dan pertimbangan estetika harus dipertimbangkan sebelum memilih lokasi
pembuangan. Insinerasi limbah lainnya mahal dan meninggalkan residu yang besar dan
menambah polusi udara. Pirolisis adalah proses pembakaran dalam ketiadaan oksigen
atau bahan terbakar di bawah suasana dikendalikan oksigen. Ini adalah sebuah
alternatif untuk insinerasi. Gas dan cecair yang diperolehi sehingga dapat digunakan
sebagai bahan bakar. Pirolisis limbah karbon seperti kayu bakar, kelapa, sisa kelapa,
jagung sisir, kulit mete, sekam padi dan jerami padi melihat debu, menghasilkan arang
bersama dengan produk seperti tar, metil alkohol, asid asetik, aseton dan bahan bakar
gas. Anaerobik / aerobik biodegradable dekomposisi sampah bandar dan domestik juga
sedang dilakukan dan memberikan pupuk organik. Kotoran lembu yang melepaskan
metana ke atmosfera, harus diproses lebih lanjut dalam 'gobang tanaman gas' untuk
menghasilkan 'gobang gas' dan baja yang baik.

Beberapa langkah-langkah mengatasi pencemaran alam sekitar

A.PENGGUNAAN TEKNOLOGI  MODEN

Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan pencemaran alam sekitar adalah


amat penting.Sebagai contohnya, tanpa teknologi moden, adalah tidak mungkin  untuk
membersihkan tumpahan minyak di laut.Dengan adanya teknologi moden, sisa pepejal
seperti surat khabar lama, majalah lama, kertas, kain, bahan plastik dan kaca dapat
dikitar semula. Ini sudah tentu dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh
pengurusan sisa pepejal yang tidak sempurna.
Bahan-bahan buangan industri pertanian boleh diubah kepada bahan-bahan yang
berguna dan kurang bahaya. Sebagai contoh, sampah sarap boleh dijadikan bahan api
untuk menghasilkan tenaga elektrik. Hampas pertanian seperti hampas kelapa sawit
boleh digunakan untuk menghasilkan metana.Selain itu, dengan adanya teknologi
moden, penapis udara telah dicipta dan dipasang pada ekzos kenderaan dan cerobong
asap kilang-kilang perindustrian. Penggunaan petrol tanpa plumbum juga merupakan
satu hasil daripada penggunaan teknologi moden. Ini dapat mengurangkan kandungan
plumbum dalam atmosfera yang bahaya kepada kesihatan manusia.

Penyelidikan ke atas minyak kelapa sawit sebagai pengganti bahan api fosil adalah
satu usaha yang menggalakkan pengurangan pencemaran alam sekitar. Dengan
adanya teknologi moden jentera-jentera dan mesin-mesin dapat diubahsuaikan menjadi
kurang mencemarkan alam sekitar.
B.PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MELALUI KURIKULUM
Tanggungjawab untuk menjamin sebuah negara yang bersih bukan sahaja dipikul oleh
kerajaan tetapi patut dipikul oleh semua pihak. Untuk membentuk rakyat yang
bertanggungjawab kepada alam sekitar, mereka perlulah mempunyai kesedaran.
Untuk memupuk kesedaran di kalangan rakyat, cara yang terbaik ialah melalui
pendidikan. Sebab-sebab pendidikan alam sekitar ini perlu ialah kerana ia dapat
membentuk sikap positif diri terhadap alam sekitar. Dengan adanya kesedaran pada
seseorang individu, dia akan sedar tentang betapa pentingnya kualiti alam sekitar yang
tinggi dikekalkan. Ini kerana mereka sudah tahu apa masalah yang mungkin akan
timbul akibat sesuatu perbuatan yang tidak bertanggungjawab yang mencemarkan
alam sekitar. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat
rendah melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR ) dalam mata pelajaran
Alam dan Manusia. Seterusnya adalah pada peringkat menengah melalui Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah ( KBSM ), khususnya dalam mata pelajaran sains
seperti Biologi. Peringkat ketiga dan terakhir ialah pengajian tinggi melalui kursus Sains
Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran.Pendidikan alam sekitar kepada masyarakat
umum pula disampaikan melalui media massa. Antara media massa yang memainkan
peranan yang penting ialah surat khabar, majalah, televisyen dan radio.Selain itu,
terdapat juga agensi kerajaan dan swasta yang mengadakan kempen dan ceramah. 

AKTIVITI DAN CADANGAN UNTUK MELINDUNGI ALAM SEKITAR


Memandangkan dunia sekarang sedang diancam bahaya pencemaran, langkah-
langkah wajar dan berkesan patut diambil. Langkah untuk melindungi alam sekitar ini
bukanlah tanggungjawab pihak kerajaan sahaja. Ia adalah tanggungjawab semua
pihak. Kerajaan patutlah memperketatkan undang-undang yang melindungi alam
sekitar. Rondaan oleh pegawai Jabatan Alam Sekitar patut diperbanyakkan.
Para pengusaha terutama pengusaha kilang secara besar-besaran patutlah
mendapatkan nasihat daripada Jabatan Alam Sekitar sebelum sesuatu operasi
perindustrian dijalankan. Pengguna memainkan peranan yang terpenting dalam
menangani masalah pencemaran. Sebagai seorang pengguna yang bertanggungjawab,
kita perlulah memilih barangan yang mendatangkan pencemaran yang kurang sekali.
Tanpa permintaan terhadap barangan yang mendatangkan pencemaran, pengusaha
kilang juga akan mula menggunakan bahan-bahan yang lebih sesuai dengan alam
sekitar. Sebagai contoh, kita sepatutnya memilih racun serangga dalam tin aerosol
yang tidak mengandungi CFC.
Jika semua pihak ini bekerjasama untuk menangani masalah pencemaran, sudah tentu
bumi akan di panjangkan usianya.
Antara aktiviti yang boleh melindungi alam sekitar ialah:
a.Pameran
b.Kempen-kempen
c.Pertandingan
d.Projek  Riadah Alam Sekitar

A.PAMERAN PENCEMARAN ALAM


Pameran yang dimaksudkan di sini ialah pameran segala bahan yang berkaitan dengan
isu pencemaran. Pameran ini boleh dilakukan di sekolah-sekolah dan juga tempat-
tempat awam seperti perpustakaan awam. Pameran ini bolehlah merangkumi isu-isu
alam sekitar, sebab-sebab pencemaran, kesan-kesannya dan apa yang boleh dibuat
untuk mengurangkan kadar pencemaran.Bahan-bahan menarik seperti carta, polster
dan keratan surat khabar bolehlah dipamerkan. Selain itu, pita video dan slaid-slaid
yang ada berkenaan dengan pencemaran juga boleh ditayangkan.Pameran sebegini
boleh meningkatkan kesedaran dan mengajar masyarakat untuk melindungi alam
sekitar.

B.KEMPEN MELINDUNGI ALAM SEKITAR


Menyertai sesuatu kempen untuk melindungi alam sekitar adalah sesuatu yang sihat
dan amat digalakkan. Antara kempen-kempen yang melindungi alam sekitar ialah
kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.
Kempen-kempen ini dapat memberi kesan yang mendalam terhadap peserta-
pesertanya. Dalam kempen-kempen ini, peserta-peserta akan diajar tentang pentingnya
menjaga alam sekitar dan cara-cara menguruskan sisa buangan supaya hanya
mendatangkan pencemaran yang minimum kepada alam sekitar. Selain itu, kempen
kitar semula dapat menggalakkan pengguna untuk mengitar semula bahan yang boleh
dikitar semula. Secara tidak langsung juga, peserta akan belajar untuk berjimat-cermat.
Sahabat alam telah menjalankan pelbagai aktiviti seperti menanam pokok-pokok bunga,
membersihkan kawasan yang kotor dan sebagainya. Penanaman pokok bunga akan
mencantikkan pemandangan sesuatu kawasan. Selain itu, ia juga dapat
,menapis debu yang berterbangan di udara. Tumbuhan hijau juga adalah penting untuk
mengurangkan kandungan oksigen yang boleh menyebabkan kesan rumah hijau.
Kempen cintai sungai telah menjalankan banyak aktiviti untuk membersihkan kawasan
sungai. Selain membersih, mereka juga menanamkan kesedaran kepada penduduk
tempatan tentang kepentingan sungai.

C.PERTANDINGAN
Pertandingan seperti kuiz tentang pencemaran alam sekitar boleh meningkatkan
pengetahuan dan kesedaran tentang pentingnya melindungi alam sekitar.Dengan
mengadakan kuiz, peserta akan cuba memahami apakah itu pencemaran. Dalam
proses ini, mereka akan mendapat pengetahuan tersebut. Mereka juga mungkin akan
mencari penyelesaian kepada masalah pencemaran. Ini sudah tentu akan membawa
kebaikan kepada peserta itu dan alam sekitar. Pertandingan melukis poster yang
berkaitan pencemaran juga adalah baik. Ia bukan sahaja memberi kesedaran kepada
peserta sahaja tetapi mesejnya juga akan sampai kepada orang ramai. Selain
pertandingan yang telah disebutkan, pertandingan menulis karangan dan sajak juga
dapat memberikan kesedaran kepada orang ramai.

D.PENDEDAHAN MEDIA MASSA


Pada hari ini media massa memainkan peranan yang penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Oleh itu, dengan adanya pendedahan media massa
tentang isu pencemaran, masyarakat umum akan berhati-hati dalam menanggani
masalah pencemar
PENUTUP.

Pencemaran alam sekitar memberi banyak kesan yang sangat buruk terhadap dunia
pada masa kini. Kejadian hujan asid, kesan rumah hijau, penipisan ozon adalah antara
kesan-kesan pencemaran alam sekitar yang serius dan perlu ditangani segera sebelum
ia menjadi lebih kritikal. Manusia dan juga hidupan lain saling berkait untuk terus hidup
di dunia ini. Manusia memerlukan bahan makanan. Sekiranya sumber makanan
dicemari, maka tiadalah sumber makanan untuk manusia.Sekiranya penduduk dunia
atau manusia bersikap sambil lewa dengan keadaan alam sekitar yang semakin
tercemar ini, dunia mungkin akan menjadi semakin kritikal dan hidupan lain di muka
bumi ini akan terjejas atau pupus secara tidak langsung dan kemungkinan dunia akan
musnah secara perlahan-lahan.Manusia seharusnya bertanggungjawab dan menjaga
serta memulihara alam sekitar. Jika pencemaran dibiarkan berterusan, bumi akan
kehilangan keindahannya dan mungkin suatu hari nanti, dunia ini tidak boleh lagi
didiami oleh sebarang hidupan termasuklah manusia.Manusia seharusnya telah
memulakan usaha-usaha untuk melakukan pemuliharaan terhadap alam sekitar yang
telah musnah ataupun terjejas pada masa sekarang. Manusia tidak lagi boleh
menunggu sehingga tibanya masa keadaan alam sekitar menjadi benar-benar kritikal,
dan barulah mengambil tindakan, kerana segala-galanya mungkin akan terlambat dan
tidak boleh diselamatkan lagi.Kesimpulannya, manusia harus peka terhadap isu-isu
alam sekitar dan berusaha untuk mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh
menyebabkan pencemaran serta berusaha memulihara alam sekitar untuk
kesejahteraan hidup masa hadapan.

You might also like