You are on page 1of 8

Akta Pekerjaan

Kategori Pekerja Di bawah Akta Pekerjaan


Kategori-kategori pekerja yang dilindungi oleh Akta Perkerjaan a) Pekerja-pekerja dengan gaji tidak melebihi RM1500 sebulan. b) Tanpa mengambil syarat gaji tersebut, pekerja-pekerja berikut juga dilindungi oleh Akta Pekerjaan pekerja yang terlibat dengan pekerjaan kasar /tukang perantis pekerja yang mengendali/menjaga kenderaan yang mengangkut penumpang atau barang atau untuk tujuan perdagangan. pekerja yang menyelia pekerja-pekerja lain dalam melaksanakan kerja-kerja kasar. pekerja dalam sebarang kapal berdaftar di Malaysia. (rujuk m/s 65 Longman) Pekerja domestik/Pembantu Rumah

Hak-Hak Pekerja Berkenaan Upah dan Gaji


a) Tempoh gaji- gaji dibayar sekurang-kurangnya sekali sebulan dan tidak lewat daripada 7 hari selepas tamat tempoh pembayaran gaji. b) Pendahuluan gaji- Jumlah pendahuluan sama dengan jumlah gaji sebulan. Jika untuk tujuan pembelian harta, boleh melebihi jumlah gaji sebulan tetapi mesti dapat kebenaran Ketua Pengarah Buruh. c) Potongan gaji- Jumlah potongan tidak lebih daripda 50% gaji bulanan kecuali untuk pembelian rumah. Majikan berhak memotong gaji pekerja jika gaji terlebih dibayar, untuk indemnity kerana perlanggaran kontrak perkhidmatan dan potongan dibenarkan oleh undang-undang bertulis seperti KWSP, PERKOSO ,cukai pendapatan dll. d) Keutamaan Gaji- Jika majikan menghadapi kebankranpan dan dikehendaki oelh mahkamah untuk menjual harta demi membayar hutang, pekerja mesti dibayar terlebih dahulu berbanding dengan pemiutang lain tetapi dihadkan kepada jumlah 4 bulan gaji sahaja. e) Sistem Truck- gaji boleh terus dimasukkan ke dalam akaun bank

Hak-hak Pekerja Selain Daripada Upah dan Gaji


a) Hak Rehat-Setiap pekerja dibenarkan rehat sekali seminggu. b) Tempoh waktu bekerja- Waktu kerja tidak lebih daripada 8 jam sehari. Bagi OT, tidak lebih daripada 10 jam sehari. Tidak boleh bekerja berturut-turut selama 5 jam tanpa rehat, perlu diberi tempoh rehat tidak kurang daripda 30 minit. Bagi yang kerja 8 jam, tempoh rehat tidak kurang dari 45 minit. c) Hari kelepasan (Cuti Umum)- Setiap pekerja berhak menikmati sebanyak 10 cuti umum di Malaysia dengan bayaran gaji penuh. Empat cuti umum yang utama ialah Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan DYMM Agung, Hari Keputeraan Yang di-Pertua Negeri dan Hari Pekerja. d) Kerja Lebih masa- Lebih masa bermaksud masa kerja melebihi masa kerja normal sehari. Pekerja yang kerja OT berhak mendapat upah tidak kurang daripada satu setengah kali ganda daripada upah biasa.

Cuti tahunan
Jangka Masa Perkhimatan Bilangan Hari Cuti Tahunan

T<2 Tahun 2 tahun< T<5 tahun T>5 tahun

8 hari 12 Hari 16 Hari

Cuti Sakit
Jangka Masa Perkhimatan Bilangan Hari Cuti Sakit

T<2 Tahun 2 tahun< T<5 tahun T>5 tahun

14 hari 18 Hari 20 Hari

Penamatan Kontrak
Jangka Masa Perkhimatan Tempoh Notis

T<2 Tahun 2 tahun< T<5 tahun T>5 tahun

4 Minggu 6 Minggu 8 Minggu

Latihan
1.

2. 3. 4.

Huraikan jenis-jenis pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan 1955? Huraikan Hak-hak pekerja berkenaan gaji dan upah. Huraikan ha-hak pekerja selain daripda upha dan gaji Terangkan bagaimana kontrak pekerja ditamatkan

You might also like