You are on page 1of 3

Penilaian formatif dan system penilaian generasi baru: adakah kita kehilangan satu peluang?

Penilaian yang sempurna menurut Crooks, 1988 dan Natriello, 1987, merangkumi amalan penilaian pendidik,
persepsi kendiri pelajar dan pencapaain motivasi, pembelajaran di dalam kelas, kualiti tugasan penilaian dan teknik
persoalan guru, dan kualiti maklumbalas yang diberikan. Black dan William, 1998 merumuskan bahawa penilaian
formatif yang efektif meliputi paar pendidik membuat pengubahsuaian terhadap proses pengajaran dan
pembelajaran sebagai tindakan susulan terhadap bukti penilaian dijalankan. Selain itu, pelajar menerima
maklumbalas berkaitan dengan pembelajaran mereka bersama nasihat untuk membaiki diri. Ini termasuk,
penglibatan pelajar semasa proses penilaian kendiri. Asas kepada penilaian formatif merupakan satu mekanisme
yang membantu meningkat rancangan atau prosedur yang diambil oleh para pendidik dan pencapaian pelajar.
Sebagai contohnya, Smarter Balanced Assessment consortium percaya bahawa penilaian sumatif gagal untuk
memberi dorongan positif proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu, peruntukkan besar yang akan dibelanjakan
untuk meningkatkan ataumemperkenalkan system penilaian generasi akan datang seharusnya mampu menyediakan
bangsa kita dengan peluang mewujudkan penilaian formatif yang melibatkan penglibatan pelajar dan pendidik.
D. Royce Sadles mengenalpasti bahawa maklumbalas sebagai elemen penting untuk membantu proses
pembelajaran. Maklumbalas dianggap sebagai maklumat tentang jurang Antara tingkat penguasaan sebenar dengan
rujukan tingkat penguasaan parameter sesuatu system yang digunakan untuk merapatkan sesuatu jurang.
Kesimpulannya, ia dianggap sebagai alat untuk menutup jurang Antara kebolehan atau penguasaan semasa
seseorang dengan sasaran sebenar yang ingin dicapai. Para pendidik akan dapat memperolehi maklumbalas daripada
hasil penilaian formatif yang dijalankan dan seterusnya, menggunakan dapatan tersebut untuk melakukan
pengubahsuaian terhadap aspek pengajaran dan membantu pelajar untuk meningkatkan kulaiti pembelajaran.
Maklumbalas menyediakan pelajar dengan cadangan, petunjuk atau petanda untuk mencapai sesuatu pencapaian
sasaran. Ia juga penting untuk meningkatkan motivasi dan keberkesanan atau kegiatan aktif diri pelajar. Ini
bermaksud, ia membantu para pelajar untuk melibatkan diri secara aktif dan berkesan di dalam proses pengajaran. Ia
turut mempratikkan kemahiran sepanjang hayat tentang belajar mengenai bagaimana untuk belajar kerana ia
merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan di dalam kolej atau di tempat kerja.
Sadles, 1989 menekankan bahawa untuk membolehkan para pelajar untuk mengamalkan pembelajaran sendiri, para
pelajar mesti memiliki kriteria atau sasaran selaras dengan sasaran dan keinginan yang dimiliki oleh para pendidik.
Perkara ini bergantung kuat kepada, (1). Proses menetapkan sasaran atau tingkat penguasaan yang perlu dicapai (2).
Membandingkan peningkatan sebenar atau semasa pelajar dengan sasaran atau standard yang telah ditetapkan dan
(3). Mengambil kira prosedur-prosedur yang selari dengan usaha untuk merapatkan jurang.
Peranan pendidik semasa penilaian formatif ialah untuk membantu pelajar memahami sasaran yang ditetapkan,
membantu pelajar untuk menguatkan kemahiran bagi menilai pembelajaran mereka yang berkaitan dengan standard
dan mengumpulseberapa banyak strategi dalam membantu pembelajaran kendiri pelajar. Sadler, menyatakan
bahawa penilaian formatif lebih kepada soal pembelajaran dan bukan semata-mata berkaitan dengan soal penilaian.
Kajian cognitif psikologi mendapati pembelajaran melibatkan pembentukkan aktif rancangan untuk menjalankan
sesuatu proses yang memerlukan pelajar memahami sesuatu pengetahuan tersebut dan mempratikkannya di dalam
pembelajaran. Tidak dapat dinafikan bahawa pelajar juga memperolehi kemahiran berbahasa dan cognitif melalui
pergaulan social dan interaksi dengan orang lain yang menyokong pembelajaran mereka. Hal ini disokong oleh teori
Vygotsky apabila beliau mengemukan 2 jenis tingkat penguasaan yang ada dalam setiap diri pelajar. Pertama, tingkat
penguasaan yang sudah dicapai oleh para pelajar iaitu merujuk kepada kemampuan mereka untuk menyelesaikan
sesuatu masalah secara berdikari. Kedua, tingkat keupayaan maksimum yang mampu dicapai oleh seseorang pelajar
tersebut iaitu keupayaan yang mampu mereka capai melalui kolaborasi dan bimbingan daripada para guru dan rakan
sebaya. Hal ini mampu dicapai melalui proses interaksi pelajar dengan orang lain yang mempunyai lebih
pengetahuan sekaligus mampu membimbing mereka.
Kaitan Antara teori dan penilaian formatif
Dari sudut cognitif dan teori sosio-budaya, penilaian formatif membolehkan para pendidik dan pelajar untuk terus
berusaha mencapai tingkat keupayaan maksimum setiap pelajar. Hal ini kerana, penilaian formtif melibatkan proses
penilaian yang berterusan di dalam mengumpul dan mengkaji pembelajaran yang lebih terancang dan berkesan.
Pendidik perlu membimbing sepanjang proses pembelajaran dilakukan. Hanya melalui penilaian yang berterusan,
pendidik akan dapat bergiat aktif, menentukan kebolehan setiap pelajar dan menyediakan bantuan dan pengalaman
dalam aspek pembelajaran mereka. Dengan ini, para pelajar akan dapat menggabungjalinkan pengetahuan baru
dengan apa yang sudah mereka miliki.
Dari sudut socio-budaya menjelaskan penilaian formatif mengambil kira peranan aspek interaksi dan kerjasama
Antara pendidik dan pelajar seopanjang proses pembelajaran berlangsung. Penialain ini melibatkan kedua-dua
pendidik dan pelajar terlibat bersama dari semasa ke semasa dalam memberikan maklumbalas, penilaian kendiri dan
perkongsian ilmu pengetahuan. Ini bermaksud, sasaran, peranan, latihan dan norma yang telah ditetapkan sepanjang
interaksi dilakukan adalah bertujuan untuk membantu aspek pembelajaran pelajar. Pendidik dan pelajar memegang
peranan sebagai rakan kongsi sepanjang proses pembelajaran. Manakala sasaran yang ditetapkan ialah tingkat
pembelajaran yang perlu dicapai. Latihan pula sebagai alat untuk pendidik menilai dan mengkaji serta memberi
maklumbalas kepada pelajar. Akhir sekali norma yang ditetapkan mestilah berdasarkan saling kebergantungan,
percaya, hormat dan kolaborasi.
Daripada teori ke aspek amalan
Penilaian fomatif yang berkesan melibatkan aspek pengumpulan eviden berkaitan dengan perkembangan
pembelajaran pelajar sepanjang sesi pembelajarn dijalankan agar pengubahsuaian terhadap prosedur yang perlu
diambil dapat dilakukan bagi mengurangkan jurang Antara keupayaan semasa pelajar dengan keupayaan seharusnya
dicapai oleh pelajar (sasaran). Para pelajar tidak pernah lari daripada menerima maklumbalas daripada pendidik.
Oleh itu, penilaian formatif boleh dianggap sebagai satu proses pembelajaran dan bukannya semata-mata hanya
sebagai alat penilaian.
Penilaian terhadap aspek pembelajaran merupakan satu proses mencari dan meminterpretasi eviden untuk
kegunaan pelajar dan pendidik untuk menentukan tingkat penguasaan pelajar, halatuju yang perlu dicapai dan
faedah yang bakal mereka perolehi. Oleh itu, pendidk perlu memiliki kemahiran dan pengetahuan professional untuk
merancang mekanisme penilaian, memantau pembelajaran, menganalisa dan meminterpretasi eviden pembelajaran,
memberi maklumbalas kepada pelajar dan menyokong mereka dalam aspek pembelajaran kendiri. Ini jelas
menunjukkan bahawa penilaian formatif sebagai satu proses dan bukannya hanya sebagai alat penilaian.
Apa yang perlu dilakukan oleh para pendidik untuk memtikan keberkesanan penilaian formatif ialah, perkembangan
pembelajaran, sasaran atau target pembelajaran dan kriteria kerjayaan, maklumbalasa, penilaian kendiri dan
penilaian rakan sebaya dan kerjasama atau kolaborasi. Perkembangan pembelajaran menyentuh tentang aspek yang
perlu dikuasai oleh pelajar agar mereka tidak akan pernah tersasar dari landasan yang telah ditetapkan. Manakala,
sasaran pembelajaran dan kriteria kejayaan menyentuh tentang aspek standard yang berkaitan dengan potensi
pelajar bagi menutup jurang Antara kebolehan semasa pelajar dengan kebolehan yang seharusnya dicapai oleh
pelajar. kriteria kejayaan bertindak sebagai indicator untuk guru menilai pencapaian semasa pelajar kearah
pencapaian yang positif. Maklumbalas yang diberikan bukan berbentuk markah mahupun gred tetapi ia diberikan
dengan tujuan untuk meningkatkan kualiti aspek pembelajaran semasa ia berlangsung. Pendidik perlu menyediakan
maklumbalasa dalam bentuk strategi, idea dan tugasan untuk pelajar mencapai tingkat penguasaan yang telah
disasarkan. Penilaian kendiri dan penilaian rakan sebaya membolehkan pelajar meningkatkan ilmu pengetahuan diri.
Apa yang ditulis atau dinyatakan seseorang pelajar tentang hasil tugasan pelajar lain bolh menjadi eviden yang baik
untuk menunjukkan tingkat pemahaman mereka terhadap sasaran pembelajaran yang ditetapkan. Kolaborasi
membolehkan semua pelajar dan guru bertanggungjawab terhadap aspek pembelajaran dan tidak lagi berpusat
kepada guru kerana ia melibatkan kerjasama antara guru dan pelajar. Tuntasnya, kedua-dua pihak akan
memperolehi faedah dari aspek pengajaran dan pembelajaran.
Secara kesimpulannya, penilaian formatif memerlukan kegiatan atau peranan aktif guru agar penilaian formatif
bukan setakat menilai hasil akhir pelajar tetapi sebagai mekanisme yang turt menilai proses yang dilakukan untuk
mencapai sasaran yang telah ditetapkan. Sekaligus, memampukan para guru untuk membimbing pelajar ke landasan
yang telah ditetapkan.

You might also like