You are on page 1of 25

[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

1

PENDAHULUAN
Malaysia, sebagai negara pesat membangun, sedang mengalami perubahan selaras dengan hasrat
untuk mencapai Wawasan 2020. Antara cabaran Wawasan 2020 adalah untuk mewujudkan dan
membangunkan masyarakat maju bersifat holistik. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali
melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah
kepada sesiapa dan dihormati oleh rakyat negara lain. Misi Nasional yang diperkenalkan
bertujuan untuk menyahut cabaran Wawasan 2020 dalam jangka masa 7 tahun akan datang.
Pendekatan Misi Nasional memberi penekanan ke atas pembangunan modal insan minda kelas
pertama yang akan merealisasikan kejayaan Malaysia sebagai negara yang dihormati dan
disegani.
Seiring dengan Visi dan Aspirasi yang dinyatakan dalam Laporan Awal Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 2025 (PPPM), menekankan konsep kualiti yang
perlu ada pada setiap murid. Maka pendidikan, ibu bapa, murid dan semua ahli masyarakat perlu
bersatu dalam merealisasikan visi pendidikan sebagai wadah pembangunan murid yang holistik
dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Untuk maju, PPPM menggunakan semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) bagi membangunkan pendidikan seimbang sebagai asas
pencapaian aspirasi murid. Ciri-ciri individu masyarakat maju ini adalah untuk melengkapkan
diri bagi menghadapi dunia global masa hadapan.
Sistem Pendidikan merupakan agenda penting dalam membangunkan dan memajukan
negara. Sistem pentaksiran dalam pendidikan boleh dijadikan instrumen penggerak bagi
membentuk individu cemerlang intelek, jasmani, rohani, emosi, sahsiah dan berkemahiran tinggi.
Setiap warga pendidik dan masyarakat umum perlu memahami matlamat sebenar mengenai
pentaksiran.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan kaedah pentaksiran yang
mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran baharu. Ia adalah hasil usaha sama para pemikir,
pembentuk polisi, wakil-wakil bahagian dan jabatan di Kementerian Pelajaran. Khidmat nasihat
dan pandangan daripada pakar pendidikan, pakar pentaksiran tempatan dan luar negara,
penasihat undang-undang dan pendapat orang ramai juga diambil kira dalam merekabentuk PBS.
Kaedah pelaksanaan PBS adalah berdasarkan kepada model-model pentaksiran dari luar negara
yang disesuaikan mengikut konteks budaya, kehendak tempatan dan acuan Malaysia tetapi masih
setara dengan amalan pentaksiran antarabangsa. PBS berhasrat untuk memenuhi hasrat FPK
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

2

dengan menilai potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan
tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. PBS bukan sahaja mentaksir kebolehan
kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah, motivasi diri, sosial individu,
masyarakat dan keluarga yang dipupuk bersama dengan aspek kecemerlangan diri dan akademik
individu. PBS berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berfikiran kritis
dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berdaya mencipta peluang baharu,
mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering
berubah.

Bagi melaksanakan pentaksian secara holistik, Kementerian melaksanakan kedua-dua
bentuk penilaian iaitu peperiksaan awam dan juga Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Melalui
pelaksanaan PBS, pendekatan paling tepat dapat digunakan untuk memantau dan menilai
samada enam ciri aspirasi murid iaitu pengetahuan, kemahiran berfikir, kemahiran
memimpin, kemahiran dwi bahasa, etika dan kerohanian dan identiti nasional benar-benar
dapat dibangunkan dalam diri murid melalui pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Menteri Pelajaran Malaysia
2013
PBS ialah sistem pentaksiran untuk mendapatkan gambaran tentang potensi individu, membantu
mengembangkan potensi individu, memantau pertumbuhan dan potensi individu yang menjalani
sistem persekolahan di Malaysia dan seterusnya melahirkan individu bersifat holistik.
Pentaksiran pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat tentang
pembelajaran murid, (apa yang murid tahu, faham, boleh buat dan mengamalkannya), memberi
nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens dan membuat keputusan
apa yang perlu dilakukan ke atas murid untuk memperbaiki pembelajarannya. Proses pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara dua hala dan sepadu di mana sambil mengajar,
seorang guru membuat pentaksiran secara formatif untuk mengenalpasti tahap penguasaan murid
tentang apa yang dipelajari atau belum dan dia tahu sama ada murid itu perlu mengulang balik
atau meningkatkannya ke tahap yang lebih tinggi. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-
nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut.
Proses mengumpul maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan pelbagai cara
samada dengan menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali, kerja
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

3

kursus dan pemerhatian. Maklumat yang terkumpul itu dinilai dan diinterpretasi supaya
keputusan dapat dibuat berdasarkan inferens awal tentang kebolehan seseorang murid dalam
pembelajarannya. Semua proses di atas berlaku secara dua hala antara satu sama lain sehingga
proses pengajaran dan pentaksiran membantu murid meneruskan pembelajaran sepanjang hayat,
dalam dunia yang memberikan penekanan kepada life-long learning, proses amat penting.
Murid bukan sahaja ditaksir diakhir sesuatu unit pembelajaran tetapi murid juga perlu ditaksir
semasa menjalani proses pengajaran dan pembelajarannya
























[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

4

DEFINISI PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Sistem Pentaksiran Pendidikan Kebangsaan (SPPK) adalah satu sistem pentaksiran yang
diperkenalkan dalam transformasi pendidikan. SPPK merupakan transformasi daripada
sistem yang menumpukan kepada ujian pencapaian dan peperiksaan(berorientasi peperiksaan)
kepada sistem yang lebih holistik. Tujuannya ialah untuk menyediakan satu set indikator untuk
menilai potensi murid dan kesediaan untuk belajar, selain menguji penguasaan dan pencapaian.
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat
mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran
boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem
pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri
bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui
penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap
progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang
dihasratkan dalam Misi Nasional.
Pentaksiran berasaskan sekolah adalah satu proses mendapatkan maklumat dan
seterusnya membuat penilaian atau penghakiman tentang produk sesuatu proses dalam
pendidikan. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mula dilaksanakan terhadap calon
Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2007 dan pelajar Tingkatan 1tahun 2006. Ini berdasarkan
kepada pekeliling LP.PMR.169/1/2007Jld.1(63) yang berkaitan dengan PBS .
PBS merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah. Ianya dirancang,
ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang telah ditetapkan oleh
LPM (Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2007). Ia adalah salah satu komponen pentaksiran yang
dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksirannya akan dilaksanakan oleh guru-guru mata
pelajaran secara berterusan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia, (2005) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)
merupakan satu bentuk pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah . Ianya dirancang, ditadbir,
diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang ditetapkan Lembaga Peperiksaan
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

5

Malaysia . Pentaksiran Berasaskan Sekolah adalah bertujuan mendapatkan gambaran tentang
prestasi seseorang dalam pembelajaran, menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan
pembelajaran, mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran
dan memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merupakan satu pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu murid dinilai dari aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani). Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR). Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan di
Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
keluarga, masyarakat dan Negara.
Pentaksiran berasaskan sekolah di peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri
daripada 5 bentuk iaitu Projek, Kerja Kursus, Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS),
Pentaksiran Lisan Berasaskan Sekolah (PLBS), Modul.Sekolah diwajibkan melaksanakan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi semua mata pelajaran yang mempunyai komponen
kerja kursus, amali, projek, modul dan ujian lisan. PBS mesti dilaksanakan semasa proses
pengajaran dan pembelajaran. Keputusan calon akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan
kerja kursus atau tiada markah kerja kursus. Pelaksanaan Modul Kerja Kursus KHB mestilah
dijalankan mengikut Jadual Kerja yang telah ditetapkan oleh LPM. Oleh kerana PBS
dilaksanakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung, maka keputusan calon
akan terjejas sekiranya calon tidak melaksanakan kerja kursus ini seterusnya tiada markah untuk
kerja kursus bagi proses kerja yang mereka ketinggalan disebabkan oleh ketidakhadiran ke
sekolah. Setiap calon mestilah mempunyai semua markah PBS setelah tamat tempoh pelaksanaan.
Sebagaimana yang telah ditetapkan, PBS mestilah dilaksanakan mengikut garispanduan
yang telah disediakan oleh LPM iaitu mengikut buku Panduan Dokumen Pentaksiran Kerja
Kursus KHB. Bagi menyempurnakan pelaksanaan PBS, Jawatankuasa Induk PBS peringkat
negeri, bahagian, daerah, gabungan dan sekolah ditubuhkan. Segala kos dan pelaksanaan PBS
adalah di bawah tanggungan dan tanggungjawab pihak sekolah. Secara umumnya terdapat empat
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

6

kumpulan personel dalam pelaksanaan PBS iaitu kumpulan pentaksir, pemantau, penyelaras
dan pengesanan dengan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
Menurut LPM (2007) , mekanisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan
bagi meningkatkan kebolehpercayaan dan kesahan skor pentaksiran yang akan dilaksanakan di
sekolah. Langkah ini bertujuan untuk menjamin kualiti pelaksanaan PBS oleh guru-guru
seterusnya pihak-pihak yang terlibat secara langsung. PBS di peringkat PMR bagi mata
pelajaran KHB daripada Kerja Kursus yang dilaksanakan berdasarkan 4 modul. Kerja Kursus ini
merangkumi kerja kerja amali dan tugasan bertulis iaitu dokumen pelaksanaan kerja amali
terhadap projek yang dilaksanakan. Calon-calon PMR dikehendaki menyiapkan kerja kursus ini
bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3. Dalam PBS, pelaksanaan Kerja Kursus dijalankan
dalam suasana bukan peperiksaan dan dalam tempoh waktu yang panjang.




















[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

7


CIRI-CIRI UTAMA PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
1. HOLISTIK
Penilaian berasaskan sekolah adalah holistik iaitu mampu memberikan maklumat keseluruhan
tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran murid. Pada peringkat perancangan, guru
memilih standard kurikulum yang akan diajar kepada murid yang terlibat. Guru juga merancang
pengajaran dan pembelajaran yang diajar dan juga menyediakan kaedah pentaksiran. Semasa
peringkat pelaksanaan guru juga bertanggungjawab melaksanakan pengajaran dan pembelajaran
dan pentaksiran. Standard prestasi diperkenalkan untuk melihat perkembangan serta pencapaian
prestasi seseorang murid berkenaan. Standard prestasi yang digunakan dalam Pentaksiran
Sekolah adalah mengikut Band (Band 1 hingga Band 6). Oleh itu, dalam pemantauan guru dapat
mengetahui apa yang akan dapat dicapai dalam pendidikan murid, apa yang ditaksir dan kualiti
yang harus ada pada setiap murid

2. FLEKSIBEL
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah fleksibel kerana pentaksiran adalah pelbagai dan
ia mengikut kesesuaian dan kesediaan seseorang murid tersebut. Pada permulaan guru akan
merancang apa yang perlu diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang terdapat dalam
Dokumen Standard Kurikulum dan seterusnya menyampaikan kandungan menggunakan
pelbagai strategi dan mengikut kreativiti guru. Guru akan mentaksir pemahaman murid setelah
pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Guru boleh menggunakan pelbagai strategi dan
instrumen pentaksiran yang bersesuaian sama ada secara formal atau tidak formal. Sebagai
contoh guru menggunakan kaedah pemerhatian dengan menilai setiap murid secara berterusan
tentang apa yang mereka tahu, faham dan boleh buat. Dengan itu, guru boleh merujuk dokumen
standard prestasi untuk melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan
oleh murid sama ada dalam bentuk produk, proses atau diri murid. Ia terbukti Pentaksiran
Berasaskan Sekolah adalah fleksibel.

3. MERUJUK STANDARD
Pentaksiran Berasaskan Sekolah menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan pelajaran dan pencapaian prestasi seseorang murid itu. Ia merupakan satu proses
mendapatkan maklumat sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai apa
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

8

yang telah dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian berdasarkan standard prestasi yang telah
ditetapkan. Kerangka Standard Prestasi diletakkan dalam kategori mengikut Band iaitu dari band
1 hingga band 6 dan disusun mengikut hierarki dan dijelaskan dengan deskriptor yang
menyatakan terperinci. Selain itu, di dalam Kerangka Dokumen Standard Prestasi terdapat
penyataan standard, deskriptor dan evidens. Penyataan standard merupakan penerangan umum
tentang tahap kemajuan pembelajaran dengan merujuk objektif mata pelajaran. Deskriptor pula
merujuk kepada perkara yang murid seharusnya tahu dan boleh buat berdasarkan standard
pembelajaran dan evidens merujuk kepada bahan atau bukti yang ditunjukkan oleh murid dapat
melaksanakan sesuatu tugasan. Oleh itu, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah merujuk
standard yang telah ditetapkan dalam standard prestasi berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

4. SEIMBANG
Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah seimbang kerana ia mentaksir bidang akademik
dan bukan akademik. Dari segi akademik terdapat pentaksiran sekolah dan pentaksiran pusat di
mana pentaksiran sekolah dilaksanakan secara formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif
dijalankan seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran. Pentaksiran sumatif pula
dijalankan pada akhir bab pembelajaran, semester atau hujung tahun. Bagi pentaksiran pusat
pula, pentaksiran dijalankan, ditadbir, diperiksa, di rekod dan di lapor, di peringkat sekolah oleh
guru berdasarkan tugasan yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia mengikut tempoh
yang ditetapkan.
.
Selain daripada ciri-ciri utama yang dinyatakan di atas berikut merupakan ciri-ciri PBS
1. Telus dan terbuka
Calon berpeluang mengetahui apa ditaksir, bila ditaksir, bagaimana dan di mana pentaksiran dibuat
2. Kebolehlaksanaan dan sistematik
Format mengambilkira aspek pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan dengan sistematik
3. Kepelbagaian instrumen
Untuk memberi cakupan yang luas dan evidens yang banyak untuk menggambarkan pencapaian
sebenar calon
4. Formatif dan berterusan
Calon diberi peluang untuk meningkatkan pencapaian dan memperbaiki skor
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

9

5. Mempunyai skor
Skor mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi jika dilaksanakan mengikut prosedur
yang ditetapkan
6. Pelaporan positif
Skor dilaporkan untuk menggalakkan calon memperbaiki tahap penguasaan dari semasa ke
semasa
7. Penyelarasan dan pemantauan berterusan
Untuk memastikan PBS dilaksanakan mengikut prosedur
8. Keserasian dengan kehendak kurikulum
Mengambilkira kemahiran, sikap dan nilai murni yang ingin dikembangkan dalam P&P
9. Berpusatkan calon
Aktiviti dibuat sendiri oleh calon. Skor berdasarkan kriteria dan tidak relatif kepada calon lain
10. Luwes
Tidak rigid dari segi jadual, tempat dan kaedah - ditaksir bila calon bersedia
11. Berpaksikan pembinaan insan
Menanam aspek nilai murni
Pentaksiran sekolah bercirikan satu pentaksiran yang holistik iaitu mampu memberi maklumat
keseluruhan tentang pencapaian pengetahuan dan kemahiran serta pengamalan nilai murni
murid-murid. Di samping aktiviti pentaksiran berterusan iaitu berjalan seiring dengan proses
pengajaran dan pembelajaran, pentaksiran sekolah juga bersifat fleksibel iaitu kaedah
pentaksiran yang pelbagai mengikut kesesuaian dan kesediaan murid dengan merujuk standard
prestasi yang dibina berdasarkan standard kurikulum. Jelas menunjukkan pentaksiran yang
dirangka sangat menyeluruh dan memberi banyak kelebihan kepada pendidikan di negara kita
walaupun terdapat kekeliruan daripada segelintir para pendidik dan ibu bapa untuk
melaksanakan sistem ini di sekolah.






[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

10


KONSEP PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Konsep Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu pentaksiran yang bersifat
holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan
psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR).
Komponen-komponen PBS terbahagi kepada dua bidang iaitu mentaksir bidang
akademik dan bukan akademik yang mana bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah
(PS) dan Pentaksiran Pusat (PP), manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran
Psikometrik (PPsi) dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK). Kedua-
dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
Setiap komponen tersebut memainkan peranan yang penting untuk mentaksir murid-
murid mengikut bidang yang ditetapkan. Di dalam bidang akademik murid-murid, Pentaksiran
pusat (PS) dan Pentaksiran Sekolah (PS) yang memainkan peranan. Pentaksiran pusat (PS)
adalah pentaksiran yang ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor di peringkat sekolah oleh guru
berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan
mengikut mata pelajaran. Pentaksiran Sekolah (PS) pula adalah pentaksiran yang menjurus
kepada bidang akademik yang mana berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning).











[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

11


JENIS PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Terdapat dua jenis pentaksiran sekolah iaitu pentaksiran formatif dan pentaksiran sumatif.
1. Pentaksiran formatif
membabitkan proses sepanjang pembelajaran murid menggunakan pelbagai kaedah dalam
melapor maklumat selain membuat penilaian sama ada bertulis atau verbal mengenai cara
meningkatkan pembelajaran murid. Guru tidak dibenar membandingkan murid serta
meletakkan skala yang menunjukkan kedudukan mereka seperti digunakan sebelum ini.
Contoh instrumen yang boleh digunakan ialah lembaran kerja, pemerhatian, kuiz, senarai
semak, laporan tugasan, tugasan rumah dan ujian.

2. Pentaksiran sumatif
Dilakukan pada hujung pembelajaran dengan membuat pertimbangan dan penilaian prestasi
murid dalam meneruskan pembelajaran. Maklumat itu dalam bentuk kualitatif atau
kuantitatif mengikut standard ditetapkan sekolah. Contoh instrumen yang boleh digunakan
ialah ujian bulanan dan ujian penggal. Pembaharuan lain ialah segala perkembangan murid
dapat dipantau apabila hasil kerja mereka termasuk ujian dan peperiksaan disimpan dalam
portfolio. Dokumen portfolio itu merekodkan kegiatan dan pencapaian murid sepanjang sesi
persekolahannya untuk rujukan guru dan ibu bapa.

Pentaksiran Sekolah adalah komponen utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana
ia berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta mampu
memberi maklumat yang sah tentang apa yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu
proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran ini dilaksanakan oleh guru dan pihak sekolah
sepenuhnya bermula daripada aspek perancangan, pembinaan item dan instrumen pentaksiran,
pentadbiran, pemeriksaan atau penskoran, perekodan dan pelaporannya. Justeru, pentaksiran ini
amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan pihak sekolah dalam usaha
menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Selain daripada itu, ianya merupakan aktiviti
yang berterusan yang menagih komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan
pihak sekolah untuk memperkembangkan potensi setiap murid ke tahap maksimum.


[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

12

Dalam usaha menjadikan pentaksiran berasaskan sekolah ini dapat dilaksanakan dengan
berkesan, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan iaitu menggunakan Standard Prestasi
sebagai sumber rujukan oleh semua pihak yang terlibat dalam pendidikan secara langsung dan
tidak langsung. Standard Prestasi digunakan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan
pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Di samping itu, Ia merupakan proses
untuk mendapatkan maklumat tentang sejauh mana tahap pengetahuan, pemahaman dan tindakan
yang boleh murid-murid lakukan atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan
pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian.





.

















[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

13


DASAR PELAKSANAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)
1. Pelaksanaan ditadbir mengikut kuasa yang diberikan kepada Pengarah Peperiksaan di bawah Akta
Pendidikan 1996 (Akta 550), Seksyen 67, 68 dan 69 S
2. Sekolah memastikan infrastruktur dan kelengkapi fizikal ada sebelum menawarkan mata pelajaran yang
ada komponen PBS
3. Sekolah memohon kelulusan daripada Pengarah Pelajaran Negeri 2 tahun sebelum Sekolah
bertanggungjawab memastikan skor yang diberikan kepada calon adalah sahih berdasarkan evidens yang
autentik
4. Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan evidens calon termasuk evidens produk calon yang
berpindah Sekolah bertanggungjawab ke atas keselamatan skor
5. calon termasuk penghantaran skor ke LPM
6. Semua calon yang mendaftar mata pelajaran yang ada komponen PBS wajib melaksanakan PBS termasuk
calon yang mengulang
7. Murid yang tidak melaksanakan PBS akan dianggap tidak hadir. Sekolah boleh memohon
pengecualian kepada Pengarah Pelajaran Negeri dengan mengemukakan dokumen sokongan
8. Calon yang berpindah pusat perlu memilih sekolah yang menawarkan mata pelajaran yang diambil.
Sekolah asal calon bertanggungjawab menghantar semua bahan dan dokumen pentaksiran ke sekolah baru
9. Calon wajib melaksanakan PBS berdasarkan syarat-syarat yang telah ditetapkan bagi mata
pelajaran tersebut
















[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

14

JENIS INSTRUMEN PBS
Pelbagai instrumen pentaksiran boleh digunakan dalam Pentaksiran Kemahiran Hidup
Berasaskan Sekolah. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah ;
1. Tugasan bertulis
Tugasan yang memerlukan murid membuat laporan atau dokumen mengikut spesifikasi atau
format yang ditetapkan, menghasilkan karya kreatif, ciptaan, gubahan dalam bentuk tulisan.
2. Kerja amali
Tugasan yang memerlukan murid melakukan suatu proses kerja dan / atau menghasilkan
sesuatu produk.
3. Projek
Tugasan yang memerlukan murid menghasilkan produk dan membuat pelaporan tentang
produk yang dihasilkan.
4. Pemerhatian
Tugasan yang memerlukan murid memerhati atau mengawasi sesuatu perkara secara
berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan.
5. Persembahan
Tugasan yang memerlukan murid menunjukkan / melakukan / beraksi / mempraktikkan
sesuatu aktiviti yang mempamerkan aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap secara lisan
dan bukan lisan.
6. Demonstrasi
Tugasan yang memerlukan murid menunjuk cara dengan melakukan sesuatu aktiviti yang
memberi kefahaman tentang sesuatu perkara secara lisan.
7. Kajian lapangan
Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian di luar bilik darjah atau di makmal untuk
mendapatkan data dan maklumat.
8. Kajian kes
Tugasan yang memerlukan murid membuat kajian berdasarkan data dan / atau maklumat
yang diperoleh.
9. Ujian bertulis
Tugasan yang memerlukan murid memberikan respons secara bertulis kepada instrumen
ujian objektif atau subjektif.
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

15

10. Ujian lisan
Tugasan yang memerlukan murid memberi respons secara lisan.
11. Kuiz
Tugasan yang menguji pengetahuan murid dengan mengemukakan soalan-
soalan untuk dijawab secara lisan atau bertulis dalam satu sesi khusus yang dirancang

PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN HIDUP BERASASKAN SEKOLAH

Pada awal tahun 1965, pendidikan aneka jurusan iaitu Sains Pertanian, SainsRumahtangga, Seni
Perusahaan, dan Perdagangan telah dilaksanakan yang mana pelajar dibenarkan hanya memilih
satu bidang daripada empat pilhan yang ditawarkan. Oleh itu dalam sistem pendidikan aneka
jurusan pelajar hanya belajar satu kemahiran sahaja dan ini tidak memberi peluang pelajar-
pelajar mempelajari pilihan lain. Berdasarkan daripada kelemahan pendidikan aneka jurusan,
mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu diperkenalkan pada tahun 1989 yang bercorak
terbuka yang mana pelajar berpeluang mempelajari semua bidang elektif.
Mata pelajaran ini merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan
kemahiran teknologi dan keusahawanan. Mata pelajaran ini membekalkan kemahiran yang
berguna dan berfungsi agar murid boleh bertindak dan mengendalikan kehidupan harian secara
produktif dalam dunia teknologi dan industri yang kompleks dan sentiasa berubah. Pelajar
dipupuk sikap kerja yang positif seperti menghargai kerja yang berkualiti tinggi, berinovasi
dalam pembinaan projek, penuh yakin dan berdikari dalam daya usaha.
Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu mata pelajaran amali yang
berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua pelajar di Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3.
Mata pelajaran ini dirancang adalah untuk mencapai matlamat ke arah
mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif, inovatif
dan produktif (Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003). Mata pelajaran Kemahiran
Bersepadu (KHB), mempunyai dua komponen iaitu bahagian teras dan pilhan.Bahagian teras
mengandungi tiga bahagian iaitu Kemahiran Manipulatif, Perdagangan dan Keusahawanan
serta Kekeluargaan. Bahagian pilihan pula mengandungi 3 bahagian iaitu pilihan Kemahiran
Manipulatif, Ekonomi Rumahtangga dan Pertanian.


[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

16


Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) bermatlamat untuk melahirkan
insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri
dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian. Modul-modul kerja
kursus KHB yang perlu dilaksanakan oleh semua murid menjadi alat pengukuran dalam
Pentaksiran Berasaskan sekolah.
Oleh itu boleh disimpulkan bahawa Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan satu lagi
cabangan yang membolehkan murid ditaksir menggunakan pengukur-pengukur yang disediakan
sejajar dengan matlamat setiap mata pelajaran.
Kemahiran Manipulatif Teknikal dilaksanakan berasaskan sekolah dan berpusat. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan salah satu komponen pentaksiran yang dikendalikan oleh
pihak sekolah dan pentaksirannya dilaksanakan oleh guru-guru mata pelajaran secara berterusan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
PBS dirancang, ditadbir, diskor dan dilaporkan secara terancang mengikut prosedur yang
ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). Demi menjamin kualiti pelaksanaan
PBS, mekamisma penyelarasan dan pemantauan akan dilaksanakan untuk meningkatkan
kebolehpercayaan dan keesahan skor pentaksiran yang dilaksanakan disekolah. PBS diperingkat
Penilaian Menengah Rendah (PMR) terdiri daripada 5 bentuk iaitu projrek, kerja kursus, ujian
lisan berasaskan sekolah (ULBS), pentaksiran lisan berasaskan sekolah (PLBS) dan modul.
Penilaian dalam kerja kursus menggunakan sistem Penggredan Berdasarkan Kriteria
(PBK). Penggredan berdasarkan kriteria ialah satu kaedah menyatakan prestasi calon
berdasarkan pencapaiannya dalam sesuatu aspek yang diukur. Perbandingan prestasi diantara
calon tidak dibuat dalam kaedah ini. (Lembaga Peperiksaan Malaysia,1998). Dalam
pelaporan PBK pada tahun 2007 dalam penilaian kerja kursus KHB terdapat empat gred
digunakan dalam melaporkan tahap pencapaian calon. Mengikut panduan penilaian kerja kursus
(2001), proses pengukuran dalam kerja kursus dibuat berdasarkan projek kerja, bukti dalam
bentuk projek dan folio. Penilaian dibuat terhadap projek siap, manakala yang lain harus
dilakukan melakukan proses tersebut.
Pada tahun 2007, telah berlaku perubahan format pentaksiran kerja kursus KHB untuk
Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) yang dilaksanakan pada tahun 2007. Dalam pentaksiran
tersebut semua pelaksanaan kerja kursus hendaklah ditaksir oleh pentaksir bagi setiap calon
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

17

secara individu dan pentaksiran boleh dilaksanakan sepanjang masa pengajaran dan
pembelajaran. Penilaian dalam kerja kursus KHB dilaksanakan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dijalankan.Pentaksiran dilaksanakan melalui evidens proses dan evidens produk.
(Lembaga Peperiksaan Malaysia, 2007).

LATAR BELAKANG MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP

Sebelum kedatangan British, pendidikan hanya berlaku secara tidak formal. Dimana dalam
kehidupan seharian,anak-anak terpaksa membantu ibubapa dalam pelbagai tugasan sama ada
dikebun atau dirumah. Dalam pada itu mereka mempelajari kemahiran membuat atau membaiki
alatan pertanian, bertukang, membuat kraftangan seperti bakul, ukiran kayu atau logam.
Kebanyakkan kemahiran ini diperolehi kerana kanak-kanak membantu dan memerhati
bagaimana sesuatu hasil itu dihasilkan.
Pada tahun 1917, Winstedt telah mencadangkan supaya diajar perkebunan dan nyaman secara
formal. Maka pada awal abad ke 20 mata pelajaran tersebut telah diperkenalkan. Guru mata
pelajaran pula biasanya pada masa itu dibiayai oleh ibubapa pelajar berkenaan. Atas desakan
tokoh-tokoh ketika itu seperti Sultan Perak Idris Shah,akhirnya pada tahun 1922 kerajaan
kolonial British telah membina Maktab Perguruan Sultan Idris yang terletak di Tanjung
Malim,Perak. Tujuan utama penubuhan maktab tersebut adalah melatih guru-guru yang boleh
menyesuaikan hidup dikalangan masyarakat luar bandar dan mengajar murid-murid membuat
kerja- kerja pertanian.
Seterusnya pada tahun 1965, wujud pula sistem yang dikenali sebagai sistem pendidikan
aneka jurusan. Sistem ini diwujudkan bagi mengantikan pelajaran lanjutan yang telah
dimansuhkan pada akhir tahun 1964. Sistem pendidikan aneka jurusan ditubuhkan bagi
menampung yang murid yang tidak berjaya memasuki sekolah menengah akademik. Antara
matlamat pendidikan aneka jurusan adalah bagi mempelbagaikan jenis kursus supaya dapat
mengeluarkan pelbagai tenaga manusia yang berkemahiran untuk memenuhi kehendak proses
pemodenan pertanian dan mempercepatkan perindustrian.
Mata pelajaran yang diajar dalam sistem pendidikan aneka jurusan ialah Sains Pertanian,
Sains Rumah Tangga, Seni perusahaan dan Perdagangan. Walau bagaimanapun, sistem ini tidak
dapat mencapai kejayaan sepenuhnya, antaranya adalah kerana kebanyakkan pelajar tidak dapat
memilih elektif mengikut minat, kebolehan dan bakat,disamping kekurangan kemudahan fizikal
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

18

atau kekurangan guru yang berkelayakan. Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) merupakan satu
mata pelajaran yang digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara. Ia diperkenalkan bagi
menggantikan mata pelajaran pravokasional yang berbentuk elektif Sains Pertanian, Seni
Perusahaan, Perdagangan dan Sains Rumah tangga yang merupakan teras dalam kurikulum
dalam kurikulum bersepadu sekolah menengah. Mata pelajaran KHB yang diajar disekolah
merupakan sebahagian daripada usaha pendidikan kearah mempertingkatkan kemahiran praktis
dan penanaman semangat keusahawanan juga daya merekacipta dikalangan pelajar. (Pusat
Perkembangan Kurikulum,1992)
Mata pelajaran KHB merupakan satu mata pelajaran pra vokasional yang bertujuan untuk
membekalkan pelajar dengan kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan
kehidupan seharian secara produktif di dalam dunia teknologi dan perdagangan yang kompleks
dan sentiasa berubah, mementingkan keselamatan dan kesihatan serta menunjukkan sifat
bersopan santun, sesuai dalam pelbagai keadaan. Matapelajaran ini dirancang selaras dengan
Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani(Kementerian Pendidikan Malaysia,1991) Ia juga merupakan
satu mata pelajaran amali yang berunsurkan teknologi. Ia ditawarkan kepada semua murid di
Tingkatan I hingga Tingkatan III. Matapelajaran ini dirancang adalah untuk mencapai matlamat
ke arah mempertingkatkan produktiviti negara melalui penglibatan masyarakat secara kreatif,
inovatif dan produktif (Huraian Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan 1, 2003). Di dalam mata
pelajaran KHB terdapat satu komponen teras dan pilihan. Menurut PPK(1996), Bahagian teras
mengandungi empat komponen iaitu kemahiran manipulatif teknikal, perdagangan dan
keusahawanan, kekeluargaan dan satu lagi ditambah iaitu Rekacipta Lukisan Kejuruteraan.
Bahagian pilihan pula mengandungi tiga komponen iaitu kemahiran manipulatif
teknikal( pilihan 1), Ekonomi Rumah Tangga(pilihan 2) dan Pertanian (pilihan 3). Bagi
bahagian pilihan, pelajar dikehendaki memilih satu sahaja dan dipelajari dari tingkatan 1 hingga
tngkatan 3 .
Di antara objektif KHB ialah untuk membolehkan pelajar menjalankan kerja mudah
dengan sendiri tanpa bantuan orang lain. Untuk merealisasikan objektif ini pengajaran
dijalankan dalam bentuk aktiviti dan kerja praktis yang pelbagai. Pengetahuan dalam
kandungan pelajaran hendaklah disampaikan semasa sesuatu aktiviti dan kerja amali dijalankan
(Yahya,1993). Menurut kajian Widad & Hadzir (1996), terdapat penjaga atau keluarga kepada
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

19

pelajar melakukan sepenuhnya kerja amali yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh pelajar
tersebut. Akibatnya pembelajaran yang terancang dan sempurna tidak berlaku dimana pelajar
berkenaan tidak mendapat ilmu sama ada secara teori atau amali.PPK, (1989) menyatakan
bahawa mata pelajaran kemahiran hidup ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan dan
praktis dalam bidang teknologi. Tujuannya ialah untuk membolehkan pelajar berfungsi secara
berkesan dalam masyarakat yang berorientasikan teknologi. Seiring dengan itu, kemahiran ini
akan dapat mereka gunakan dirumah mereka sendiri dan seterusnya membimbing mereka ke
arah pencapian karier mereka di masa hadapan























[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

20


PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN HIDUP
BERASASKAN SEKOLAH
Bagi memastikan kelicinan pelaksanaan PBS, guru menggunakan Dokumen Standard Kurikulum
yang mengandungi perkara-perkara yang patut dipelajari dan perlu disampaikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran manakala Dokumen Standard Prestasi adalah rujukan utama untuk
mentaksir dan mengukur penguasaan murid. Guru diberi pengiktirafan dan autonomi untuk
menjalankan pentaksiran secara formatif semasa pengajaran dan pembelajaran ataupun secara
sumatif diakhir unit pembelajaran atau pun di akhir tahun.
Untuk mentaksir guru tidak semestinya menyediakan lembaran kerja bagi setiap
kemahiran yang hendak dinilai. Evidens atau bukti penguasaan murid boleh diperolehi melalui
pemerhatian, jawapan lisan, latihan dalam buku latihan atau buku kerja dan juga kerja rumah.
PBS tidak membataskan kreativiti guru yang sudah tentunya lebih mengenali murid mereka
Dalam memastikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah dapat dijalankan demgan lancer dan
berkesan, perancangan perlu dibuat dengan teliti iaitu merangkumi perkara berikut :
1. Pe r a n c a n ga n
Perancangan yang teliti dilaksanakan antara Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jabatan
Pendidikan Negeri dan pelaksana PBS yang telah dilantik.
2. Penataran
Penataran ialah pendedahan tentang Konsep, Kerangka dan Dasar program PBS kepada
pihak yang terlibat dengan pelaksanaan PBS seperti pentadbir sekolah, pemantau,
penyelaras, pentaksir sekolah dan murid-murid tentang pelaksanaan PBS.
3. Pelaksanaan Pentaksiran
Pelaksanaan PBS ialah mentaksir perkara yang hendak ditaksir dalam PBS mengikut prosedur yang telah
ditetapkan seperti dalam buku Format Pentaksiran Penyelarasan
Penyelarasan ialah satu proses untuk memastikan pentaksiran PBS dilaksanakan dengan cara yang betul
dan seragam dari segi kefahaman peraturan penskoran, penggunaan peraturan penskoran dan pemberian
skor.
4. Pemantauan
Pemantauan ialah satu proses mendapatkan maklumat dan memastikan program PBS dilaksanakan
mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

21


5. Pengesanan
Pengesanan ialah proses menilai program PBS dari segi pencapaian objektif, kekuatan dan kelemahan
serta impaknya untuk tujuan memperbaiki program itu.
6. Laporan
Penyelaras, Pemantau dan Jabatan Pendidikan Negeri akan membuat laporan mengenai pelaksanaan
PBS untuk penambahbaikan.
























[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

22



IMPLIKASI PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KEMAHIRAN HIDUP BERASASKAN
SEKOLAH
Dalam usaha penambahbaikan kepada pentaksiran sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan
Standard diperkenalkan, iaitu menggunakan Standard Prestasi untuk melihat kemajuan dan
pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Ia merupakan
proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu, faham dan boleh buat atau telah
menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan
mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pentaksiran Rujukan Standard tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan
murid lain tetapi melapor prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan tentang
kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran dengan merujuk kepada
pernyataan standard.
Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat
berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan
dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid
itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai,
mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai
potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan
kebolehan masing-masing.
Pihak sekolah juga mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data
kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid itu bagi
membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf
dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk
menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan
masing-masing. Selain itu, Standard Prestasi juga boleh dijadikan kayu ukur standard pendidikan
negara dan sebagai alat untuk membandingkan dengan standard pendidikan negara lain. Setiap
individu yang terlibat dalam pembangunan atau pelaksanaan sistem pentaksiran pendidikan
[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

23

adalah bertanggungjawab menjamin kualiti dan mutu pentaksiran yang dikendalikan. Kualiti
hendaklah menjadi tumpuan utama dalam semua aspek dan peringkat pentaksiran.
Pentaksiran yang berkualiti akan menghasilkan maklumat yang tepat dan menunjukkan
keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Maklumat yang tepat boleh membantu
pembuat dan penentu dasar melakukan perubahan bagi tujuan meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran. Maka dengan itu, kementerian pelajaran juga telah bersiap sedia menyediakan
indikator atau petunjuk utama bagi penjaminan kualiti dalam Pentaksiran Berasakan Sekolah ini
iaitu kesahan, kebolehpercayaan, kebolehtadbiran dan keadilan. Penjaminan kualiti bagi
pelaksanaan PBS pula dapat dicapai melalui proses pementoran, penyelarasan, pemantauan dan
pengesanan.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah ini telah dirangka dengan sempurna dan tersusun bagi
meningkat dan menjamin mutu pendidikan negara pada masa akan datang. Apa yang penting,
setiap perancangan rapi yang telah disusun haruslah berakhir dengan perlaksanaan yang
sempurna. Maka PBS ini jika dilaksanakan dengan baik dan terancang, serta mendapat kerjasama
yang jitu daripada semua pihak yang terlibat, ianya bakal mewujudkan persekitaran yang
harmonis di sekolah untuk perkembangan individu dan pada masa yang sama memberi banyak
manfaat serta mampu mengurangkan masalah gejala sosial yang berlaku pada masa sekarang ini
selain memberi transformasi yang positif terhadap pendidikan di Malaysia.













[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

24




KESIMPULAN
Kesimpulannya, PBS tidak membandingkan murid dengan murid lain. Sebaliknya kejayaan
murid diukur bersandarkan Standard yang harus dicapai di sesuatu tahap pembelajaran. Adalah
diharapkan dengan cara ini tekanan ke atas murid dan guru dapat dikurangkan kerana murid
tidak dibandingkan dengan kumpulan yang lebih cerdas atau terpaksa menunggu rakan lain yang
belum menguasai sepenuhnya sesuatu kemahiran yang diajar untuk maju. Sekiranya
dilaksanakan dengan baik dan terancang PBS bakal mewujudkan persekitaran yang harmonis
dalam kelas untuk untuk perkembangan individu. Ciri-ciri utama PBS yang dijalankan di
sekolah adalah holistik, fleksible, merujuk standard dan seimbang. Dari Pemantauan guru dapat
mengetahui apa yang akan dapat dicapai dalam pendidikan murid, apa yang ditaksir dan kualiti
yang harus ada pada setiap murid.Guru boleh merujuk dokumen standard prestasi untuk
melaporkan pencapaian murid berdasarkan evidens yang dikemukakan oleh murid sama ada
dalam bentuk produk, proses atau diri murid. Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) adalah
merujuk standard yang telah ditetapkan dalam standard prestasi berdasarkan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan. pentaksiran dijalankan, ditadbir, diperiksa, di rekod dan di lapor, di peringkat
sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang diberi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia
mengikut tempoh yang ditetapkan. Peranan kepimpinan utama sekolah dalam melaksanakan
pentaksiran berasaskan sekolah adalah mengambil inisiatif, membuat keputusan, menyelesaikan
masalah dan membina pasukan. Oleh itu, barisan kepimpinan dan semua guru di sekolah terlibat
secara langsung atau tidak dalam melaksanakan PBS bagi membolehkan ia dijalankan seperti
yang di arahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.







[Pentaksiran Kemahiran Hidup Dalam Penilaian Berasaskan Sekolah] ALE 3022/VEE 3022

25




RUJUKAN
1. http://pbssppjpnpp.blogspot.com/2011/01/apa-itu-pentaksiran-berasaskan-sekolah.html
2. http://www.utusan.com.my/utusan/Pendidikan/20121022/pe_02/Guru-perlu-fahami-
Pentaksiran-Berasaskan-Sekolah
3. http://spp.jpnns.gov.my/downloads/surat_pemantauan_pbs.pdf
4. http://www.moe.gov.my/lp/files/faq/FAQ%20PBS%202013.pdf
5. http://jhcd.utem.edu.my/index2.php?option...gid
6. http://buletinkpm.blogspot.com/2012/11/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html
7. http://eprints.utm.my/10757/1/PELAKSANAAN_PENTAKSIRAN_KERJA_KURSUS_
KEMAHIRAN_HIDUP_BERSEPADU_DI_SEKOLAH_MENENGAH_L
8. http://hamsiahmd.blogspot.com/p/pentaksiran-berasaskan-sekolah-pbs.html

You might also like