No. Kad Pengenalan
660610-04-5243
Agenda ini hanya dapat dicapai melalui proses P&P yang berkesan.Sesungguhnya P&P berkesan lahirnya dari seorang guru yang berkesan iaitu
guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupayamembentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral,berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu),
[Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, 1999]2.0
Definisi Konsep Pengajaran Berkesan
"Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah,seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir,kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku,keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global,"
(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001); hlm.24)
P&P berkesan boleh ditarifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran(P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi
psikomotor, kognitif
dan
afektif
ke tahap yang optimum. Ketua Pengarah PendidikanMalaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah (1999) menyatakan P&P berkualiti lahirnyadari seorang guru yang berkesan iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusahameningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid denganpelbagai keteguhan nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dandapat menyesuaikan diri dengan situasi tertentu. Merujuk kepada Dasar PenyataanStandard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran danpembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut beberapa prinsip yangdigariskan. Antaranya ialah:-3