You are on page 1of 16

SULIT* 1

STPM 942/2
SULIT*

Nama: ........................................................................................ Tingkatan: ................................






GEOGRAFI

KERTAS 2

(Dua jam)


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PURUN
TRIANG, PAHANG

PEPERIKSAAN PERCUBAAN PENGGAL 2



























Kertas soalan ini terdiri daripada 12 halaman bercetak

942/2 STPM 2014
SULIT* 2

STPM 942/2
SULIT*

BAHAGIAN A: ALAM SEKITAR FIZIKAL
[40 markah]

Jawab semua soalan.
1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan siklon tropika?
Siklon tropika adalah ribut taufan yang bergerak secara berputar yang mempunyai
kelajuan tinggi melebihi 120 km/jam. Ia terbentuk di perairan (lautan) tropika iaitu
antara garis lintang (5 U dan S hingga 35U dan S).

[3]
(b) Bagaimanakah siklon tropika terbentuk?
Siklon Tropika terbentuk melalui aktiviti perolakan apabila suhu lautan meningkat. Iaitu:
i) Perubahan suhu lautan yang mendadak. Akibat pemanasan yang tinggi dari haba
matahari, arus lautan juga menjadi panas .Ini menyebabkan jisim udara yang panas
mengembang lalu naik ke atas mewujudkan sel tekanan udara yang rendah di bawahnya.
Berbanding dengan tekanan udara sekeliling yang masih lagi tinggi maka angin akan bertiup
masuk dengan kencangnya ke kawasan tekanan udara rendah tersebut.
ii) Daya putaran memusat. Di bantu oleh daya putaran memusat, maka pergerakan angin
akan berputar, melingkari satu pusat yang dipanggil sebagai mata siklon yang terletak di
tengah-tengah. Semakin ke pusat, tekanan menjadi semakin rendah dan angin semakin
kencang bertiup. Keadaan udara di dalam mata siklon adalah tenang dan hujan tidak
terbentuk.

[4]
(c) Mengapakah siklon tropika hanya berlaku di kawasan perairan tropika sahaja?
i) Perairan Tropika mendapat bekalan tenaga haba yang banyak dari matahari ekoran
daripada lokasinya yang dekat dengan garisan khatulistiwa. Ini menyebabkan kawasan tropika
amat pesat mengalami aktiviti perolakan apabila suhu lautan Tropika meningkat.
ii) Kawasan perairan Tropika merupakan lokasi/zon pertemuan angin utama dunia (5
U dan S hingga 35U dan S) seperti angin timuran, angin baratan serta angin monson. Di zon
pertemuan angin ini menyebabkan kekacauan atmosfera yang mendorong berlakunya ribut
taufan atau siklon Tropika.

[4]

SULIT* 3

STPM 942/2
SULIT*

(d) Jelaskan kesan siklon tropika terhadap aktiviti penduduk di zon pinggir pantai.
i) Aktiviti perikanan. Siklon Tropika menyebabkan angin kencang dan laut bergelora. Kesan
luruan ribut/ombak akan merosakkan kapal-kapal nelayan dan nelayan sama sekali tidak
boleh turun ke laut.

ii) Aktiviti pelancongan . Kesan luruan ribut/ombak boleh merosakkan infrastruktur
pelancongan pantai seperti resort, chalet, kemudahan snorkling dll. Hujan lebat yang dibawa
oleh siklon Tropika boleh menyebabkan banjir di kawasan pinggir pantai dan
menenggelamkan kawasan pelancongan.

iii) Menjejaskan aktiviti pengangkutan dan telekumunikasi. Angin kencang (Langkisau kuat )
boleh menumbangkan pokok dan memutuskan talian elektrik yang boleh menyebabkab
gangguan besar kepada penduduk. Sistem dan jaringan telekomunikasi seperti talian telefon
juga turut rosak dan terputus.

[4]


SULIT* 4

STPM 942/2
SULIT*

Jawab sama ada soalan 2 atau soalan 3.

2 (a) i. Mengapakah el-Nino sering berlaku di perairan tropika? [9]
Terdapat beberapa sebab mengapa el-Nino sering berlaku di kawasan perairan
Tropika iaitu:
1) Perairan Tropika mendapat bekalan tenaga haba yang banyak dari matahari
ekoran daripada lokasinya yang dekat dengan garisan khatulistiwa. Di
samping itu, kawasan ini juga menerima tenaga matahari dalam keadaan
sudut tepat. Ini menyebabkan kawasan tropika amat pesat mengalami
aktiviti perolakan apabila suhu lautannya iaitu lautan Pasifik meningkat
dengan cepat.
2) Lembangan lautan Pasifik yang ada di perairan Tropika merupakan
lembangan lautan yang paling luas di dunia. Oleh itu apabila berlaku
perubahan suhu di lautan ia akan mempengaruhi suhu daratan dengan lebih
cepat. Kenaikan suhu lautan Pasifik membolehkan proses pembuakan
(termoklin) berlaku dengan giat. Ini mewujudkan tekanan udara rendah di
laut, seterusnya melemah dan menghentikan tiupan angin timuran ke
bahagian daratan. Kesannya bahagian daratan mengalami cuaca panas el-
Nino, kadar hujan amat sedikit serta kelembapan udara yang rendah.
3) Kawasan perairan Tropika yang terletak antara (5 U dan S hingga 35U
dan S) merupakan lokasi/zon laluan angin utama dunia seperti angin
timuran dan angin baratan. Di zon laluan ini tiupan angin amat dipengaruhi
oleh perubahan suhu dan tekanan. Apabila suhu lautan Pasifik menjadi
tinggi, tekanan udaranya menjadi rendah. Ini menyebabkan pergerakan
angin timuran menjadi lemah dan terhenti di laut yang menyebabkan
kawasan daratan tidak menerima hujan.


ii. Jelaskan kesan el-Nino ke atas unsur-unsur cuaca. [8]

1. Cuaca panas dan udara kering. Dalam tempoh El-Nino, cuaca menjadi
panas dan menyebabkan udara menjadi kering (dry air), lembapan tanih
dan 4ystem akuifer tanah kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan
berkurangan seterusnya mengurangkan peratus kelembapan udara. Kadar
sejatan pula amat tinggi.
2. Hujan sedikit. Taburan hujan yang turun di bahagian daratan juga amat
sedikit. Ini disebabkan oleh tiupan angin timuran menjadi lemah dan
terhenti di lautan Pasifik. Oleh itu lembapan udara yang terbentuk di laut
tidak diangkut ke bahagian daratan khususnya di barat Pasifik yang
menyebabkan hujan adalah amat sedikit.
3. Kemarau panjang. Sepanjang El-Nino, cuaca panas, udara kering serta
hujan sedikit akan menyebabkan kemarau. Kemarau merujuk kepada
keadaan kekurangan air yang dialami di sesuatu tempat. Kemarau juga
menunjukkan keadaan imbangan air negatif iaitu kadar sejatan melebihi
daripada kerpasan (hujan) yang turun. Hal ini akan menyebabkan
simpanan air di kawasan tadahan akan berkurangan dan seterusnya
mengurangkan bekalan air kepada sungai, tasik, dan empangan.
4. Fenomena Jerebu. El Nino menyebabkankan berlakunya kebakaran hutan
secara semula jadi sehingga membebaskan partikel-partikel terampai
seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera sehingga membentuk
jerebu. Dalam keadaan udara kering (dry air), partikel-partikel tersebut
terampai dan berlegar dalam ruang udara serta sukar untuk hilang. Tiupan

SULIT* 5

STPM 942/2
SULIT*

angin sumatera telah memindahkan jerebu dari Indonesia ke Malaysia dan
negara Asia Tenggara yang lain. Fenomena ini dikenali sebagai jerebu
rentas sempadan.


iii. Bandingkan kesan el-Nino di antara kawasan Asia Tenggara dengan Amerika
Selatan.
Akibat El-Nino, cuaca menjadi panas, suhu yang tinggi serta kadar hujan yang
sedikit di alami oleh kawasan Asia Tenggara (bahagian barat lautan Pasifik)
seperti Indonesia,Malaysia, Filipina dan negara-negara Asia Tenggara yang
lain serta Australia. Di antara kesan yang terjadi ialah:
1. Kemarau. Kemarau merujuk kepada keadaan kekurangan air yang dialami di
sesuatu tempat. Cuaca panas El-Nino menyebabkan udara menjadi kering (dry
air), lembapan tanih dan sistem akuifer tanah kekurangan air serta proses
transpirasi tumbuhan berkurangan seterusnya mengurangkan peratus
kelembapan udara dan kebarangkalian untuk menurunkan hujan adalah amat
tipis. Kemarau menjejaskan bekalan air kepada penduduk, menjejaskan
kesihatan penduduk serta merosakkan tanaman khususnya padi sawah.
2. Jerebu. Cuaca panas El Nino juga menyebabkankan berlakunya kebakaran
hutan secara semula jadi sehingga membebaskan partikel-partikel terampai
seperti debu, habuk, asap dan lain-lain ke atmosfera sehingga membentuk
jerebu. Dalam keadaan udara kering (dry air), partikel-partikel tersebut terampai
dan berlegar dalam ruang udara serta sukar untuk hilang. Tiupan angin sumatera
telah memindahkan jerebu dari Indonesia ke Malaysia dan negara Asia
Tenggara yang lain. Fenomena ini dikenali sebagai jerebu rentas sempadan.
Jerebu pula menjejaskan jarak penglihatan, resiko kemalangan, gangguan
kesihatan penduduk dan sebagainya.

Dalam tempoh yang sama, kawasan Amerika Selatan ( timur lautan Pasifik)
yang meliputi negara-negara seperti Ecuador,Chile,Peru,Brazil,Argentina dan
Mexico pula menerima pengaruh tiupan angin kencang dan hujan lebat
terutama di pesisir pantainya. Fenomena di kawasan ini dikenali sebagai La-
Nina Di antara kesannya ialah:
3. Banjir. La Nina membawa hujan lebat luar biasa, kawasan rendah di pesisir
pantai akan mengalami banjir yang besar. Ini kerana awan lembab yang
terbentuk di laut akan di bawa oleh angin baratan dan akan melepaskannya
sebagai hujan lebat. Sekiranya daya tampung saliran seperti sungai,paya, parit
dan longkang tidak mampu menampung curahan hujan yang lebat, maka banjir
akan berlaku. Banjir akan memusnahkan kawasan kediaman dan infrastruktur
penduduk, memusnahkan kawasan pertanian dan juga resiko kehilangan nyawa
kepada penduduk di kawasan Amerika Selatan.

4. Ribut/taufan. Selain banjir, tiupan angin yang kencang dari bahagian timur
lautan Pasifik juga boleh menghasilkan ribut/taufan sekiranya angin tersebut
bergerak secara berpusar melebihi 120 km sejam. Semasa La-Nina ribut taufan
mudah berlaku. Taufan akan memusnahkan infrasturktur fizikal kawasan
pinggir pantai disamping Hakisan dan tanah runtuh mudah berlaku.

Kesimpulannya semasa El-Nino, kawasan Asia Tenggara mengalami cuaca
panas dan kemarau manakala kawasan Amerika Selatan mengalami banjir dan
taufan.
[8]
SULIT* 6

STPM 942/2
SULIT*



ATAU


(b) i. Peningkatan suhu di bandar adalah dipengaruhi oleh aktiviti manusia.
Bincangkan.
[13]
Aktiviti manusia sememangnya boleh meningkatkan suhu di bandar sehingga
terjadinya pulau haba. Namun begitu terdapat juga aktiviti manusia yang boleh
menurunkan suhu di bandar.
Di antara aktiviti manusia yang menyebabkan suhu di bandar meningkat ialah:
1) Pembinaan bangunan konkrit dan jalan bertar yang menyerap dan
menyimpan haba matahari pada waktu siang dan membebaskannya pada waktu
malam sebagai haba pendam. Pada masa yang sama bangunan-bangunan tinggi
juga menyekat pengaliran keluar haba ke atmosfera pada waktu malam. Ini
menambahkan lagi kadar simpanan dan pengaliran haba dalam atmosfera bandar
seterusnya menggalakkan kejadian pulau haba.
2) Pengurangan kawasan hijau dalam bandar disebabkan aktiviti
penebangan pokok untuk digantikan dengan bangunan konkrit. Ini
mengurangkan peratus kelembapan udara dalam bandar. Proses transpirasi
(pepeluhan) tumbuhan tidak berlaku untuk membebaskan wap-wap air ke udara.
Kesannya peratus kelembapan udara menjadi rendah, dan udara menjadi kering
(dry air) yang seterusnya menggalakkan lagi peningkatan suhu di bandar.
3) Aktiviti pengangkutan dan perindustrian yang banyak membebaskan gas-
gas rumah hijau ke atmosfera bandar seperti karbon dioksida, karbon monoksida,
sulfur dioksida, nitrogen dioksida dll. Gas-gas ini bersifat lutsinar kepada
bahangan matahari tetapi legap kepada bahangan bumi ini menyebabkan kesan
rumah hijau apabila bahangan bumi terperangkap oleh gas-gas pencemar
berkenaan dan seterusnya suhu di bandar akan meningkat.
4) Pertambahan penduduk bandar. Kepadatan/kesesakan penduduk dalam
bandar akan menambahkan sumber haba dalam bandar menerusi metabolisme
badan manusia. Dianggarkan seorang manusia mengeluarkan haba pada kadar 100
- 300 watt bergantung kepada jenis kerja yang dilakukannya. Pertambahan haba
oleh manusia ini akan menambahkan lagi jumlah tenaga haba yang tersimpan
dalam bandar.
Namun begitu, tidak semua aktiviti manusia di dalam bandar boleh meningkatkan
suhu. Terdapat pelbagai aktiviti manusia yang boleh merendahkan suhu di dalam
bandar daripada terus mengalami pulau haba. Antaranya ialah:
5) Aktiviti penghijauan bandar (menanam pokok). Pihak berkuasa tempatan
(PBT) banyak menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab dalam bandar, di
bahu jalan dan juga di laluan jalan kaki. Di samping itu pemilik bangunan juga
menamam pokok-pokok sebagai hiasan landskapnya. Aktiviti ini akan
menambahkan kelembapan udara melalui proses transpirasi tumbuhan dan ia
mampu menurunkan suhu di dalam bandar.


6) Aktiviti menambahkan kawasan badan air dalam bandar seperti
tasik/kolam buatan manusia dan juga taman tema air misalnya Taman Tasik
Titiwangsa di Kuala Lumpur dan juga Taman air Sunway Lagoon. Kewujudan
badan-badan air mampu menyejukkan udara melalui proses sejatan di permukaan,
menambahkan kelembapan udara dan adakalanya mampu menurunkan hujan.

SULIT* 7

STPM 942/2
SULIT*

7) Aktiviti manusia seperti penggunaan pengangkutan awam contohnya LRT
dan komuter, melaksanakan kempen berkongsi kereta, kempen penjimatan tenaga
seperti kempen EARTH HOURS juga boleh mengurangkan peningkatan suhu di
bandar. Ini kerana aktiviti ini mampu mengurangkan fenomena kesan rumah hijau
apabila kadar perlepasan gas-gas rumah hijau ke atmosfera bandar boleh
dikurangkan.
Kesimpulannya terdapat dua kesan daripada aktiviti manusia di bandar. Ada
aktiviti yang boleh meningkatkan suhu dan juga ada aktiviti yang boleh
menurunkan suhu di dalam bandar. Apa yang jelas pada masa kini, aktiviti
manusia yang boleh menigkatkan suhu lebih besar berbanding dengan aktiviti
manusia yang boleh menurunkan suhu.

ii. Cadangkan langkah untuk mengurangkan peningkatan suhu di bandar. [12]
Langkah yang terbaik untuk mengurangkan peningkatan suhu di bandar ialah
dengan menggabungkan langkah perundangan, langkah pengurusan dan kempen
serta pendidikan alam sekitar.

1. Langkah perundangan.
Melaksanakan Akta Kualiti Alam Sekililing 1974 seperti : Peraturan
Udara Bersih 1978, Peraturan Pelepasan Asap Daripada Enjin Diesel 1996,
Akta dan kawalan pembakaran terbuka dan lain-lain.
Justeru agensi pelaksana seperti Jabatan Alam Sekitar, JPJ, Pihak berkuasa
Tempatan (PBT) mestilah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan yang
lebih kerap untuk memastikan akta di atas dilaksanakan dengan cekap dan
berkesan.
Seterusnya Hukuman seperti denda/kompaun, menyitar premis,
membatalkan lesen operasi, penjara dll mesti dilaksanakan dengan tegas
dan adil kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati
membebaskan bahan pencemar ke udara tanpa kawalan.

Langkah Pengurusan Strategik yang meliputi:

2) Mewujudkan kawasan hijau dalam bandar atau program penghijauan
bandar dengan menanam pokok-pokok peneduh di kawasan rezab bandar
seperti rezab jalan,rezab bangunan dan lain-lain. Pokok-pokok peneduh ini
mampu mengekalkan udara lembab disamping menyederhanakan suhu
sekitar.
3) Membina lebih banyak kawasan badan air dalam bandar yang mampu
bertindak sebagai pulau sejuk bandar seperti kawasan taman tema air, tasik
reakreasi dll.Contohnya Taman Tasik Titiwangsa dan Sunway Lagoon.
4) Penggunaan sumber tenaga gantian yang bersih dan mesra alam seperti
tenaga elektrik hidro, tenaga solar, biomass dll dalam aktiviti
pengangkutan,perindustrian dan penggunaan isi rumah dalam bandar bagi
menggantikan sumber tenaga fosil yang terbukti banyak membebaskan
gas-gas rumah hijau.
5) Mengurangkan penggunaan peralatan yang banyak membebaskan
kloroflourokarbon (CFC) seperti alat pendingin hawa, peti sejuk, alat-alat
semburan dan sebagainya yang boleh menipiskan lapisan ozon seterusnya
mempengaruhi kemasukan bahangan matahari ke bumi tanpa halangan.
Sebaliknya menggunakan peralatan yang telah disahkan bersifat Mesra
alam (Environmental friendly).

SULIT* 8

STPM 942/2
SULIT*

6) Penggunaan petroleum tanpa plumbum. Perlepasan asap dari industri dan
kenderaan biasanya dikawal dengan menggunakan petroleum dengan
kandungan sulfur rendah. Selain itu melarang aktiviti pembakaran terbuka
sebaliknya menggalakkan aktiviti 3R.

7. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar

Kempen penjimatan tenaga seperti kempen Earth Hours oleh penduduk
bandar. Mengurangkan penggunaan tenaga yang berlebihan. Sekiranya
tidak perlu, elakkan pembaziran tenaga. Penggunaan tenaga yang tidak
cekap akan melepaskan lebih banyak gas-gas rumah hijau.
Kempen menggunakan sistem pengangkutan awam seperti LRT, ERL,
Komuter dan juga kempen berkongsi kereta.Termasuk juga kempen
penggunaan basikal di dalam bandar dan mewujudkan zon khusus dalam
bandar yang tidak boleh dimasuki oleh kenderaan diesel seperti lori, bas,
truck dll.
Pendidikan alam sekitar pula menerusi matapelajaran Geografi di
peringkat sekolah dan IPT disamping memperkukuhkan peranan badan
bukan kerajaan NGO.


3 (a) Terangkan maksud air tanih [5]
Air tanih merujuk air yang berada di bawah permukaan tanah di dalam kerak bumi
clan terhasil daripada air hujan yang meresap melalui ruang rongga tanah serta
disimpan di dalam zon tepu di bawah tanah. Air tanih merupakan sumber utama
bekalan air tawar dunia dan sumber air bagi sungai yang mengalir di permukaan
bumi.


(b) Terangkan tiga faktor yang boleh mempengaruhi kandungan air tanih. [10]
Faktor-faktor yang mempengaruhi kandungan air tanih.
Iklim merupakan faktor terpenting yang mempengaruhi kandungan air tanih.
Hal ini berlaku kerana unsur iklim, terutamanya hujai merupakan punca
bekalan air tanih. Kawasan yang menerima jumlah air hujat yang banyak
lazimnya mempunyai kandungan air tanih yang banyak. Zon tepunya hanya
berada beberapa meter sahaja dari )permukaan bumi. Contohnya, kawasan
beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia mempunyai jumlah hujan tahunan
yang tinggi dan banyak, iaitu melebihi 2030 mm setahun.
Litupan tumbuhan di permukaan bumi juga dikaitkan dengan jumlah air tanih.
Dengan adanya tumbuh-tumbuhan, kadar resapan air hujan ke dalam tanah
akan meningkat. Cegatan silara tumbuhan yang padat daft berbentuk kanopi
boleh menghalang air hujan daripada jatuh terns ke lantai hutan. Pintasan oleh
akar tumbuhan mampu memperlahan kadar larian air di permukaan dan
membenarkan lebih banyak air meresap ke dalam tanah. Oleh itu, kawasan
yang mempunyai jumlah tumbuh-tumbuhan yang banyak akan mempunyai
jumlah air tanih yang banyak.
Kecerunan permukaan bumi juga boleh mempengaruhi kandungan air tanih.
Kadar resapan air hujan di permukaan bumi yang landai adalah tinggi
disebabkan pengaliran air permukaan yang perlahan. Oleh itu, jumlah air
tanih di kawasan landai adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan
curam.

SULIT* 9

STPM 942/2
SULIT*

Jenis tanih turut mempengaruhi jumlah air tanih. Hal ini berlaku kerana kadar
serapan air tanih bergantung pada jenis tanih yang terdapat di sesuatu
kawasan. Bagi tanah berpasir dan tanah gambut, kadar keporosannya yang
tinggi membenarkan lebih banyak air meresap ke dalam tanah bagi
membentuk air tanih. Sebaliknya, tanah liat yang mempunyai ruang rongga
yang kecil mengehadkan kadar resapan air ke dalam tanah dan mengurangkan
kandungan air tanih.
Tindakan manusia juga mempengaruhi kandungan air tanih. Aktiviti manusia
seperti pertanian, pembalakan dan perlombongan menyebabkan banyak
tumbuh-tumbuhan di permukaan bumi musnah. Tanpa tumbuhtumbuhan,
kadar resapan air hujan ke dalam tanah menurun dan mengurangkan
kandungan air tanih.

(c) Sumber air tanih memberi sumbangan penting kepada manusia. Bincangkan. [10]
Kepentingan sumber air kepada aktiviti manusia.
Aktiviti pertanian amat memerlukan sumber air. Air mempengaruhi proses
pertumbuhan sesuatu tanaman. Contohnya, penanaman padi memerlukan
bekalan air yang banyak. Jumlah takungan air yang banyak membolehkan
padi tumbuh dengan subur dan mengeluarkan hasil padi yang bermutu serta
berkualiti. Tanpa air, padi ticlak boleh tumbuh dengan baik dan akan coati.
Begitu juga dengan tanaman lain yang memerlukan air untuk tumbuh dengan
sihat.
Kepentingan air juga dapat dilihat dalam kegiatan perlombongan. Contohnya,
jumlah air yang banyak d iperl ukan untuk melombong bijih timah yang
menggunakan gam kelikir. Hal ini berlaku kerana air diperlukan untuk
mengepam clan meruntuhkan kawasan bukit yang mempunyai bekalan bijih
timah bagi mendapatkan bijih timah tersebut. Air yang banyak juga
diperlukan semasa kerja mengasingkan bijih timah daripada bahan sampingan
yang lain seperti tahi bijih (amang).
Sumher air yang banyak dapat melancarkan kegiatan perindustrian. Hal ini
berlaku kerana air merupakan komponen utama dalam proses pembuatan
sesuatu produk, terutamanya bagi industri berasaskan air seperti industri
membuat minuman dan industrii membuat kertas. Dalam industri membuat
minuman, air merupakan komponen utama untuk menghasilkan minuman
dalam tin dan minuman dalam kotak Dalam industri membuat kertas pula, air
diperlukan untuk menghancurkan kayu alak dan melunturkan warna kayu
balak sebelum digunakan untuk menghasilkan kertas putih. Malah air juga
digunakan untuk menyejukkan jentera atau mesin kilang bagi mengekalkan
tahap produktiviti yang tinggi.
Selain bergantung pada sumber ikan taut clan sungai, manusia turut
menjalankan kegiatan menternak ikan pada hari ini. Kegiatan penternakan
ikan juga memerlukan jumlah air y ng banyak. Takungan air dalam kolam
membolehkan penternakan ikan dalam kolam dijalankan. Contoh ikan yang
diternak ialah ikan keli, ikan lampam, dan ikan tilapia. Tanga bekalan air yang
mencukupi, penternakan ikan di dalam kolam sukar dijalankan dengan baik
dan berkesan.
Kegiatan domestik yang dijalankan oleh manusia di rumah juga melibatkan
penggunaan air yang banyak. Contohnya, air sebagai sumber minuman, mandi
dan membasuh kain. Bekalan air yang mencukupi membolehkan manusia
hidup dengan selesai dan sejahtera dalam lingkungan masyarakatnya. Air j

SULIT* 10

STPM 942/2
SULIT*

uga diperlukan untuk menyediakan makanan harian bagi menampung
keperluan harian manusia.



SULIT* 11

STPM 942/2
SULIT*

BAHAGIAN B: ALAM SEKITAR MANUSIA
[40 markah]

Jawab semua soalan.

4 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sektor ekonomi sekunder?
Sektor sekunder adalah sektor ekonomi lanjutan daripada sektor primer. Ia lebih bersifat
pemerosesan dan pembuatan. Sektor sekunder banyak menggunakan keluaran (output)
sektor primer sebagai bahan mentahnya untuk diproses menjadi barangan separa siap.
Contoh sektor ekonomi sekunder ialah: industri pemprosesan, industri pembuatan,
industri pembinaan dan juga industri penjanaan tenaga.
[3]

(b) Jelaskan kepentingan sektor ekonomi sekunder terhadap pembangunan ekonomi Malaysia.
i) Menyumbang kepada KDNK dan pendapatan eksport Negara. Contohnya sektor pembuatan
menjadi jentera pertumbuhan kedua ekonomi Malaysia selepas sektor perkhidmatan. Pada
tahun 2010 ia menyumbang sebanyak 32.4% kepada KDNK negara. Pada tahun 2010 juga
sektor pembuatan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan eksport negara iaitu
sebanyak 85.2%.

ii) Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk Malaysia, sekaligus kadar
pengganguran berkurangan dan gunatenaga penuh. Misalnya pada tahun 2010, sektor
sekunder (perkilangan) telah memberikan pekerjaan kepada 3.6 juta penduduk Malaysia. Ini
mewakili 30% daripada jumlah pekerjaan dalam negara.

iii) Kesan pengganda iaitu memajukan sektor ekonomi lain yang berkaitan. Misalnya sektor
pemprosesan kelapa sawit membantu sektor perladangan kelapa sawit. Kemajuan aktiviti
pembinaan (sektor sekunder) seperti pembinaan bangunan dan infrastruktur turut memajukan
aktiviti perlombongan (sektor primer) seperti perlombongan kuari, pasir, batu kapur untuk
penghasilan simen. Ini kerana kuari, pasir dan simen menjadi bahan asas dalam industri
pembinaan.
[6]


SULIT* 12

STPM 942/2
SULIT*

(c) Cadangkan langkah untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar fizikal akibat
aktiviti pembinaan di Malaysia.


i) Langkah perundangan. Mengharamkan aktiviti pembinaan bangunan seperti rumah
kediaman di kawasan bercerun curam yang berisiko tinggi. Penilaian EIA mestilah dipatuhi
sepenuhnya oleh pemaju projek perumahan. Hukuman yang tegas seperti denda/kompaun
yang tinggi, membatalkan lesen operasi mestilah dilaksanakan kepada pemaju yang engkar.

ii) Langkah kestrukturan seperti membina benteng konkrit, gabion, sistem longkang yang
teratur di kawasan kaki cerun yang telah di potong untuk dibina jalanraya, lebuhraya dan
bangunan. Ia bertujuan untuk mengelakkan kesan hakisan dan tanah runtuh akibat
ketidakstabilan cerun apabila ia dipotong dan diteres untuk dijadikan tapakbina bangunan.

iii) Kaedah penyuburan cerun dengan cara menanam rumput dan pokok buluh di kawasan
bercerun yang telah dipotong/diteres untuk dibina lebuhraya dan perumahan. Tanaman
rumput dan buluh mampu mengelakkan hakisan larian air permukaan sekaligus menguatkan
struktur cerun.
[6]


SULIT* 13

STPM 942/2
SULIT*

Jawab sama ada soalan 5 atau soalan 6

5 (a) Pilih sebuah negara dan jelaskan :
i. masalah yang dihadapi oleh perikanan pinggir pantai.

Negara yang dipilih ialah Malaysia. Di antara masalah yang dihadapi oleh
perikanan pinggir pantai di Malaysia ialah:

1) Masalah kekurangan modal. Ia berlaku dalam kalangan nelayan pinggir pantai
yang di belenggu kemiskinan. Keupayaan modal yang terhad menyebabkan
nelayan pinggir pantai tidak mampu untuk memiliki bot-bot besar, pukat dan
peralatan tangkapan moden dan sebagainya. Ini menyebabkan hasil tangkapan
mereka adalah sedikit.

2) Masalah pasaran. Masalah ini berkait dengan kebergantungan nelayan pinggir
pantai dengan orang tengah yang menjerat para nelayan dengan sistem hutang
yang berpanjangan. Nelayan tidak dapat menikmati hasil tangkapan secara
sepenuhnya kerana terpaksa menjual kepada orang tengah (peraih) dengan harga
yang murah. Oleh sebab itu, pendapatan yang peroleh para nelayan sedikit dan
nelayan kekal dibelenggu kemiskinan.

3) Kekurangan teknologi. Masalah ini berkait dengan kekurangan modal yang
menghalang nelayan untuk memiliki teknologi dan kelengkapan tangkapan
moden. Kebanyakan nelayan pinggir pantai masih menggunakan teknologi
tradisional seperti pukat tangkul, bubu, pancing, dan bitol. Teknologi ini jelas
tidak mampu untuk meningkatkan hasil tangkapan nelayan. Selain itu taraf
pendidikan dan kemahiran yang rendah juga menyebabkan nelayan tidak dapat
mengendalikan bot-bot yang besar, alat ecosonar, dan sistem telekomunikasi.

ii. kesan yang ditimbulkan oleh perikanan pinggir pantai.

Selain daripada menghadapi masalah, nelayan pinggir pantai juga menimbulkan
kesan negatif. Antaranya ialah:

1 Kepupusan sumber perikanan. Kepupusan sumber perikanan berpunca
daripada tangkapan berlebihan ikan secara berterusan. Ada sesetengah
nelayan pinggir pantai menggunakan kaedah menuba, mengebom dan renjatan
elektrik selain daripada mengunakan pukat yang diharamkan seperti pukat
harimau dan pukat tunda di kawasan pinggir pantai. Kaedah ini
mengakibatkan habitat akuatik musnah terutama di kawasan pesisir pantai
yang menjadi lokasi pembiakan ikan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan
kemusnahan kawasan hutan bakau yang juga merupakan tempat pembiakan
hidupan akuatik.
2 Pencemaran air laut. Pencemaran air laut berlaku khususnya di sekitar
pelabuhan perikanan berpunca daripada pembuangan bahan-bahan cemar
seperti sisa-sisa ikan, dan air pembersihan bot nelayan. Air laut juga dicemari
oleh sisa-sisa domestik yang dibuang dari petempatan nelayan. Terdapat juga
bot-bot nelayan yang sudah rosak dan tidak dapat digunakan dibiarkan
tersadai dan reput di tepi pelabuhan atau muara sungai.
3 Kemusnahan ekosistem paya bakau. Aktiviti perikanan pinggir pantai pada

[7]






















[6]
SULIT* 14

STPM 942/2
SULIT*

masa ini diperluaskan kepada ternakan marinkultur di kawasan muara dan
paya bakau sebagai pendapatan sampingan kepada nelayan. Pembinaan
kolam-kolam ternakan ikan melibatkan kerja-kerja penebangan dan
pembersihan kawasan hutan bakau dan nipah di zon pinggir pantai. Aktiviti
penyahhutanan ini menyebabkan ekosistem di kawasan tersebut terjejas.
Tindakan ini juga memusnahkan habitat pelbagai jenis hidupan (ketam nipah,
ikan, lokan, kerang, burung, dan haiwan primat) dan menjejaskan rantaian
makanan. Keadaan ini sekaligus mengurangkan kadar populasi asal hutan
bakau berkenaan. Sebagai contohnya, seperti yang berlaku di Sabak Bernam,
Selangor.

(b) Nilaikan program yang dijalankan untuk memajukan sektor perikanan di
Malaysia.
[12]

1. Pembangunan infrastruktur menerusi LKIM. Menyedia dan memperbaiki
kemudahan pendaratan ikan di pelabuhan perikanan, menyediakan tempat
penyimpanan ikan,kilang air batu dll. Sebagai contohnya, komplek pendaratan
ikan di Tok Bali, Kelantan, Cendering, Terengganu, Kuala Sedili, Johor, dan Batu
Maung, Pulau Pinang. Langkah ini amat berkesan dan berjaya membantu nelayan
mendaratkan ikan dan seterusnya menjual ikan terus kepada LKIM tanpa
dibelenggu oleh orang tengah.

2. Mewujudkan persatuan nelayan dan koperasi nelayan (NEKMAT) melalui
Skim Permodenan Nelayan Berkelompok yang diwujudkan pada tahun 2006.
Skim ini menggabungkan nelayan nelayan pantai yang berselerak untuk diurus
tadbir di bawah satu persatuan supaya pengaruh orang tengah dapat dihapuskan.
Skim ini memperkenalkan kaedah pembelian bot besar melalui gabungan
berkelompok persatuan atau koperasi di sesuatu kawasan. Skim ini amat berjaya
kerana ia membolehkan nelayan tempatan berdaya saing dan tidak dibelenggu
dengan kemiskinan. Antara faedah skim tersebut ialah nelayan tempatan yang
menggunakan bot kecil akan bergabung menjalankan aktiviti penangkapan ikan
secara meluas dan mendatangkan keuntungan berlipat kali ganda.
3. Bantuan modal. Kerajaan menambahkan keupayaan modal kepada nelayan
menerusi kemudahan kredit, pinjaman, bantuan, dan subsidi bagi memajukan
sektor perikanan negara. Nelayan yang dibelenggu kemiskinan diberikan subsidi
untuk membeli enjin, bot, pukat, minyak diesel dan sebagainya. Langkah ini
bertujuan untuk mengurangkan beban yang ditanggung oleh nelayan. Bantuan
modal membeli Bot telah Berjaya memberi peluang kepada nelayan untuk
memiliki bot-bot yang lebih besar dan lebih baik berbanding secara sewa-beli
bagi membolehkan mereka menangkap ikan di laut dalam. Namun begitu skim
subsidi diesel kurang berkesan akibat penyelewengan nelayan sendiri yang
menjual diesel kepada orang lain.
4. Menyediakan sistem pemasaran berpusat bagi menghapuskan pengaruh
orang tengah. Misalnya hasil tangkapan dijual terus kepada LKIM atau kepada
koperasi nelayan. Selain itu tempat-tempat penjualan ikan juga disediakan di
pesisir pantai untuk membolehkan nelayan-nelayan kecil menjual terus hasil
tangkapan mereka kepada pengguna. Contohnya di pesisir pantai Terengganu.
Langkah ini juga berjaya meningkatkan pendapatan nelayan kerana mereka boleh
menjual dengan harga yang lebih mahal serta terkawal. Keuntungan nelayan
tidak dikaut oleh orang tengah/peraih.

SULIT* 15

STPM 942/2
SULIT*

5. Memajukan akuakultur sebagai pendapatan sampingan nelayan. Kerajaan
menggalakkan nelayan agar mengusahakan ternakan akuakultur sama ada di
kawasan air tawar atau air payau. Hal ini demikian kerana perikanan akuakultur
mula berkembang sebagai subsektor utama dalam sektor perikanan. Untuk
membangunkannya, kerajaan menyediakan bantuan modal, subsidi, dan khidmat
nasihat yang berterusan khususnya melalui LKIM. Kerajaan juga bersedia untuk
mengeksport hasil-hasil akuakultur ke pasaran luar negara yang sudah pastinya
menghasilkan pendapatan yang lumayan kepada nelayan yang mengusahakannya.
Pada masa ini program ini amat berjaya kerana ia mendapat bantuan sepenuhnya
dari kerajaan. Malah konsep industri akuakultur juga diperluaskan dan
digabungkan dengan sektor pelancongan dan dinamakan akuapelancongan.
Sumber pendapatan nelayan pantai telah dipelbagaikan.


6 (a) Terangkan maksud globalisasi ekonomi. [3]
Globalisasi ekonomi merujuk keadaan saling kebergantungan antara negara di
seluruh dunia dari segi bahan, modal, buruh, pasaran dan teknologi dalam proses
pengeluaran sesuatu aktiviti ekonomi.


(b) Huraikan ciri saling kebergantungan antara Malaysia dengan negara lain di dunia. [12]
Ciri-ciri saling kebergantungan antara Malaysia dengan negara lain di dunia.
Pergantungan Malaysia pada modal asing bagi menggerakkan pertumbuhan
ekonomi negara. Sumikan modal asing membolehkan industri di dalam
negara berkembang pesat dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan
untuk rakyat, mengurangkan pengangguran dan meningkatkan taraf hidup
penduduk.
Pergantungan Malaysia pada pasaran asing memberikan peluang kepada
produk negara kita untuk menembusi pasaran negara maju. Negara akan
memperoleh keuntungan melalui pengukuhan rangkaian pasaran, persaingan
sihat, harga barangan yang lebih stabil. dan sebagainya. Contohnya, produk
penyaman udara negara amat bergantung pada permintaan pasaran negara-
negara Arab di Timor I engah.
Pergantungan Malaysia pada teknologi dan kepakaran asing. Kemasukan
teknologi moden clan pemindahan kepakaran dari negara maju seperti Jepun
clan Amerika Syarikiv ke negara ini membolehkan rakyat tempatan
mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan
usaha sama.
Pergantungan negara lain terhadap pasaran Malaysia. Selain memperluas
pasaran harang dan perkhidmatan tempatan ke negara lain, negara Kesatuan
Eropah clan Amerika Syarikat turut memasarkan produk mereka ke iegara
kite.
Pergantungan Malaysia pada buruh asing. Kekurangan buruh dan tenaga
pakar dalam bidang tertentu di negara ini ditampung oleh negara lain yang
mengalami lebihan tenaga buruh. Contohnya, Malaysia banyak bergantung
pada buruh dari Indonesia dalam sektor perladangan clan pembinaan.
Pergan ungan Malaysia pada bahan mentah dan sumber makanan .dari luar
negara. Malaysia bergantung pada somber bahan mentah, somber tenaga dan
sumber makanan daripada negara tertentu. Contohnya, Malaysia bergantung
kepada Thailand untuk inendapatkan bekalan bergs, ikan clan sayur-sayuran
bagi menampung kekurangan surnber makanan di dalam negara.

SULIT* 16

STPM 942/2
SULIT*


(c) Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan
negara menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi. [10]
Langkah langkah yang boleh diambil oleh Malaysia bagi memastikan negara
menikmati manfaat berterusan daripada globalisasi ekonomi
Sentiasa menjaga keamanan dan kestabilan politik negara bagi meningkatkan
kemasukan pelabur asing.
Berusaha membangunkan infrastruktur dan kemudahan asas bagi menyokong
pertumbuhan pelbagai sektor ekonomi.
Melaksanakan program pembangunan di setiap negeri, wilayah dan kawasan
bagi mengurangkan jurang pendapatan antara negeri wilayah clan kawasan.
Bekerjasama dengan negara ASEAN dan APEC melalui pemeteraian
perjanjian perdagangan bebas clan perjanjian due hale.
Membangunkan kawasan pertumbuhan negara-negara ASEAN secara
berterusan seperti Kawasan Segi Tiga Pertumbuhan IMT-GT, IMS-G dan
BIMP-EAGA.
Mengutamakan kemerdekaan dan kedaulatan negara dalam semua aspek
hubungan luar.

You might also like