You are on page 1of 6

Tidak ada masyarakat atau bangsa yang tidak ada budaya.Menurut A.

Aziz Deraman,Budaya
adalah milik masyarakat dan citra sesuatu bangsa.Manifestasinya dinyatakan dalam pelbagai
rupa,idea dan falsafah, kesenian,aspek kebendaan dan adat resam.Perkara ini sering dikaitkan
dengan bahan bersejarah atau warisan budaya dan ia dipelihara dan diabadikan sebagai tinggalan
tamadun bangsa sejak zaman silam.
Malaysia terutamanya merupakan sebuah Negara yang dimana penduduknya terdiri daripada
masyarakat berbilang kaum,etnik,dan bangsa.Senario ini juga menunjukkan bahawa Malaysia
merupakan sebuah Negara yang kaya dengan budaya yang pelbagai berikutan setiap suku kaum
di Negara ini mempunyai sejarah,kesenian,serta budaya yang tersendiri
Ternyata kebanyakan etnik di Negara ini masih tidak melupai dan mengabaikan adat resam
serta budaya suku kaum masing-masing.Ada yang masih mengekalkan amalan tradisi yang
diwarisi dari turun temurun dan ada yang sudah mengubah cara pengamalan mengikut
kesesuaian dengan perubahan keadaan semasa.
Namun,tidak kira bagaimana cara pengamalan sekalipun,penghayatan serta pengamalan
budaya dan adat resam di Negara ini tetap tidak lari daripada terkena tempias arus cabaran-
cabaran tertentu terutamanya di dunia yang serba moden masa kini.Cabaran-cabaran yang
dimaksudkan adalah sudah tentu merupakan isu-isu budaya yang semakin menjadi buah mulut
dikalangan suku kaum masing-masing terutamanya kepada generasi-generasi masa kini yang
dikatakan sudah berfikiran moden dan urban.
Salah satu isu budaya yang hangat sudah tentulah isu Kuda Kepang amalan suku etnik Jawa
yang sudah tidak asing lagi dikalangan masyarakat majmuk di Negara kita.Semenjak dari kecil
lagi kita sudah diperdengarkan menenai kisah-kisah kuda kupang tidak kira melalui media massa
mahupun daripada kisah orang-orang tua.


Menurut Mohamed Ghouse Nasuruddin,kuda kepang merupakan sejenis tarian yang terdapat di
Johor yang dibawa masuk dari Jawa.Ianya mula ditarikan oleh orang Melayu yang berketurunan
Jawa.Asal-usulnya dikatakan daripada cerita mitos dan lagenda.Antara yang paling popular
adalah yang mengatakan bahawa kuda kepang diasaskan oleh Wali Songo,sekumpulan Sembilan
wali Islam pada kurun ke-15 sebagai salah satu kaedah menyebarkan agama Islam.Satu lagi
pendapat menyatakan ia berasal dari kelakuan kuda Sayidina Ali semasa peperangan.
Kuda Kepang pada keseluruhannya mempunyai alat muzik ketukan seperti yang berikut:-
1) Gendang
2) Jidur
3) Gong
4) Kenung
5) Angklung
Gendang pada kebiasaannya berukuran 36 inci panjang kecuali Gendang Jawa yang
berbentuk barrel dimana ia mempunyai muka kecil dan muka besar.Muka besarnya berukuran
lilit 45 inci dan garis pusat 15 inci manakala muka kecilnya mempunyai lilitan 29 inci dan garis
pusat 10 inci.Jidur berbentuk seperti tong.ianya berukuran 16 inci panjang dengan garis pusat 12
inci dan lilitan 38.5 inci di kedua-dua muka.Ia diperbuat daripada batang kelapa dan kedua-dua
mukanya ditutup dengan kulit lembu atau kulit kerbau.
Gong pula berbentuk bulat dan berukuran 22 inci garis pusat dan 71 inci lilitan.Namun
kadangkala sebuah gong kumbang yang biasa digunakan dalam kumpulan muzik wayang Jawa
digunakan.Kenung pula merupakan satu alat yang mengandungi sepasang canang yang
diletakkan diatas rangka kayu empat segi bujur.Rupanya seperti canang wayang kulit
Kelantan.Sebilangan kumpulan menggantikannya dengan saron demung.
Terdapat lima buah angklung,sebuah bersuara kod C,sepasang bernada C dan sepasang
bernada G.Setiap angklung mengandungi tiga potongan buluh dan setiap satu berbeza saiznya
dan dipasang di atas bingkai kayu.Angklung membunyikan kod C minor sepanjang lagu
sementara gong dipalu dua kali dalam setiap ukuran iaitu sekali di tengah dan sekali di hujung.



















Bagi masyarakat Melayu Islam masa kini,mereka menyifatkan kuda kepang sebagai satu
upacara yang mengandungi unsur-unsur syirik yang bertentangan dengan akidah serta lunas-
lunas yang berlandaskan syarak islam.Ini berikutan melalui pemerhatian mereka mengenai
pelaksanaan Kuda Kepang itu sendiri yang dikatakan berbentuk ritual animisme iaitu salah satu
bentuk pemujaan terhadap tenaga semangat alam sekitar.
Selain itu,dikatakan juga kuda kepang membawa pemainnya kepada pemujaan terhadap
syaitan.Ini berikutan terdapat unsur kerasukan di dalam kuda kepang yang sememangnya
menjadi kebiasaan.Fasa kerasukan ini selalunya dapat dilihat dengan jelas apabila pemain kuda
kepang pada satu tahap akan bertindak di luar kawalan diri seolah-olah tubuh badan mereka
seperti diambil alih oleh satu semangat hasil jampi dan mentera yang dibaca oleh pemimpin
mereka.
Malah lebih ekstrem lagi ada sebilangan daripada mereka sehingga disebat dengan belati
sekuat mana sekalipun,ianya tidak membawa apa-apa kesan terhadap mereka.Ini berikutan
kononnya apabila tenaga atau semangat merasuki tubuh mereka,tubuh mereka seolah olah
menjadi kebal serta tahan segala jenis serangan fizikal.Perkara ini bukan lagi menjadi satu
khabar angin malah bukti-bukti terhadapnya boleh dilihat dengan jelas di dalam video-video
yang tersebar dengan meluas di internet terutamanya melalui laman web youtube.
Selain,terdapat juga amalan-amalan utama kuda kepang yang dikatakan mempunyai unsur
syirik seperti upacara memakan kaca serta upacara menurun.Walaupun upacara seperti ini
dikatakan sudah tidak tidak diamalkan lagi sejak berdekad,namun,tidak dapat dinafikan terdapat
segelintir pengamal atau penggiat seni yang ekstrem masih mengamalkannya.Tidak dinafikan
terdapatnya penggunaan ayat-ayat suci Al-Quran seperti semasa bacaan doa penutup untuk
menutup tarian namun,ianya langsung tidak dapat menjamin amalan itu selaras dengan ajaran
islam dimana tokoh-tokoh islam menyamakannya dengan amalan bomoh yang mencampur
adukkan ayat-ayat suci Al-Quran dengan jampi-jampi dan mentera-mentera yang diragui maksud
dan maknanya.
Semua bentuk pengamalan ini secara terang-terangan membawa unsur-unsur syirik dan
khurafat seterusnya amat bertentangan dengan syariat islam yang melarang umatnya daripada
menyekutu serta menyembah selain daripada Allah.Namun,harus kita ketahui juga bahawa bukan
soal akidah sahaja yang menjadi isu malah soal keselamatan juga dilihat menjadi isu oleh
kebanyakan pihak di dalam budaya kuda kepang ini.Menurut Chairul Fahmi Hussaini,apabila
berdiskusi mengenai amalan kuda kepang,isu keselamatan menjadi sesuatu yang wajar untuk
difikirkan.
Ini berikutan persoalan yang ditimbulkan oleh beliau iaitu apakah kita dapat menjamin serta
memastikan keselamatan pengunjung atau penonton yang hadir bagi menyaksikan pertunjukkan
kuda kepang terutamanya dikalangan wanita dan kanak-kanak.Persoalan ini sememangnya
masuk akal apabila kita merujuk kembali kepada pelakuan si penunggang kuda yang dirasuki
tenaga roh atau semangat dimana mereka menjadi liar dan bertindak di luar kawalan.Dalam
situasi sebegini,kita tidak boleh menduga apakah yang akan dilakukannya kepada para
pengunjung dan penonton serta bentuk ancaman yang berkemungkinan akan menimpa mereka.
Sudah tentunya kita semua telah tersedia maklum bahawa bukanlah satu perkara yang kecil
dan mudah bagi kita untuk mengawal situasi seperti ini.Ianya seperti apabila kita dikehendaki
untuk menjinakkan seekor kuda yang menjadi liar.Ia bukan sahaja begitu sukar malah ianya
boleh mengancam keselamatan kita.Begitu juga dengan kesan serta pengaruhnya keatas kanak-
kanak terutamanya dikalangan pelajar.Sudah tentunya dikhuatiri bahawa pelajar-pelajar ini akan
terpengaruh serta terbawa-bawa pelakuan si kuda kepang ini di sekolah sehingga boleh
mendorong mereka untuk bertindak liar di sekolah seterusnya boleh membahayakan
keselamatan pelajar-pelajar lain.





Menurut Zulkifli Ali,sudah tiba masanya untuk isu kuda kepang ini ditangani secara serius.Ini
kerana sejak sekian lama,mayarakat kita seolah-olah buntu untuk mencari jalan
penyelesaiannya.Walaupun sebahagian besar masyarakat kita lantang menyuarakan tegahan dan
larangan,namun ianya seolah-olah dipandang sepi oleh segelintir penyokong kuat kuda kepang
itu sendiri.Bagi mereka,kuda kepang hanyalah untuk hiburan semata-mata.
Namun jika difikir dengan lebih mendalam dan teliti,tidak ada salahnya bagi sesebuah
masyarakat untuk memelihara serta memartabatkan kesenian mereka asalkan kesenian mereka
mempunyai ciri-ciri yang boleh diterima dan disenangi oleh masyarakat pada masa kini.Begitu
jugalah dengan isu kuda kepang ini dimana ianya masih boleh diterima sekiranya konsepnya
diubahsuai serta ditambah baik selari dengan tuntutan masyarakat kini.Sekurang-kurangnya kita
boleh memansuhkan cirri-ciri yang tidak disenangi seperti upacara memakan kaca dan menurun
dan begitu juga dengan cirri-ciri yang lain.
Sebagai masyarakat melayu yang beridentitikan islam,alangkah eloknya jika kita semua
berganding bahu mencari penyelesaian daripada bertelagah sesama sendiri yang boleh
membawa kesan yang lebih buruk terhadap perpaduan yang sememangnya menjadi tuntutan
utama di dalam islam.

You might also like