Professional Documents
Culture Documents
BAB 1
PENGERTIAN ARKEOLOGI
OBJEKTIF
1. 1 PENGENALAN
Arkeologi umumnya sering dikaitkan dengan unsur-unsur pengembaraan yang mencabar, penemuan
yang bernilai, kisah-kisah misteri, tamadun-tamadun purba dan watak-watak utama dalam filem
cereka seperti Indiana Jones dan The Lost of King Solomon Mines. Gambaran-gambaran sedemikian
hanyalah tokok tambah dari gambaran sebenar bidang ini. Arkeologi sebagai satu disiplin ilmiah telah
berkembang lebih dari tiga abad lalu merupakan satu disiplin ilmu yang khusus dalam menyingkap
masa lalu manusia dan membinanya semula untuk tatapan masa kini. Ianya berkembang dari satu hobi
kepada satu disiplin ilmu yang serius dengan metodologi, teori, teknik dan teknologi yang sentiasa
perubahan.
bertulis, epigrafik atau tinggalan dengan matlamat akhir untuk mendapatkan gambaran
sebenar tentang manusia masa silam.
4. Frank Hole dan Robert F. Heizer pula merujuk arkeologi sebagai suatu kajian tentang masa
silam manusia yang dikaji terutamanya melalui bahan-bahan peninggalan. Arkeologi juga
merupakan satu susunan kaedah dan tatacara penyelidikan masa lalu yang mengambarkan
data-data yang diperolehi dan latihan akademik serta orentasi teori ahli arekologi.
5. Robert J. Sharer dan Wendy Ashmore melihat arkeologi sebagai bahagian khusus tentang
teknik yang digunakan dalam menbongkar bukti tentang masa lalu dan sebagai satu disiplin
yang mengkaji masyarakat dan kebudayaan silam berdasarkan budaya kebendaan ianya
menerangkan perkembangannya serta bagaimana ianya berlaku.
6. Glyn Isaac menyatakan disiplin arkeologi sebagai satu disiplin yang cuba menerangkan
hubungan di kalangan manusia dan di antara manusia dengan dunia kebendaan. Menurutnya
lagi, ianya merupakan bukan satu disiplin sains jati, sains sosial dan cabang kemanusiaan
tetapi lebih merupakan usaha khusus atau tempat untuk semua bidang bertemu.
7. J. de Leat menganggap arkeologi sebagai satu disiplin sains dan cabang kepada bidang
sejarah.
8. Walter Tylor menyatakan arkeologi tidak lebih daripada suatu kaedah dan kumpulan teknik
yang khusus untuk mendapatkan maklumat mengenai budaya.
9. Nik Hassan Shuhaimi menerangkan pengertian arkeologi pada mulanya ialah satu bentuk
kajian ke atas bahan purba melalui kaedah deskriptif yang sistematik pada sekitar awal abad
ke 18 kemudiannya berkembang kepada maksud sejarah purba pada abad ke 19 dan kini
sebagai satu disiplin yang bertujuan untuk membentuk semula sejarah kebudayaan, sejarah
cara hidup dan proses kebudayaan masyarakat pra sejarah, proto sejarah dan sejarah dengan
mengkaji artifak dan non artifak serta melihatnya dalam konteks alam sekitar.
Daripada definisi dan pengertian di atas dapatlah dirumuskan bahwa bidang arkeologi
merupakan satu disiplin ilmu yang mengkaji tentang manusia dan kebudayaan masa silam
berdasarkan kepada tinggalan dengan kaedah penyelidikan yang sistematik dengan menggunakan
pelbagai pendekatan disiplin-disiplin yang lain seperti sejarah, antropologi, geologi, geografi,
matimatik, fizik, zoologi, botani, senibena, kejuruteraan dan lain-lain. Penumpuan terhadap tinggalan-
tinggalan kebudayaan tidak hanya tertumpu kepada aspek kebendaan yang dikategorikan kepada
buatan manusia tetapi juga yang bersifat bukan buatan tetapi terhasil secara tidak langsung kesan
daripada tindakan manusia dalam membina kebudayaannya yang dikategorikan sebagai non-artifak.
ME 2733: Pengantar Arkeologi 4
Menjelang abad ke 20 barulah matlamat asas penyelidikan arkeologi mantap terbina iaitu satu
bidang kajian yang mendokumentasikan sejarah tentang apa yang berlaku pada masa silam. Sejak dari
itu matlamat bidang ini berkembang bersesuaian dengan keperluan dan kesesuaiannya dalam satu-satu
kajian yang dilakukan oleh bidang ini. Seperti yang ditekankan oleh beberapa orang ahli arkeologi
umpamanya Glynn Isacc yang menyatakan bahawa kaedah penyelidikan arkeologi seharusnya ianya
diperbaiki tanpa mengubah arkeologi sedia ada, Glyn Daniel pula menyatakan sampai masanya untuk
ahli arkeologi menggambarkan sebaik mungkin dangan bahan-bahan yang ada tentang cara hidup dan
zaman prasejarah manusia, Watson LeBlanc dan Redman pula menyatakan bahawa salah satu
matlamat arkeologi ialah menerangkan tentang sesuatu peristiwa dan proses di masa lalu dan Lewis
Binford pula menekankan aspek penerangan dan penjelasan terhadap perkembangan fizikal ,
kebudayaan dan jangkawaktu kewujudan manusia adalah antara matlamat terpenting arkeologi.
Menjelang akhir abad ke 20, matlamat arkeologi tidak hanya terhad kepada dokumentasi atau
sekadar mesin pencari maklumat terbaru tetapi juga mempelbagaikan sumber-sumbernya. Pada awal
perkembangan arkeologi, sumber bahan budaya tidak bertulis seperti artifak alat batu, tembikar,
monumen, kubur dan penempatan menjadi tumpuan. Namun dengan kemunculan Arkeologi Baru
ME 2733: Pengantar Arkeologi 5
sekitar 1960an, sumber yang bersifat non artifak seperti tanah, bahan organik dan mineral telah dikaji
sama penting dengan artifak bahan budaya.
Kesimpulannya, matlamat utama arkeologi ialah mencari dan menambah dokumentasi sejarah
tentang manusia dengan bersumberkan bahan budaya dan persekitaran fizikal. Bagi mencapai
matlamat ini kaedah dan teknik penyelidikannya akan sentiasa dikemas kini. Seterusnya ia akan
mempelbagaikan matlamat arkeologi dengan bersandarkan etika penyelidikan yang ilmiah. Inilah
yang akan membezakannya dengan industri perdagangan antik dan aktiviti pemburuan harta purba.
Dari segi tempoh jangkamasa, ianya amat berkait rapat dengan sejarah geologi bumi yang
berusia 5000 juta tahun. Tempoh ini dibataskan dengan bidang kajian dalam sub-disiplin arkeologi.
Ini bermakna skop jangkawaktu ditentukan oleh permasalahan kajian, jenis tapak ataupun sub-disiplin
arkeologi. Skop kajian sub-sub disiplin arkeologi akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Bab 3.
Perkembangan ini membolehkan arkeologi dianggap sebagai satu disiplin yang mempunyai
tatacara penyelidikan yang teratur dan ini akan diperbincangan dalam bab-bab seterusnya dalam
modul ini. Berlandaskan pendekatan dan metodologi yang dikemaskini seiring dengan
perkembangannya telah membolehkan pengetahuan mengenai masa lampau manusia dapat dituntut
kembali yang diperolehi dari interpretasi tinggalan-tinggalan budaya. Perkembangan penyelidikan ini
telah banyak membantu para ahli arkeologi, antropologi dan sarjana sejarah berhadapan dengan
persoalan-persoalan mengenai masyarakat purba.
ME 2733: Pengantar Arkeologi 6
Akan tetapi hingga ke hari ini masih timbul kekeliruan tentang kepentingan penyelidikan
arkeologi khususnya di kalangan yang mereka meraih keuntungan komersial dari masa silam. Bagi
golongan ini penyelidikan arkeologi hanyalah satu bidang yang terlalu cerewet, berkos tinggi dan
tidak ekonomik. Sikap negatif ini amat sukar dibendung apabila ianya melibatkan hal-hal
perundangan, politik dan pelaburan bernilai berjuta ringgit. Sesetengah pihak pula melihat
penyelidikan arkeologi tidak lebih dari satu bidang yang hanya menggunakan teknik yang rapi dan
perlahan dalam membongkar tinggalan purba yang kemudiaannya diperagakan dimuzium. Fenomena
ini telah wujud sekian lama meskipun di negara Eropah yang telah jauh lebih maju dalam
menjalankan penyelidikan arkeologi mereka.
Bukti tentang tamadun silam ini amat penting kerana ianya saling berkaitan dan
mempengaruhi. Seperti yang dinyatakan oleh Frank Hole dan Robert F. Heizer bahawa dewasa ini
manusia melihat suatu dunia yang dipisahkan mengikut kebudayaan dan politik tetapi dihubungkan
dengan erat melalui teknologi dan struktur ekonomi yang berkembang dan mempunyai lingkungan
yang sangat luas. Hasrat negara adalah untuk mewujudkan suatu warisan budaya yang dibina daripada
penglibatan dalam suatu rasa kemanusiaan yang hanya boleh dicapai melalui arkeologi. Untuk itu
kepentingan untuk penyelidikan arkeologi seharusnya tidak dipersoalkan.
1. 6 KESIMPULAN
kepentingan penyelidikan arkeologi bukan terletak pada penemuan tetapi maklumat yang diperolehi
dari penemuan tersebut dan bagaimana ianya menyumbang kepada pembinaan kemanusiaan yang
lebih baik dengan mengambil ikhtibar dari urutan peristiwa lampau. Bidang arkeologi
menyumbangkan pelbagai maklumat kepada pelbagai disiplin ilmu. Ianya dapat mengeluarkan objek
ME 2733: Pengantar Arkeologi 7
aficionado yang indah dan menarik; ini dapat mendedahkan sejarah manusia dan kemanusiaan;
arkeologi dapat memberi sumbangan ke arah pemahaman masa kini; mungkin pada suatu hari nanti
arkeologi dapat digunakan untuk menguji hipotesis saintifik berhubung dengan perlaku manusia
secara umum.
ME 2733: Pengantar Arkeologi 8
SOALAN-SOALAN PENILAIAN
BACAAN ASAS
Bahn, Paul. 1996. Archaeology: A Very Short Introduction. Oxford: Oxford University Press.
Bahn, Paul. 1997. Cambridge Illustrated History of Archaeology. Cambridge: Cambridge University
Press.
Branigan, K. 1974. Reconstruction to the Past: A Basic Introduction to Archaeology. New Abbot:
David and Charles.
Daniels, G. 1967. The Origins and Growth of Archaeology. Harmondworth: Penguin
Fagan, B.M. 1975. In the Beginning: An Introduction to Archaeology. Boston: Little & Brown.
Forte-Johnston, J. 1974. History from the Earth: An Introduction to Archaeology. London: Phaidon
Press.
Hester, Thomas R. (et. al). 1975. Field Methods in Archaeology. California: Mayfield Publishing
Company.
Hole, Frank & Heizer, Robert (terj.). 1990. Arkeologi Prasejarah: Satu Pengenalan Ringkas. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Renfrew, Colin & Bahn, Paul. 1997. Archaeology: Theories, Methods and Practice. London: Thames
and Hudson Ltd.
Sharer, Robert J. & Ashmore, Wendy, 1980. Fundamentals of Archaeology. California: The
Benjamin/Cummings Publishing Company.
Taylor, W.W. 1973. A Study of Archaeology. Southern Illonois: Chiw Press.