Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
22Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Ulasan Artikel Marzuki_scribd

Ulasan Artikel Marzuki_scribd

Ratings: (0)|Views: 800 |Likes:
Published by ghchan

More info:

Published by: ghchan on Nov 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/11/2013

pdf

text

original

 
Ulasan Artikel Marzuki, S., A. Ghani, M.F. (2007). Pembentukan Model Sekolah BerkesanMalaysia : Satu Kajian Delphi.
 Journal Pendidikan 2007, Jilid 27(1).
Pendahuluan :
Mengikut pengkaji-pengkaji, pada umumnya, agenda untuk memperbaiki sekolah adalah bertumpu pada peningkatan pencapaian murid-murid. Kajian-kajian sedemikian dilaksananakan denganmeluas pada awal 1980-an di serata dunia seperti di Britain, Holland, Israel dan Australia denganmengambil kira dapatan kajian dari pengkaji-pengkaji sekolah berkesan di Amerika Syarikat. Manakala di Malaysia, pandangan Mortimore telah menjadi asas kajian pengkaji-pengkaji tempatan.Adalah sukar bagi sekolah di negara-negara membangun di mana taraf sosio-ekonomi yang masihrendah melaksanakan program sekolah berkesan yang berasaskan dapatan kajian dari negara-negaramaju. Ini adalah sebab pihak sekolah memerlukan strategi yang bersesuaian dengan konteks, permasalahan dan keperluan pembangunan setempat. Maka pengkaji-pengkaji tempatan gagalmembentuk sebuah model sekolah berkesan yang bersesuaian dengan konteks, permasalahan dankeperluan pembangunan di Malaysia. Menurut Scheerens (2001), konteks tempatan mungkinmembentuk dan berinteraksi dengan dengan keadaan-keadaan yang dijangka mempertingkatkankeberkesanan.
Skop Kajian :
Kajian ini bertujuan untuk membentuk satu model sekolah berkesan yang berdasarkan konteks diMalaysia melalui pemerolehan kesepakatan pandangan sekumpulan individu tempatan yangdiiktiraf kepakaran mereka termasuk ciri-ciri utama sekolah berkesan dan strategi untuk melaksanakan ciri-ciri utama sekolah berkesan.
Metodologi :
Kajian ini menggunakan kaedah Teknik Delphi Empat Pusingan. Pemilihan peserta kajian adalahaspek penting yang menentukan kejayaan pelaksanaan kajian ini. Teknik ini berjaya mengenal pastitujuh aspek yang menyumbang dan 138 strategi untuk membentuk sekolah-sekolah yang lebih berkesan. Selain itu, pakar-pakar yang terlibat memberi konsensus yang kesemua 138 item yangterdapat dalam Pusingan Empat Teknik Delphi boleh digunakan sebagai kandungan Model SekolahBerkesan.
 
Peserta kajian :
Keunikan kajian ini adalah peserta-pesertanya terdiri daripada 15 orang yang diiktiraf kepakaranmereka dalam pelbagai bidang pendidikan di mana mereka mempunyai pengalaman yangmendalam berkenaan dengan kepimpinan sekolah.Gelaran “pakarkepada seseorang individu hanya berdasarkan penilaian masyarakat ke ataskelayakan, tahap sumbangan dan pencapaian kerjaya mereka. Untuk kepentingan kajian ini, pengkaji-pengkaji telah menetapkan beberapa kriteria sebagai asas panduan untuk memilih pesertakajian ini. Ini termasuk pengalaman, pengetahuan dan kepakaran dalam bidang kepemimpinansekolah melebihi 10 tahun; pengalaman bertugas sebagai pendidik di institusi sekolah melebihi 10tahun; dan individu berkenaan berkesanggupan untuk menyertai keempat-empat sesi pusingankajian Delphi.Untuk kajian ini, pengalaman peserta kajian dalam kepemimpinan sekolah termasuk staf akademik IPTA, nazir sekolah, pegawai pelajaran, pengetua cemerlang dan juga guru cemerlang. Di antaraini, terdapat lima orang nazir sekolah dan ini merupakan satu pertiga daripada jumlah pesertakajian. Nazir sekolah merupakan perujuk yang paling sesuai dalam persoalan mengenai pembentukan model sekolah kerana ini memang merupakan bidang tugas dan juga kepakaranmereka. 11 orang peserta kajian memiliki pengalaman berkhidmat dalam bidang kepemimpinansekolah melebihi 20 tahun. Apa yang penting sekali ialai pengkaji-pengkaji telah menetapkansetiap peserta kajian mempunyai pengalaman sebagai pendidik diinstitusi sekolah melebihi 10tahun. Ini dapat memberi kebolehpercayaan yang tinggi bagi data-data yang dikumpul.
Pernyataan Masalah :
Pengkaji-pengkaji menyatakan bahawa reputasi sesebuah sekolah adalah dikenal pasti menerusi persepsi dan pemerhatian yang lebih luas daripada pihak yang berkepentingan dalam pendidikan,contohnya murid, ibu bapa dan masyarakat. Mereka inginkan sekolah berjaya untuk melahirkanmurid yang mempunyai ciri-ciri modal insan. Untuk dijadikan asas panduan bagi sesebuah sekolahmencapai kejayaan, maka perlu adanya kajian-kajian yang menyeluruh dan tidak hanya tertumpukepada proses pengajaran dan pembelajaran yang akan memberi kesan kepada pencapaian muridseperti apa yang dilakukan pada permulaan kajian mengenai sekolah berkesan.
 
Pengkaji-pengkaji menyatakan bilangan kajian tersebut masih berkurangan di Malaysia dan sebagaiimplikasinya, wujud pelbagai definisi dari pengkaji-pengkaji tempatan dan menimbulkan masalahuntuk membentuk model sekolah berkesan di Malaysia. Dengan kajian ini, dapatlah menambah bilangan kajian sekolah berkesan dan berupaya untuk menyokong dapatan-dapatan kajian terdahulusama ada di dalam mahu pun di luar negara. Selanjutnya menghalusi, menghuraikan danmemperincikan teori amalan dan model sekolah berkesan berdasarkan konteks di Malaysia.
Kutipan data
Kutipan data dibahagikan kepada dua peringkat. Peringkat pertama merupakan tinjauan bahan- bahan literatur mengenai amalan sekolah berkesan di negara-negara barat seperti James Coleman,
et. al.
(1966), Edmonds (1979) dan juga Lezotte (1980) dan juga kajian-kajian Abdul Karim Md. Nor (1989), Shahril Marzuki (1997) dari Malaysia. Tinjauan literatur negara-negara barat dan jugakajian-kajian tempatan adalah suatu usaha untuk mendapat titik perseimbangan agar dapatan-dapatan daripada kajian negara-negara barat dapat diserap selepas penyesuaian dalam konteks diMalaysia dilakukan agar konflik budaya timur dan barat tidak berlaku atau walaupun berlaku, tetapi berada pada tahap yang minima. Protokol temubual dibentuk seterusnya dan ditentukan kesahankandungannya oleh pakar bidang kepemimpinan. Di sinilah pengkaji-pengkaji telah menunjukkankesungguhan dalam mengutip data dan setiap data yang dikutip telah menunjukkan kesahan dankebolehpercayaannya.Pada peringkat kedua, kajian Delphi ini melibatkan empat pusingan. Pusingan pertama merupakansesi temubual berstruktur yang berpandukan kepada protokol temubual yang dibina berdasarkantinjauan literatur luar dan dalam negara. Dapatan temubual digunakan untuk membina item-itemdalam instrumen soal selidik dalam sesi pusingan dua. Maka, interpretasi pengkaji-pengkaji semasamenjalankan tinjauan literatur dan juga semasa menguruskan dapatan temubual akan mempengaruhi perjalanan dan kejayaan bagi pusingan pertama.Pusingan kedua merupakan soal selidik berskala Likert 5 poin dan peserta-peserta kajian selaindikehendaki menentukan tahap persetujuan bagi setiap item, mereka juga perlu mengenal pasti danmembangunkan kandungan instrumen menerusi penambahan cadangan dan perincian pernyataan bagi setiap item dalam instrumen soal selidik. Pusingan ini memerlukan komitmen yang tinggidaripada setiap peserta. Pusingan ketiga adalah kesinambungan daripada sesi yang lalu dan bertujuan untuk mendapat kesepakatan pandangan. Sekiranya tahap persetujuan menjangkaui

Activity (22)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Nasrun Abd Manaf liked this
Shannon Nelson liked this
Khairil Ishak liked this
Osman Zakaria liked this
Osman Zakaria liked this
Pang Ye liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->