You are on page 1of 1

Kertas Kerja: Projek Melukis Mural

PENGENALAN
Institusi pendidikan membantu membangunkan minda komuniti warga sekolah melalui persekitaran yang
kondusif. Persekitaran kawasan di sekolah adalah sebagai wahana untuk merealisasikan pengajaran dan
pembelajaran yang cemerlang bermula dari persekitaran sekolah yang kondusif.


Persekitaran merupakan salah satu faktor penyumbang kepada proses pembelajaran di sekolah di
samping dapat menarik minat murid untuk hadir ke sekolah. Menyedari kepentingan keindahan dan
keceriaan sekolah terhadap para murid, guru pelatih internship telah mendapatkan ilham untuk
mengadakan program keceriaan sekolah dengan melukis mural. Program keceriaan sekolah merupakan
sebuah program yang diadakan bertujuan mengindahkan kawasan sekitar sekolah.



MATLAMAT
Matlamat program ini bertujuan untuk menceriakan kawasan sekolah. Prasarana dan pengurusan kawasan
persekitaran sekolah yang kondusif menjadi agenda penting dalam rutin seharian di sekolah. Persekitaran
yang diwujudkan mestilah menepati cita rasa pelanggannya iaitu guru, kakitangan sekolah dan para
murid.

Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian ramai, kawasan persekitaran sekolah mestilah
berperanan dalam menarik perhatian umum supaya perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi
keselesaan dan kepuasan hati penggunanya. Keselesaan dan suasana yang kondusif digabungjalinkan
pula dengan suasana persekitaran yang mendidik melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra.
Secara tidak langsung melalui lukisan mural, para murid akan dapat meningkatkan motivasi diri mereka.




OBJEKTIF
Mencapai cita-cita sebagai suatu tempat tumpuan yang boleh dijadikan sumber perhatian terutama murid
dan juga tetamu yang selalu mengunjungi sekolah.
Dapat menjadi suatu tempat terapi minda terutama kepada guru dan kakitangan.
Hasil kerja guru sebagai buah tangan/kenang-kenangan apabila meninggalkan sekolah kelak.


PERLAKSANAAN
Tarikh : 26 Jun 2012 18 Julai 2012
Masa : Waktu Persekolahan
Tempat : Dinding blok SK Ringlet berhadapan kantin


KONSEP MURAL
Mural ini berkonsepkan Colour Monochrome yang bercorakkan abstrak. Lukisan mural yang berwarna-
warni ini akan membangkitkan semangat dalam diri para murid di samping memberi satu suasana baru
yang ceria dan menjadi sumber inspirasi kepada murid.


PENUTUP
Diharapkan agar apa yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan. Semoga
program menceriakan sekolah ini dapat meningkatkan motivasi diri para murid disamping mengindahkan
lagi kawasan sekolah. Oleh itu, kerjasama semua pihak amat kami hargai dan didahului dengan ucapan
terima kasih.

You might also like