You are on page 1of 5

LANDSKAP DAN PERLANDSKAPAN

1.0 DEFINISI

LANDSKAP bermakna apa sahaja yang dapat dilihat di atas permukaan bumi seperti
tumbuh-tumbuhan, gunung-ganang, sungai, tasik, bangunan dan sebagainya.

PERLANDSKAPAN ialah satu proses yang melibatkan kegiatan merancang, mereka


bentuk, melaksanakan dan mengurus landskap untuk keselesaan, keselamatan dan
kegembiraan manusia di samping mewujudkan suasana harmoni dengan alam sekitar
dan semula jadi.

REKA BENTUK LANDSKAP bermaksud membentuk dan menyusun ruang dan


unsurunsur landskap (tumbuhan, struktur, air batu) yang terdapat pada sesuatu
kawasan luiaran serta memperkayakan ruang-ruang tersebut dengan menyusun unsur-
unsur seni melalui proses dan prinsip-prinsip reka bentuk.

PEREKA BENTUK LANDSKAP ialah individu yang mereka bentuk landskap.


Biasanya mereka mempunyai latihan atau pengalaman dalam prinsip-prinsip reka
bentuk serta memahami keperluan-keperluan untuk kehidupan tumbuhan. Lazimnya
pereka bentuk landskap juga mempunyai latar belakang dalam bidang hortikultur
hiasan dan landskap.

ARKITEK LANDSKAP merupakan seorang profesional yang bertauliah dalam


bidang perlandskapan untuk menjalankan kerja-kerja merancang dan mereka bentuk
landskap. Mereka harus mahir tentang teknik-teknik perancangan, reka bentuk dan
pengurusan landskap yang menggabungkan kegiatan manusia dengan kehendak alam
sekitar semula jadi.

KONRAKTOR LANDSKAP adalah pihak yang membuat kerja-kerja pembinaan


landskap dan telah melalui latihan formal atau memiliki pengalaman serta memahami
selok belok pembinaan sesuatu kawasan landskap. Mereka juga harus dapat
memahami prinsip-prinsip asas reka bentuk, membaca pelan dan spesifikasi,
keperluan tumbuh-tumbuhan, teknik pembinaan dan juga pengurusan perniagaan.
2.0 FUNGSI FIZIKAL TUMBUHAN

 Mengawal hakisan tanah


 Meredakan iklim
 Melindungi pantulan cahaya/bunyi
 Memberi teduhan dari panas matahari
 Mengarah pergerakan
 Melindungi hidupan /serangga

3.0 FUNGSI ESTETIKA TUMBUHAN

 Membentuk ruang
 Merangka pemandangan
 Melembutkan pemandangan seni bina bangunan
 Mengikat bangunan dan struktur dengan permukaan bumi
 Menjadi penyatu kepada berbagai-bagai elemen di dalam sesuatu kawasan

4.0 CIRI-CIRI TUMBUHAN DALAM REKA BENTUK LANDSKAP

1. Bentuk - bulat, terbuka, merayap, bujur dan bertiang

2. Tekstur - tekstur batang dan tekstur daun

3. Warna - primer dan sekunder pada bunga, daun, buah dan


batang

4. Bau-bauan - bau-bauan bunga, kulit dan daun yang semula jadi

5.0 ASAS LUKISAN LANDSKAP

Jenis Pelan Landskap:

A. Pelan Konsep - digunakan untuk mengemuka idea-idea kasar


tentang cara merancang sesuatu kawasan. Pelan konsep digunakan untuk
membuat perbincangan awal dengan pelangan.

B. Pelan Awal - menggambarkan tentang idea-idea yang


dicadangkan dengan lebih terperinci. Dalam pel;an awal ini, pelanggan akan
mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai pembangunan kawasan
berkenaan.

C. Pelan Induk - merupakan pelan akhir pembangunan kawasan


tersebut. Ia menerangkan dengan terperinci mengenai idea-idea yang
dicadangkan untuk pelaksanaan.
D. Pelan Penanaman - Untuk projek besar, pelan ini dapat
menunjukkan bengan terperinci reka bentuk penanaman untuk kawasan
tersebut.

E. Model Berdasarkan Pelan - merupakan alat yang berkesan untuk


mengambarkan sesuatu idea tentang reka bentuk landskap. Berguna untuk
mengkaji dengan lebih terperinci pelan reka bentuk.

6.0 KOMPONEN PELAN LANDSKAP

 Kotak Tajuk - i. Nota-nota


ii Tajuk projek
iii Nama pereka bentuk
iv Tanda tangan pereka bentuk
v Tanda tangan pemilik
vi Bilangan lukisan
vii Tarikh lukisan disediakan
viii Tanda tangan pelukis pelan

 Arah Mata Angin

 Skala - 1” : 66’, 1” : 40’, 1” : 20’ dan 1” : 10’

1 : 1000, 1:5000, 1:200, 1:100

 Simbol

 Maklumat Bertulis

7.0 UNSUR-UNSUR LANDSKAP

1. Tumbuhan

2. Topografi

3. Air

4. Struktur

8.0 CIRI-CIRI REKA BENTUK LANDSKAP


- GARISAN
- BENTUK
- TEKSTUR
- WARNA
9.0 PRINSIP-PRINSIP MEREKA BENTUK LANDSKAP

 Ringkas dan bersatu

 Keanekaan

 Keseimbangan

 Penumpuan

 Turutan

 Skala

10.0 PROSES MEREKA BENTUK LANDSKAP

 Penganalisaan masalah

 Penganalisaan Kawasan dan Pelan Asas

o Penyediaan/mendapatkan pelan asas

o Inventori dan analisis


 Kedudukan tapak dan keadaan sekeling
 Keadaan muka bumi termasuk saliran, hujan dan angin
 Jenis tumbuh-tumbuhan sedia ada
 Jenis tanah dan kesuburannya
 Bangunan dan struktur yang sedia ada
 Menilai pemandangan yang menarik atau tidak
 Kegunaan dan susunan ruang-ruang yang sedia ada

 Mengenali pelanggan dan pengguna


o Nama dan umur
o Kegemaran dan hobi
o Minat dan keupayaan
o Keperluan rekreasi
o Belanjawan yang diperuntukan
o Keperluan-keperluan lain

 Pembentukan program
o Matlamat reka bentuk
o Objektif-objektif untuk mencapai matlamat
o Eleman yang digunakan untuk mencapai matlamat
o Bahan yang diperlukan untuk mewujudkan eleman.
LAMPIRAN

GAMBARAJAH REKA BENTUK


LANDSKAP

1. CONTOH PELAN ASAS

2. CONTOH INVENTORI TAPAK

3. CONTOH ANALISIS TAPAK

4. CONTOH PELAN KONSEP

5. CONTOH PELAN INDUK

6. CONTOH MODEL PELAN

7. CONTOH SIMBOL-SIMBOL POKOK RENEK

8. CONTOH SIMBOL-SIMBOL POKOK TEDUH

9. CONTOH SIMBOL-SIMBOL PENUTUP BUMI

10. CONTOH PELAN 3 DIMENSI

Disediakan oleh
Unit pertanian,
Kemahiran hidup

You might also like