You are on page 1of 13

1

MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA DALAM KALANGAN MURID TAHUN DUA


DI SK PANCHOR PANTAI REMIS PERAK

TUTOR
ENCIK ABDUL AZIZ B. HAJI SULAIMAN


NAMA PELAJAR : MOHD HANIM BIN ABDUL KAHAR
PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENGAJARAN
( PENDIDIKAN RENDAH ) DENGAN
KEPUJIAN

NO. MATRIK : 660127086547002
NO. KAD PENGENALAN : 660127086547
NO. TELEFON : 019-5758845
E-MEL : ekametra@gmail.com
PUSAT PEMBELAJARAN : Perak Learning Centre


2

BAB 4
HASIL KAJIAN


4.0 Pendahuluan
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membantu murid-murid yang lemah dalam menguasai
kemahiran membaca bagi pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2 di Sekolah Panchor. Aktiviti
pelaksanaan yang digunakan ialah Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi
penyebutan suku kata. Kelas ini terdiri daripada 16 orangmurid iaitu 11 orang murid lelaki
dan 7 orang murid perempuan.

4.1 Profil Responden
Hanya tujuh orang murid telah dipilih sebagai responden kajian.Pemilihan ini dibuat melalui
ujian diagnostic yang telah dilakukan terhadap 16 orang murid berkenaan. Responden ini terdiri
daripada dua orang murid perempuan dan lima orang murid lelaki. Responden ini telah
dikenalpasti mempunyai masalah dalam membaca perkataan dua suku kata. Tahap pencapaian
responden ini adalah lemah dan sederhana berbanding 9 orang murid yang lain.. Oleh itu kajian
telah dilakukan terhadap tujuh orang responden ini.

4.2 Dapatan Kajian
Penilaian terhadap penguasaan murid dalam membaca dilakukan melalui perbandingan ujian pra
dan ujian pos.. Keputusan ujian pra dan ujian pos telah dibuat perbandingan bagi melihat
perubahan pencapaian responden. Cara pengujian dalam ujian pos adalah sama dengan ujian pra
namun menggunakan perkataan yang berbeza. Dalam ujian ini murid diminta membaca 140
perkataan dua suku kata berdasarkan pola terbuka terbuka (KV+KV), terbuka tertutup
(KV+KVK), tertutup tertutup (KVK+KVK), tertutup terbuka (KVK+KV). Berikut merupakan
perbandingan keputusan ujian pra dan ujian pos.
3

Jadual 1 . Analisis Markah Keseluruhan Responden dalam Ujian Pra dan Ujian Pos
Bil Gred/ Markah
Ujian Pra Ujian Pos
Bil Peratus Bil Peratus
1
Cemerlang
( 106 140 )
- - - -
2
Baik
( 71 105 )
- - 6 85.7
3
Sederhana
( 36 70 )
4 57 1 14.2
4
Kritikal
( 0 35 )
3 43 - -

Graf 1. Analisis markah respondan dalam ujian pra dan ujian pos.


0
10
20
30
40
50
60
70
80
90
Cemerlang
( 106 140 )
Baik
( 71 105 )
Sederhana
( 36 70 )
Kritikal
( 0 35 )
P
e
r
a
t
u
s

Gred/Markah
Ujian Pra
Ujian Pos
4


Jika dilihat pada data keseluruhan ujian pra dan ujian pos, dapatlah dikatakan bahawa berlaku
peningkatan yang menggalakkan yang ditunjukkan oleh kesemua responden pada ujian pos.

Jadual 2 : Perbandingan ujian pra dan ujian pos
Bil
Nama
Murid/Responden
Ujian Pra Ujian Pos Peningkatan
Pencapaian
Markah % Markah % Markah %
1 Responden 1 26 18.57 104 74.28 78 +55.71
2 Responden 2 44 31.41 123 87.85 79 +56.43
3 Responden 3 31 22.14 115 82.14 84 +60.00
4 Responden 4 46 32.85 120 85.71 74 +52.86
5 Responden 5 6 4.28 82 58.57 76 +54.29
6 Responden 6 36 25.71 124 88.57 88 +62.89
7 Responden 7 50 35.71 115 82.14 65 +46.43


Melalui jadual 1, hasil kajian mendapati berlaku perbezaan pencapaian murid dalam ujian
pra dan ujian pos. Semasa ujian pra dijalankan didapati murid dapat membaca antara 6 hingga
50 perkataan sahaja. Manakala di dalam ujian pos pula murid dapat membaca antara 82 hingga
124 perkataan . Ini menunjukkan berlakunya jumlah peningkatan perkataan yang dibaca adalah
antara 60 hingga 88 patah perkataan. Data kajian ini telah menunjukkan bahawa aktiviti yang
dijalankan iaitu Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi penyebutan suku
kata yang telah dilalui oleh 7 orang respon membawa impak yang baik di mana berlakunya
peningkatan penguasaan murid dalam kemahiran membaca.


5


Graf 2. Perbandingan markah ujian pra dan ujian pos.


.Jadual 3. Min Bagi Responden
Item Ujian Pra Ujian Pos Selisih
Min 24.38% 79.89% +55.51%

Daripada jadual di atas juga menunjukkan bahawa data min purata ketika ujian pra ialah
sebanyak 24.38% telah meningkat menjadi 79.89% dalam ujian pos ini. Selisih min purata ini
ialah sebanyak 55.51%. Pengkaji mendapati berlakunya peningkatan min purata dalam ujian
pos dapat ditafsirkan sebagai berlakunya perubahan pencapaian setiap responden dalam
penguasaan kemahiran membaca. Dalam ertikata yang lain iaitu kajian ini telah berjaya
meningkatkan penguasaan murid dalam membaca



0
20
40
60
80
100
120
140
M
a
r
k
a
h

Responden
Ujian Pra
Ujian Pos
6

4.2.1 Perbandingan Pencapaian Responden di antara Ujian Pra dan Ujian Pos.
Secara terperincinya, kajian yang dijalankan ini adalah untuk mengenal pasti :
i. Adakah terdapat keberkesanan dalam peningkatan pencapaian murid dengan penggunaan
aktiviti Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi penyebutan suku kata
ii. Adakah minat murid dapat ditingkatkan dengan kaedah penbgajaran yang menggunakan
aktiviti Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi penyebutan suku kata

Hasil analisa data yang telah diperolehi melalui dua ujian ke atas responden , didapati secara
nyata wujudnya perubahan markah ujian di antara kedua-dua ujian telah dijalankan. Ujian pra
dijalankan sebelum aktiviti Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi
penyebutan suku kata dilaksanakan, manakala ujian pos pula dijalankan ke atas responden
setelah mereka menjalankan aktiviti Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi
penyebutan suku kata. Dengan data-data yang berjaya dikumpulkan, terbuktilah bahawa
dengan aktiviti Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi penyebutan suku
kata berjaya meningkatkan kemahiran membaca para responden .

4.3 Rumusan
Saya mendapati bahawa murid yang dahulunya amat lemah dalam kemahiran membaca telah
menunjukkan perubahan yang ketara hasil daripada aktiviti yang dijalankan. Murid-murid juga
semakin seronok kerana boleh membaca lebih banyak perkataan. Perkara ini membuktikan
bahawa kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dalam membaca ini telah berjaya
dilaksanakan.




7

BAB 5
PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI

5.1 Pengenalan
Dalam bab ini, penyelidik akan memberikan ringkasan kajian, membincangkan dapatan-dapatan
kajian, memberi kesimpulan dapatan kajian, membincangkan implikasi dapatan-dapatan kajian
dan mencadangkan kajian lanjutan berpandukan hasil analisis data dan dapatan-dapatan kajian
telah dibentangkan dalam bab keempat. Ianya juga merupakan penutup tirai untuk kajian ini.

5.1 Ringkasan Kajian
Maklumat yang diperolehi berdasarkan analisis data dalam bentuk jadual seperti yang
dipaparkan dalam bab 4 boleh disimpulkan seperti berikut :-
i. Aktiviti pelaksanaan yang digunakan iaitu Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata
dan Latih tubi penyebutan suku kata dapat meningkatkan minat dan motivasi murid terhadap
kemahiran membaca.
ii. Kesemua responden yang terlibat menunjukkan minat dan sentiasa bermotivasi dalam
mengikuti aktiviti yang dijalankan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung..
iii. Aktiviti Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi penyebutan suku
kata adalah antara aktiviti yang mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran di bilik
darjah
iv. Kesemua responden mengganggap mereka lebih berminat untuk membaca.
v. Semua responden lebih menggemari cara belajar membaca melalui aktiviti Cantumkan
Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi penyebutan suku kata.


8

5.2 Perbincangan Dapatan Kajian
Hasil kajian dibincangan adalah berfokuskan kesan dan impak penggunaan aktiviti membaca
Cantumkan Saya, Nyanyian Suku Kata dan Latih tubi penyebutan suku kata dalam
membantu meningkatkan prestasi kemahiran membaca di kalangan murid tahun 2
Melalui data yang telah dianalisis, beberapa perkara dapat dijelaskan dan, beberapa tindakan
seterusnya dirancang bagi memastikan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
kemahiran membaca , direnungkan lagi kajian-kajian lain yang berkaitan untuk dilaksankan dari
masa ke semasa.
Melalui kajian yang dijalankan , satu gambaran awal dapat dilihat iaitu walaupun respon-respon
telah sampai ke tahun 2, mereka masih tidak dapat menguasi kemahiran membaca dengan baik.
Ini disebabkan mereka hanya terdedah kepada kaedah pengajaran yang tidak menggunaan
sumber-sumber pendidikan yang dapat membantu menarik minat mereka untuk belajar.
Oleh itu sebagai guru sepatutnya perlu terus mencari kaedah dan aktiviti yang mampu menarik
minat murid untuk membaca

5.3 Kesimpulan Dapatan Kajian
Meujuk kepada dapatan kajian, penggunaan aktiviti seperti Cantumkan Saya, Nyanyian Suku
Kata dan Latih tubi penyebutan suku kata adalah salah satu alternatif kepada teknik dan
strategi yang sedia ada digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu untuk
meningkatkan kemahiran membaca. Kesemua responden menujukkan pencapaian skor yang
membanggakan . Petunjuk ini membawa pengertian bahawa responden bersedia dan mereka
dapat menerima aktiviti yang sebagai salah satu bahan bantu belajar di dalam kelas Bahasa
Melayu
Hasil kajian menunjukkan bahawa aktiviti belajara membaca perlu dipelbagaikan bagi menarik
minat murid-murid untuk membaca Berdasarkan analisis sola selidik yang telah diperolehi
menunjukkan bahawa timbulnya sikap positif dan minat terhadap kemahiran membaca Hal ini
jelas dapat dilihat melalui jadual yang telah ditunjukkan dalam dapatan kajian. Secara
9

keseluruhannya, kumpulan sasaran menunjukkan sikap dan reaksi positif dan menyokong
kehendak pengkaji.

5.4 Implikasi Dapatan Kajian.
Menerusi kajian yang dilakukan ke atas responden,aktiviti yang telah dijalankan dalam
pengajaran dan pembelajaran itu telah memberikan suatu petunjuk yang positif. Wujud
perubahan skor markah responden ketara meningkat. Petunjuk ini boleh ditafsirkan bahawa
aktiviti yang dijalankan membawa kepada keberhasilan yang menguntungkan semua responden
yang terlibat . Dalam erti kata lain aktiviti yang dilaksanakan sangat bersesuaian dan berkesan.
Responden semakin yakin untuk terus membaca. Responden tidak lagi memerlukan masa yang
lama membaca perkataan dua suku kata berdasarkan pola terbuka terbuka (KV+KV), terbuka
tertutup (KV+KVK), tertutup tertutup (KVK+KVK), tertutup terbuka (KVK+KV).
Sebagai seorang guru, pengkaji merasakan suatu kejayaan yang besar apabila melihat
peningkatan skor kesemua responden walaupun belum mencapai tahap cemerlang.

5.5 Cadangan kajian seterusnya
Beberapa cadangan yang difikirkan perlu bagi meningkatkan prestasi pengajaran dan potensi
pembelajaran murid untuk meningkatkan kemahiran membaca murid sekolah rendah antaranya,
iaitu pengajaran asas kemahiran membaca diberikan penekanan yang serius agar murid dapat
menguasainya. Pengajaran Bahasa Melayu seharusnya disampaikan dalam pendekatan yang
lebih menarik dengan kepelbagaian bahan bantu mengajar serta kaedah pengajaran yang menarik
dan mampu memperkembang lagi keupayaan kemahiran membaca murid.
Kepelbagai kaedah dapat membentuk murid tidak cepat bosan dan penat semasa proses
pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah. Selain itu, penggunaan bahan bantu mengajar yang
menarik, bersesuaian dengan tahap kebolehan perkembangan intelek murid semasa
merencanakan isi pelajaran dapat merangsangkan minat murid dan bermotivasi untuk terus
belajar. Bahan bantu mengajar hendaklah digunakan secara optimum dalam pembelajaran agar
menghasilkan pembelajaran bermakna dan meninggalkan kesan positif dalam diri murid.
10

Menurut Muhamad Hasan (2000), penggunaan media bertujuan untuk memudahkan guru dan
murid berinteraksi atau perhubungan dua hala yang dapat menarik minat penerima untuk
bertindak balas.

Usaha yang berterusan pihak pengurusan sekolah seharusnya konsisten menggembeleng usaha
mencapai matlamat membantu murid-murid menguasai kemahiran membaca dengan
mengadakan kelas pemulihan. Seminar serta kursus yang bermanfaat seharusnya diberikan
penekanan yang jelas kepada guru dengan memberi maklumat dan input tentang keperluan khas
murid-murid menguasai kemahiran membaca dan menulis. Selain itu, ujian pencapaian murid
mempunyai had tempoh masa dan dijalankan secara sistematik bagi menilai keberkesanan
pencapaian pengajaran dan pembelajaran murid-murid.
Persepsi guru tentang imej murid yang memerlukan bantuan seharusnya positif dan mempunyai
kesedaran bahawa mereka seharusnya dilayan secara saksama dan berpotensi untuk berjaya sama
seperti rakan mereka yang beruntung. Tambahan lagi, kesabaran serta ketekunan guru amatlah
penting bagi membentuk amalan membantu murid untuk berjaya.
Akhirnya, KPM perlu mengadakan lebih banyak kursus khas kepada guru-guru yang terlibat
dalam permasalahan kemahiran membaca . Selain itu, penerbitan teks panduan guru pemulihan
bertujuan memberikan input tentang kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan
murid untuk meningkatkan kemahiran membaca .







11

5.8 Rumusan
Kelemahan murid menguasai kemahiran membaca boleh menjejaskan potensi serta motivasi
dalam menguasai pelbagai kemahiran lain dalam mata pelajaran BahasaMelayu. Dengan
kerjasama yang melibatkan pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat membina iklim
persekolahan yang kondusif, dan persekitaran sekolah yang selamat dapat merangsang murid
bermotivasi untuk terus belajar.
Selain itu, faktor guru yang berketerampilan serta berkeupayaan menyerap kaedah, teknik dan
aktiviti serta menstrukturkan tahap pembelajaran supaya menjadi satu set binaan pengajaran dan
pembelajaran yang kreatif dan inovatif dapat memberikan kesan positif dan bermakna. Faktor ini
sememangnya dapat membina pembelajaran yang menggalakkan hala tuju pengajaran yang
hendak dicapai oleh guru.
Dalam usaha memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dewasa ini memang
perlu diberi perhatian yang lebih serius. Seluruh warga pendidik Bahasa Melayu mesti
mempunyai komitmen serta kekuatan untuk menghadapi cabaran dan seterusnya memanfaatkan
pengetahuan dan kemahiran pengajaran Bahasa Melayu sebaik mungkin.
Peningkatan profesionalisme guru Bahasa Melayu merupakan pemangkin akauntabiliti bahasa
dan bangsa Melayu. Ini amat bertepatan dengan saranan Menteri Pelajaran yang mahu sistem
pendidikan negara kita terus maju seiring dengan kemajuan negara berimpak tinggi.
Kesimpulannya, guru-guru mempunyai latar belakang dan sikap yang positif sahaja terhadap
Bahasa Melayu, tetapi tidak mempunyai kemahiran dalam penguasaan isi kandungan mata
pelajaran ini.
Guru yang tidak mahir dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa tidak semestinya
dapat memberikan komitmen yang tinggi Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu 11 Malay Language
Education Journal (MyLEJ) semasa mengajar di dalam bilik darjah. Situasi seperti ini perlu
diberi perhatian, iaitu komitmen yang tinggi perlu seiring dengan penguasaan pedagogi yang
cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Meayu.



12

BIBLIOGRAFI
Abdillah Bin Nurdin Asis.2009. Meningkatkan kemahiran membaca ayat-ayat yang
mengandungi perkataan gabungan tiga suku kata terbuka KV + KV + KV . Koleksi
Abdul Aziz Abdul Talib (1993 ). Menguji kemahiran bahasa, prinsip , teknik dan
Contoh, Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009 . Institut Pendidikan
Guru Kampus Batu Lintang

Aspalaila Ramli. Maslinda Mahmud (2006). Meningkatkan Kemahiran
Murid Membaca Ayat-ayat Yang Mengandungi Perkataan Gabungan Dua Suku
Kata Terbuka dan Tertutup KV + KVK. Jurnal Kajian Tindakan Negeri Johor
2006.Sekolah Rendah

Durkin, D.R. (1966) Children Who Read Early. New York: Teachers College Press

Kementerian Pendidikan Malaysia (1992). Asas Perkaedahan Mengajar Bahasa. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Roziah Abd Hamid (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid-murid Tahun 1
Dengan Latih-tubi Menggunakan Suku Kata Dan Gambar Proseding Seminar
Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005.

Schickedanz, J.A (1982). The acquisition of written language in young children. In Handbook
of Research in Education (Spodek B. Ed. ) 242 - 263. New York : The Free Pres

Searfoss, L.W.Z Readence, J.E. (1994). Helping Children Learn to Read. Boston : Allyn &
Bacon.
13


Siti Rosmah Mohamed. Saripah Sarif (2006).Ting-Ting Minda Meningkatkan
Kemahiran Membaca Perkataan Gabungan Suku Kata Terbuka dan Tertutup KV
KVK Dalam Kalangan Murid Pemulihan Khas. Jurnal Kajian Tindakan Negeri
Johor 2006 Sekolah Rendah.

Tredease, J. (1989a). Jim Trelease Speaks on Reading Aloud to children. The Reading
Teacher. Disember, 200 - 206.

Trelease. J. (1989b). The New Read Aloud Handbook . New York : Penguin

Zainora binti Mohd @ Man (2005). Meningkatkan Kemahiran Membaca Murid
Tahun 5 Melalui Latih Tubi Bacaan Menggunakan Kad Suku Kata.
Prosiding Seminar Penyelidikan Pendidikan IPBA 2005. Institut Pendidikan
Guru Kampus Bahasa Antarabangsa.

You might also like