You are on page 1of 18

Pendidikan Moral

BIDANG PEMBELAJARAN 1
NILAI BERKAITAN DENGAN
PERKEMBANGAN DIRI
1.1Kepercayaan kepada Tuhan
1.3 Harga diri
1.4 Bertanggungjawab
1.5 Hemah tinggi
1.6 Toleransi
1.7 Berdikari
1.8 Kerajinan
1.9 Kasih sayang
1.10 Keadilan
1.11 Rasional
Perkembangan Diri
1.1 Kepercayaan kepada Tuhan
Bermaksud keyakinan wujudnya Tuhan
sebagai pencipta alam dan mematuhi segala
suruhanNya berlandaskan pegangan agama
masing-masing selaras dengan prinsip Rukun
Negara


Ciri-ciri Amalan Nilai Kepercayaan Kepada
Tuhan
Mempunyai keyakinan yang teguh bahawa
Tuhan wujud dan berkuasa
Mengikut segala suruhan Tuhan untuk berbuat
baik sesama manusia dan makhluk yang lain
Meninggalkan segala yang dilarang oleh
Tuhan demi menjaga maruah diri dan
keharmonian hidup

1.2 Amanah
Bermaksud sikap bertanggungjawab yang
boleh menimbulkan kepercayaan dan
keyakinan orang lain
Ciri-ciri Amalan Nilai amanah
Tahu dan sedar akan tanggungjawab yang
perlu dipikul
Berusaha melaksanakan tugas
Tidak menyalahgunakan kuasa




1.3 Harga Diri
Bermaksud keupayaan dan keyakinan diri agar
mampu memulia dan menjaga maruah diri
dalam kehidupan
Ciri-ciri amalan nilai harga diri
Menyedari dan dapat menentukan matlamat
hidup
Perlakuan sopan dan tidak mencemarkan
maruah diri dan keluarga
Mengamalkan ajaran agama dan
mempertahankan maruah diri



1.4 Bertanggungjawab
Bermaksud kesanggupan diri seseorang untuk
memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan
dengan sempurna
Ciri-ciri amalan nilai bertanggungjawab
Mengurus masa dengan bijak
Merancang aktiviti dengan bijak dan tidak
menangguh kerja
Mengisi masa terluang dengan kerja berfaedah
Berfikiran positif dalam semua bidang yang diceburi


1.5 Hemah Tinggi
Bermaksud beradab sopan dan berbudi pekerti
mulia dalam pergaulan seharian
Ciri-ciri amalan nilai hemah tinggi
Sentiasa bersopan apabila berinteraksi dengan
orang lain
Tidak kasar dan menggunakan bahasa yang
sopan serta tidak menyinggung perasaan orang
lain
Tidak sombong atau menunjuk-nunjuk
Mudah bergaul mesra tanpa mengira
agama,bangsa dan kedudukan

1.6 Toleransi
Bermaksud kesanggupan bertolak ansur,sabar
dan mengawal diri bagi mengelakkan
berlakunya pertelingkahan dan perselisihan
faham demi kesejahteraan hidup

Ciri-ciri amalan nilai toleransi
Suka bertolak ansur dan tidak membesar-
besarkan perkara kecil
Tidak mudah dipengaruhi emosi dan sentiasa
bersabar apabila berhadapan dengan masalah
Tidak mudah marah,mengawal diri,berfikir
dan menyiasat untuk mendapatkan kebenaran
sebelum bertindak
Berusaha untuk mengelakkan pertelingkahan
dan perselisihan faham dengan orang lain



1.7 Berdikari
Bermaksud kebolehan dan kesanggupan
melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada
orang lain
Ciri-ciri amalan nilai berdikari
Boleh berfikir secara positif bagi mencapai
cita-cita
Sanggup bertindak sendiri tanpa bergantung
kepada orang lain dalam membuat keputusan
Menggunakan pengetahuan,pengalaman dan
kebolehan sendiri


1.8 Kerajinan
Bermaksud usaha yang berterusan penuh dengan
semangat ketekunan, kecekalan,kegigihan,dedikasi
dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara
Ciri-ciri amalan nilai kerajinan
Melakukan sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-
sungguh
Mempunyai semangat bersaing untuk maju
Tidak mudah berasa jemu atau bosan
Sikap tabah,cekal, gigih dan tidak mudah putus asa
1.9 Kasih sayang
Bermaksud kepekaan dan perasaan cinta yang
mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati
yang ikhlas
Ciri-ciri amalan nilai kasih sayang
Sentiasa tulus dan ikhlas dalam perasaan kasih
Bersikap peri kemanusiaan terhadap semua makhluk
Prihatin terhadap seseorang atau sesuatu yang
disayangi dan menjaganya dengan baik
1.10 Keadilan
Bermaksud tindakan dan keputusan yang
saksama serta tidak berat sebelah
Ciri-ciri amalan nilai keadilan
Membuat keputusan berdasarkan
pertimbangan yang objektif,teliti dan wajar
Tindakan dan keputusan yang saksama
serta tidak berat sebelah
Membuat penyiasatan sebelum bertindak
atau membuat keputusan
1.11 Rasional
Bermaksud boleh berfikir berdasarkan alasan
dan bukti yang nyata dan dapat mengambil
tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar
Ciri-ciri amalan nilai rasional
Berupaya mengambil kira baik buruk sebelum
membuat keputusan
Berfikiran matang dan tenang tanpa
dipengaruhi oleh emosi
Membuat pertimbangan berdasarkan bukti
konkrit dan kesedaran sivik

1.12 Kesederhanaan
Bermaksud bersikap tidak keterlaluan dalam
membuat pertimbangan dan tindakan sama ada
dalam pemikiran,petuturan atau perlakuan tanpa
mengabaikan kepentingan diri dan orang lain
Ciri-ciri amalan nilai kesederhanaan
Tidak keterlaluan dalam pemikiran dan tindakan
Membuat keputusan dengan menimbang
kepentingan diri dan orang lain
Pertuturan dan tingkah laku yang sopan serta tidak
menyinggung perasaan orang lain




Manusia memikul satu tanggungjawab yang
besar untuk menguruskan alam secara
bijaksana.
Jelaskan nilai-nilai yang perlu diamalkan
dalam melaksanakan tanggungjawab ini.
Soalan Esei

You might also like