You are on page 1of 14

1

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT


1. BAHAGIAN B . 2
2. PEBGENALAN OBESITI . 2
3. MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN 3
4. MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN
PELAJAR DI MALAYSIA .. 4
5. MENCEGAH MALASAH OBESITI DIKALANGAN PELAJAR .. 5
a. Peka atau sedar terhadap kesihatan .. 5
b. Menyampaikan ilmu pengetahuan .. 6
c. Menimbulkan kesedaran diri .. 7
d. Mengubah sikap .. 8
e. Membuat keputusan .. 9
f. Mengubah tingkah laku .. 10
g. Mengubah status sosial .. 11
6. KESIMPULAN .. 12
7. RUJUKAN .. 13










2

BAHAGIAN B
PENGENALAN OBESITI
Obesiti didefinisikan sebagai lebihan lemak tubuh yang boleh menyebabkan masalah kepada
kesihatan. Obesiti berlaku apabila saiz atau bilangan sel lemak di dalam tubuh meningkat
(Myers, 2004).
Menurut satu kajian, (Kelishadi, WHO 2007), kes obesiti semakin menular di kalangan kanak
kanak dan remaja di negara- negara membangun. Penyakit obesiti merupakan satu faktor utama
yang akan membawa kepada rintangan terhadap insulin dan sindrom metabolik. Sindrom
metabolik juga adalah tinggi di kalangan penduduk dewasa di Asia.
Obesiti ialah jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak yang tidak terkawal.
Obesiti menyerang tanpa mengira peringkat usia dan jika seseorang itu mengalami masalah
obesiti, secara tak langsung, mereka berhadapan dengan penyakit yang berisiko tinggi seperti
serangan jantung, diabetes, strok dan darah tinggi.
Punca obesiti ialah makan secara berlebihan terutamanya makanan yang mengandungi kalori,
lemak dan gula yang tinggi.Kesibukan bekerja dan malas bersenam juga menjadi salah satu
punca obesiti dan lebih ketara ialah jika bekerja di pejabat serta kurang melakukan aktiviti
kecergasan.
Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang mengakibatkan berat badan berlebihan. Contohnya,
jika ibu atau bapa seorang obesiti, tidak musatahil anak atau generasi akan datang mengalami
masalah yang sama.
Di Malaysia, sehingga tahun 2006, 29% penduduk dewasa mempunyai berat badan yang lebih
dan 14% mengalami obesiti. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan bahawa
pada tahun 2015, secara kasar 2.3 bilion penduduk di dunia akan mempunyai berat badan yang
lebih dan 700 juta penduduk dunia akan mengalami obesiti. Peningkatan masalah obesiti dalam
kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8
% bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah
obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.
3

MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN









Menurut Ewles & Simnett (1986), Pendidikan Kesihatan yang diusahakan seringkali bertujuan
untuk mencapai satu atau lebih matlamat kesihatan. Matlamat ini berbeza daripada seseorang
individu kepada individu yang lain atau daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain.
Antara matlamat Pendidikan Kesihatan yang telah dikemukakan oleh Ewless dan Simnett (1986)
adalah seperti berikut iaitu peka atau sedar terhadap kesihatan, menyampaikan ilmu
pengetahuan, menimbulkan kesedaran diri, mengubah sikap, membuat keputusan, mengubah
tingkah laku dan mengubah status sosial.






MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN
MENURUT EWLESS & SIMNETT (1986)
Peka atau sedar terhadap kesihatan
Menyampaikan ilmu pengetahuan Menimbulkan kesedaran diri
Mengubah sikap
Membuat keputusan
Mengubah tingkah laku Mengubah status sosial
4

MASALAH OBESITI DALAM KALANGAN PELAJAR DI MALAYSIA
Obesiti didefinasikan sebagai keadaan di mana pengumpulan lemak yang tidak normal atau
berlebihan di tisu adipos sehingga menjejaskan kesihatan (WHO 2000). Menurut WHO (2011)
jumlah prevalens obesiti di seluruh dunia telah meningkat dua kali ganda berbanding tahun 1980.
Prevalens obesiti yang semakin meningkat ini bukan sahaja berlaku di negara-negara dunia
pertama tetapi juga berlaku di negara-negara yang sedang membangun (WHO 2010).
Masalah obesiti kini semakin berleluasa dalam kalangan pelajar. Obesiti merupakan penyakit
kedua paling umum di Malaysia selepas penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa 15%
daripada kanak-kanak berusia 12 - 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan
kegemukan. Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak yang berasal daripada keluarga
miskin kerana kurangnya kesedaran terhadap pentingnya mempunyai berat badan yang ideal
berbanding dengan keluarga kaya.
Seperti yang telah dijelaskan pada pengenalan tugasan ini,
Negara kita Malaysia juga tidak terlepas dari masalah ini, peningkatan masalah obesiti dalam
kalangan kanak-kanak berumur 7-10 tahun adalah sebanyak 6.6% bagi umur tujuh tahun ke 13.8
% bagi umur 10 tahun. Sebanyak 12.8% peratus daripada kanak-kanak ini adalah lelaki. Masalah
obesiti ini juga semakin ketara di kalangan remaja berumur 13-17 tahun.
Kanak-kanak yang mengalami masalah kegemukan adalah berisiko untuk menjadi obes apabila
dewasa dan keadaaan ini akan menjurus kepada kewujudan masalah kronik yang lain pada masa
hadapan (Chee et al, 2008
Program kesihatan berasaskan komuniti yang komprehensif merupakan salah satu elemen yang
penting dalam pencegahan masalah obesiti (Swinburn et al. 1999). Program intervensi
pengurusan berat badan berasaskan komuniti membekalkan suasana pembelajaran yang dapat
mengurangkan halangan serta menyediakan sumber yang optimum untuk menggalakkan
perubahan cara hidup yang positif secara jangka panjang (Teixeira 2011). Walau bagaimanapun,
terdapat pelbagai pihak ragu terhadap keberkesanan program kerana hanya sedikit bukti yang
menyatakan program tersebut adalah berkesan serta memberikan impak positif secara jangka
panjang (Salmon et al. 2007).
5

MENCEGAH MALASAH OBESITI DIKALANGAN PELAJAR BERTERASKAN KEPADA
MATLAMAT PENDIDIKAN KESIHATAN EWLESS & SIMNETT (1986)
Dalam mencegah dan memberi kesedaran mengenai implikasi obesiti di kalangan pelajar ini,
matlamat pendidikan kesihatan menurut Ewless & Simnett boleh diguna-pakai sebagai panduan
utama dalam langkah-langkah memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar di Malaysia. Matlamat
seperti yang telah dikemukakakn oleh Ewless dan Simnett (1986) adalah seperti berikut iaitu
peka atau sedar terhadap kesihatan, menyampaikan ilmu pengetahuan, menimbulkan kesedaran
diri, mengubah sikap, membuat keputusan, mengubah tingkah laku dan mengubah status sosial.
Bagaimanakah matlamat pendidikan menurut Ewless & Simnett (1986) ini boleh dijadikan
sebagai garis panduan dalam memberi kesedaran dan seterusnya mencegah masalah obesiti ini
dari terus berlaku? Huraian mengenai matlamat ini adalah seperti berikut:
a. Peka atau sedar terhadap kesihatan
Menurut Ewless & Simnett (1986). Adalah diharapkan melalui Pendidikan Kesihatan, orang
yang dididik akan mampu untuk menimbul atau memikirkan isu-isu kesihatan semasa yang
dianggap penting untuk dirinya mahupun masyarakat sekelilingnya setelah pengetahuan tentang
isu tersebut diberikan kepadanya.
Tanpa disedari, berat badan berlebihan atau yang lebih serius lagi, diklasifikasikan sebagai
obesiti mengundang 1,001 jenis penyakit. Dari hujung rambut hinggalah ke hujung kaki, tiada
bahagian tubuh yang `bebas' dijangkiti penyakit, andai lemak dibiar menyalut diri.Antaranya,
angin ahmar, masalah pernafasan, penyakit jantung, diabetes, kanser, batu hempedu,
ketidakseimbangan hormon dan sebagainya.

Atas alasan inilah, ramai yang berusaha menurunkan berat badan dengan menyertai pelbagai
program pengurusan berat badan. Namun, apa yang mengecewakan, sasaran berat badan yang
ingin diturunkan kepada individu terbabit umpama tidak berpijak di `bumi nyata'. ``Ini jelas
dapat dilihat melalui promosi iklan-iklan program menurunkan berat badan yang mensasarkan
bentuk badan langsing seperti seorang model wanita,'' demikian menurut, Pakar Perunding
Endokrin, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Datuk Dr. Khalid Abdul
Kadir.
6


Pelajar-pelajar di sekolah seharusnya diberi kesedaran dari awal lagi mengenai kesan buruk yang
bakal dihadapi dan dihidapi sekiranya mereka menghidap masalah obesiti. Kesedaran mengenai
masalah ini seharusnya diberi agar mereka lebih peka terhadap isu ini. Ini akan membolehkan
pelajar untuk melihat obesiti ini sebagai satu ancaman kepada kesihatan atau lebih sinonim
sebagai `ibu segala penyakit'. Ini akan membolehkan mereka lebih peka tentang apa makanan
yang diambil dan apa yang perlu dielakkan bagi mencegah masalah ini dari berlaku.

b. Menyampaikan ilmu pengetahuan
Apa yang berlaku dikalangan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia pada masa kini adalah mereka
tahu bahawa masalah kesihatan itu wujud tetapi mereka tidak memahami akan bahayanya. Oleh
sebab mereka tidak faham maka mereka membiarkan sahaja hal itu berlarutan sehinggalah
timbul hal atau perkara yang tidak diingini. Sebagai contoh, pelajar-pelajar kita sedar dan tahu
bahawa obesiti itu adalah satu masalah atau penyakit yang merbahaya kepada kesihatan, tetapi
yang menyedihkan mereka tidak mengetahui cara-cara untuk mengatasi dan mengelakkan
masalah ini dari berlaku. Obesiti perlu ditonjolkan sebagai satu penyakit bagi menunjukkan
betapa ia boleh membahayakan kesihatan seseorang.
Maka, di sinilah peranan Pendidikan Kesihatan memainkan peranan. Satu kaedah yang berkesan
haruslah diguna dan diselaraskan dengan matlamat untuk memberi tunjuk ajar dan fahaman yang
jelas kepada pelajar-pelajar kita. Melalui pendidikan kesihatan ini lah pelajar boleh diberi
panduan dan ilmu mengenai apa itu obesiti, bagaimana untuk mencegah atau apa yang boleh
dilakukan oleh pelajar sekiranya mereka menghadapi masalah ini.
Perkara ini boleh dilihat dari apa yang telah dikemukakan oleh Presiden Persatuan Kajian Obesiti
Malaysia Prof Dr Mohd Ismail Noor, dimana beliau menegaskan bahawa situasi masa kini
menunjukkan bahawa langkah perlu dimulakan segera kerana terdapat juga kanak-kanak yang
mengalami masalah berat badan.
7

"Mereka tidak menyedari bahawa ia (obesiti) adalah penyakit. Jadi, tiada siapa peduli dan
berfikir bahawa gemuk itu OK. Apabila kita menganggapnya sebagai satu penyakit, ia akan
menyedarkan orang ramai," katanya.
c. Menimbulkan kesedaran diri
Matlamat yang hendak dicapai adalah hampir menyerupai apa yang telah dibincangkan sebelum
ini. Cuma matlamat ini lebih terarah kepada diri inidividu itu sendiri. Sebagai seorang pendidik
ilmu Pendidikan Kesihatan, segala ilmu yang disampaikan seharusnya cukup berkesan,
menyentuh perasaan dan memberangsangkan supaya ia menimbulkan sikap kepekaan dan
seterusnya menimbulkan kesedaran diri kepada individu. Tindakan positif yang akan diambil
diharapkan dapat meningkatkan tahap kesihatan individu tersebut.
Pelajar-pelajar kita seharusnya diberikan kesedaran bahawa masalah obesiti sebenarnya berlaku
disebabkan oleh cara hdup yang tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan seharian.
Pengambilan makanan yang berlemak tinggi dan terlalu manis boleh membawa kepada masalah
kegemukan. Untuk mengelakkan obesiti yang berpunca daripada masalah ini, pelajar-pelajar kita
harus menimbulkan keseran dalam diri mereka sendiri bahawa hendaklah makan lebih banyak
sayur, buah-buahan dan sumber protein yang lain seperti ikan.
Selain daripada itu, sikap malas dan tidak suka bersenam juga menjadi punca berlakunya
masalah obesiti. Perkara ini berlaku kerana kebanyakkan pelajar kita amat gemar untuk
mengahbiskan masa di depan komputer ataupun mengahadap pelbagai alatan gajet terkini.
Mereka seharusnya menanam kesedaran diri bahawa apabila mereka terlalu memanjakan tubuh
dengan cara tidak melakukan sebarang pergerakan senaman, lemak akan terus terkumpul dalam
badan. Akhirnya badan kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk. Oleh itu, mereka mesti
melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit. Antara senaman yang
boleh dilakukan oleh mereka yang malas atau sukar melakukan pergerakan ialah berjalan kaki
pantas, berenang, atau bermain badminton. senaman ini dapat mengelakkan kecederaan.



8

d. Mengubah sikap
Apabila ilmu pengetahuan berkaitan Pendidikan Kesihatan telah diberikan, maka kepekaan juga
dapat ditingkatkan. Pendidik Pendidikan Kesihatan seharusnya perlu berusaha memberikan
tunjuk ajar yang terbaik agar tindakan ini akan dapat menguatkanlagi semangat orang yang
dididik untuk mengubah sikap demi mencapai matlamat statuskesihatan yang optimum.
Budaya makan keterlaluan dan tanpa mengira waktu menjadi punca pelbagai penyakit termasuk
kegemukan atau obesiti di kalangan rakyat Malaysia. Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia,
Dr. Tee E Siong berkata, kebanyakan rakyat negara ini kurang berdisiplin dalam soal pemakanan
seperti makan makanan yang digemari secara berlebihan dan tidak peduli jika mengambilnya
sebelum tidur. Mereka makan pada waktu malam, sebagai contoh pada pukul 11 atau 12 malam
dan selepas itu terus tidur. Bagi penggemar roti canai atau nasi lemak pula makan tidak kira
pagi atau malam, sampai 10 kali seminggu sedangkan itu tidak baik untuk kesihatan, katanya
ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. E Siong berkata, budaya pemakanan seperti itu
mengundang implikasi tidak baik kepada tubuh manusia.

Sementara itu, Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan
Malaysia, Profesor Dr. Kamaruddin Mohd. Said berkata, budaya pemakanan di kalangan rakyat
Malaysia perlu diubah bagi menggalakkan gaya hidup yang sihat. Menurutnya, masyarakat
masih kurang berdisiplin serta mempunyai sikap yang terlalu obses terhadap sesuatu makanan.
Pelajar-pelajar kita seharusnya mengubah sikap mereka ini dan sedar bahawa makan sebelum
tidur menyukarkan proses penghadaman dan makanan akan disimpan menjadi lemak dalam
tubuh badan. Selain itu, pelajar-pelajar kita juga seharusnya mengubah pola pemakanan mereka
dari gemar memakan makan yang bergoreng, bersantan dan berlemak kepada makanan yang
lebih sihat seperti bubur atau makanan yang direbus.





9

e. Membuat keputusan
Untuk mencapai matlamat ini, sebagai pendidik Pendidikan Kesihatan perlu memberikan
dorongan dan galakkan kepada pelajar-pelajar di Malaysia agar mereka dapat membuat satu
keputusan yang positif demi mencapai taraf kesihatan yang terbaik. Sebagai contoh, jika
seseorang pelajar itu mengalami masalah obesiti, pelajar tersebut perlu mengawal jumlah garam
dalam makanannya di samping mengawal makanan bentuk berlemak lainnya. Dia juga perlu
melakukan senaman untuk mengawal berat badannya tetapi dia enggan. Jika kaedah Pendidikan
Kesihatan yang telah diberikan berkesan, hal ini sepatutnya tidak akan berlaku. Sebaliknya, apa
yang seharusnya terjadi adalah dengan adanya ilmu pengetahuan. Kesedaran diri mula timbul
dan perubahan sikapakan berlaku sehingga keputusan tegas akan diambil oleh pelajar tersebut
untuk mengatasi masalah kesihatannya dan menggelak untuk mengambil makanan yang boleh
memburukkan lagi masalah obesiti yang dihadapi oleh pelajar tersebut.
Dianggarkan 40 peratus kanak-kanak di Lembah Klang mengalami masalah kegemukan atau
obesiti. Presiden Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA), Profesor Dr. Zulkifli Ismail berkata,
Beliau yang bimbang dengan perkembangan itu berkata, masalah tersebut harus diberi perhatian
lebih serius memandangkan berat badan berlebihan boleh membawa risiko penyakit kronik iaitu
darah tinggi, kencing manis dan jantung di kalangan kanak-kanak. Kanak-kanak yang
mengalami obesiti lazimnya akan membesar sebagai orang dewasa yang gemuk dan terdedah
kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya iaitu darah tinggi, kencing manis, jantung dan barah,
katanya.
Perkara ini boleh dielak dan dicegah sekiranya pelajar kita diberikan kesedaran mengenai
masalah ini dan seterusnya mengambil keputusan yang bernas dalam memilih corak pemakanan
yang sihat serta mengamalkan cara hidup yang sihat dalam kehidupan seharian mereka.





10

f. Mengubah tingkah laku
Pengetahuan berkaitan Pendidikan Kesihatan seharusnya mampu mengubah tingkahlaku individu
atau masyarakat. Amalan tentang gaya hidup sihat hendaklah dilaksanakan agar kehidupan
menjadi lebih berkualiti pengekalan tahap kesihatan diri. Perubahan inihendaklah selari dengan
kehendak budaya, agama dan bangsa kita serta kemudahanyang sedia ada.
Sebagai rakyat Malaysia, kita boleh bermegah dengan negara kita yang dikenali sebagai syurga
makanan. Idamilah apa sahaja jenis makanan, pasti mampu mendapatkannya dengan harga yang
berpatutan. Namun, label syurga makanan itu menimbulkan masalah lain kepada penduduknya.
Malaysia dikatakan menghadapi masalah obesiti paling teruk dan perlu diatasi segera jika kita
tidak mahu rakyat menghadapi pelbagai jenis penyakit kronik.

Pelajar-pelajar seharusnya diberikan kesedaran bahawa masalah obesiti atau kegemukan dapat
diatasi jika kita mempunyai semangat yang kuat untuk mengubah tingkah laku melalui corak
pemakanan dan cara hidup mereka. Dengan mengamalkan bijak makan, seseorang pelajar itu
pasti akan mencapai berat badan unggul dan dapat menjauhi pelbagai jenis penyakit yang boleh
membahayakan kesihatan.

Pelajar-pelajar kita seharusnya juga diberikan kesedaran untuk mengubah tingkah laku mereka
kerana sebagai seseorang penghidap obesiti mereka akan cenderung menjadi kurang produktif.
Hal ini demikian kerana masalah kegemukan akan menjadi faktor susah untuk bergerak, secara
langsung pelbagai tugas fizikal tidak dapat dilaksanakan lalu membawa kepada paras
produktiviti yang tidak memuaskan. Di samping itu, perbelanjaan akan meningkat kerana
seseorang penghidap obesiti akan mempunyai nafsu makan yang abnormal. Mereka akan
cenderung untuk berbelanja besar semata-mata untuk membeli makanan.






11

7. Mengubah status sosial
Dalam usaha untuk mencapai tujuan individu dan masyarakat yang sihat, beberapa pengorbanan
daripada pelajar itu sendiri adalah amat diperlukan. Dalam seluruh rangkaian matlamat yang
telah dibincangkan, faktor ini merupakan aspek yang paling sukar untuk diterima dan
dilaksanakan. Ini disebabkan beberapa pengorbanan sosial perlu dilaksanakan dan tindakan ini
berkisar kepada perubahan sosial dan cara hidup kita.
Sebagai pendidik Pendidikan Kesihatan, adalah amat perlu untuk mengenalpasti kelemahan dan
kekuatan pelajar mahupun masyarakat serta menggunakan pengetahuan terkini untuk mengatur
dan menyusun strategi yang berkesan agar mereka tidak mudah patah semangat dalam usaha
untuk mencapai matlamat masyarakat sihatdan makmur.
Dalam agenda pencegahan, kita perlu membina lebih banyak pusat rekreasi dan sukan. Bukan
sekadar itu, tetapi kita juga perlu memiliki strategi lengkap dalam menggalak lebih ramai pelajar
untuk bersukan, berekreasi dan juga sedar peripenting dalam menjaga pemakanan dan kesihatan.
Jangan biarkan situasi sekarang berlarutan berlaku, dimana, premis premis perniagaan fast
foods seperti, McDonalds , KFC, PizzaHut, Carls Junior, dan Burger King banyak dibina,
bagai cendawan tumbuh selepas hujan, melebihi pembinaan pusat pusat riadah yang
berasaskan aktiviti fizikal.
Selain daripada itu, pengetahuan kesihatan perlu ditingkatkan di kalangan pelajar-pelajar kita di
Malaysia. Antara lain, membanyakkan rancangan kesihatan yang disiarkan di televisyen, dan
merangka silibus kesihatan di peringkat sekolah rendah mahupun menengah yang merangkumi
gaya hidup sihat seperti yang dicadangkan oleh menteri kesihatan.





12

KESIMPULAN

Obesiti bukanlah satu masalah yang boleh dianggap ringan. Obesiti membawa kesusahan dan
mengancam kesihatan kita. Memandangkan kesan akibat obesiti adalah bahaya,mereka yang
terlibat perlu mengambil langkah langkah yang sewajarnya untuk menjaga kesihatan tubuh
badan mereka kerana kesihatan diri adalah tanggungjawab diri masing masing.
Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan Negara ASEAN dan kedudukan keenam di
rantau Asia Pasifik yang berhadapan masalah obesiti penduduk. Adakah kita mahukan
masyarakat Malaysia masa depan yang bulat, boroi dan kurang produktif.
Bagi mengatasi masalah ini, penerapan matlamat pendidikan kesihatan menurut Ewless dan
Simnett (1986) boleh dijadikan panduan kepada pihak sekolah mahupun ibu-bapa bagi mengatasi
masalah obesiti dikalangan pelajar ini dari terus berlaku.Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya
mengambil langkah awal bagi mencegah perkara ini ari terus berlaku. Bak pepatah Melayu,
sediakan payung sebelum hujan. Jangan sudah terhantuk baru terngadah. Sesungguhnya,
mencegah lebih baik daripada merawat.










13




RUJUKAN

Ewles, L. and Simnett, I. 1986. Promoting Health: A practical guide to health education. New
York: John Wiley & Sons.
Metra Syahril Mohamaed. (2007).Tumpu akademik punca obesiti. Utusan Malaysia Online.
Mohd Majid Konting. (1990). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Rabiatul Adawiyah Koh Abdullah (2007). Kawal kegemukan cara mudah dan murah. Utusan
Malaysia Online. Rea, D.J. (1998).
Swinburn, B., Egger, G. & Raza, F. 1999. Dissecting obesogenic environments: Tthe
development and application of a framework for identifying and prioritizing environmental
interventions for obesiti. Preventive Medicine 29(6): 563-570.

Tee, E.S.1999. Nutrition in Malaysia: Where are we heading? Malaysian Journal of Nutrition 5:
87-109.

Teixeira, M.E. & Budd, G.M. 2010. Obesiti stigma: A newly recognized barrier to
comprehensive and effective type 2 diabetes management. J. Am. Acad. Nurse Pract. 22(10):
527-533.
Willett, W.C., Manson, J.E., Stampfer, M.J., Colditz, G.A., Rosner, B., Speizer, F.E. &
Hennekens, C.H. 1995. Weight, weight change, and coronary heart disease in women: Risk
within the normal weight range. JAMA 273: 461-465.
WHO. 2000. Obesiti: Preventing and managing the global epidemic. Report of a WHO
consultation. Geneva: World Health Organization.

14

WHO. 2003. Diet, Nutrition and the Prevention of Chronic diseases. WHO Technical Series 916.
Geneva.

WHO. 2011.obesiti dan overweight. http://www.who.int/mediacentre/factsheets/fs311/en/

WHO. 2010. The world health report
2010.http://www.who.int/dg/speeches/2010/Keynote_health_financing_20101122/en/index.html

You might also like