You are on page 1of 33

Perbezaan Pendekatan

Klasik Dan Wacana Analisis


Pascamoden

PENDEKATAN
BERASASKAN TEORI

PENDEKATAN KLASIKAL

Renaissance
Enlightment

PENDEKATAN ANALISIS MODEN

Modernism
Postmodernism
Jacques Derrida
Deconstruction
Geneology dan Kritikan Sosial
Michel Foucault, Julia
Kristeva
Perbincangan Tekstual
Renaissance
Konsep analisis di dalam renaissance
kebanyakannya dipengaruhi oleh konsep
Greek purba.
Tetapi ilmu-ilmu di dalam konsep ini
selalunya bersifat sekunder
(secondhand),ditapis melalui pelbagai
pandangan individu dan bukan semua
teks yang digunakan adalah mempunyai
kesahan yang kuat (goyah).
Methodologi bagi Renaisaance ini
adalah hasil campuran idea-idea tokoh
seperti Plato, Aristotle, Stoic dan Galenic.
Ahli falsafah yang berpegang kepada
konsep ini mendakwa kesemua tokoh ini
mempunyai pegangan yang sama bagi
konsep analisis dan sintesis.


Enlightenment
Individu yang terlibat di dalam analisis
wacana ini mestilah bersifat
stabil,koheren dan mengenali diri
sendiri,waras, dan bersikap rasional.
Individu yang terlibat di dalam analisis
wacana perlulah melihat dirinya serta
dunia sekelilingnya melalui pelbagai
perspektif menggunakan kemampuan
akal.

Pengetahuan rasional yang terhasil
melalui pemikiran akal dikenali sebagai
sains,yang mana ianya dapat
merungkaikan kebenaran tentang dunia
melalui persepsi individu itu sendiri.
Pengetahuan yang terhasil daripada
sains tadi adalah bersifat benar dan
kekal.
Kebenaran/pengetahuan yang terhasil
dari sains akan sentiasa menuju ke arah
kemajuan dan kesempurnaan.
Keseluruhan institusi dan amalan
manusia boleh dianalisis melalui sains
dan boleh dipertingkatkan(diperbaiki).
Alasan/sebab adalah pertimbangan
utama mengenai apa yang betul atau
terbaik.
Di dalam dunia yang dikawal oleh
alasan/sebab,kebenaran sentiasa
sama seperti kebaikan dan betul.
Kebaikan dan betul adalah merupakan
sebuah konsep yang sama.

Sains adalah sebuah bentuk ilmu
pengetahuan. Sains adalah
bersifat neutral dan objektif.
Saintis(mereka yang
menghasilkan pengetahuan
saintifik) mestilah bebas untuk
mengikuti Law of Reason dan
tidak dipengaruhi unsur lain
seperti wang atau kuasa.
Bahasa, yang merupakan cara
untuk menghasil dan mentafsir
pengetahuan, juga mestilah
bersifat rasional. Untuk bersifat
rasional,bahasa mestilah lutsinar;
ianya mestilah berfungsi hanya
untuk mewakili dunia yang nyata
dan boleh diterima akal.

Modernism
Fasa Modernism ini biasanya didefinisikan sebagai
waktu bermula dari lewat abad ke-19 dan awal
abad ke-20 hinggalah pada penghujung Perang
Dunia Kedua.
Ahli falsafah Modernis cuba melakukan perubahan
atau mencari jalan untuk mentafsirkan dunia
moden tersebut.
Fasa Modernism mempunyai dua definisi bagi
menerangkan mengenai apa itu Modernism dan
kedua-dua definisi ini berkait secara langsung
dengan Postmodernism.
Definisi pertama bagi modernism datang dari
sebuah pergerakan yang secara meluas
dikenali sebagai modernism.
Pergerakan ini berkait rapat dengan idea
abad ke-20 Gaya Barat mengenai kesenian.
Modernism, seperti yang anda mungkin tahu,
merupakan pergerakan di dalam seni
visual,muzik,kesusasteraan dan drama yang
mana mereka menolak gaya Victorian lama
mengenai bagaimana kesenian sepatutnya
dibuat,dinikmati dan ditafsirkan.
Setiap genre sastera adalah kabur pada fasa
ini. Sebagai contoh,sajak pada fasa ini lebih
bersifat dokumentari manakala penulisan
biasa lebih bersifat seperti sajak zaman
moden.
Memberi keutamaan kepada penghasilan
sesuatu hasil seni
Menolak sekerasnya penarafan antara
tinggi atau rendah di dalam pemilihan
bahan untuk menghasilkan hasil seni dan di
dalam cara mempamer, mengedar dan
menikmati seni.


Ciri-ciri utama fasa Modernism termasuklah :

Memberi penekanan kepada impressionism (gaya
lukisan ynag kebanyakannya digunakan di Perancis
pada abad ke-19 yang menggunakan warna
sebagai medium menghasilkan kesan cahaya atau
perasaan) dan subjektiviti di dalam penulisan.
Penekanan juga diberikan kepada BAGAIMANA
sesuatu itu dilihat berbanding APA yang dilihat.
Sebuah pergerakan yang menolak pandangan
klasikal yang banyak menggunakan individu ketiga
sebagai sumber rujukan,pendapat yang sempit
ruang lingkupnya dan meletakkan moral sebagai
sesuatu yang tidak berubah.

Setiap genre sastera adalah kabur pada fasa
ini. Sebagai contoh,sajak pada fasa ini lebih
bersifat dokumentari manakala penulisan
biasa lebih bersifat seperti sajak zaman
moden.
Memberi keutamaan kepada penghasilan
sesuatu hasil seni
Menolak sekerasnya penarafan antara
tinggi atau rendah di dalam pemilihan
bahan untuk menghasilkan hasil seni dan di
dalam cara mempamer, mengedar dan
menikmati seni.


POSTMODERNISM
Postmodernism merupakan sebuah terma atau set
idea yang sukar dihuraikan, yang hanya muncul
sebagai ruang di dalam kajian akademik sejak
pertengahan tahun 1980.
Postmedernism sukar untuk dihuraikan kerana ianya
merupakan konsep yang muncul di dalam
pelbagai disiplin kajian ,kesenian ,kejuruteraan
,muzik ,filem ,kesusasteraan ,sosiologi ,komunikasi
,fesyen dan teknologi.
Sukar untuk mengetahui mengenai bila
postmodernism bermula kerana tida rujukan
sejarah mengenainya.

Mungkin cara yang paling mudah untuk
memikirkan tentang modernism ialah dengan
memikirkan mengenai
modernism,pergerakan yang mana
postmodernism adalah sesuatu yang terhasil
darinya.
Postmodernism, seperti modernism,
mempunyai idea yang sama,menolak
batasan antara tinggi dan rendah sesuatu
bentuk seni, dan menolak genre sastera yang
rigid.

Jacques Derrida
Deconstruction
Penulisan Derrida bermula dengan perkataan
mungkin,yang membawa makna di dalam
analisis wacana segalanya adalah bersifat
sementara sahaja; anda tidak boleh membuat
kenyataan yang bersifat pasti atau positif.
Ini merupakan kunci lain kepada analisis wacana-
walaupun anda memahami bahawa tiada apa
yang kekal, anda terus berpura-pura seperti tida
apa yang berlaku.
Derrida kemudiannya memperkenalkan idea
yang mana sesetengah perkara telah berlaku.
Perkara ini merupakan salah satu jenis letusan
atau masa rehat.

PASCAMODEN
Perbincangan mengenai pascamoden telah
muncul sebagai reaksi kepada moden.
Awalan kata post atau pasca mempunyai erti
sesuatu yang datang setelahnya, suatu pemutusan
atau pembezaan dengan masa moden.
Namun mengikut hujahan daripada Featherstone
(2001) lebih dekat definisinya kepada sesuatu
pembebasan, perpecahan atau perpindahan
dengan definisi moden.

Sehingga istilah pascamoden menjadi
kurang baik bila dilihat daripada sudut
pandang yang relatif kerana hanya
memandang pascamoden bukan
merupakan sesuatu yang sungguh-
sungguh sehingga hanya merupakan
suatu wujud daripada perasaan
ketidakpuasan dengan keberadaan
moden.
Ciri-ciri Yang Berkaitan Dengan
Pascamoden
Hujah yang tidak memiliki asas dalam teori
falsafah dan sosial serta budaya yang
menegaskan bahawa asas metanaratif yang
menjadi asas moden Barat mengenai
universal dan mempunyai gagasan yang
istimewa mengenai ilmu pengetahuan,
humanisme, sosialisme ialah cacat dan kita
harus mencuba menghasilkan mod
pengetahuan yang lebih sensitif terhadap
pelbagai perbezaan.

Pemberian hak istimewa terhadap hal
yang bersifat lokal.
Pergeseran daripada bentuk budaya
yang merewang ke hala bentuk budaya
perangkaan yang tampak dalam
penekanan pada imej visual dan bukan
kata-kata.
Tidak terbuka terhadap sesuatu
penetapan nilai yang hakiki.

Sehingga istilah pascamoden menjadi
kurang baik bila dilihat daripada sudut
pandang yang relatif kerana hanya
memandang pascamoden bukan
merupakan sesuatu yang sungguh-
sungguh sehingga hanya merupakan
suatu wujud daripada perasaan
ketidakpuasan dengan keberadaan
moden.

IDEA DAN PAKAR TEORI PASCAMODEN

Berbincang mengenai pascamoden
tentunya tidak boleh terlepas daripada
tokoh-tokoh yang populer sebagai
penyokong pascamoden serta gagasan
yang dipunyai.
Dalam pascamoden ada beberapa tokoh
yang berpengaruh iaitu :
RICHARD RORTY
MICHEL FOULCAULT
J. F. LYOTARD
JACQUES DERRIDA
RICHARD RORTY
Rorty mempunyai hujahan yang tidak menyokong
kepada fitrah manusia, dia mempunyai anggapan
bahawa konsep fitrah manusia merupakan
ancaman.
Mengikut Azmi et al.(2002) bahawa anggapan
Rorty mengenai sesuatu yang dikehendaki
merupakan kehendak individu dan mengabaikan
masyarakat secara keseluruhan maka akan
menyebabkan masyarakat anti sosial.

Sikap pesimis terhadap konsep fitrah
manusia dapat mewujudkan masyarakat
yang bersatu padu.
Penolakan terhadap konsep fitrah
manusia maka akan meninggalkan
pencarian persoalan mengenai erti
manusia dalam sejarah dahulu dan
itupun juga bukan merupakan agenda
era pascamoden.
MICHEL FOULCAULT
Manusia menurut padangan Foulcault dikutip dari
Azmi et al.(2002) tidak mempunyai personaliti dan
telah kehilangan kehebatan kerasionalan.
Manusia tidak boleh menetukan dan
merasionalkan sesuatu untuk dirinya sendiri kerana
segala-galanya telah ditentukan dan dirasionalkan
oleh bahasa dan budaya ditempat mereka hidup.
Hasil pandangan Foulcault bahawa
manusia merupakan hasil daripada
persekitaran bahasa dan budaya
tertentu dan akan berubah daripada
satu budaya kepada budaya lain.
Manusia daripada budaya yang berbeza
tidak boleh mempunyai ilmu yang sama
walaupun membincangkan perkara yang
sama.


J. F. LYOTARD
Lyotard mengertikan pascamoden secara
sederhana sebagai incredulity towards
metanarratives (ketidakpercayaan terhadap
matanaratif).
Metanaratif yang dimaksud, misal : kebebasan,
kemajuan, emansipasi kaum proletar, dan
sebagainya.
Lyotard ialah filsuf yang memperkenalkan istilah
pascamoden ke dalam bidang falsafah.

Mengikut hujahan Lyotard pascamoden ialah
sebuah pergerakan yang bertambah hebat,
usaha yang berterusan untuk mencari
kebaharuan, eksperimentasi, dan revolusi
kehidupan yang berterusan.
Dengan kata lain, dalam bidang falsafah
pascamoden diertikan sebagai segala
bentuk perwujutan penilaian terhadap
paradigma-paradigma moden dan terhadap
metafizika pada amnya(Sugiharto.1996).


JACQUES DERRIDA
Bagi Derrida, para filsuf mulai daripada Plato
sampai Edmund Husserl masih dikungkung oleh
tradisi berfikir perlambangan.
Pada perlambangan, pemikiran kita dibawa ke
dunia ideal, sebagai prinsip rasional untuk
mencegah kekacauan dunia pengalaman.
Perlambangan menguasai ruang dan waktu, dan
kerananya dianggap sebagai prinsip penata, maka
segala sesuatu di dalam ruang dan waktu
mengalami pengaturan olehnya.

Oleh itu, perlambangan membangun sebuah
proses yang teratur, sistemik, stabil dan
harmoni.
Dengan perlambangan ini, ruang, waktu dan
peristiwa bergerak secara lurus.
Ringkasnya perlambangan adalah sebuah
konsep yang mampu menseluruhkan segala
sesuatu.
Dan sesiapa yang menemukan prinsip ini,
bererti ia dapat menguasai ruang dan waktu,
mahupun peristiwa.

KESIMPULAN
Dapat dipahami bahawa pascamoden
adalah usaha penolakan dan bentuk
ketidakpercayaan terhadap segala
Naratif Besar menolak pemikiran yang
totaliter, juga mewujudkan dan
menganjurkan kepekaan kita terhadap
perbezaan dan memperkuat toleransi
terhadap kenyataan yang tak terukur.

Oleh itu, perlambangan membangun sebuah
proses yang teratur, sistemik, stabil dan
harmoni.
Dengan perlambangan ini, ruang, waktu dan
peristiwa bergerak secara lurus.
Ringkasnya perlambangan adalah sebuah
konsep yang mampu menseluruhkan segala
sesuatu.
Dan sesiapa yang menemukan prinsip ini,
bererti ia dapat menguasai ruang dan waktu,
mahupun peristiwa.

You might also like