Umum, Berita, Info & Isu semasa
Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnahdan Syiah
Nota:
Beikut ini adalah petikan diskusi di sekitar masalah mendekatkan antaramazhab Ahlus Sunnah dan Syiah. Kerana isikandungannya dirasakan bermanfaat dandiharap dapat menjelaskan kekeliruan perselisihan Ahlus Sunnah – Syiah, maka sayamenerbitkan semula diskusi berkenaan di ruang utama al-ahkam.net.Diskusi asal dapat diperolehi di URL berikut:http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=27149
------------------------------------AbDuL KaReEm AdNaN - July 22, 2004 - 04:11 PMPost subject: Persamaan dan Perbezaan Di antara Ahlul Sunnah dan Syiah------------------------------------
Seringkali kita membaca di akhbar-akhbar atau mendengar orang membicarakanmengenai Syiah, tetapi kebanyakan gambaran yang diberikan kurang jelas, kabur, dannegatif. Malah, ada yang mengatakan dengan sewenang-wenangnya bahawa syiah itukafir kerana terkeluar dari madzhab empat ahlul sunnah tanpa membezakan antaraSyiah yang diakui dan Syiah yang ghulat (menyeleweng).Mereka menyatakan Syiah mempercayai saidina Ali as separuh Tuhan, menganggapguruh dan petir itu suara Ali,mempercayai imam-imam 12 itu lebih baik dari paramalaikat yang muqarrabun kepada Tuhan, menggunakan mushaf al-Quran lain darimushaf Uhtman dan lain-lain.Justeru itu mereka membuat kesimpulan bahawa Syiah itu kafir. Mereka menegaskanbahawa memerangi Syiah itu mesti diutamakan daripada memerangi Yahudi. PadahalYahudi tidak pernah membezakanya musuhnya sama ada Sunnah atau Syiah.Sikap ini lahirnya dari sifat fanatik, pengetahuan yang tidak mendalam, membuatrujukan hanya kepada orang tertentu yang fanatik atau kitab-kitab tertentu yang dituliskhas untuk melahirkan permusuhan di kalangan umat Islam.Perkataan Syiah (mufrad) disebut sebanyak empat kali dalam al-Qur'an dan iamemberi erti golongan atau kumpulan;pertama dalam Surah as-Saffat: 83-84, firmanTuhan yang bermaksud,"Dan sesungguhnya Ibrahim benar-benar termasuk Syiahnya(golongannya), ingatlah ketika ia datang kepada Tuhannya dengan hati yang suci".Kedua,dalam Surah Maryam: 69, firman Tuhan yang bermaksud,"Kemudian pastiKami tarik dari tiap-tiap golongan (Syiatihi) siapa antara mereka yang sangat derhakakepada Tuhan yang Maha Pemurah".