You are on page 1of 8

Format Kertas 1 Bahasa Melayu SPM

Bahagian A - Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan [30 markah]


(i) Pelajar akan diberikan satu bahan rangsangan yang terdiri daripada gambar tunggal, gambar
bersiri atau bahan grafik.
(ii) Pelajar akan diminta menulis sebuah karangan berdasarkan bahan rangsangan yang diberikan.
(iii) Panjang karangan pelajar hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Bahagian B - Karangan Respons Terbuka [100 markah]
(i) Karangan bagi bahagian ini masih mengekalkan format lama, iaitu pelajar perlu menjawab satu
soalan sahaja daripada beberapa soalan yang diberikan.
(ii) Panjang karangan pelajar hendaklah tidak kurang daripada 350 patah
perkataan.
(iii) Karangan bahagian ini terdiri daripada lima bidang atau dimensi :

(a) Diri /Individu
(b) Keluarga
(c) Masyarakat / Negara
(d) Antarabangsa
(e) Kompenan Sastera

3. Masa yang diperuntuk untuk menjawab kedua-dua bahagian ini ialah 2 jam 15 minit. Oleh itu, para pelajar perlu
bijak membahagikan masa supaya mereka dapat menyiapkan kedua-dua buah karangan mengikut masa yang
ditetapkan dan jumlah perkataan karangan yang ditulis pula biarlah sesuai dengan masa.

PENILAIAN PEMERIKSA

1. Pemeriksa akan menilai kebolehan calon dalam membina, mengumpul, memilih dan menyusun atur idea-idea,
hujah-hujah dan bahan-bahan yang berkaitan dengan tajuk atau tema soalan/bahan.
2. Pemeriksa akan menilai kebolehan calon melahirkan idea, pendapat, hujah, pengalaman dan perasaan dengan
berkesan.
3. Pemeriksa akan menilai kebolehan calon menguasai teknik mengarang pelbagai bentuk karangan dan
menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Di samping itu, pemeriksa juga akan menilai kebolehan calon
membahagikan perenggan-perenggan mengikut susunan isi menarik. Tanda-tanda baca juga hendaklah ditulis
dengan betul.
4. Pemeriksa akan menilai kebolehan calon menulis dengan bahasa yang kemas, lancar dan jelas, dengan
menggunakan struktur ayat yang betul, gaya bahasa yang menarik, terdapat ungkapan menarik serta
bersesuaian pula dengan tajuk karangan.
5. Pendek kata, pemeriksa akan memberi perhatian sepenuhnya kepada penguasaan bahasa dan penyusunan
serta pengembangan idea yang tepat, jelas dan bernas.

(Sumber : Modul Halus, JPN Terengganu)



MEMAHAMI FORMAT KERTAS BAHASA MELAYU 2 SPM
Mari Berkenalan Kertas Bahasa Melayu 2 SPM
(Markah 110)

Sebagai seorang pelajar yang akan menghadapi peperiksaan SPM, tidak kira anda pelajar Ting. 4 apatah lagi
sekiranya anda pelajar ting. 5, sepatutnya anda faham setiap pecahan soalan kertas 2. Kefahaman pelajar terhadap
format soalan kertas ini akan membantu anda menjawab soalan tersebut lebih baik dan seterusnya membuat
persediaan untuk menghadapi Peperiksaan SPM kelak.
Sungguh malang, jika pelajar menengah atas tidak faham format soalan kertas bahasa Melayu 2 kerana
pepatah Melayu ada mengatakan jika tak kenal maka tak cinta. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.

Kertas ini mengandungi soalan:-
Soalan Bahagian 1 a: Rumusan Teks ( 30 markah)
( Rujuk nota berkaitan cara menjawab soalan rumusan teks)

Soalan Bahagian 2 A: Pemahaman Teks Umum / Rumusan ( 9 markah)
i) Soalan berkaitan maksud rangkai kata (2m)
ii) Soalan berkaitan petikan teks ( 3m )
iii) Soalan berdasarkan pendapat ( 4 m)

( Soalan Bahagian 2 B,C, dan D Berdasarkan Kajian Komsas Antologi)
Fokus soalan Ting. 4: Antologi Harga Remaja
Fokus soalan Ting. 5: Antologi Dirgahayu Bahasaku

Soalan Bahagian 2B : (9 Markah)
Soalan berkaitan ( Prosa Moden Cerpen atau Drama)
Soalan i) Berdasarkan teks dan jawapan ada dalam teks. ( 3 m)
Soalan ii) Berdasarkan pendapat anda. ( 3 m)
Soalan iii) Berkaitan kajian komsas persoalan, watak dan perwatakan,
latar, nilai dan pengajaran. ( 3 m)
( Fokus soalan 1 berdasarkan dalam teks dan 1 soalan di luar
teks)


Soalan Bahagian 2C: ( 8 Markah)
Soalan berkaitan ( Prosa Tradisional )
Soalan i) Berdasarkan maksud rangkai kata. (2m)
Soalan ii) Berdasarkan teks dan jawapan ada di dalam teks ( 3 m)
Soalan iii) Meminta pendapat anda dan jawapan berdasarkan
pandangan anda sendiri ( 3 markah)



Soalan Bahagian 2 D: (9 Markah)
Soalan berdasarkan ( Puisi Moden atau tradisional)
Soalan i) Berdasarkan teks puisi. ( 2 m)
Soalan ii) Berdasarkan pendapat anda ( 3 m)
Soalan iii)Berdasarkan kajian komsas persoalan, nilai,
masyarakat dan pengajaran. ( 4 m )



( Soalan 3 Berdasarkan Tatabahasa)

Soalan bahagian 3 (a) ( Tatabahasa- Morfologi atau Kajian Kata- 6 Markah)

Soalan 3 (A) Membina ayat daripada perkataan atau frasa diberikan.
Terdapat enam perkataan atau frasa disenaraikan dan anda
perlu membina ayat yang gramatis untuk menunjukkan
anda faham maksudnya.
Anda tidak boleh menggunakan kata nama khas, peribahasa
dan tidak boleh menambah imbuhan pada perkataan
diberikan. Soalan ini mudah untuk pelajar mendapat 6
markah.
** Peringatan soalan SPM 2012, arahan soalan bahagian 3a
membenarkan pelajar menambah imbuhan semasa membina
ayat tetapi tidak boleh menggunakan perkataan tersebut
sebagai kata nama khas. Oleh sebab itu, pelajar perlu
berhati-hati semasa membaca arahan soalan.


Soalan Bahagian 3B ( Sintaksis) ( 6 Markah )
Pelajar dikehendaki menguasai aspek sintaksis (kajian ayat) contoh :-
i) ayat tunggal dan ayat majmuk.
ii) Jenis ayat ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat
seruan.
iii) Ragam ayat ayat aktif dan ayat pasif.
iv)Menukar ayat cakap ajuk ke cakap pindah dan sebaliknya.
v) Menganalis ayat pola ayat. ( FN-FN,FN-FK, FN-F Adj, FN-FS)
vi) Mencerakinkan ayat kepada subjek dan prediket. ( Binaan ayat
gramatis)
** Soalan ini memerlukan pelajar menguasai setiap pecahan
soalan seperti di atas.



Soalan Bahagian 3C : Mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan. ( 6 Markah )
Soalan bahagian ini memerlukan pelajar mengesan dan membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan.
Pelajar diminta mengesan dan membetulkan 3 kesalahan ejaan dan 3 kesalahan imbuhan.
Anda boleh menjawab dengan menulis kedua-dua kesalahan berkenaan dengan menulis jawapan salah dan
pembetulannnya:
contoh: Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan
kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
Pada tahun 2008 pelajar diberikan satu petikan mengandungi keenam-enam kesalahan ejaan dan imbuhan.

kesalahan pembetulan
Eko-pelancongan Ekopelancongan ( ejaan)
mengayakan Kekayaan ( imbuhan)


Soalan Bahagian (D) mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. ( 6 markah)
Soalan bahagian ini meminta anda mencari tiga soalan kesalahan penggunaan istilah dan tiga kesalahan
tatabahasa.
Anda akan diberi tiga ayat yang mengandungi satu kesalahan istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Calon boleh menjawab seperti soalan di bawah:-
Stesen- minyak-minyak di bandar utama kita mengamalkan
konsep layan sendiri.

kesalahan pembetulan
Stesen minyak-minyak Stesen minyak ( tatabahasa)
Layan sendiri Layan diri ( istilah)



Soalan Bahagian 3 (E ) PERIBAHASA ( 6 Markah )

Soalan ini menguji kemahiran peribahasa ( terdiri daripada perumpamaan, bidalan, pepatah, simpulan bahasa,
perbilangan, lidah pendita, kata-kata hikmat) anda.
Soalan mungkin meminta anda mengisi tempat kosong dengan mengaitkan peribahasa yang sesuai dengan
petikan.
Calon mungkin juga diminta mengisi tempat kosong dengan atau dialog dengan peribahasa yang sesuai.
Calon juga mungkin diminta membina ayat menggunakan peribahasa yang diberikan.
Markah akan diberi sekiranya peribahasa yang ditulis tepat dengan maksud petikan atau pernyataan yang
diberikan.

(SOALAN MERUJUK KOMSAS NOVEL)

Novel Ting. 4 ( Azfa Hanani)
Novel Ting. 5 ( Kembara Amira)

Soalan Bahagian 4 (Novel) ( 15 Markah )

Soalan bahagian ini membawa 15 markah dan terbahagi kepada soalan bahagian 4 (a) dan 4(b).

Soalan 4 (a) membawa 7 markah
Soalan 4 (b) membawa 8 markah.

Markah Isi Bahasa
Soalan 4 (a) 4 3
Soalan 4 (b) 6 2

SEMOGA ANDA MENGUASAI FORMAT SOALAN KERTAS BAHASA MELAYU 2


TEKNIK MENULIS RUMUSAN
CEMERLANG RUMUSAN
Ciri-ciri Rumusan Yang Baik
Isi rumusan dan jumlah perkataan menepati kehendak soalan.
Rumusan hendaklah mempunyai empat perenggan yang terdiri daripada :-
- Pendahuluan
- Isi Tersurat (F1)
- Isi Tersirat (F2)
- Kesimpulan/ Penutup


Pemarkahan
BAHAGIAN ISI MARKAH
Pendahuluan (P) 2
Isi Tersurat (S) 6 5 4 3 2 16
Isi Tersirat (T) 2 3 4 5 6
Kesimpulan (K) 2
Bahasa Separuh daripada jumlah P+S+T+K 10

Petua Penulisan Rumusan

PETUA 1 Menganalisis Soalan
i. Baca arahan dengan teliti untuk menentukan kehendak soalan dan panjang rumusan.
ii. Tentukan kata kunci (Fokus 1- Isi Tersurat dan Fokus 2- Isi Tersirat) dengan membuat
garisan supaya rumusan berpusat kepada kehendak soalan sahaja.
PETUA 2 Menulis Pendahuluan
i. Bina pendahuluan berdasarkan Fokus 1.
ii. Tukarkan kata kunci dengan perkataan yang sama maknanya.
iii. Bina pendahuluan dalam satu ayat tunggal sahaja.
PETUA 3 Mengenal pasti Isi Tersurat
i. Beri perhatian kepada Fokus 1.
ii. Petunjuknya ialah selepas perkataan tentang dalam arahan soalan.
Contoh
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu
rumusan tentang tanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru
semakin kurang diminati.
iii. Cari sekurang-kurangnya enam isi tersurat.
iv. Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat.
v. Pastikan terdapat kesinambungan antara satu isi dengan isi yang lain.
vi. Gunakan penanda wacana yang sesuai.
PETUA 4 Mengenal pasti Isi Tersirat
i. Beri perhatian kepada Fokus 2.
ii. Petunjuknya ialah selepas perkataan dan dalam arahan soalan.
Contoh
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat suatu
rumusan tentang tanggungjawab guru dan sebab kerjaya guru
semakin kurang diminati.
iii. Tidak terdapat dalam petikan. (Pelajar perlu berfikir secara kreatif dan kritis tafsirkan dan
analisis isi tersurat)
iv. Tulis satu ayat bagi setiap isi dalam olahan bahasa yang ringkas, tepat dan padat.
v. Gunakan penanda wacana yang sesuai.
PETUA 5 Menulis Penutup
i. Penutup merupakan cadangan dan harapan tentang keseluruhan petikan rumusan yang ditulis.
ii. Kata kunci bagi penutup ialah kesimpulaannya.
iii. Perlu ditulis dalam satu ayat sahaja.

Kata Kunci Rumusan (untuk menulis Pendahuluan)

Fokus Utama maksud
Masalah

Kekangan
Halangan
Rintangan
cabaran
Faktor Punca
Sebab
Perkara yang menyebabkan
Kepentingan Keperluan
Kebaikan
Faedah
Manfaat
Kelebihan
Keistimewaan
Langkah Alpukah
Strategi
Kaedah
Cara
Tindakan yang perlu diambil
Peranan Tugas
Tanggungjawab
Kewajipan
Tujuan Matlamat
Objektif
Motif
Kesan Akibat
Impak
Implikasi
Keburukan Kesan negatif


Menulis Pendahuluan / Kesimpulan

Contoh
Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat suatu rumusan tentang faktor-faktor kelunturan
semangat kejiranan dan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat ini. Panjang rumusan
anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Fokus 1 (S) : faktor-faktor kelunturan semangat kejiranan
Fokus 2 (T) : usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan
Pendahuluan : Petikan membincangkan punca-punca kelunturan semangat kejiranan.
Isi Tersirat : Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk semangat kejiranan
ialah mengadakan kempen kesedaran tentang kepentingan hidup berjiran. Selain itu, amalan saling berkunjung
perlu sentiasa disuburkan dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulan : Kesimpulannya, semua pihak perlu bekerjasama memupuk semangat
kejiranan agar kehidupan masyarakat lebih harmoni dan sejahtera.















Rangka Rumusan


BAHAGIAN


KANDUNGAN


MARKAH


Pendahuluan
- Lihat Fokus 1

Petikan membincangkan ..
..
..

2

Isi Tersurat
- Lihat Fokus 1

Antara .. ialah ...
. Keduanya,
..........................................................................
...
Ketiganya,
.. .. Keempatnya,
..
..
Kelimanya, ...
.. Keenamnya,
.
..






16

Isi Tersirat
- Lihat Fokus 2

Antara . ialah
.. ..
Keduanya, .
...
..

Kesimpulan
- Lihat Fokus 1

Kesimpulannya,
... (cadangan) agar
...
...
. (harapan)



2

You might also like