You are on page 1of 3

3.

0 LAPORAN BERKUMPULAN (TUGASAN 2)



Golongan Orang Asli merujuk masyarakat yang kebanyakan tinggal di dalam
atau pinggir hutan. Dari segi pendidikan, pencapaian dalam kalangan murid Orang Asli
adalah amat rendah dan jauh ketinggalan berbanding dengan pencapaian kelompok
etnik yang lain di Malaysia. Perkara ini merupakan isu yang perlu ditangani supaya
kumpulan Orang Asli juga berpeluang menerima peluang pendidikan yang sama rata.
Kebanyakan orang asli masih terpinggir dalam arus pendidikan kerana faktor
golongan orang Asli yang berprestasi tinggi amat kurang dalam kalangan mereka. Hal
ini kerana tiada sifat persaingan yang sihat dari aspek kemajuan pendidikan dalam
masyarakat orang Asli. Salah satu usaha yang perlu dilaksanakan oleh guru ialah
mempelbagaikan strategi dan kaedah pengajaran supaya dapat meningkatkan minat
belajar dalam kalangan murid Orang Asli.
Guru perlu mengurangkan pendekatan yang hanya memberi penekanan kepada
aspek membaca, menulis dan mengira serta peperiksaan kerana budaya pembelajaran
sebenarnya lebih luas. Guru perlu menggunakan pelbagai strategi dan kaedah yang
bersesuaian dengan isi pelajaran dan kemahiran yang akan dicapai oleh murid.
Strategik dan kaedah yang sesuai dan aktif akan merangsangkan murid akan lebih
bermotivasi dalam belajar.
Dalam menghadapi arus globalisasi dalam dunia pendidikan ini, guru perlu
bersiap sedia dengan ilmu pengetahuan dan mempelbagaikan strategi dan kaedah
pengajaran bagi menjadikan suasana kelas lebih menarik seterusnya dapat
menghasilkan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Strategi pengajaran
yang berpusatkan murid perlu diberi keutamaan agar murid-murid dapat melibatkan diri
secara aktif. Selain itu, strategi pengajaran berasaskan tugasan juga tidak boleh
diabaikan. Hal ini demikian kerana strategi ini dapat memberi peluang kepada murid
untuk mengaplikasi apa-apa yang dipelajari oleh mereka. Kaedah yang dapat digunakan
ialah kaedah tunjuk cara, kaedah simulasi, kaedah projek, kaedah memberi arahan,
kaedah latih tubi, kaedah sumbang saran dan kaedah eksplorasi penemuan. (lihat
lampiran)
Tahap kesedaran terhadap kepentingan pendidikan adalah amat rendah dalam
kalangan Orang Asli. Minat belajar dalam kalangan anak orang asli adalah kurang
memuaskan. Perkara ini berlaku kerana sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat
tentang kebajikan anaknya dari segi peluang menerima pendidikan. Mereka hanya
tertumpa kepada satu kegiatan dalam kehidupan mereka sahaja iaitu isu cara sara
hidup mereka. Ramai anak Orang Asli telah berhenti sekolah lebih awal untuk
membantu ibu bapa mereka mengusahakan hutan atau ladang. Usaha yang perlu
dilakukan oleh guru adalah pelaksanakan kelas kesedaran tentang kebajikan peluang
pendidikan kepada ibubapa dan juga anak golongan orang asli.
Guru boleh memberi ceramah kesedaran kepada Ibu bapa murid orang Asli
untuk memastikan golongan masyarakat orang Asli dan Peribumi ini mampu mengubah
sikap serta turut sama diberi tanggungjawab dalam pendidikan untuk membangunkan
negara bangsa sebagai satu entiti yang penting dalam pengisian Wawasan Negara.
Guru memberi ceremah kesedaran kepada ibu bapa murid orang asli supaya mengalami
perubahan sikap rendah diri, malu, malas dan kurang berminat terhadap pendidikan
anak-anak kepada sikap yang sebaliknya iaitu, inginkan anak-anak mereka berjaya.
(lihat lampiran)
Kekurangan tenaga pengajar dalam kawasan pedalaman juga salah satu faktor
dalam meyekat arus perkembangan pendidikan dalam kalangan peribumi. Guru boleh
mengubah situasi pendidikan dalam kalangan peribumi dengan mengajar di kawasan
pedalaman tersebut. Walaubagaimanapun, kebanyakan guru tidak sudi mengajar di
kawasan pedalaman atas faktor keselamatan diri dan sosiobudaya yang berbeza di
kawasan pedalaman. Ceramah motivasi perlu diadakan dalam kalangan guru supaya
guru dapat menyedari betapa pentingnya khidmat mereka diperlukan di sana. Guru juga
perlu sedar bahawa tugas mengajar merupakan satu kewajipan dan amanah yang perlu
dilaksanakan dengan baik dan bijaksana tanpa dipengaruhi oleh faktor kepentingan diri
yang tinggi.
Guru perlu memberi respon kepada pihak kementerian supaya menyediakan
kemudahan asas pengajaran dan infrastruktur yang lengkap seperti kemudahan
pengangkutan, kesihatan, bekalan elektrik dan air bagi memudahkan dan memberi
keselesaan kepada guru dan pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Apabila kehendak ini telah disempurnakan, maka guru akan berkhidmat dengan
lebih gigih dan fokus dalam melaksanakan tugas mereka. Guru juga dapat memberikan
komitmen yang terbaik dan pelajar akan lebih fokus terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran apabila persekitaran kelas dalam keadaan baik.
Fokus utama dalam kehidupan mereka adalah ekonomi tradisional yang
bercorak sara diri di kawasan luar bandar. Ekonomi sara diri ialah kegiatan ekonomi
yang bertujuan atau sekadar mampu untuk menampung keperluan harian keluarga
sahaja. Sekiranya ibu bapa tidak menjalankan aktiviti hutan atau ladang, sumber
makanan utama seperti buah-buahan, daging, sayur-sayuran, ubi dan lain-lain akan
terputus dan mereka akan mengalami masalah kekurangan makanan. Dengan
kesibukan mencari makanan di luar, kebanyakan anak peribumi adalah kurang
mendapat didikan agama dan perasaan kasih sayang daripada ibu bapa mereka.
Program guru penyayang boleh dilaksanakan untuk menonjolkan kasih sayang kepada
anak-anak murid Orang Asli yang lama terpinggir oleh masyarakat sekarang.
Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan dan berjangka panjang. Usaha
guru ini dapat membantu anak-anak murid peribumi mendapat kasih sayang dan
keyakinan untuk membuat perubahan dalam kehidupan mereka. Guru hendaklah
melaksanakan aktiviti seperti mengalu-alukan kehadiran murid, pelaksanakan program
mentor mentee dan memberi penghargaan kepada murid. (lihat lampiran)

You might also like