You are on page 1of 45

Kumpulan 2

Tajuk: Konsep Reka Bentuk Kurikulum




Ahli Kumpulan:

Josmin Mosulin (805194)
Mustikah Binti Joseph (805210)
Agnes Binti Godtol (805335)
Devy AK Juing (802626)
Senarai kandungan.
1. Pendahuluan
2. Definisi Reka Bentuk Kurikulum
3. Komponen Reka Bentuk Kurikulum
4. Sumber Reka Bentuk Kurikulum
5. Perbincangan
Reka Bentuk Kurikulum di Malaysia:
KBSM Mata Pelajaran Pendidikan Moral
6. Penutup

1. Pendahuluan
oBidang tugas kurikulum memerlukan rangka
rancangan atau reka bentuk yang sesuai

oPada masa lepas, perekaan dan perekabentukan
kurikulum masih dianggap tidak penting (Abu
Bakar Nordin & Ikhsan Othman, 2008)
sambungan
oKesedaran berkaitan kepentingan kurikulum
semakin bertambah menyebabkan ilmu
kurikulum berkembang dan aspek-aspek reka
bentuk kurikulum mengambil tempat dan
kepentingannya (Razali Arof, 1996)

oPada akhir abad ke-19, bermulalah era baru
dalam perekaan dan reka bentuk kurikulum
secara sistematik oleh tokoh pendidik seperti
Rugg, Kilkpatrick, dan Tyler (Abu Bakar Nordin
& Ikhsan Othman, 2008)

2. Definisi
oPenyusunan kesemua elemen dan komponen
penting dalam kurikulum untuk dijadikan
sebagai satu entiti yang sah dan mempunyai isi.

oSuatu proses menghasilkan rancangan
kurikulum dengan susunan elemen-elemen.
(Ornstein & Hunkins, 2004).



sambungan
oMenurut Evelyn J. Sowell (2000), reka bentuk
kurikulum juga dipanggil sebagai penyusunan
kurikulum (curriculum organization)

oMenurut John Wiles (2005), kurikulum adalah
program dan sebagai kandungan yang
dirancang, manakala reka bentuk pula dipanggil
sebagai cara bagaimana program itu disusun
(organized) dan diolah (treated)

sambungan
oSusunan elemen, struktur, komponen, atau
pelan yang terdapat dalam kurikulum itu sendiri
iaitu suatu siri pengalaman yang dirancang
untuk mencapai sesuatu matlamat.

3. Komponen Reka Bentuk Kurikulum
oApakah struktur am kurikulum yang boleh digubal
supaya sesuatu bahagian kurikulum itu boleh
mempamerkan sesuatu secara menyeluruh?

oDalam penghasilan rekabentuk sesuatu kurikulum, ia
mengambil kira falsafah dan teori pembelajaran
untuk menentukan, adakah pemilihan reka bentuk
kurikulum itu selari dengan pemahaman asas
tentang manusia?


sambungan
o Menjawab persoalan;

i. apa yang sepatutnya mereka pelajari,

ii. bagaimana sepatutnya mereka belajar,

iii. bagaimana mereka bertindak terhadap ilmu
yang diperolehi.

sambungan
oOrnstein & Hunkins (2009), menyatakan bahawa
rekabentuk kurikulum perlu menekankan kepada
nature dan susunan empat bahagian asas kurikulum
iaitu objektif, isi kandungan, pengalaman
pembelajaran, dan penilaian

oModel oleh Giles memperlihatkan rekabentuk
kurikulum yang menekankan peranan empat
komponen iaitu objektif (objective), isi kandungan
(subject matter), kaedah dan organisasi (Method and
organization) dan penilaian (Evaluation)


Komponen-Komponen Rekabentuk Kurikulum
(H. Giles, 1942)

Objectives

Subject matter Method and
organization

Evaluation
sambungan
o Berdasarkan model ini, keempat-empat komponen mencadangkan
kepada penggubal-penggubal kurikulum empat persoalan yang
perlu dimasukkan dalam rekabentuk kurikulum;

i). Apa yang perlu dilakukan?

ii). Apa perkara-perkara yang perlu dimasukkan?

iii).Apa strategi-strategi pengajaran, sumber-sumber dan aktiviti
yang akan di digunakan yang dapat membantu proses
pembelajaran?

iv). Apa kaedah-kaedah dan instrumen-instrumen yang boleh
digunakan untuk menilai keputusan kurikulum?.
Komponen Asas Rekabentuk Kurikulum (Tylers Model, 1949)

Determining Objective


Process of Curriculum content
curriculum evalution


Methods & Organization
(Teaching learning activities)


Empat persoalan asas (Tylers Rationale)

1. Apakah matlamat pendidikan yang perlu dicapai oleh sekolah?

2. Apakah pengalaman pendidikan yang boleh disediakan yang
boleh mencapai matlamat rekabentuk kurikulum?

3. Bagaimana sesuatu pengalaman pendidikan itu boleh
diorganisasi secara efektif?

4. Bagaimanakah kita dapat menentukan sama ada matlamat
sesuatu kurikulum itu tercapai?
Langkah-Langkah Dalam Model Tyler.


1. Menentukan matlamat dan objektif.
2. Memilih pengalaman pembelajaran atau kandungan
pelajaran bagi mencapai matlamat dan objektif.
3. Menyusun pengalaman pembelajaran atau
kandungan pelajaran perlu disusun secara sistematik.
4. Menilai hasil penggunaan kurikulum bagi
menentukan pencapaian objektif.
Apa itu rekabentuk kurikulum dan rekabentuk pengajaran?
oRekabentuk kurikulum adalah induk kepada rekabentuk
pengajaran.
oRekabentuk kurikulum adalah keseluruhan perancangan
yang menunjukkan empat komponen kurikulum (objektif,
isi kandungan, pengalaman dan penilaian).
oRekabentuk pengajaran pula merujuk secara spesifik
kepada satu komponen iaitu keupayaan pengalaman
(potential experiences) untuk pelajar.
oPengajaran tidak menekankan objektif atau kandungan
tetapi lebih kepada kaedah pengajaran dan aktiviti
pendidikan yang membolehkan pelajar untuk
mempelajari kandungan sesuatu kurikulum.
Beberapa persoalan dalam rekabentuk pengajaran;
1). Apakah kaedah pengajaran dan material yang boleh
digunakan untuk membantu pembelajaran?

2). Apakah sumber-sumber yang tepat untuk sesuatu
pelajaran tertentu yang dinyatakan dalam perancangan
kurikulum?

3). Bagaimana kita menyusun pelajar, dan bagaimana
menentukan pelajar mana yang patut terlibat dalam
sesuatu aktiviti?.
4. Sumber Reka Bentuk Kurikulum
oRonald Doll (dalam Ornstein & Hunkins, 2009),
menyatakan terdapat empat sumber utama
rekabentuk kurikulum iaitu rekabentuk kurikulum
bersumberkan sains, bersumberkan masyarakat,
bersumberkan eternel truths, dan bersumberkan
devine will.

oSumber-sumber ini sebahagiannya bertindan dengan
sumber-sumber kurikulum yang dikenalpasti oleh
Dewey & Bode dan dipopularkan oleh Tyler iaitu
pengetahuan, masyarakat, dan pelajar.
Lima sumber utama rekabentuk kurikulum
1. Sains sebagai sumber rekabentuk kurikulum
2. Masyarakat sebagai sumber rekabentuk
kurikulum
3. Eternal and Divine sebagai sumber rekabentuk
kurikulum
4. Pengetahuan sebagai sumber rekabentuk
kurikulum
5. Pelajar sebagai sumber rekabentuk kurikulum
4.1 Sains Sebagai Sumber Rekabentuk Kurikulum
oMenekankan tentang kaedah saintifik dalam
rekabentuk sesebuah kurikulum.
oDalam konteks ini, rekabentuk kurikulum yang
disediakan harus mengandungi hanya elemen-
elemen yang boleh diperhatikan dan dapat dikira
(quantified).
oAspek penyelesaian masalah diberikan keutamaan.
oKebanyakan perbincangan tentang proses pemikiran
(thinking process) adalah berdasarkan kepada
psikologi kognitif
sambungan
oDalam prosedur penyelesaian masalah, penekanan
dalam proses penyelesaian sesuatu perkara didapati
daripada pemahaman sains dan lain-lain organisasi
pengetahuan contohnya psikologi

oBerasaskan kepada kepercayaan bahawa kaedah
saintifik dalam pengajaran dan pembelajaran akan
memberikan kesan positif dalam reka bentuk
kurikulum.

4.2 Masyarakat Sebagai Sumber Reka Bentuk
Kurikulum
Definisi
a) Masyarakat
Kumpulan orang yang hidup dan bergaul bersama
di suatu tempat (kampung, bandar, pinggir banda
dll) atau mengikut golongan bangsa (Melayu, Cina,
India dll) atau agama (Islam, Kristian, dll).
(Kamus Melayu Global: 1997)
Apakah elemen-elemen dalam masyarakat yang
perlu diambil kira dalam reka bentuk kurikulum?

sambungan

b. Divine:

Tuhan (Penghakiman dan Pengadilan Tuhan)
(Kamus Inggeris Melayu Dewan: 1991)
c. Eternal:

Abadi, kekal dan mutlak
(Kamus Inggeris Melayu Dewan: 1991)

sambungan
a.Masyarakat;

Ornstein (2006)
Sekolah merupakan ejen masyarakat;
Jalankan khidmat kepada masyarakat.
Lihat kepada analisis keperluan masyarakat.
Kaji keutamaan masyarakat
Kepentingan kurikulum tersebut kepada masyarakat.
Kepelbagaian yang ada pada masyarakat.


sambungan
Evelyn J. Sowell (2000) dalam Curriculum an
Integrative Introduction;
a. Pelajar perlu pelajari asas kehidupan
b. Penekanan terhadap gaya hidup dan penyelesaian
masalah sosial (Klien, 1991)

Saylor (1981);
a. Banyak menekankan kepada falsafah.
b. Kurang penekanan terhadap reconstruction.
c. Institusi masyarakat tidak utuh

sambungan
John Dewey (1989);
Budaya baru yang dibawa oleh setiap generasi
perlu dipelajari.

Elkind (1990);
Masyarakat menjadi reka bentuk kurikulum:
Contoh sekolah menengah di Latin, belajar kitab
suci.

Elemen-elemen dalam masyarakat;

a. Tradisi
b. Buku teks
c. Adat
d. Nilai Moral
e. Kajian
f. Kepelbagaian
g. Taraf hidup
h. Keluarga
i. Teknologi


4.3 Mutlak dan Ketuhanan
Eternal & Divine

Apakah kebenaran mutlak?
Dapatkah pengetahuan yang lalu membimbing
masyarakat pada masa sekarang?

sambungan
Gerald O Collins
kerohanian bermakna Tuhan dan tanggapan
manusia terhadap Nya.
(Kitab, ritual suci & amalan penganut)

H.M.Aripin (1991)
Agama lahir institusi bangsa yang utuh.
Cth: Pendidikan Islam

sambungan
Moffett;

Kerohanian;
ketahui apa yang sedang berlaku dan akan berlaku?
Lahirkan individu yang berfikiran bersih dan positif.

Pendidikan bersifat kerohanian;
a. Kewujudan alam semula jadi
b. Tujuan kehidupan manusia
c. Perhubungan sesama umat
d. Insan sebenar
e. Pengetahuan

4.4 Ilmu Pengetahuan (knowledge) sebagai
sumber reka bentuk kurikulum
oIlmu pengetahuan (knowledge) bermaksud
semua data yang diperolehi melalui pembacaan,
pemerhatian dan pendengaran ditapis melalui
pengalaman dan diaplikasikan dalam
kehidupan kita (Lenox & Walker (1994) di dalam
Sowell (2005).
2 jenis ilmu pengetahuan (Knowledge)

a) Disciplined knowledge

-Mempunyai struktur yang tertentu serta
kaedah-kaedah tertentu yang telah
diperkembangkan oleh para tokoh kurikulum.

Contoh: Fizik

sambungan
b) Undisciplined knowledge
-Tidak mempunyai isi kandungan yang unik.

-Isi kandungannya terbentuk daripada hasil
pengumpulan fokus penyelidikan yang
dijalankan.

Contoh: Pendidikan alam semulajadi
Isu

oIlmu pengetahuan berkembang dengan
mendadaknya.

oSukar membezakan di antara pelbagai disiplin
ilmu, hal pemilihan ilmu, jumlah disiplin yang
perlu diajar
sambungan
Ilmu pengetahuan semakin berkembang, namun
masa yang diperuntukkan kepada pelajar untuk
mempelajari semua ini terlalu singkat.


4.5 Pelajar sebagai sumber reka bentuk
kurikulum.

Berdasarkan asas psikologi
- bagaimanakah pemikiran seseorang
itu membentuk maksud atau
pengertian mengenai sesuatu
perkara.


sambungan

oKurikulum terbentuk hasil daripada
pemahaman kita tentang pelajar

-Bagaimana mereka belajar, membentuk sikap,
mencetuskan minat, dan memperkembang
nilai-nilai murni
Penekanan tentang pengetahuan pelajar.

oPelajar dilatih untuk membina
pengetahuan.

oIa dikatakan unik kerana setiap pelajar
mungkin boleh memberikan jawapan
yang sama namun pemahaman mereka
yang mendalam terhadap sesuatu
konsep itu adalah berbeza.

Pengalaman pelajar

oPelajar-pelajar itu sendiri terlibat
dalam memilih dan menyusun tujuan
pembelajaran.

oTopik-topik pembelajaran
-Penyelesaian masalah pelajar
-Topik yang diminati

sambungan

okurikulum berpusatkan pelajar
adalah saling bertindih dengan

a) Pendekatan berasaskan sains -
strategi-strategi memproses ilmu
pengetahuan

sambungan
b) Pendekatan berasaskan ilmu pengetahuan -
bagaimana memproses ilmu pengetahuan yang
diterimanya.

oOleh itu, sumber ini memberi keyakinan kepada
pelajar dan membantu membentuk
keperibadian mereka yang unik

5.0 Perbincangan: Sumber Reka Bentuk Kurikulum
Pendidikan Moral Tingkatan 5.
Sumber
Reka
Bentuk
Aplikasi dalam Pendidikan Moral
Sains Bidang Pembelajaran 1: Nilai Berkaitan Perkembangan Diri.
-Pelajar diharapkan boleh berfikir berdasarkan alasan dan
bukti yang nyata dan mengambil tindakan berasaskan
pertimbangan yang wajar.
-Kemahiran yang diterapkan adalah langkah penyelesaian
masalah iaitu meramal, mencari bukti, menganalisis bukti, dan
membuat keputusan.
(Nilai Rasional)

Masyarakat Bidang Pembelajaran 2: Nilai Berkaitan kekeluargaan.
-Generasi baru (pelajar) diharap untuk terus dididik untuk
menghargai dan menjunjung tradisi keluarga sebagai khazanah
budaya bangsa.
sambungan
Sumber
Reka
Bentuk
Aplikasi dalam Pendidikan Moral
Mutlak &
Ketuhanan
Bidang Pembelajaran 1: Nilai Berkaitan Perkembangan Diri
-Pelajar diharapkan agar yakin akan kewujudan Tuhan sebagai
pencipta alam dan mematuhi segala suruhan-Nya
berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan
prinsip Rukun Negara.
Ilmu
Pengetahuan
Bidang Pembelajaran 3: Nilai Berkaitan Alam Sekitar
-Pelajar diharapkan agar bukan sahaja menyedari kepentingan
memelihara dan memulihara alam sekeliling tetapi juga turut
sama menyokong dan melibatkan diri dalam usaha
mengekalkan alam sekitar yang bersih dan selamat.
Pelajar Bidang Pembelajaran 6: Nilai Berkaitan Demokrasi
-Pelajar didedahkan dengan sikap menerima dan mematuhi
peraturan serta undang-undang bagi menjamin kesejahteraan
masyarakat global. Pelajar juga dididik untuk dapat menerima
kepelbagaian serta berusaha melibatkan diri dalam
pembangunan negara
6.0 Penutup


oKonsep reka bentuk kurikulum pastinya akan
berubah pada masa hadapan. Namun begitu, ia
akan tetap mengandungi komponen-komponen
asas dalam reka bentuknya (Ornstein &
Hunkins, 2009)



Si Minan kunyah sirih,
Sekian, terima kasih.

You might also like