You are on page 1of 4

Aktiviti Penilaian.

Semut dan Merpati



Pada suatu hari, seekor semut sedang minum air di tebing sungai. Tiba-tiba angin
bertiup kencang. Semut itu terjatuh ke dalam sungai. Semut yang malang itu
terkapai-kapai di dalam air. Dia rasa tentunya akan mati lemas. Seekor burung
merpati berehat di pokok berdekatan dan ternampak apa yang berlaku. Dengan
pantas, dia memetik sehelai daun dan menjatuhkannya ke permukaan air
berhampiran semut. Semut memanjat ke atas daun itu. Akhirnya, dia hanyut ke
tebing sungai dengan selamat. Semut berkata, "Terima kasih, sahabatku. Saya akan
menolongmu suatu hari nanti."Beberapa hari kemudian, seorang pemburu datang ke
tempat itu untuk memburu burung. Dia ternampak merpati itu berehat di atas pokok.
Dia mengeluarkan busur dan anak panahnya. Pemburu mengarahkan busur dan
anaknya ke arah burung merpati itu.Semut ternampak segalanya. Dia teringat
burung merpati itu pernah menolongnya. Dengan pantas, semut mengingit kaki
pemburu. Dia melompat kesakitan dan anak panahnya terlepas sasaran. Apabila
terdengar jeritan kesakitan pemburu itu, burung merpati pun terbang pergi. "Terima
kasih, semut," kata burung merpati itu. "Kali ini, kamu telah menolong saya."

Garis dan tulis semula imbuhan awalan dan akhiran yang terdapat di dalam petikan
di atas .
BIL. IMBUHAN AWALAN IMBUHAN AKHIRAN






Aktiviti Pemulihan
Lengkapkan ruang kosong dengan imbuhan awalan yang betul.

1. Alex sedang _______ (memainkan / bermain / termain) bola di padang.
2. Puan Halimah sedang _________ (dicuci / mencuci / pencuci) pakaiannya.
3. Semua __________ (penonton / menonton / ditonton ) bertepuk tangan apabila
persembahan di pentas itu tamat.
4. Pokok bunga itu ________ (ditanam / menanam / tanamkan) oleh ibu.
5. Walaupun kalah dalam pertandingan badminton itu, Sunny tidak pernah _______
(berputus / terputus) asa.
6. Sesiapa yang berminat menyertai _________ (melawat / lawatan / dilawati) itu, sila
beritahu guru kelas.






















AKTIVITI PENGAYAAN

Gariskan imbuhan akhiran yang terdapat di dalam petikan di bawah.

Monyet yang Pintar
Binatang-binatang kecil di hutan tidak senang hati dengan kedatangan singa di
tempat mereka. Singa itu mengaku dirinya raja walaupun sebenarnya dia bukan raja
di hutan itu. Singa itu sangat ganas. Binatang-binatang yang lemah sering
menjadi mangsanya. Oleh itu, binatang-binatang di hutan tersebut mencari jalan
untuk menghapuskan singa itu.
Biar saya yang pergi berjumpa dengan singa itu. Saya akan merayu
kepadanya agar tidak menangkap haiwan di hutan ini lagi, kata kambing tua kepada
kawan-kawannya. Dia sanggup berkorban nyawa demi keselamatan rakan-
rakannya. Semasa pertemuan dengan kambing, singa itu berkata dengan angkuh.
Kalau kamu tidak mahu aku menangkap binatang di hutan ini lagi, kamu
hendaklah mempersembahkan makanan kepada aku setiap hari. Terdiam semua
binatang apabila kehendak singa itu disampaikan oleh kambing tua kepada mereka.
Naik darah kijang mendengar kata-kata singa itu. Dia berfikir sejenak lalu
berkata dengan marah.
Jangan beri muka kepada singa yang kejam itu. Ada hati dia mahu makan
kita. Kita mesti membunuhnya sebelum kita menjadi mangsa seterusnya.
Tapi bagaimana, kijang? sampuk arnab yang hanya berdiam diri sejak tadi.
Kita masih ada jalan. Biar saya yang menjadi mangsanya yang pertama,
kata monyet dengan berapi-api.
Esoknya, monyet pergi menyerah diri kepada singa itu. Mengapa lambat,
ha? Engkau tahu tak, aku lapar? herdik singa.
Ma...ma...maafkan patik tuanku. Semasa dalam perjalanan ke sini, patik
telah ditangkap oleh seekor singa yang mengaku dirinya raja, sembah monyet pura-
pura ketakutan.
Apa? Raja? Hanya aku raja di hutan ini! Tunjukkan kepadaku tempat si
bedebah itu. Biar aku tamatkan riwayatnya! kata singa dengan bengis. Panas hati
singa mendengar penjelasan monyet.
Monyet pun membawa singa ke sebuah perigi. Apabila tiba di tepi perigi
tersebut, monyet pun berkata, Itu dia singa yang mengaku dirinya raja, tuanku,
Monyet menunjukkan bayang-bayang singa di dalam perigi itu. Tanpa membuang
masa, singa pun terjun ke dalam perigi tersebut untuk membunuh Sang Singa yang
dilihatnya itu. Monyet riang kerana rancangannya berjaya.
Semenjak hari itu, binatang-binatang di hutan tersebut hidup dengan aman


Aktiviti :
Memadankan perkataan mengikut imbuhan yang betul.


AWALAN Pertama
Tunjukkan
Tersebut
Mangsanya
AKHIRAN Makanan
Membuang
Tamatkan
Rancangannya

You might also like