You are on page 1of 5

Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji persepsi penduduk terhadap


program Kitar Semula di pekan Sungai Pelek, Selangor. Objektif utama projek ini
adalah seperti berikut :
a) Untuk mengkaji cara-cara untuk mengusahakan program Kitar Semula di pekan
Sungai Pelek.
b) Untuk mengenalpasti kesan-kesan program Kitar Semula di pekan Sungai Pelek.




















Lokasi Kajian
Kajian saya bertajuk Persepsi Penduduk Terhadap Program Kitar Semula ini
telah dijalankan di pekan Sungai Pelek di daerah Sepang dan terletak di negeri
Selangor.
Negeri Selangor (juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan) merupakan
salah satu daripada tiga belas negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-
tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Negeri ini juga bersempadan
dengan Negeri Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat
Melaka di sebelah barat. Negeri Selangor terbahagi kepada sembilan daerah iaitu
Petaling, Gombak, Klang, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor,Sepang,
Kuala Langat, dan Hulu Langat. Ibu negeri Selangor ialah Shah Alam dan merupakan
bandar raya pertama di negeri ini.
Daerah Sepang ialah sebuah daerah yang terletak di bahagian selatan
negeri Selangor, Malaysia. Daerah Sepang bersempadan dengan daerah Kuala Langat,
daerah Petaling dan daerah Hulu Langat. Daerah Sepang mempunyai keluasan 59,966
hektar dan dibahagikan kepada tiga mukim iaitu Mukim Dengkil dengan berkeluasan
29,395 hektar, Mukim Labu dengan berkeluasan 29,395 hektar dan Mukim Sepang
dengan berkeluasan 20,441 hektar.Dalam hal ini, jumlah penduduk adalah melebihi
127100 orang dengan majoriti daripada kaum Melayu, diikuti oleh India dan Cina
serta sejumlah kecil orang asli. (Sumber: Portal Rasmi Majlis Daerah Sepang)
Sungai Pelek merupakan satu pekan yang terletak di daerah Sepang,Selangor.
Sungai Pelek berhampiran dengan pantai Bagan Lalang dan Gold Coast Sepang.Jarak
dari Kuala Lumpur ke Sungai Pelek ialah 68km manakala dari Sepang ialah
8km.Sungai Pelek mempunyai sembilan taman penduduk iaitu,Taman Sri Siantan,
Taman Bahagia, Taman Sri Sungai Pelek, Taman Berjaya, Taman Gembira, Taman
Sri Merbau, Taman Tenteram, Taman Bistari dan Taman Perdana. Sealain itu, Sungai
Pelek juga mempunyai satu kampung iaitu, Kampung Seri Sungai Pelek.Jumlah
penduduk di Sungai Pelek adalah kira-kira sebanyak 4629 orang. Majoriti penduduk
adalah kaum Cina yang sebanyak 3043 orang,diikuti oleh kaum India dan kaum
Melayu masing-masing berjumlah 1073 orang dan 499orang serta sejumlah kecil
adalah orang asli sebanyak 14 orang sahaja.(Sumber: http://www.statistics.gov.my/)
Pengenalan
Menurut Kamus Dewan Edisi Kedua cetakan Dewan Bahasa dan Pustaka yang
Disusun oleh Dr. Tenku Iskandar terbitan tahun 1984, kitar semula bermaksud
memperolehi atau mendapatkan semula bahan buangan seperti kaca, plastik, kertas,
aluminium dan sebagainya yang mana ia kemudiannya dikumpul, diasingkan dan
diproses semula kepada produk asal atau produk baru yang lain. Menurut Akta
Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula
bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan
keluaran. Secara umumnya, definisi kitar semula ialah suatu proses untuk mengubah
bahan yang menjadi sisa kepada suatu sumber yang mendatangkan nilai.(Sumber:
sisa@my.Malaysia)

Malaysia merupakan satu negara yang semakin meningkat maju dan salah satu
negara yang sedang berkembang pesat dari segi ekonomi, industri dan pembangunan.
Pertumbuhan penduduk juga ialah satu faktor utama perkembangan di negara kita.
Jadi, perkembangan-perkembangan tersebut telah menjadi satu fenomena
menyebabkan jumlah sisa pejal dari satu premis atau kawasan juga turut
meningkat.Kawasan atau premis ini termasuklah kawasan perindustrian, kawasan
perumahan, kedai-kedai dan sebagainya. Dengan meningkat jumlah penjanaan sisa
pejal, ini akan mengakibatkan ruang tapak pelupusan dan tapak kitar semula ini terhad
dan tidak mencukupi di negara kita. Secara putaran, setiap rakyat Malaysia akan
menghasilkan 0.8kg sampah pada setiap hari. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, mempunyai 16247
tan sampah dibuang di Malaysia pada setiap hari. Maka negeri Selangor telah
menghasilkan 2955 tan sampah sehari. Menurut data di atas ini, jumlah penghasilan
sampah di Malaysia adalah sangat besar.

Di Malaysia, sampah yang dibuang oleh rakyat akan dihantar ke tapak
pelupusan ataupun ke pusat pembakaran. Walaupun negara kita mempunyai banyak
tapak pelupusan sisa pejal namun jumlah ini tidak mencukupi untuk menampung
jumlah sampah yang dihasilkan. Sekalipun pihak kerajaan lagi menyediakan lebih
banyak tapak pelupusan sampah, ruang tapak pelupusan sampah itu juga tidak
mencukupi untuk menumpang sampah. Keadaan ini hanya menyebabkan rakyat
menghasilkan jumlah sampah yang tinggi, mungkin akan melebihi 0.8kg sampah
daripada setiap individu dalam sehari. Bukan itu sahaja, kaedah pelupusan sampah
adalah satu kaedah berisiko yang tinggi terhadap alam sekitar dan manusia. Tapak
pelupusan boleh memberi kesan kepada sistem tanah dan air di kawasan
tersebut.Sebab sisa-sisa tersebut mempunyai bahan-bahan yang beracun yang dapat
mencemarkan tanah dan air. Selain itu juga, pusat pembakaran sampah juga akan
memberi kesan terhadap alam sekitar dan manusia. Sekiranya sampah dibakarkan,
udara yang bertoksik akan menyakit mata dan kulit manusia. Keadaan ini sangat
bahaya terhadap manusia. Selain akan menyakit mata dan kulit, udara tersebut juga
menjejaskan manusia mendapat penyakit kanser paru-paru. Keadaan ini mempunyai
pertalian dengan kehidupan seseorang.

Sejak akhir-akhir ini, kebanyakan orang mempunyai sikap mementingkan diri
sendiri. Sikap mementinkan diri sendiri adalah satu penyakit masyarakat Malaysia
pada hari ini. Manusia tidak ada sikap bermuhasabah yang tinggi terhadap perkara-
perkara yang berkaitan dengan alam sekitar. Mereka menganggap perkara tersebut
adalah peranan pihak kerajaan sahaja. Sekiranya pihak kerajaan mengadakan atau
menjalankan aktiviti dan program yang berkaitan dengan kitar semula, manusia
sentiasa mengabaikan program tersebut dan tidak menyelaras dengan pihak kerajaan
untuk menyertai program itu.Selain itu, manusia sentiasa menghasilkan banyak
sampah dan membuang sampah itu merata-rata seperti di kawasan perumahan,
kawasan hutan, pantai dan sebagainya. Semasa mereka membuang sampah di
kawasan tersebut, ini akan menyebabkan pencemaran alam sekitar dan kepupusan
habitat flora dan fauna berlaku. Sebagai contoh, kebanyakan kawasan tanah yang
terdapat di negara kita merupakan kawasan tadahan air. Sekiranya manusia mula
membuang sampah dan mencemarinya, air akan menjadi bertoksik dan juga
mencemari air minuman kita semua.

Saya berharap ketika menjalankan kajian ini dapat membantu semua pihak
untuk meneliti cara-cara dan kesan-kesan program Kitar Semula di pekan Sungai
Pelek. Saya juga berharap kajian ini menjadi satu rujukan untuk masa depan supaya
semua rakyat dapat bersedar terhadap kepentingan kitar semula dan akan mengikut
cara-cara yang saya telah kaji melalui kajian ini.

You might also like