2.0Gaya Digital Melibatkan Peranti dan AplikasiBerikut adalah kategori perkakasan dan perisian yang seringdikaitkan dengan gaya hidup digital masa kini.2.1Kategori SatuSedar atau tidak, kebanyakan pengguna masa kini mulamenunjukkan peralihan daripada PC desktop kepada notebook. Ini berpunca daripada beberapa faktor, antaranya sebuah notebook kini boleh didapati dengan harga mampu, mudah alih, dan ciri-cirinyasetanding dengan PC. Kini sebuah notebook turut dilengkapi pemproses (CPU) berkuasa dan cip grafik terkini. Bahkan, sifatmudah alih ini membolehkannya dibawa ke mana-mana, termasuk mengakses internet di pusat WiFi. Namun PC yang yang dilengkapicasis kecil dan skrin LCD masih diminati kerana reka bentuknyayang menarik.2.2Kategori DuaSatu daya tarikan penggunaan PC mahupun notebook adalahkebolehannya mengendalikan pelbagai fail media yang meliputi data,foto, audio, video, permainan, dan perisian. Tanpa ciri-cirimultimedia, penggunaannya tidak menceriakan. Malah konsepcerianya diperluaskan lagi dengan kemunculan pemain media mudahalih yang boleh digunakan bersama PC mahupun notebook. Kiniterdapat pelbagai jenis pemain media di pasaran seperti pemainMP3, MP4, iPod, atau peranti yang menyokong audio dan video. Apayang menarik, pengguna boleh mencipta fail audio serta videodengan sendiri atau dimuat turun dari internetuntuk diisikan kedalam peranti ini.2.3Kategori TigaRamai pengguna sedia maklum bahawa gajet seperti PC,notebook, pemain media, pembantu peribadi digital (PDA), kameradigital, dan telefon bimbit juga dilengkapi storan untuk menyimpandata. Tetapi peranti yang direka untuk menyimpan data seperti pemacu USB flash, storan luaran USB atau Firewire dan kad memoriflash juga makin laris di pasaran. Kini, harganya bukan menjadi penghalang untuk memilikinya, malah semakin murah dengankapasiti yang semakin besar. Selain boleh diisikan dengan fail data,2