You are on page 1of 22

LAWRENCE KOHLBERG

Lahir pada 25 Oktober 1927 di


Bronxville, New York
Kerjaya :
Bermula sebagai ahli psikologi
sebelum beralih ke bidang pendidikan
moral.
Profesor di Psychology Department,
Universiti Chicago dan Graduate School
of Education, Universiti Harvard


Banyak menjalankan kajian dalam bidang pembangunan
moral di Universiti Harvard
Dianggap pelopor pendidikan moral kerana
penjelasannya mengenai pandangan umum tentang
pertumbuhan kognitif yang berubah mengikut umur
Terkenal dengan Teori Perkembangan Moral
Meninggal dunia pada 19 Januari 1957
Sebab kematian ialah bunuh diri - menenggelamkan diri di
Lautan Atlantik


KONSEP PERKEMBANGAN
MORAL KOHLBERG



Menurut Kohlberg:
Kaum remaja telah mencapai peringkat perkembangan moral
yang disebut konvensional dan poskonvensional.
Peringkat konvensional,
o sesuatu perbuatan dianggap baik asalkan ia memenuhi
harapan orang lain serta disokong oleh orang lain.
o menyedari undang-undang adalah arbitrary - sepatutnya
mengandungi prinsip-prinsip keadilan dan kesaksamaan.
Peringkat poskonvensional:
o menyedari manusia mempunyai pelbagai nilai dan
pandangan.
o Menekankan prinsip-prinsip sejagat seperti keadilan,
kesaksamaan, hak manusia dan penghormatan terhadap
kemuliaan individu.




KONSEP PERKEMBANGAN MORAL
KOHLBERG



1.Kunci untuk memahami tingkah laku seseorang - perlu
faham falsafah moralnya perlu faham alasan di sebalik
perbuatannya.

2.Tahap perkembangan tersusun sebagai suatu
keseluruhan cara berfikir setiap orang akan konsisten
tahap perkembangan moralnya.

3.Konsep tahap perkembangan moral menyatakan
rangkaian urutan perkembangan yang bersifat universal
dalam pelbagai latar belakang kebudayaan.




KESIMPULAN KONSEP
PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG



1.Setiap tahap perkembangan terjadi dalam rangkaian
yang sama untuk semua orang (dari kecil hingga besar)

2.Setiap perkembangan selalunya berlaku mengikut
susunan secara berperingkat (dari peringkat bawah ke
atas)

3.Setiap tahap perkembangan terbentuk sebagai suatu
yang menyeluruh (seseorang itu konsisten pada tahap
pertimbangan moralnya)

4.Setiap tahap perkembangan memberi penekanan
kepada bentuk pertimbangan moral, bukan pada isi
pertimbangannya.



CIRI CIRI KAJIAN KONSEP
PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG
TAHAP PERKEMBANGAN MORAL
KOHLBERG
TAHAP
PERKEMBANGAN
MORAL KOHLBERG
Peringkat 1:
Orientasi kepatuhan
dan hukuman
TAHAP II:
KOVENSIONAL

TAHAP III:
POS-
KOVENSIONAL
TAHAP I:
PRA-
KOVENSIONAL
Peringkat 2:
Orientasi ganjaran
peribadi
Peringkat 3:
Orientasi orang baik
Peringkat 4:
Orientasi aturan dan
undang-undang
Peringkat 4:
Orientasi kontrak
sosial
Peringkat 4:
Orientasin prinsip
etika universal
TAHAP I:
PRA-KOVENSIONAL
Lingkungan umur: 2-7 tahun.
Tahap paling bawah dalam penaakulan moral.
Perlakuan dinilai berdasarkan ganjaran dan hukuman
yang akan diterima akibat perlakuan tersebut .
Peringkat 1:
Orientasi kepatuhan & hukuman
Motif utama tingkah laku elak hukuman
Moral adalah aturan yang perlu dipatuhi untuk elak dari akibat negatif
Patuh dan hormat pada orang lain kerana orang itu lebih tua, hebat,
berpengetahuan atau tidak mahu didenda
Peringkat 2:
Orientasi kepentingan peribadi
patuh peraturan demi ganjaran atau memuaskan kehendak peribadi
apa yang dapat memuaskan / menggembirakan hati itulah dianggap baik
guna fahaman ada ubi ada batas, ada hari boleh balas
TAHAP II:
KOVENSIONAL
Lingkungan umur: 7-12 tahun
Aturan sosial menjadi cara utama penaakulan moral akur
pada norma yang dipegang oleh majoriti dan perlu
dikekalkan
Sudah mula menerima dan mengaplikasikan peraturan yang
ditetapkan oleh ibubapa, guru dan komuniti dan mula
menyumbang kepada masyarakat.
Peringkat 3:
Orientasi orang baik
penilaian moral dibuat untuk ambil hati, dipersetujui atau dipuji orang lain
Berharap tindak-tanduknya diperkenankan orang lain
cenderung untuk menolong orang lain untuk dianggap sebagai budak
baik - supaya senang diterima di kalangan kumpulan rakan sebaya

Peringkat 4:
Orientasi aturan & undang-undang
akur dengan peraturan oleh pihak autoriti
Hormat kepada undang-undang kerana yakin terhadapnya.
Sesuatu tingkahlaku itu salah kalau melanggar peraturan/mendatangkan
kerosakan pada orang lain
Sedar kepentingan mengikut peraturan untuk kesejahteraan masyarakat
TAHAP III:
POS-KOVENSIONAL
Lingkungan umur: 12 tahun ke atas
Tahap paling tinggi dalam penaakulan moral.
Individu mula meneroka alternatif lain dalam penaakulan
moral
Mula punyai kod moral dan etika tersendiri
Sudah faham tentang asas pembentukan sesuatu
peraturan iaitu terhasil daripada kontrak sosial yang
harus dijunjung oleh semua individu
Peringkat 5:
Orientasi kontrak sosial
Tingkahlaku moral berteraskan kepada kepentingan sosial dan masyarakat (contoh:
hak individu, maruah, keadilan, persetujuan serta tanggungjawab)
Individu menjadi lebih faham alasan-alasan yang tersirat dalam sesuatu peraturan itu
Sedar walaupun undang-undang sedia ada untuk kebaikan semua tetapi bukan untuk
semua perkara
Hormat undang-undang tetapi ada yang perlu diubah suai untuk kesejahteraan
masyarakat
Peringkat 6:
Orientasi prinsip etika universal
Tingkahlaku moral berteraskan kepada prinsip-prinsip sejagat ( hak manusia,
keadilan, kesaksamaan dan penghormatan terhadap kemuliaan individu)
Mungkin melanggar peraturan masyarakat jika berkonflik dengan kod etika
peribadinya disebabkan oleh rasa tanggungjawab dari segi etika hak
kemanusiaan
Sanggup menerima hukuman disebabkan kerana menghormati undang-undang



Di Eropah, seorang wanita sedang tenat. Para doktor mengesahkan hanya sejenis ubat
yang dapat menyembuhkannya. Kos pembuatan ubat tersebut mahal. Ahli farmasi di
kota itu menjualnya sepuluh kali ganda kos pembuatannya. Kos ubat itu ialah $200
dan ia menjualnya $2000 untuk satu dos kecil ubat tersebut. Suami wanita tersebut,
Heinz telah berusaha meminjam wang tetapi ia cuma memperoleh $1000. Dia
memberitahu ahli farmasi tersebut bahawa isterinya sudah semakin tenat dan
memintanya untuk menjual ubat tersebut dengan lebih murah atau membenarkannya
membayar kemudian hari. Tetapi ahli farmasi itu mengatakan: Tidak, saya yang
menemui ubat itu dan saya akan mencari wang dari ubat itu. Heinz menjadi putus asa
dan menceroboh kedai ubat tersebut untuk mencuri ubat demi isterinya.

# Haruskah Heinz menceroboh kedai ubat itu untuk mencuri ubat
bagi isterinya? Mengapa dan mengapa tidak?



CONTOH DILEMA YANG DIKEMUKAKAN OLEH
KOHLBERG
Peringkat 1:
Orientasi kepatuhan & hukuman
Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana dia akan
dipenjarakan dan menggambarkan bahawa dia seorang yang
jahat.

Atau

Heinz patut mencuri ubat tersebut kerana nilainya hanyalah
$200, dan tidak kiralah seberapa banyak pun yang ahli
farmasi itu mahukan, Heinz telah menyatakan kesanggupan
untuk membayar dan tidak mencuri barang-barang lain.

Peringkat 2:
Orientasi kepentingan peribadi
Heinz patut mencuri ubat tersebut kerana dia akan berasa
lebih gembira jika dapat menyelamatkan isterinya walaupun
akan dipenjarakan.

Atau

Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana penjara adalah
tempat yang sangat teruk, dan berkemungkinan dia akan
merana kerana berada di penjara berbanding kematian
isterinya.
Peringkat 3:
Orientasi orang baik
Heinz perlu mencuri ubat itu kerana isterinya
mengharapkannya; Heinz mahu menjadi suami yang baik.

Atau

Heinz tidak patut mencuri ubat itu kerana mencuri adalah
tidak elok dan dia bukannya penjenayah; Heinz telah berusaha
segalanya tanpa melanggar undang-undang, kita tidak boleh
menyalahkannya.
Peringkat 4:
Orientasi aturan & undang-undang
Heinz tidak boleh mencuri kerana dilarang dalam undang-
undang.

Atau
Heinz patut mencuri ubat itu dan menerima hukuman atas
kesalahan yang dilakukan; seperti membayar harga ubat
tersebut.
Penjenayah tidak boleh dilepaskan dari sebarang hukuman;
setiap tindakan ada akibat.

Peringkat 5:
Orientasi kontrak sosial
Heinz patut mencuri kerana semua orang ada hak untuk
memilih kehidupan, tanpa menghiraukan undang-undang.

Atau

Heinz tidak patut mencuri kerana ahli farmasi itu mempunyai
hak terhadap ubat itu. Walaupun isterinya sakit, tidak
bermakna tindakannya untuk mencuri adalah betul.

Peringkat 6:
Orientasi prinsip etika universal
Heinz patut mencurinya kerana menyelamatkan nyawa
adalah lebih berasas dan baik berbanding hak pemilikan
seseorang.

Atau

Heinz tidak sepatutnya mencuri kerana mungkin ada orang
lain yang lebih memerlukannya; kehidupan dan nyawa
mereka juga bernilai.




Berpihak kepada budaya barat sangat menjunjung
tinggi kebebasan peribadi yang berdasarkan
liberalisme.
Tidak mementingkan kriteria benar atau salah untuk
sesuatu perbuatan - lebih mementingkan
pertimbangan moral atau alasan yang dikemukakan.
Kajian antropologi tidak menyokong adanya prinsip-
prinsip moral universal realitinya dibezakan dari segi
norma, standard dan nilai nilai moral budaya
masyarakat setempat


ANTARA KRITIKAN TERHADAP
TEORI PERKEMBANGAN MORAL KOHLBERG

You might also like