You are on page 1of 5

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013

340






Nilai Wasatiyyah dalam Islam

1
Azyati Azhani Mohd Mazuki,
1
Wan Kamal Mujani,
2
Azmi Aziz &
1
Ermy Azziaty Rozali

1
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam
2
Pusat Pengajian Sosial, Pembangunan dan Persekitaran, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor, Malaysia


Abstrak: Artikel ini akan membincangkan nilai-nilai dan sikap Wasatiyyah dalam Islam. Amalan dan nilai
Wasatiyyah ini sudah lama dipraktikkan dalam kehidupan secara tidak langsung. Pada zaman Rasulullah
s.a.w., sikap Wasatiyyah dijadikan praktikal yang utama bagi menjamin kestabilan sistem pentadbiran negara
Madinah yang didiami oleh pelbagai agama, bangsa dan budaya. Begitu juga keadaan masyarakat Islam yang
lain, pendekatan Wasatiyyah digunakan bagi mencapai matlamat yang dibenarkan dalam Islam. Oleh itu,
artikel ini akan mengulas dengan lebih lanjut nilai dan sikap Wasatiyyah dalam Islam melalui aspek politik,
ekonomi dan sosial yang dilihat dapat mencapai kestabilan dalam kehidupan. Kajian ini menggunakan kaedah
kualitatif menerusi instrumen analisis kandungan. Hasil kajian menunjukkan konsep Wasatiyyah perlu
dipraktikkan dalam pelbagai aspek kehidupan merangkumi aspek politik, ekonomi dan sosial supaya
kehidupan masyarakat terutamanya umat Islam lebih terjamin sekali gus dapat membina pembangunan
ummah dengan lebih baik.




PENGENALAN

Islam adalah agama lengkap yangmenjelaskan
semua perkara berkaitan kehidupan manusia. Ia
diturunkan untuk membawa kesejahteraan serta
kesempurnaan dalam hidup manusia di dunia dan
akhirat. Oleh itu, seluruh perintah Allah serta sistem
hidup yang dianjurkan oleh Islam adalah sesuai
dengan fitrah kejadian manusia. Islam dapat
memenuhi segala keperluan hidup manusia
merangkumi aspek rohani dan jasmani (Abd hamid
1988: 1). Sebagai sebuah agama yang syumul dan
sempurna, Islam telah mengutarakan beberapa asas
bagi menjaga perpaduan dan mewujudkan
persefahaman. Antara yang dituntut oleh Islam
adalah amalan kesederhanaan (Wasatiyyah) dalam
pelbagai aspek kehidupan, tidak kira daripada sudut
kefahaman keagamaan hinggalah kepada hubungan
individu dalam masyarakat sekitarnya serta aspek-
aspek pengurusan, pentadbiran sesebuah negara dan
hubungan antarabangsa. Dalam pada kita meraikan
keseimbangan dan penjagaan hak-hak individu lain,
bukanlah dengan jalan melupuskan prinsip-prinsip
dan nilai Islam. Sebaliknya, pada masa yang sama
Islam dijunjung dan dimartabatkan serta dibuktikan
keunggulannya. Perkara ini terus diberi perhatian
untuk diterapkan di dalam pelbagai aspek kehidupan
individu, masyarakat dan negara (Abdullah &
Khairil Annas 2012: 63-64).

Apakah Wasatiyyah?: Wasatiyyah adalah
pertengahan, kesederhanaan dan moderat, iaitu
pertengahan di antara dua sikap yang ekstrem
(melampau) dan yang jumud (Wan Hussein 1987:
1). Menurut al-Qaradawi, Wasatiyyah ini adalah
sesuatu yang memerlukan hak yang sepatutnya, iaitu
dengan memberikan hak yang sewajarnya dengan
mengambil jalan tengah agar tidak melampaui batas-
batas syariat Islam (al-Qaradawi 1997: 10). Dalam
bahasa Arab, Wasatiyyah berasal daripada kata dasar
() iaitu pertengahan. Kesederhanaan juga sering
disebut sebagai al-iqtisad,al-Tawassut dan al-Itidal
(Mujam Wasit t.th). Selain itu, Wasatiyyah juga
ditakrifkan dengan () iaitu pilihan yang
terbaik (al-Salabi 2005: 20). Perkataan Wasatiyyah
melaluiKamus Istilah Media Melayu-Arab (Abd.
Rauf 2005: 348) pula memberikan perkataan seerti
dengan sederhana iaituitidal dan mutawasit dan
bagi perkataan toleransi ia seerti denganperkataan
tasamuh (Abd. Rauf 2005: 416).
Perkataan wasat juga bermaksud moderat atau
pertengahan yang membawa erti selalu menghindari
perilaku atau pengungkapan yang ekstrem,
cenderung ke arah jalan yang tengah dan pandangan
yang cukup mempertimbangkan pendapat orang lain
(Muslim Ibrahim 2011: 2). Maksud Wasatiyyah
menurut Kamus Dewan pula ialah kesederhanaan.
Kesederhanaan adalah nama terbitan yang berasal
dari kata akar sederhana yang bermaksud tidak
lebih, tidak kurang, biasa, pertengahan atau sedang
dalam pelbagai perkara atau tindak-tanduk (Kamus
Dewan 2005:1407).
Manakala, bagi istilah Inggeris pula, definisi
moderate yang terdapat dalam Oxford Dictionary
Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) V: Ulama dan Cabaran Idealisme Semasa
disunting oleh: Azmul Fahimi Kamaruzaman, Ezad Azraai Jamsari, Farid Mat Zain, Hakim Zainal,
Maheram Ahmad, Napisah Karimah Ismail & Rabitah Mohamad Ghazali
Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor
ISBN 978-983-9368-62-8 (2013), http://www.ukm.my/nun/prosiding.htm

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
341

(1989) yang menyatakan moderate ini adalah untuk
menghapuskan keterlaluan (ekstrem) atau berlebihan
(Oxford Dictionary 1989: 945). Pengertian lain bagi
Wasatiyyah atau moderate dalam The Oxford
Dictionary of English Etymology (1966: 583) ialah
avoiding extreme, of medium quality and quantity,
reduce, abate, control and render less violent or
intense. Selain itu, moderate menurut Oxford
Paperback Thesaurus (2012: 535) pula ialah modest,
medium, middling, ordinary, tolerable, passable,
adequate, fair, mediocre, non extreme, non radical
controlled, sober and lenient. Bagi The Oxford
English Dictionary, menyatakan moderate ialah to
abate the excessiveness of, to render less violent,
intense, rigorous or burdensome, to become less
violent and to regulate (1989: 945).
Melalui pengertian yang dikeluarkan, dapatlah
disimpulkan bahawa Wasatiyyah adalah
kesederhanaan, kerjasama, toleransi, tidak ekstrem
dan sedang dalam pelbagai tindak tanduk tanpa
mengabaikan prinsip-prinsip Islam. Jelas
menggambarkan umat Islam adalah umat yang
mengamalkan prinsip dan nilai Wasatiyyah,
sebagaimana yang dijelaskan dalam al-Quran
bahawa umat Islam adalah umat yang adil iaitu
ummatan wasatanmelalui surah al-Baqarah ayat
143:

,l.>..l->.!L...l,.:_ls_!.l>,`_.l>,l.
.,:

Maksudnya: Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah
memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai
umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil, supaya kamu
layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat
manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah
(Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan
kebenaran perbuatan kamu.

Penganut Islam tidak boleh mengambil sikap
ekstrem yang diekspresikan dengan al-maghdub
alaihim iaitu orang-orang yahudi dan al-Dallin iaitu
orang-orang Nasrani. Dalam kebanyakkan hal,
hubungan antara orang Yahudi dan Nasrani
dianggap ekstrem kerana orang Yahudi terlalu
banyak menghalalkan manakala orang Nasrani
banyak mengharamkan dan orang Yahudi bersikap
materialistik manakala orang Nasrani spiritualistik.
Selain itu, agama Islam juga mengutuk sikap
golongan tersebut yang dipanggil ( ( iaitu
melampau atau keterlaluan. Sikap ekstremis ini
adalah sikap golongan Yahudi dan Nasrani yang
sering mengagung-agungkan pendapat agama
mereka tetapi merendah-rendahkan pandangan
agama lain (Abu Bakar 1986: 14). Bagaimanapun,
umat Muhammad adalah ummatan wasatan yang
memilih jalan sederhana antara dua sikap ekstrem
tersebut (Muslim 2011: 2). Tafsiran ummatan
wasatan bagi umat Muhammad sebagai umat yang
adil dan terpilih adalah sebagai perbandingan
terhadap umat-umat yang lain. Ia tidak seperti umat-
umat terdahulu yang disifatkan sebagai penentang ke
atas rasul yang diutuskan Allah yang mengajak
kepada agama tauhid (Ismail 2012: 52).

Wasatiyyah dalam Sistem Islam: Wasatiyyah
adalah satu amalan dan nilai murni yang perlu
dipraktikkan dalam kehidupan seharian tidak kira
dalam diri individu, masyarakat mahupun negara.
Rasulullah s.a.w. menganjurkan sedemikian agar
masyarakat yang terbina menjadi lebih baik dan
cemerlang dunia dan akhirat. Melalui sikap
Wasatiyyah ini, Islam telah menggariskan beberapa
garis panduan dalam pelbagai perkara agar manusia
tidak terkeluar daripada landasannya. Oleh itu,
bahagian ini akan membincangkan Wasatiyyah
dalam aspek politik, ekonomi dan sosial yang
menjadi tunjang dalam kehidupan manusia.

Politik: Pengertian politik menurut Islam ialah
aktiviti-aktiviti yang menjuruskan kegiatan ummah
kepada usaha untuk mendukung dan melaksanakan
syariat Allah melalui sistem kenegaraan dan
pemerintahan. Ia memberi peranan yang penting
dalam Islam oleh individu, kumpulan dan organisasi
yang mengejar matlamat politik (Mohammed Ayoob
2008: 2). Selain itu, dalam bahasa Arab pula, politik
bermaksud memimpin manusia dalam melakukan
sesuatu dengan tujuan kebaikan (Ismail 2010: 44).
Manakala, politik menurut pandangan Barat
pula adalah aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
urus tadbir negara, membuat dasar-dasar
pentadbiran, pekerjaan yang memegang kuasa
pentadbiran dan kajian bagaimana negara ditadbir
(Ismail 2010: 43) Selain itu, ia juga membawa
maksud aktiviti-aktiviti kerajaan yang berkaitan
dengan hubungan politik antara negara dalam
menjalankan aktiviti global, ekonomi dan
sebagainya serta aktiviti yang meningkat status
seseorang dalam sesebuah organisasi (Oxford
Dictionary 1989: 32).Menurut Clare Bambra, politik
adalah satu sikap dan skop politik yang merangkumi
kesihatan, satu konsep yang dipertandingkan dan
penamaan satu elemen penting itu sendiri
merupakan satu pilihan politik (Clare Bambra 2003:
9).
Apabila memperkatakan tentang politik ia
mempunyai hubung kait dengan pemimpin dan
pemerintahannya. Antara nilai Wasatiyyah yang
terdapat dalam ruang lingkup sistem politik adalah
adil, amanah, bertanggungjawab dan berusaha.
Setiap pemimpin perlu mempunyai sikap sedemikian
untuk mentadbir sesebuah negara. Dalam Islam,
kepimpinan bukanlah sesuatu yang istimewa perlu
direbut-rebut kerana ia sebenarnya bersifat amanah.
Rasulullah s.a.w. pernah mengingatkan Abu Dzar al-
Ghifari yang memohon jawatan dalam sabdanya
yang bermaksud (Razaleigh 2010: 61):

Sesungguhnya kepimpinan itu adalah satu amanah, pada hari
kiamat ia merupakan kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
342

mereka yang menunaikan amanahnya dengan sempurna seperti
yang telah dipertanggungjawabkan.

Oleh yang demikian, melalui Wasatiyyah
dalam sistem kenegaraan, perlu kepada seorang
pemimpin yang berwibawa, berlaku adil kepada
semua pihak tanpa mengabaikan yang miskin,
lemah, melindungi hak-hak rakyat dan
bertanggungjawab menyediakan undang-undang
yang bertepatan dengan syarak dengan mengambil
apa jua bentuk mekanisme yang perlu untuk
mencapai objektif. Keadaan ini menjamin
persekitaran hidup dan pembangunan yang lebih
baik (Zulkifly Muda 2009: 189). Sebagai contoh,
negara Madinah yang ditadbir oleh Rasulullah s.a.w
berjaya menjadi sebuah negara Islam yang
berkembang pesat dalam setiap sistem
pentadbirannya. Selain itu, wujudnya perlembagaan
Madinah yang berjaya memberi keadilan dan hak
yang sama kepada setiap rakyat yang mendiami
negara tersebut. Segala perbalahan dan
permasalahan dapat diselesaikan dengan bijak oleh
Rasulullah s.a.w. Sistem politik yang baik
turutmemberi impak yang baik kepada
perkembangan ekonomi dan hubungan sosialnya dan
ia mencerminkan kebijaksanaan seseorang
pemimpin dalam mengurus tadbir negaranya.

Ekonomi: Ekonomi Islam adalah satu ilmu sains
kemasyarakatan yang mengkaji tingkah laku
manusia dalam soal mengguna dan menguruskan
sumber-sumber alam untuk kepentingan diri dan
masyarakat bagi mendapatkan keredaan Allah (Eko
Suprayitno 2005: 18). Manakala, menurut Barat
ekonomi berasal daripada perkataan oikonomikos
yang bermaksud peraturan mengurus rumah tangga
iaitu oiko bermaksud rumah manakala nomikos
bermaksud pengurusan. Ekonomi ialah ilmu yang
mengkaji bagaimana manusia mengagihkan sumber-
sumber ekonomi yang terhad untuk memenuhi
kehendak-kehendak manusia yang tidak terhad.
Lionel Robbins mendefinisikan ekonomi sebagai
ilmu yang mempelajari tingkahlaku manusia dalam
hubungan dengan tujuan dan sumber yang
mempunyai pelbagai penggunaan
(ocw.utm.my/mod/resource/view.php?id=226).
Dalam sistem ekonomi, Allah telah
menjelaskan perkara yang halal dan haram
sebagaiman firman-Nya dalam surah al-Baqarah
ayat 275 dengan maksudnya: Allah telah
menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
Masyarakat Islam maju disebabkan mereka
menjalankan sistem ekonomi yang menghapuskan
riba, rasuah, penipuan, perjudian dan sebagainya
(Razaleigh 2010: 133). Berbanding dengan sistem
ekonomi kapitalis yang menghalalkan riba malah
meningkatkan jumlah peratusan dalam pengurusan
wang untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat
ganda dengan lebih cepat, tetapi menggunakan cara
yang dilarang dalam Islam (Razaleigh 2010: 134).
Dengan perlakuan tersebut akan melahirkan rasa
permusuhan dan kebencian antara anggota
masyarakat. Riba juga menjadi penyebab hilangnya
ikatan-ikatan kemanusiaan dan persaudaraan di
pelbagai peringkat masyarakat serta akan
menghancurkan prinsip-prinsip belas kasihan serta
kebaikan dalam jiwa manusia. Kerana itulah Allah
menyatakan perang terhadap para pelaku riba dan
memberikan peringatan bahawa Dia akan
menghilangkan keberkatan dan menghancurkannya
serta akan melaknat pelakunya
(http://www.utusan.com.my).
Daripada sudut ekonomi yang berpaksikan
kepada nilai sejagat, Islam telah membuktikan
kepada dunia bahawa Islam mampu membina
peradaban yang maju dari sudut kebendaan tetapi
terikat dengan akhlak yang mulia. Islam berjaya
menyediakan satu landasan yang sempurna dalam
menguruskan sumber alam yang dikurniakan oleh
Allah untuk kebaikan dan keperluan manusia. Islam
meletakkan kekayaan itu sebagai satu amanah Allah
yang perlu dijaga dengan baik dan digunakan untuk
mencapai keredaan Allah. Untuk lebih memahami
maksud sifat wasatiyyah ini maka sudah pasti ia
dapat dilihat pada peribadi Rasulullah s.a.w..
Baginda adalah contoh terbaik yang telah
menterjemahkan sifat ini secara
praktikal(http://www.utusan.com.my). Sifat
sederhananya baginda telah dirakamkan oleh Allah
menerusi firman-Nya dalam surah al-Fath ayat 29:

..>:`_.<_.-.',.:_ls!>l',!.-''.,

Maksudnya: Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan
orang-orang Yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas
terhadap orang-orang kafir Yang (memusuhi Islam), dan
sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan
sesama sendiri (umat Islam).

Di samping itu, Islam juga menggariskan
bahawa sesiapa yang menjalankan kegiatan
perdagangan mestilah mengelakkan daripada
melakukan penipuan, monopoli, rasuah dan
berhutang (Razaleigh 2010: 133). Setiap keuntungan
yang dimiliki dibayar zakat mengikut kadarnya dan
diberikan kepada yang memerlukan. Islam
menjamin kehidupan orang-orang yang lemah dan
fakir kerana mereka mendapat hak yang sepatutnya
(Eko Suprayitno 2005: 32). Kewajipan ini telah
tertulis dalam al-Quran supaya setiap manusia saling
bantu-membantu dan memberi kepada mereka yang
lebih memerlukan.
Keadaan ini bagi mengelakkan berlakunya
pergaduhan yang boleh memutuskan hubungan
silaturahim sesama manusia. Sebagaimana
Rasulullah s.a.w., Baginda adalah seorang peniaga
yang jujur dan amanah dalam menjalankan
perniagaan sehingga menjadi seorang peniaga yang
berjaya. Sikap Wasatiyyah sedemikianlah dituntut
oleh Islam dalam mencari keberkatan rezeki untuk
meneruskan kehidupan. Ismail Ibrahim ada
mengambil pendapat yang dikemukakan oleh Syeikh

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
343

Mutawalli al-Syarawi yang cuba mentafsirkan umat
yang adil dengan membawa konsep dan ideologi
pemikiran. Ekonomi yang berbentuk kapitalis dan
sosialis hanya akan dapat membawa berlakunya
krisis dalam masyarakat dan tidak mungkin dapat
diselesaikan kecuali dengan praktikal ekonomi
Islam. Oleh itu, sistem ekonomi Islam adalah sistem
terbaik dan adil bagi semua manusia. Sistem
ekonomi yang baik dapat memacu negara Islam
setanding dengan negara-negara yang lain(Ismail
2011: 3).

Sosial: Pengertian sosial menurut Kamus Dewan
ialahsegala yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat atau kemasyarakatan. Selain itu
ia juga berkaitan dengan hal-hal persahabatan dan
pergaulan (Kamus Dewan 2005: 1518). Perkataan
sosialbiasanya merupakan kata sifat bagi society
manakala social society pula bermaksud
perhubungan dalam masyarakat dan cara bagaimana
masyarakat itu disusun tadbir(Wehmeier 2000: 125).
Sebagai sebuah agama yang mempunyai dua
komponen penting iaitu hablun minallah (hubungan
dengan Pencipta) dan hablun minannas (hubungan
dengan makhluk), Islam berjaya memaku sistemnya
dengan jelas (Zulkifly Muda 2009: 200).Apabila
membicarakan tentang hubungan dengan Allah,
perkara utama yang dinilai adalah ibadat, seterusnya
khilafah dan imarah. Selain itu, ketiga-tiga perkara
ini juga mempunyai perkaitan dengan hubungan
antara makhluk (Zulkifly Muda 2009: 200). Walau
bagaimanapun, hubungan antara kedua-duanya perlu
diseimbangkan agar mendapat kebaikan dunia
akhirat.
Dalam hubungan antara makhluk, Islam
menekankan hubungan sesama manusia.
Persaudaraan Islam adalah suatu perasaan
kerohanian yang lahir daripada cetusan jiwa antara
mukmin dengan mukmin yang lain dan seterusnya
memancarkan tanggapan ikhlas terhadap saudaranya
yang lain (Ramli 2003: 30). Sebagai contoh para
sahabat Muhajirin dan Ansar yang telah diikat
dengan ikatan persaudaraan Islam seperti Salman al-
Farisi dipersaudarakan dengan Abu Darda, Uthman
bin Affan dipersaudarakan dengan Aus bin Thabit
dan ramai lagi. Keadaan ini akan menjamin
keharmonian adan wujudnya kasih sayang sesama
Islam (Ramli 2003: 38).
Walau bagaimanapun, persaudaraan ini bukan
sahaja perlu di kalangan saudara seagama malahan
agama lain turut dirai. Dalam konteksMalaysia kini,
walaupun terdiri daripada agama dan budaya yang
berbeza, tetapi masyarakatnya dapat hidup dalam
suasana yang harmoni tanpa sebarang peperangan
dan penindasan. Tolong-menolong dan kerjasama
adalah nilai Wasatiyyah yang diterapkan dalam
setiap individu agar segala pertikaian dapat
diselesaikan (Ramli 2003: 2). Sebagaimana firman
Allah dalam surah al-Maidah ayat 2 berikut:

.!-._lsl_1`.l.!-._ls..`-l

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk
membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-
tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.

Inti pati daripada wujudnya persaudaraan
tersebut akan melahirkan sikap kerjasama antara
manusia walaupun berbeza agama. Daripada sudut
realiti, orang bukan Islam juga boleh menjadi batu
bata dalam pembinaan tamadun. Rasulullah s.a.w.
sendiri pernah meminta khidmat al-Khindi iaitu
salah seorang penduduk Madinah yang bukan
beragama Islam yang mempunyai kepakaran dalam
bidang perubatan bagi merawat beberapa sahabatnya
antaranya ialah Saad bin Abu Waqqas (Zulkifly
Muda 2009: 217).
Perkara ini dapat mewujudkan akomodasi
dalam masyarakat iaitu menghormati antara satu
sama lain dalam norma-norma sosial. Sebagai suatu
proses, akomodasi menunjuk pada usaha-usaha
manusia untuk meredakan suatu pertentangan iaitu
usaha-usaha untuk mencapai kestabilan
(file.upi.edu/Direktori/.../interaksi_sosial.pdf .).Oleh
itu, dalam hubungan sosial perlunya bersikap
Wasatiyyah agar perpaduan dapat dicapai kerana
perpaduan memainkan peranan yang penting dalam
menjaga kestabilan dan keutuhan sesebuah negara.
Tanpa perpaduan yang teguh, pastinya negara
tersebut akan hancur dan keamanan yang dinikmati
sebelumnya musnah.

KESIMPULAN

Islam adalah suatu pedoman hidup yang kompleks,
mencakupi ruang lingkup manusia sebagai seorang
khalifah. Peringatan al-Quran dan al-Sunah memberi
garis panduan agar manusia tidak terbabas daripada
syariat yang diutuskan. Bersikap dengan nilai
Wasatiyyah lebih menjamin kesejahteraan dan
keharmonian sesama manusia. Wasatiyyah yang
dianjurkan oleh Islam adalah sebagai formula bagi
menyelesaikan persoalan kehidupan manusia dan ia
memperlihatkan bahawa seluruh ajaran Islam adalah
mampu dilaksanakan oleh manusia. Oleh itu, dengan
amalan Wasatiyyah dapat menyaksikan semua
kedudukan alam teratur dan sempurna. Tidak ada
percanggahan yang mungkin menjadikan sesuatu
perkara tidak sepadan antara satu sama lain. Ini
membuktikan Wasatiyyah adalah nilai dan sikap
yang indah untuk diaplikasikan dalam kehidupan.

RUJUKAN

Abd Hamid Ahmad. 1988. Konsep kesederhanaan
dalam Islam. Dlm. Kolokium Kefahaman dan
Penghayatan Islam ke-Lapan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

PROSIDING NADWAH ULAMA NUSANTARA (NUN) V, 9-10 SEPTEMBER 2013
344

Abu Bakar Hamzah.1986. Perpaduan dan
Kesederhanaan dalam Islam. Kuala Lumpur:
Universiti Malaya.
Clare Bambra, Debbie Fox & Alex Scott-Samuel.
2003. Towards a New Politics of Health. United
Kingdom: University of Liverpool.
C.T. Onions. 1966. The Oxford Dictionary of
English Etymology. London: Oxford University
Press.
Eko Suprayitno. 2005. Ekonomi Islam: Pendekatan
Ekonomi Makro Islam dan Konvensional.
Yokyakarta: Penerbit Graha Ilmu.
file.upi.edu/Direktori/.../interaksi_sosial.pdf
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011
&dt=0720&sec=Bicara_Agama&pg=ba_03.htm
Ibrahim Madkur. t.th. al-Mujam al-Wasit. Turkey:
Dar al-Dawah.
Ismail Bakar. 2010. Sejarah Pemikiran Politik
Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ismail Ibrahim. 2011. Konsep Wasatiyyah:
Perspektif Islam. Kertas Pembentangan
Konvensyen Wasatiyyah. Nilai: Universiti Sains
Islam Malaysia.
Ismail Ibrahim. 2012. Fahami konsep Wasatiyyah
dengan betul. Dlm. Majalah al-Islam. Bangi:
Utusan Karya Sdn. Bhd.
Maurice Waite. 2012.Oxford Paperback Thesaurus.
Fouth Edition. UK: Oxford University Press.
Muhammed Ayoob. 2008. The many Faces of
Pilitical Islam: Religion and Politics in the
Muslim World. United State: The University of
Michigan Press.
Muslim Ibrahim. Satu Milenium Islam Sebagai
Paksi Perpaduan Serumpun. 2011. Kertas
Pembentangan Konvensyen Wasatiyyah. Nilai:
Universiti Sains Islam Malaysia
























Noresah Baharom. 2005. Kamus Dewan. Cet. 1 Ed.
4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
ocw.utm.my/mod/resource/view.php?id=226
R.W. Burchfield. 1989. The Oxford English
Dictionary. Vol IX. Second Edition. UK: Oxford
University Press.
Ramli Awang. 2003. Islam Alternatif Perpaduan
Sejagat. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi
Malaysia.
Razaleigh Muhammad @ Kawangit. 2010.
Kepimpinan dan Pengurusan Islam: Sejarah,
Teori dan Pelaksanaan. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
al-Salabi, Ali Muhammad. 2005. al-Wasatiyyah fil
al-Quran al-Karim. 2005. Beirut: Dar al-
Marifah.
Wan Hussein Azmi. 1987. Kesederhanaan dalam
Islam dalam konteks Malaysia. Dlm. Seminar
Antarabangsa Mengenai Perpaduan Ummah.
Anjuran Bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan
Perdana Menteri. 28-30 September.
www.islam.gov.my/.../pembangunan_sistem_ekono
mi
Yusuf Al-Qaradhawi. 1997. Wasatiyyah al-Islam.
Dlm. Islam Moderate Legislation for Progressive
Nation. Terj. Ahmad Umar Hisyam &
Muhammad Higab. Cairo: al-Azhar
Zulkifly Muda. 2009. Apa Kata Islam Mengenai
Hubungan Sosial. Batu Caves: PTS Publication
& Distributors Sdn.Bhd.

You might also like