• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Tok..Tok..Tok.... Kedengaran bunyi ketukan di pintu ditambah pula dengan suara nyaringmak yang nyaring seperti Jaclyn Victor itu mengejutkan aku daripada lenaku. Arghh..... habissemua mimpi indahku terbang bertaburan.“Linda!!!!!!!!!! Bangun...cepat laaa linda mak dah sediakan sarapan kau kat meja tu...mak nak hantar adik kau pegi ‘nursery’ ni...cepat sikit..nanti bas sekolah kamu tinggalkan kamu”terdengar suara nyaring emak yang kadangkalanya membuat tahi telingaku terkeluar tanpa perlu dikorek.“ Ya mak,” balasku.Aku lantas mengambil tualaku sambil menuju masuk ke dalam kamar mandi. Hmm bermulalagi satu hari baru yang amat membosankan. Pastinya aku menjadi bahan lawak di sekolahkulagi pada hari ini...sama seperti kelmarin..sama seperti minggu lalu..sama seperti bulanlalu..dan sama seperti tahun lalu..telingaku seolah lali sudah mendengar ejekan rakan-rakankudi sekolah. Kadangkala terdetik di dalam hatiku bahawa apa salahku sehinggakan aku dihinasebegitu rupa. Seingatku , aku tidak pernah melakukan apa-apa kesalahan terhadap mereka.Alamak, dah pukul berapa ni...aku lantas keluar daripada bilik air... Oh My God!!!! Hanyatinggal beberapa minit sahaja lagi bas sekolahku akan datang mengambil aku.. Dan aku belum lagi memakai baju sekolah.. Aku memakai baju dalam keadaan tergesa-gesa. Aku pantas mengambil sikat dan pin rambut...sedang aku tergesa-gesa mengemaskan rambutku,aku terdengar bunyi hon basku...alamak....aku berlari-lari anak menuruni tangga. Tetapimalangnya..tubuhku yang sememangnya besar tergelincir..‘POK’ aduh sakit sekali ni punggung aku......aku terduduk sambil mengerang kesakitan.Terdengar bunyi enjin bas sekolahku perlahan-lahan meninggalkan kwasan rumahku..Alamak lambat lagi ke sekolah. Akhirnya aku terpaksa bersenam di awal pagi ini menaiki basikal ke sekolah... Habis turun berat badanku sebanyak 5 kilo.. sepanjang perjalanan akusempat membeli sebungkus coklat..Hai camne laa nak turun berat badan kalau tak habis-habis membeli coklat.. Rungutku didalam hati.. aku mengayuh basikal dengan berhati-hati. Sebaik sahaja tiba di hadapan bangunan sekolah, ku lihat Fairuz seolah-olah menunggu ketibaanku ke sekolah. Akutersenyum teringatkan mimpiku semalam. Ku lihat seolah-olah Fairuz berlari menujukearahku sambil berteriak memanggil namaku. Aku turut berlari ke arahnya sambilmenjeritkan namanya... Namun semua itu hanya mimpi...“WOI GORILLA, cepat laa sikit.. dah laa lambat pergi sekolah” Jerit Fairuz. Erm malunyaaku..berangan lak aku di depan mamat ni.. aku lihat Jasmin tergedik-gedik menuju kearahFairuz.“Huh,” dengusku di dalam hati. Sakit hatiku melihat Jasmin yang sememangnya selalumengenakan aku. Kalau bukan kerana mulutnya yang seperti joyah itu pastinya wargasekolah ini tidak akan menggelar diriku sebagai GORILLA.Semuaya bermula ketika aku meluahkan rasa tidak puas hatiku terhadpnya... Jasmin memangsuka menggelar orang lain dengan nama yang memalukan atau menyakitkan hati. Aku ingat
 
lagi pada hari tu, Jasmin memanggil Sharifah sebagai “badakkerana Sharifah tidak mendengar panggilannya. Aku yang pada masa itu berada disana berusaha untuk menjadi pembela kepada Sharifah yang sememangnya amat rapat denganku..( actually tak rapatsangat pun). Aku yang sememangnya bercita-cita untuk menegakkan keadilan sepertispiderman, batman, kluangman, cicakman, ultraman..erksss kembali kepada cerita asal, akuni memang peminat cerita-cerita camtu.ok kita berbalik kepada dunia nyata,“Hoi Jasmin, ko ingat ko tu perfect sangat ker nak panggil orang badak hah??!! Ko tu dah laa bibir tebal macam negro, mulut muncung cam itik.. ko tau tak yang sebenarnya muka ko tusama sahaja dengan itik di belakang rumah aku.. yang setiap hari berak kat depan pinturumah aku” aku berteriak sekuat hatiku... Namun semua itu hanya ku ungkapkan di dalamhati.. Untuk mengatakan hal sebegitu amatlah mustahil bagi diriku,.“Linda, kenapa kau tercegat macam pokok balak kat depan pintu tandas ni?? Ko tak puas hatisama aku ker??’“erm tak Jasmin, kesian kat Sharifah,jangan laa ko panggil dia badak lagi ek..”“ko peduli apa aa gemuk?? Kenapa kau ni suka sangat masuk campur dalam hal orang lainha?? Kau nak tau, sebenarnya kau dengan Sharifah sama saja. Kalo Sharifah tu badak.. kau ni binatang ‘GORILLA’.sapa suruh badan kau gemuk sangat sampai tak ada orang nak dengankau” jerit jasmine dihadapan mukaku.Yuck terasa air liurnya bersemburan di mukaku.“Lagi satu ek gorilla aku ingatkan kau, sedar laa diri tu sikit.. kalau kau tak sedar diri lagi,mari biar aku sedarkan kau,kau tu GEMUK!!! GEMUK!! Faham tak.. Kau ingat aku tak tauyang kau ni minat kat Boyfriend aku tu. Tolong sikit, Fairuz tu tak ingin dengan perempuangemuk cam kau ni.”Aku terpana sebentar. Alamak!!!!!!!!!!! Macam mana minah ni boleh tahu yang aku ni minatdekat balak dia. Aku tau laa balak dia tu hensem sangat, dah tu top student. Tak tahu la apayang Fairuz Nampak kat Jasmin ni, nak kata lawa tak la jugak, otak pun hamper sama sajadengan semut.“Ergh, apa yang kau kata ni Jasmin?? Mana ada aku minat dekat Fairuz, aku tau aku tak layak dengan dia. Lagipun aku tak nak laa dengan orang yang macam tu, bukan ‘taste’ aku.Siapa yang bagitau kau cerita yang mengarut ni??” Bidasku cuba menafikan kebenaran..“Betul ke ni?? Kau jangan tipu aku ek??? Ok aku percaya dekat kau.. tapi kalau aku dengar cerita-cerita camni lagi, aku takkan lepaskan kau,”“HOI, sampai bila kau nak tercegat kat luar tu??? Masuk laa kejap lagi dah nak tutup pintu‘gate ni, Nanti aku tulis nama kau kang,”Habis bertaburan ‘flashback’ku sebaik sahaja disergah oleh mamat pujaan hatiku yang jugamerupakan teman lelaki kepada manusia itik yang paling ku benci di semuruh alam semestani..“Kejap,”
 
“Lari cepat, kalau tak aku tulis nama kau,” jerit Jasmin lagi.‘Ish sejak bila pula budak tu naik pangkat jadi warga sekolah yang memakai baju ‘kaler’ biruni..setahu aku Fairuz saja yang berpakaian biru, gedik!!!!! Mentang-mentang ‘boypren’ dia tu pakai baju biru,dia ingat dia boleh laaa arahkan orang sesuka hati. Itik!!!!!!!!!!!!!!!,’ rungutkusambil berlari.Aku berlari sepenuh hati, YESSSS!!!!!!!!!! Akhirnya aku berjaya mendapatkan pingat emasdi dalam sukan KOMANWEL dalam acara 400m perempuan. Erkss apa yang aku mengarutni.....???@#*!??‘Erm bila laaa ada putera macam dalam cerita dongeng muncul dalam hidup aku ni, hei akunak jugak jadi sleeping beauty yang dibangunkan oleh seorang putera, aku nak jugak jadiseperti snow white yang dihidupkan semula oleh ciuman sang putera, aku nak jugak jadiseperti Cinderella yang diselamatkan oleh seorang putera raja...erm tapi aku tak nak jadiseperti puteri raja yang diselamatkan oleh SHREK!!!!!!“ARGHHHHHHHHHH,,, aku tak nak” jeritku sekuat hati.“LINDA!!!!!!!!!!!!!! Kenapa kamu terjerit macam orang ternampak hantu??!!!”Aku membuka mataku, terlihat wajah Cikgu Maimunah yang sememangnya sentiasamenakutkan aku..Ku pandang sekeliling,semua pelajar di kelas melihatku dengan pandanganmata yang menunjukkan rasa kehairanan, Sharifah, Fairuz, Fiqah, Jasmin................. arghhhhhmalunya daku..“Kamu terangkan kembali kepada seluruh kelas mengenai tajuk yang kita bincangkan tadi,”arah Cikgu Maimunah....erksss habis laa kau ni, dah la subjek kimia ni subjek yang palingaku benci..arghhhhhhh someone please help me......“er.......bi..laa oksigen....erm.....” aku cuba menerangkan semula pembelajaran kami taditetapi otakku tekah menjadi beku..(sebenarnya langsung tak tahu apa2).Aku melihat sekeliling mengharapkan bantuan daripada rakan-rakanku. Tetapi semua hanyamemandang diriku dengan penuh persoalan......“LINDA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! AWAK KELUAR SEKARANG DARIPADA KELASSAYA,” jerit Cikgu Maimunah..“Ya Allah Terkejutnya aku, terasa seolah- olah jantungku telah terjatuh akibat jerkahanCikgu Maimunah sebentar tadi. Aku berdiri sebentar mengembalikan semangat diriku yangtelah terbang disebabkan Cikgu Maimunah..
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...