You are on page 1of 2

JURNAL 2

MINGGU KETIGA
26 MAC 2012 30 MAC 2012

MASALAH
Masalah yang saya hadapi pada minggu ini ialah ketepatan masa. Semasa
saya menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran, saya tidak dapati saya tidak
dapat menguruskan masa dengan baik. Dalam tempoh satu jam itu, saya dapat
menghabiskan proses pengajaran saya dengan lebih awal. Hal ini menyebabkan
saya terpaksa memikirkan aktiviti lain untuk setiap kumpulan. Walaupun begitu,
keadaan kelas masih berada dalam kawalan.
ANALISIS
Punca masalah ini berlaku disebabkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
untuk murid terlalu sedikit. Saya tidak mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran saya. Saya hanya terikat dengan format Rancangan Pengajaran
Harian Pendidikan Pemulihan iaitu bermula dengan set induksi, langkah 1 adalah
interaksi P&P, langkah 2 adalah lembaran kerja, manakala langkah 3 adalah aktiviti
pengukuhan dan akhir sekali penutup. Tambahan, soalan-soalan lembaran kerja
yang saya sediakan untuk murid-murid merupakan tahap rendah. Oleh sebab itu,
murid-murid saya boleh menjawab dengan pantas.
CADANGAN UNTUK DIPERBAIKI
Saya harus merancangkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik
dan lebih dekat dengan minat murid-murid saya agar mereka tidak akan cepat
merasa bosan. Selain itu, saya juga perlu membina soalan-soalan mengikut tahap
pencapaian pembelajaran murid-murid saya. Di samping itu, saya akan
mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran saya. Mungkin saya akan
menambah langkah pengajaran saya daripada 3 langkah kepada 4 langkah. Saya
juga akan perbanyakan aktiviti pengukuhan supaya apa yang saya ajar kepada
anak-anak murid saya kukuh dalam ingatan mereka dan mereka lebih faham dan
ingat. Tambahan pada itu, aktiviti yang akan saya rancang perlulah bersesuaian
dengan masa yang diperuntukkan agar masa sewaktu menjalankan aktiviti tersebut
tidak terlebih atau terkurang.
TEMPOH MASA
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa
yang baik adalah perlu bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan
pembelajaran. Sekiranya masa pengajaran dan pembelajaran tidak dapat diatasi
JURNAL 2

secepat mungkin, sudah tentu objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang
dirancang tidak akan tercapai sepenuhnya.
PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing
untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya ini. Di samping itu juga, saya akan
meminta pandangan dari mereka tentang bagaimana untuk mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, saya akan cuba minta rakan-rakan
seperjuangan praktikum saya untuk menilai kejayaan saya ini.
TINDAKAN SUSULAN
Semasa proses pengajaran dan pembelajaran, saya akan memastikan
bahawa aktiviti pengajaran saya bersesuaian dengan minat murid. Selain itu,
lembaran kerja yang akan saya sediakan bersesuaian dengan pencapaian murid.
Saya akan berusaha mencari contoh-contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan bertepatan dengan masa yang telah diperuntukkan. Dalam pada
masa yang sama, saya juga perlu memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran
saya tercapai.

You might also like