You are on page 1of 5

Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks Tingkatan 5 m/s 1)

Soalan Contoh

Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan
oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.

Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri

Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.


Karangan Contoh


Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan
rakyat Malaysia apabila .. Konsep rumah terbuka ini memang perlu
diteruskan dan dijadikan amalan kerana ... Dengan adanya rumah terbuka,
mudahlah seseorang itu untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana
... Seterusnya amalan ini sudah tentu akan
. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat
yang hidup dalam keadaan aman dan harmoni seperti kata pepatah,
..".

Amalan rumah terbuka akan . dalam kalangan masyarakat di
negara kita. Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan
. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka
.. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak
langsung perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada
.. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu
..

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, . .
. Mereka akan merayakan perayaan
itu bersama-sama, walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya,
Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu
dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan
berusaha untuk memahaminya. ..

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan
. Hal ini disebabkan oleh sikap
tetamu yang hadir, iaitu .. Mereka tidak menghiraukan aspek
kebersihan dan . atau bungkusan makanan
.. Perkara ini akan menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu
berakhir dan ... Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar
tetamu yang hadir akan menjaga aspek kebersihan dan
..

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang
. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan
kesulitan kepada orang lain yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa
atau bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam
.. Sekiranya mereka menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak
menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku ialah mereka
. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran berlaku,
sedangkan
Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka dengan mendalam oleh
semua pihak. Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan
dihayati oleh . Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan
rumah terbuka akan .. atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya.
Kita tidak mahu seperti kata pepatah, ...."apabila menganjurkan rumah
terbuka. Jadi, semua anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka
yang sebenarnya agar .






Rumah Terbuka Rakyat Malaysia (Buku Teks Tingkatan 5 m/s 1)

Soalan Contoh
Sewaktu sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu, anda telah mengunjungi rumah terbuka yang dianjurkan
oleh kerajaan Malaysia.
Huraikan kebaikan dan keburukan rumah terbuka itu.

Pendahuluan
- Jelaskan konsep rumah terbuka secara umum.

Isi-isi Penting
i. mengeratkan perpaduan kaum
ii. memahami budaya kaum lain
iii. masalah kebersihan
iv. ada yang mementingkan diri

Penutup
- konsep rumah terbuka perlu dihayati.

Karangan Contoh

Kebelakangan ini, amalan mengadakan rumah terbuka menjadi perkara biasa dalam kalangan rakyat
Malaysia apabila tiba hari-hari perayaan utama. Konsep rumah terbuka ini memang perlu diteruskan dan
dijadikan amalan kerana banyak kebaikannya. Dengan adanya rumah terbuka, mudahlah seseorang itu
untuk mengunjungi rumah saudara mara, jiran-jiran dan rakan-rakan kerana tarikh dan masanya sudah
ditetapkan. Seterusnya amalan ini sudah tentu akan mengeratkan hubungan dan perpaduan sesama
anggota masyarakat. Hal ini pasti akan mewujudkan masyarakat yang hidup dalam keadaan aman dan
harmoni seperti kata pepatah, "Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat".

Amalan rumah terbuka akan mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat di negara kita.
Semasa menghadiri rumah terbuka tersebut para tetamu yang hadir akan beramah mesra dengan
tetamu yang lain. Jadi, sudah tentu perkara ini akan membolehkan mereka berbual mesra dan saling
memahami antara satu sama lain. Oleh itu, di samping menjamu selera, secara tidak langsung
perpaduan dan persefahaman antara tetamu yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini akan
dapat dimantapkan. Hal ini bersesuaian dengan pepatah Melayu, iaitu "Tak kenal maka tak cinta".

Semasa menghadiri rumah terbuka juga, para tetamu yang terdiri daripada pelbagai kaum akan
memahami budaya dan adat resam kaum lain. Mereka akan merayakan perayaan itu bersama-sama,
walaupun mereka berbeza latar belakang budaya dan agama. Sebagai contohnya, orang-orang Cina,
India, Iban, Kadazan akan merayakan sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama-sama dengan orang Melayu
dan begitu juga sebaliknya. Jadi, mereka akan dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain dan
berusaha untuk memahaminya. Perkara ini sudah tentu akan mewujudkan budaya yang sihat dalam
kalangan masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Selain kebaikan, terdapat juga keburukannya kerana rumah terbuka akan menimbulkan masalah untuk
menjaga kebersihan di tempat rumah terbuka itu diadakan. Hal ini disebabkan oleh sikap tetamu yang
hadir, iaitu tidak mementingkan aspek kebersihan. Mereka tidak menghiraukan aspek kebersihan dan
membuang sisa makanan atau bungkusan makanan di merata-rata tempat. Perkara ini akan
menimbulkan masalah apabila rumah terbuka itu berakhir dan menyusahkan pihak penganjur untuk
membersihkannya. Oleh itu, perkara ini perlulah diberikan perhatian agar tetamu yang hadir akan
menjaga aspek kebersihan dan tidak mengotorkan tempat itu.

Keburukan lain akibat penganjuran rumah terbuka adalah terdapat pihak yang mementingkan diri dan
tidak menghiraukan orang lain. Perkara ini akan menimbulkan masalah dan kesulitan kepada orang lain
yang turut hadir dalam majlis itu. Ada tetamu yang berebut-rebut semasa mengambil makanan atau
bersikap tamak dengan mengambil makanan dalam jumlah yang banyak. Sekiranya mereka
menghabiskan makanan tersebut sudah tentu tidak menimbulkan masalah, tetapi perkara yang berlaku
ialah mereka tidak menghabiskan makanan tersebut. Hal ini sudah tentu menyebabkan pembaziran
berlaku, sedangkan ada orang lain yang mungkin tidak mendapat makanan langsung.

Oleh hal yang demikian, konsep rumah terbuka perlu dihayati dengan mendalam oleh semua pihak.
Konsep rumah terbuka sudah tentu banyak mendatangkan kebaikan jika difahami dan dihayati oleh
anggota masyarakat. Sekiranya konsep ini tidak difahami dan dihayati, ditakuti amalan rumah terbuka
akan mendatangkan keburukan atau sekadar syarat sahaja untuk menganjurkannya. Kita tidak mahu
seperti kata pepatah, "Rumah siap pahat berbunyi"apabila menganjurkan rumah terbuka. Jadi, semua
anggota masyarakat haruslah memahami dan menghayati konsep rumah terbuka yang sebenarnya agar
hasrat yang dicita-citakan akan dapat dicapai.

You might also like