You are on page 1of 1

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN

Pembangunan sukan di kalangan pelajar bermatlamat melahirkan pelajar yang yang mempunyai ciri
yang unggul dan sentiasa berdaya saing. Bagi mencapai matlamat ini, Dasar Pembangunan
Sukan Institusi Pengajian Tinggi (DPSIPT) telah dilancarkan dan mensasarkan objektif berikut:
Menjadikan IPT sebagai pemangkin kepada pembangunan kecemerlangan sukan negara
Mewujudkan budaya bersukan di IPT ke arah memperkasakan modal insan seimbang dan
berkualiti
dalam pencapaian akademik dan penglibatan bidang sukan
Sasaran untuk melahirkan sekurang-kurangnya 30% atlit negara adalah terdiri daripada atlit IPT
atau
"The Thinking Athletes"

7 Kluster DPSIPT
Pelaksanaan dasar ini akan menggerakkan perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan
sukan di IPT dapat dilaksanakan secara lebih menyeluruh dan sistematik melalui fokus kepada tujuh
(7) kluster berikut:
Program Pembudayaan Sukan
Program Pembangunan Infrastruktur Sukan
Program Pembangunan Pusat Kecemerlangan Sukan
Skim Kecemerlangan, Kebajikan, Insentif dan Penyelidikan Sukan (SKIPS)
Program Pembangunan Akademik Atlit
Program Promosi dan Jaringan Kerjaya
Program Pembangunan Pengajian Sukan di IPT

Insentif Biasiswa Sukan
Bertepatan dengan usaha menggalakkan kecemerlangan sukan atlet IPT, inistiatif menawarkan
Biasiswa Sukan kepada atlit IPT yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam sukan yang
diceburi serta mendapat pengiktirafan Majlis Sukan Negara (MSN) telah dilaksanakan. Sejak
penawaran Biasiswa Sukan dibuka bermula pada 2006 hingga 2010, seramai 356 atlet telah
diperakukan sebagai penerima Biasiswa Sukan KPT.

Maklumat mengenai Biasiswa Sukan

You might also like