You are on page 1of 2

OBJEKTIF LINUS NKRA LITERASI (BM DAN BI) DAN NUMERASI

LINUS NKRA Literasi (BM dan BI) dan Numerasi ialah peluasan akses kepada pendidikan
berkualiti dan berkemampuan .Setiap kanak-kanak* menguasai kemahiran asas literasi
dan numerasi selepas 3 tahun mengikuti pendidikan rendah pada akhir tahun 2014.

* Pelajar lembab atau buta huruf disebabkan mungkin TIDAK mengikuti Program
PraSekolah. Menghadapi masalah disiplin diri yang tinggi.
1. Tidak ada / kurang perhatian atau bantuan di rumah kerana ibubapa mungkin sibuk
mencari rezeki.
2. Menghadapi masalah genetik / keturunan.
3. Masalah fizikal - sengau iaitu kecacatan pada bahagian hidung atau mulut.
4. Masalah keluarga yang tidak stabil iaitu ibubapa bercerai dan kurang pembelaan.
5. Pelajar berkeperluan khas yang disebab oleh penyakit.


PENGENALAN
LINUS ialah akronim kepada Saringan Literasi dan Numerasi (Literacy and Numeracy
Screening). LINUS merupakan satu program pemulihan yang direka bentuk untuk
memastikan murid menguasai kemahiran asas literasi (Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris)
dan numerasi di akhir 3 tahun persekolahan pada pendidikan rendah
LINUS disasarkan kepada murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu Membaca,
Menulis dan Mengira.
VISI LINUS
SK Gemas perlu mencapai 100% Perdana dalam Program LINUS menjelang 2014.
MISI LINUS
1. Memastikan peningkatan kualiti & keberkesanan P&P LINUS berterusan
melalui proses pencerapan dan bimbingan kepada guru-guru LINUS di semua sekolah
daerah Tampin.
2. Menjalankan proses pencerapan & bimbingan LINUS kepada semua sekolah
sekurang-kurangnya 3 kali setahun.
3. Memastikan pelaksanaan dan pelaporan setiap saringan adalah betul, tepat dan
telus dengan melaksanakan proses taklimat & penerangan berkala sebelum suatu
saringan dijalankan.
4. Mengenal pasti permasalahan berkaitan pelaksanaan Program LINUS di setiap
sekolah serta mencari jalan penyelesaian terbaik secepat mungkin melalui
perbincangan dan 'monitoring' yang berterusan daripada FasiLINUS daerah.
5. Merancang dan melaksanakan pelbagai program sokongan ke arah kejayaan
program LINUS.
6. Menyampai dan menyebarluaskan maklumat berkaitan Program LINUS ke
semua sekolah dari semasa ke semasa.

You might also like