You are on page 1of 1

Sebelum menyusun atur pola, fabric perlu diseterika untuk

mendapatkan permukaan yang rata dan licin.


Fabrik perlu dibentang di atas permukaan yang luas dan rata.
Kenal pasti sebelah luar dan sebelah dalam fabrik.
Kenal pasti juga corak fabrik. Jika corak fabrik satu hala, pola
hendaklah disusun mengikut hala coraknya. Skirt daripada
fabrik bercorak jalur atau genggang, pastikan coraknya
bertemu di kelim.
Fabrik dilipat supaya sebelah dalam bertemu dan pola
disemat di bahagian sebelah luar fabrik.
Semat fabrik dengan jarum peniti supaya tetap
kedudukannya.
Fabrik boleh dibentang secara lipatan memanjang dengan
kedua-dua tepi fabrik bertemu.
Fabrik boleh juga dilipat sebelah sahaja secara memanjang.
Lebar lipatan ditentukan oleh pola terbesar yang perlu
diletakkan
Fabrik boleh dilipat dua dan garisan tepi bertemu di tengah
untuk fabrik bidang besar.
CARA MELETAK POLA DI ATAS FABRIK

You might also like