You are on page 1of 1

KUMPULAN 6: NIK , BAYA, dan DIANA

AMALI INTERAKSIONALISME

Tahun: 4
Tajuk: Mengenal jenis-jenis kata tanya.
Langkah Pengajaran:
Cikgu menerangkan maksud kata tanya kepada murid-murid.
Cikgu memberi satu contoh kata tanya sebagai gambaran awal murid-murid
Contoh: Siapa?
Cikgu meminta beberapa orang murid untuk memberikan contoh lain kata tanya.
Cikgu meminta murid tersebut menulis di hadapan kelas pada papan putih.
Cikgu membimbing murid menulis dan membaca dengan betul.
Cikgu meminta semua murid membaca kata tanya yang disesnaraikan pada
papan putih beramai-ramai dengan bimbingan cikgu.
Cikgu membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.
Setiap kumpulan diminta untuk membuat lakonan berdasarkan kata tanya yang
terdapat pada papan putih.
Aktiviti perbincangan kumpulan dijalankan.
Setiap murid di dalam kumpulan akan memegang watak yang berbeza dan
berlakon mengikut situasi yang berbeza
Contoh: situasi sebuah keluarga, situasi di sekolah
Guru membimbing murid bertutur dengan betul.
Cikgu akan minta murid menyenaraikan jenis-jenis kata tanya yang digunakan
oleh kumpulan yang berlakon.
Aktiviti pengukuhan dijalankan dengan memberi latihan.

You might also like